Ads Top

LAGU PALING POPULAR TAHUN 1991 DI MALAYSIA

GALAKSI VIRAL Tahun 1991 merupakan tahun kejayaan Zainal Abidin kerana memenangi banyak anugerah utama di dalam bidang seni pada tahun itu. Komposer M.Nasir pula merupakan komposer paling popular pada tahun itu. Penulis Lirik Popular pula jatuh kepada arwah Juwie . Tahun ini juga menyaksikan irama Rock Glam/Slow Rock/Rock Balada menguasai pasaran muzik Malaysia. Jom kita tengok lagu manakah paling popular pada tahun 1991 di Malaysia.




TOP 12
LAGU MALAYSIA PALING POPULAR 
TAHUN 1991


01. HIJAU


Artis : Zainal Abidin
Komposer : Mukhlis Nor
Penulis Lirik : Mukhlis Nor
Album : Hijau 
Tahun : 9 Julai 1991
Catatan : 
Zainal Abidin berjaya menghasilkan sesuatu yang unik dan luar biasa melalui penerbitan album ini apabila genre muzik yang dibawakannya lain daripada lain dan berkualiti tinggi. Lagu Hijau adalah Lagu Paling Popular dan Lagu Terbaik untuk tahun 1991. Genre World Music di dalam lagu Hijau ini menjadikan Zainal Abidin sebagai salah seorang Ikon Muzik yang hebat dan berbakat besar. Lagu Hijau juga merupakan salah satu Lagu Terbaik Malaysia yang pernah diterbitkan di era 1990 an. Melalui populariti album dan lagu ini juga telah memberikan pelbagai kejayaan kepada Zainal Abidin seperti menjadi Artis Paling Popular di ABP 1991 dan jualan album juga terjual melebihi 100,000 unit pada tahun itu saja. 



02. SEPI SEKUNTUM MAWAR MERAH


Artis : Ella
Komposer : Fauzi Marzuki
Penulis Lirik : Lukhman.S
Album : Identiti
Tahun : 1990
Catatan : 
Sebelum kemunculan album 30110 dan ELLA USA, lagu Rock Balada ini adalah merupakan lagu Ella yang paling popular di dalam sejarah karier muzik beliau. Lebih menarik lagi, lagu ini turut tercalon sebagai salah satu calon Lagu Paling Popular era 1990 an untuk Anugerah MACP 2007. Lagu ini juga turut pernah bertanding di peringkat akhir AJL 1991. 



03. KEMAAFAN DENDAM YANG TERINDAH


Artis :  Aishah
Komposer : Ross Ariffin
Penulis Lirik : Habsah Hassan
Album : Aishah II
Tahun : 1991
Catatan : 
Aishah meneruskan kegemilangan karier muziknya dengan fenomena lagu Pop Balada ini yang berjudul Kemaafan Dendam Yang Terindah. Lagu ini meletop di pasaran tempatan dan menjadi salah satu lagu Balada paling popular di sepanjang era 1990 an.



04. TIARA


Artis : Kris 
Komposer : M.Nasir
Penulis Lirik : M.Nasir
Album : Tiara 
Tahun : 1991
Catatan : 
Lagu ini adalah salah satu lagu paling popular hasil ciptaan komposer M.Nasir kerana pernah memenangi Lagu Paling Popular di Konsert Pujaan 10 Nescafe tahun 1991. Lagu Tiara ini juga berjaya memenangi tempat ketiga untuk dua kategori di AJL 1991 iaitu kategori Lagu Terbaik dan Persembahan Terbaik.



05. SETELAH AKU KAU MILIKI


Artis : Shima
Komposer : Saari Amri
Penulis Lirik : Azida N.S.
Album : Shima Vol.2
Tahun : 1991
Catatan : 
Lagu ini adalah salah satu lagu terbaik Shima kerana kejayaan lagu ini mendapat tempat kedua terbaik untuk kategori Lagu Terbaik dan tempat pertama Persembahan Terbaik di AJL 1991. Lagu ini juga diingati kerana persembahan mantap Shima ketika menyanyikan lagu ini di pentas AJL 1991. 



06. TAKDIR DAN WAKTU


Artis : Mega 
Komposer : Rahim Othman
Penulis Lirik : Juwie
Album : Illustrasi
Tahun : 30 April 1991
Catatan : 
Lagu ini adalah pemenang utama AJL 1991 dan juga merupakan lagu kemunculan pertama penyanyi Rahmad sebagai vokalis utama kumpulan Mega yang baru ketika itu. Dengan kemenangan ini, kumpulan Mega telah berjaya menjadi Artis Gred A era 1990 an. 



07. GERHANA CINTA LUKA


Artis : Iklim
Komposer : Umarul
Penulis Lirik : Umarul
Album : Bulan Jatuh Ke Riba
Tahun : 1991
Catatan : 
Walaupun lagu ini tidak sepopular lagu Suci Dalam Debu, namun, populariti lagu ini tidak kurang hebatnya pada tahun 1991. Ianya juga sudah dibuktikan apabila kumpulan Iklim sekali lagi memenangi anugerah Kumpulan Paling Popular di ABP 1991.



08. MEMBURU RINDU


Artis : Hattan 
Komposer : M.Nasir 
Penulis Lirik : Bob
Album : Hattan
Tahun : 1991
Catatan :
Lagu ini adalah lagu pertama yang memberikan sinar kepada Hattan untuk menjadi salah seorang penyanyi lelaki Rock paling berbakat di Malaysia. Gaya persembahan Hattan lebih kepada gaya Rock Blues juga menjadikan beliau antara penyanyi Rock yang mempunyai identiti vokal dan muzik tersendiri. Lagu ini juga berjaya ke peringkat Akhir AJL 1991. 


09. PENANTIAN


Artis : Blackrose
Komposer : Azhar Othman
Penulis Lirik : Saari Jusoh
Album :Blackrose
Tahun : 1990
Catatan :
Lagu ini adalah debut pertama daripada kumpulan Blackrose. Lagu ini adalah salah satu lagu malar segar Slow Rock/Rock Balada untuk era awal 1990 an. Lagu ini juga pernah bertanding di peringkat akhir AJL 1991.



10. UMPAMA MIMPI DALAM MIMPI

Artis : Damasutra
Komposer : Awang BPR
Penulis Lirik : S.Amin Shahab
Album : Antara Sutra Dan Bulan
Tahun : 1991
Catatan :
Lagu ini adalah lagu pertama yang memperkenalkan nama kumpulan Damasutra di dalam industri muzik tanahair. Lagu ini sangat popular pada tahun 1991 dan pernah bertanding di peringkat akhir AJL 1991. Mereka juga turut mendapat tempat kedua untuk kategori Persembahan Terbaik di pertandingan itu.



11. CINTA BANDAR TASIK SELATAN


Artis : Olan 
Komposer : Nurcahaya
Penulis Lirik : Farida
Album : Cinta Bandar Tasik Selatan
Tahun : 1991
Catatan :
Lagu ini sangat popular kerana judulnya yang mempunyai nama tempat popular iaiti Bandar Tasik Selatan. Lagu ini adalah salah satu lagu Ikonik untuk era Rock Balada awal 1990 an. Lagu ini pernah bertanding di peringkat akhir AJL 1991.


12. GUGURNYA BUNGA CINTA 
Artis :  Laksamana
Komposer : Ismail Ahmad Nawab
Penulis Lirik : Nizam Arjuna
Album : Syukur
Tahun : 1991
Catatan :
Lagu ini adalah salah satu lagu Rock Balada atau Slow Rock yang sangat popular pada tahun 1991. Lagu ini  pernah berjaya ke peringkat Akhir AJL 1991. 


-------------------------------------------------------------------------------------

LAGU ASIA
PALING POPULAR
DI MALAYSIA

KOPI DANGDUT
(INDONESIA)


Artis : Fahmi Shahab
Komposer : Hugo Blanco
Penulis Lirik : Andy Hardy
Album : Kopi Dangdut / Dangdut Raggae bersama Hetty Sundjaya
Tahun : Disember 1990
Catatan :
Lagu ini adalah salah satu lagu Dangdut paling popular sepanjang zaman di Alam Nusantara. Lagu ini pernah dinyanyikan oleh ramai artis di Malaysia mahupun di Indonesia. Lagu ini juga antara lagu saduran yang sangat berjaya pernah diterbitkan di Indonesia.    


------------------------------------------------------------------------------------------

LAGU ANTARABANGSA 
PALING POPULAR 
DI MALAYSIA


BLACK OR WHITE 
(AMERIKA SYARIKAT)


Artis : Michael Jackson
Komposer : Michael Jackson / Bill Bottrell
Penulis Lirik : Michael Jackson / Bill Bottrell
Album : Dangerous
Tahun  : 1991
Catatan :
Lagu ini adalah salah satu lagu paling popular daripada Raja Pop Dunia, Michael Jackson di dalam sepanjang karier beliau. Video muzik beliau yang memaparkan wajah pelbagai jenis etnik manusia  ini  telah berjaya menawan hati peminat beliau di seluruh dunia. Lagu ini juga telah dinobatkan sebagai lagu paling popular di seluruh dunia pada tahun 1991. Antara rekod kejayaan lagu ini yang lain ialah Michael Jackson menjadi artis pertama di dunia yang mempunyai lagu hits No.1 untuk era dekad 1970 an, 1980 an dan 1990 an dan juga merupakan satu-satunya lagu yang diiktiraf sebagai Billboard No.1 Worldwide Single.




GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/

Sumber : 
Google Image

7 comments:

  1. Seronok tengok muka depan kaset album. Hattan itu nampak lain waktu mudah.

    ReplyDelete
  2. Ni lagi lah legend. Baby lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu,mengimbau zaman dulu dulu kan kak. baby lagi tew. huhu

      Delete
  3. Lagu penantian blackrose Saari Amri komposer dan Mario black rose penulis lirik bro

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

Powered by Blogger.