LAGU PALING POPULAR TAHUN 1999 DI MALAYSIA
GALAKSI VIRAL - Tahun 1999 merupakan tahun kejayaan Siti Nurhaliza kerana memenangi banyak anugerah utama di dalam bidang seni pada tahun itu. Komposer LY pula merupakan komposer paling popular pada tahun itu. Penulis Lirik Popular pula jatuh kepada Baiduri. Tahun ini juga menyaksikan muzik Pop mula kembali menguasai pasaran muzik Malaysia. Jom kita tengok lagu manakah paling popular pada tahun 1999 di Malaysia.
TOP 12
LAGU MALAYSIA PALING POPULAR
TAHUN 1999
01. KAU KEKASIHKU
Artis : Siti Nurhaliza
Komposer : Ajai
Penulis Lirik : Alam Maya
Album : Pancawarna
Tahun : 7 Mei 1999
Catatan :
Lagu fenomena ini sememangnya amat popular apabila menjuarai Senarai Lagu 100 Terhebat ERA tahun 1999 dan berada di kedudukan ketiga untuk tahun seterusnya untuk carta yang sama. Lagu ini pernah menjuarai Carta Muzik Muzik 2000 selama 13 minggu dan berada di dalam carta selama 26 minggu. Lagu ini juga berjaya memenangi lagu terbaik kategori Balada di AJL 2000.
02. CINTA SAKTI
Artis : Def Gab C
Komposer : M.Nasir
Penulis Lirik : Loloq
Album : Skala
Tahun : 1999
Catatan :
Lagu ini adalah lagu Rock paling popular pada tahun 1999. Lagu ini berjaya menjadi juara Carta Mingguan ERA selama 7 minggu dan berada di kedudukan kedua untuk Senarai Lagu 100 Terhebat ERA tahun 1999. Lagu ini berjaya ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik untuk kategori Pop Rock pada tahun 2000. Lagu ini pernah dinyanyikan semula oleh kumpulan Senario dengan menggunakan judul Cinta Satay pada tahun 2000.
03. SYURGA DI HATI KITA
Artis : Ziana Zain
Komposer : LY
Penulis Lirik : Baiduri
Album : Ziana Zain
Tahun : 1999
Catatan :
Lagu ini dikatakan lagu paling indah pada tahun 1999 kerana melodi lagunya yang sentimental dan liriknya menyentuh jiwa. Lagu ini pernah menjuarai Carta Mingguan ERA selama beberapa minggu dan berada di dalam Senarai Lagu Carta Lagu 100 Terhebat ERA selama dua tahun berturut-turut iaitu pada tahun 1999 dan 2000. Lagu ini mencipta rekod tersendiri apabila menjuarai Carta Muzik Muzik selama 12 minggu dan berada di dalam carta selama 22 minggu. Seain itu, lagu ini juga berjaya ke peringkat Akhir AJL 1999 untuk kategori Balada.
04. HATI KAMA
Artis : Siti Nurhaliza & Noraniza Idris
Komposer : Pak Ngah
Penulis Lirik : Hairul Anuar Harun
Album : Seri Balas
Tahun : 1999
Catatan :
Lagu ini diibaratkan seperti lagu duet Mariah Carey & Whitney Houston versi Irama Malaysia kerana mengabungkan dua nama besar di dalam muzik Tradisional di dalam satu lagu yang hebat. Lagu ini pernah menjuarai Carta Mingguan Era selama beberapa minggu dan kerap diputarkan di radio pada tahun itu. Kedudukan terbaik lagu ini di dalam Carta Muzik Muzik 1998/1999 ialah No.1 selama tiga minggu dan berada di dalam carta selama 34 minggu. Antara kejayaan lain lagu ini ialah memenangi anugerah lagu terbaik kategori Irama Malaysia di AJL 1999 dan pernah tercalon Top 5 Lagu Terbaik AIM 2000.
05. DENGARKANLAH
Artis : Amy Mastura & Glenn
Komposer : Helen Yap
Penulis Lirik : Darwis
Album : Wow Dengarkanlah
Tahun : 1999
Catatan :
Video muzik lagu ini sangat kerap dimainkan di stesen tv tempatan terutamanya saluran TV NTV7 dan secara tidak langsung mempopularkan lagi lagu kepada para peminat seni hiburan. Lagu ini pernah menjuarai Carta Muzik Muzik 1999/2000 selama 11 minggu dan berada di dalam carta selama 33 minggu. Lagu ini juga pernah memenangi Anugerah Khas Pilihan Warna & Ria Singapura untuk Lagu Hit Carta Ria APM 2001.
06. SEHIDUP SEMATI
Artis : Juliana Banos & Indigo
Komposer : KRU
Penulis Lirik : KRU
Album : Juliana Banos
Tahun : 1999
Catatan :
Lagu ini sangat popular pada tahun 1999 dan bertahan sangat lama di dalam Carta Mingguan ERA tahun 1999. Lagu ini juga pernah menjuarai Carta Mingguan ERA selama tiga minggu. Kejayaan lagu ini juga menjadikan Juliana Banos sebagai Artis Baru Paling Popular tahun 1999 dan bersaing hebat dengan artis baru yang lain seperti Anis Suraya, Siti Nordiana dan Dayang Nurfaizah. Kedudukan terbaik lagu ini di dalam Carta Muzik Muzik 1998/1999 ialah No.3 dan berada di dalam carta selama 26 minggu.
07. NIAN DI HATI
Artis : Siti Nurhaliza
Komposer : Azmeer
Penulis Lirik : Azam Dungun
Album : Pancawarna
Tahun : 7 Mei 1999
Catatan :
Lagu ini pernah dikatakan lagu sambungan Purnama Merindu. Namun tiada kepastian mengenainya kerana ada info mengatakan lagu sambungan Purnama Merindu ialah lagu Mazleela berjudul Diam Tak Beerti Membisu yang diterbitkan pada tahun 1998. Walaupun begitu, lagu Nian Di Hati sebenarnya adalah salah satu lagu nyanyian Siti Nurhaiza yang sangat kompleks dan liriknya terlalu mendalam. Melodi ini lagu berubah-ubah secara konsisten dan ianya memerlukan teknik nyanyian yang hebat seperti Siti Nurhaliza sahaja yang mampu untuk mencantikkan lagu ini menjadi sempurna. Lagu ini pernah menjuarai Carta Mingguan ERA 1999 selama enam minggu dan Carta Muzik Muzik 20000 selama 8 minggu serta beradan dalam carta selama 36 minggu. Lagu ini berjaya ke peringkat Akhir AJL 2000 untuk kategori Balada dan juga pernah tercalon untuk Lagu Terbaik AIM 2000.
08. DIKIR RAMBONG
Artis : Kapilla
Komposer : Pak Ku Kamal
Penulis Lirik : Pak Ku Kamal
Album : Dikir Rambong
Tahun : 1999
Catatan :
Selepas lagu Dikir Puteri, lagu Dikir Rambong adalah lagu Dikir moden yang paling berjaya di pasaran muzik tempatan. Lagu ini menjadi sangat popular dan ianya pernah menjadi fenomena hebat ketika dipersembahkan secara langsung oleh kumpulan Kapilla di rancangan televisyen sempena Hari Kemerdekaan pada tahun 1999. Pada ketika itu, hampir semua rakyat yang menonton rancangan itu teruja mendengar lagu itu kerana penonton di stadium pada masa itu turut menyanyikan lagu itu bersama-sama dengan kumpulan Kapilla. Jadi tidak menghairankanlah jika lagu ini masih popular sehingga kini.
09. TEMAN
Artis : XPDC
Komposer : J.S Kevin
Penulis Lirik : J.S Kevin
Album : Samurai
Tahun : 1999
Catatan :
Percaturan menjadikan Ali sebagai vokal utama kumpulan XPDC menjadi sangat berjaya apabila lagu Teman meletop di pasaran tempatan. Lagu ini juga pernah menjuarai Carta ERA selama beberapa minggu dan album ini pernah terjual melebihi 200,000 unit.
10. ANDAI KAU PERGI
Artis : Indigo
Komposer : KRU
Penulis Lirik : KRU
Album : Istimewa
Tahun : 1998
Catatan :
Lagu ini sangat popular pada awal tahun 1999 dan pernah dikatakan di antara lagu Record Of The Year 1999. Lagu ini juga merupakan lagu kumpulan Indigo yang paling popular dan pernah bertanding di peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik kategori Balada serta pernah menjuarai Carta Mingguan ERA selama beberapa minggu pada tahun 1999. Kedudukan terbaik lagu ini di dalam Carta Muzik Muzik 1998/1999 ialah No.2 dan berada di dalam carta selama 25 minggu.
11. USAH DI TAMBAH BARA TERSIMPAN
Artis : Elly Mazlein
Komposer : Azmeer
Penulis Lirik : Lukhman.S
Album : Satu Persatu
Tahun : 1999
Catatan :
Lagu ini telah berjaya menaikkan nama Elly Mazlein sebagai salah seorang penyanyi Pop wanita yang popular di hujung era 1990 an. Lagu ini juga sangat dikenali dengan lirik lagu Pinggan dan Apa Kata Tetamu Yang Datang. Lagu ini pernah berjaya ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik kategori Balada pada tahun 2000. Album ini juga terjual lebih 50,000 unit pada tahun 1999/2000.
12. INGIN BERSAMAMU
Artis : Syafinaz
Komposer : Aubrey Suwito
Penulis Lirik : Tessh RS
Album : Ingin Bersamamu
Tahun : 1999
Catatan :
Kejayaan lagu ini telah berjaya membuatkan nama Syafinaz terkenal sebagai salah seorang penyanyi R&B Malaysia yang popular dengan vokal soprano dan juga sebagai pensyarah vokal ternama di Malaysia. Antara kejayaan Syafinaz melalui album ini ialah beliau telah berjaya menempatkan diri di dalam kategori Top 5 untuk Penyanyi Wanita Popular ABP 1999, Persembahan Vokal Terbaik Wanita di Dalam Album AIM 2000 dan pernah juga memenangi tempat kedua untuk pertandingan Penghibur HMI 1999.
-------------------------------------------------------------------------------------
LAGU ASIA
PALING POPULAR
DI MALAYSIA
MENGHITUNG HARI
(INDONESIA)
Artis : Kris Dayanti
Komposer : Melly Goeslaw
Penulis Lirik : Melly Goeslaw
Album : Menghitung Hari
Tahun : 1999
Catatan :
Lagu ini sebenarnya adalah lagu perintis kepada fenomena lagu Indonesia di hujung era 1990 an dan 2000 an di Malaysia. Lagu ini berjaya bersaing hebat dengan lagu tempatan hingga hampir setiap hari lagu ini diputarkan di seluruh radio tempatan kerana melodi lagu ini yang ringkas tapi indah. Lagu ini juga menjadikan Kris Dayanti sebagai salah seorang Artis Indonesia Paling Berjaya di Malaysia untuk dekad seterusnya.
------------------------------------------------------------------------------------------
LAGU ANTARABANGSA
PALING POPULAR
DI MALAYSIA
I WANT IT THAT WAY
(AMERIKA SYARIKAT)
Artis : Bacstreet Boys
Komposer : Andreas Carlsson
Penulis Lirik : Andreas Carlsson
Album : Millennium
Tahun : 12 April 1999 (Single)
Catatan :
Lagu ini adalah lagu kumpulan Backstreet Boys paling popular di Malaysia dan juga di seluruh dunia. Lagu ini pernah menjuarai Carta Harian Radio Hitz FM untuk jangka masa yang agak lama kerana populariti hebat lagu ini.
GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/
Sumber : Google Image
Entah masalah pergi Juliana Banos.
ReplyDeleteLepas kahwin, Juliana Banos fokus pada keluarga kak. huhu.
Deletetak pernah dgr lagi Elly Mazlien pun
ReplyDeleteLagu ini sangat popular hujung tahun 1990 an dan awal 2000 an. Sebab lagu inilah nama Elly Mazlein meletop kababoom sampai kini. huhu.
Delete