JUSTIN TIMBERLAKE GUNA NAMA KUALA LUMPUR MALAYSIA 2028 DI DALAM VIDEO MUZIK TERBARU BELIAU
GALAKSI VIRAL - Selepas The Rock memuji Malaysia di dalam laman instagram rasmi beliau, kini, paling terbaru, penyanyi Hollywood gred A iaitu Justin Timberlake pula menggunakan nama Kuala Lumpur Malaysia tahun 2028 sebagai intro awal video muzik terbaru beliau berjudul Filthy.
Video muzik ini baru saja ditontonkan di saluran Vevo rasmi Justin Timberlake pada 4 Januari 2018. Konsep video muzik ini sangat unik kerana menampilkan robot sebagai bintang utama di dalam video ini. Intro awal video muzik ini bermula dengan satu persidangan antarabangsa yang berlangsung di Kuala Lumpur, Malaysia tahun 2028. Kemudian, kelihatan Justin Timberlake mempersembahkan "syarahan" @ lagu beliau dengan memperkenalkan robot manusia di mana Justin mengawal pergerakan robot itu secara wireless. Macam-macam pergerakan robot itu lakukan sehingga para penonton rasa teruja melihatnya.
PAN-ASIAN DEEP LEARNING CONFERENCE
KUALA LUMPUR, MALAYSIA
2018
Printscreen Video Muzik Terbaru Justin Timberlake
Sangat jarang artis gred A Hollywood mahu menggunakan nama Malaysia di dalam video muzik mereka. Ini adalah kerana majoriti masyarakat antarabangsa lebih mengenali Thailand, Singapura dan Filipina berbanding Malaysia. Walaupun judul lagu ini Filthy, tapi intro awal yang menampilkan persidangan intelektual di Kuala Lumpur ini boleh dibanggakan juga. Industri robotik tempatan semakin menunjukkan perkembangan positif di Malaysia. Mungkin kehadiran robot di dalam video muzik ini memberikan gambaran awal yang Malaysia boleh menjadi hub utama pendidikan dan perkembangan industri robotik di rantau Asia Pasifik pada masa akan datang. Sama-samalah kita nantikan. Jom tonton video muzik terbaru Justin Timberlake di bawah.
Video Muzik Terbaru Justin Timberlake
(Klik Untuk Menonton)
GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/
Robot Justin Timberlake.
Sumber : YouTube Channel
Alhamdulillah..moga yang positif itu menjadi satu inspirasi kepada rakyat Malaysia menjadi lebih menjaga segenap sudut kerana sudah ada yang mula memandang negara kita..
ReplyDeleteAamin kak PC. Setuju kak PC. Semoga negara kita bertambah cemerlang, gemilang dan terbilang dengan pelbagai kejayaan yang akan membanggakan kita sebagai rakyat Malaysia. :D
DeleteWaww terbaiklahh!
ReplyDeletePastinya terbaik kan kak Fatin. hihi. :D
DeleteKlik Vedio sebentar tadi..wah best...
ReplyDeleteBest kan Mr Etuza. Kreatif mereka semua ini. :)
DeleteAndai Malaysia terkenal dengan nama baik syukur alhamdulillah..
ReplyDeleteRakyat pun tumpang bangga..
Setuju kak LZ. Semoga Malaysia dikenali dengan pelbagai kejayaan yang akan membanggakan rakyat Malaysia kan kak. InsyaAllah. Aamin. :)
DeleteTurut rasa berbangga sbg rakyat Malaysia bila artis popular dunia menggangkat nama Malaysia.. terbaiklah! :)
ReplyDeleteSetuju Mr Khir. Justin Timberlake @ Putera Pop Dunia. Hihi. Terbaik semua. :)
DeleteWahh..baru tgk vdeo ni.. tq sharing.. tumpang bangga sebab die naikkan nama Malaysia. Biar terkenal sbb perkara yg baik..
ReplyDeleteSama2x kak Cik Puan Ena. Hihi. Aah, betul tu kak. Biar nama Malaysia terkenal kerana perkara yang baik. GV setuju. :D
Deletebest klip video JT.. lama xdtg malaysia
ReplyDeleteUnik kan video muzik Justin Timberlake. Siap mention nama Malaysia lagi. Hihi. :)
DeleteHari tu dah tengok. Baru perasan pula tajuk conference tu.
ReplyDeleteAah kak. Tajuk conference wat kat Kuala Lumpur. Kalau tgk audience pun macam orang Malaysia je. Hihi. :)
DeleteKuala lumpur jadi pilihan? wowww!!!!
ReplyDeleteAah kak JM. Bangga sekejap bila tgk intro muzik video Justin ini. hihi. :)
DeleteSemoga Malaysia terus dikenali Di persada dunia. Selalunya oorg barat mmg x kenal Malaysia pun
ReplyDeleteBetul tu mama. Orang Barat memang ramai tak kenal Malaysia. Dorg lebih kenal Thailand, Vietnam, Singapore dan Philipines. Huhu.
Deletetumpang bangga sebagai rakyat Malaysia!
ReplyDeleteSama GV juga kak Dhiera. Hihi. :)
DeleteBangga.....
ReplyDeleteTerbaik semua.. :)
Deletealhamdulillah semoga berkah
ReplyDeleteInsyaAllah. Aamin. :). Terima kasih sudi singgah Mr Obat. GV sangat menghargainya. :)
DeleteMalaysia dah terkenal..bangga la♥
ReplyDeleteGV pun turut bangga juga kak. Hihi. :)
Deletetumpang bangga dan tumpang senyum
ReplyDeleteSama la GV kak. hihi. :)
Deletemusik yang renyah untuk didengarkan
ReplyDeletehuhu. maksudnya rancak kan. huhu.
Deleteada jugak org luar pandang malaysia kan. ehh/ hihihi
ReplyDeleteBetul kak. Hihi. :D
DeleteWah, rasa bangga sangat tengok video klip tu...
ReplyDeleteGV pun sama juga Mr Zumal. hihi :)
Delete