GALAKSIVIRAL
  • Home
  • Arkib Hiburan
  • Penyanyi No.1 Malaysia
  • Infotainment
    • Meletop
    • Muzik
      • Album
      • Koleksi Lagu Ziana Zain
      • Lagu Era 1980 an
      • Lagu Era 1990 an
      • Lagu Era 2000 an
      • Lagu Era 2010 an
      • Lagu Era 2020 an
    • Anugerah
    • Raya
    • Makanan
    • Minuman
    • Filem
    • TV
    • Anime
    • Mimpi
    • Planet
    • Negara
    • Sihat
    • Sign In
  • About Us

galaksiviral - Pertandingan memasak terkenal Masterchef Asia kembali dengan musim terbaru  menemui peminat pada tahun 2026. Musim kali istimewa kerana kesemua peserta yang bertanding adalah peserta Asia yang pernah bertanding dalam pertandingan Masterchef pelbagai negara. Sudah pasti wakil Malaysia juga turut serta dalam musim ini iaitu Marcus Low. Menariknya Marcus adalah merupakan satu-satunya peserta asal Masterchef Asia  yang menyertai musim istimewa ini. Jom kita lihat gambar peserta dan trivia ringkas rancangan fenomena ini.


Marcus Low 
(Malaysia/Masterchef Asia Musim 1)

Mime Kataniwa
 (Jepun/Masterchef Italia Musim 11)

Sandy Tang
(Macau China/Master Chef UK Musim 16)

Therese Lum
(China/MasterChef Australia Musim 13)

Audrey Wicaksana 
(Indonesia/MasterChef Indonesia Musim 7)

Ivory Yat Vaksman
(Filipina/MasteChef Pinoy Musim 1)

Khanh Ong 
(Vietnam / Masterchef Australia Musim 10 & 12)

Nambie Marak
(India/MasterChef India Hindi Musim 8)

Sahadol Tantrapim
(Thailand/MasterChef Thailand Musim 3 & All Stars)

Areun Yoon
(Korea Selatan/MasterCher Korea Musim 1)

Juri
Chef Edward Lee  (Korea Selatan/Culinary Class Wars) ; Chef Pam  (Thailand/Kitchen War Thailand) & Chef Kelvin Cheung (Chinese-Canadian)

REVIEW

MASTERCHEF ASIA 2026

Nama Rancangan : MasterChef Asia 2026
Jenis Rancangan : Realiti TV
Fokus Rancangan : Pertandingan Memasak Asia
Jumlah Episod : 10
Mula Ditayangkan : 22 September 2026 - kini
Negara Hos Rancangan : Macao, China
Saluran : TLC (Astro Channel 707)
Jumlah Negara Sertai Rancangan Ini : 9
Malaysia
Thailand
Indonesia
Filipina
Vietnam
China
Korea Selatan 
Jepun
India

Review:
Musim terbaru ini unik kerana menghimpun pelbagai peserta keturunan Asia yang pernah bertanding dalam pelbagai edisi MasterChef Asia seluruh dunia. Cuma bagi GV, juri MasterChef kali ini kurang layak jadi juri kerana kita masih ada Juri yang lebih layak, berpengalaman dan berpengetahuan luas dalam bidang masakan Asia untuk menjadi juri rancangan ini.

Apabila GV mengetahui barisan juri musim ini. GV sudah jangka (SPOILER ALERT) wakil Malaysia dan Jepun akan terkeluar awal. Bayangkan Marcus yang inovatif dan kreatif dalam masakan dalam musim pertama boleh tersingkir awal dalam musim ini. Manakala wakil Jepun yang bertanding di MasterChef Italia pula telah disingkirkan paling awal antara semua peserta.  Kecewa bukan. 

Juri Edward Lee (Amerika Syarikat/Korea Selatan) tidak layak jadi Juri musim ini kerana beliau hanya pakar masakan barat sahaja dan masakan Korea Selatan pun beliau tidak berapa mahir. Sepatutnya Usahawan Makanan Terkenal/Pengkritik Makan Profesional dan Raja Juri Makanan Korea Selatan iaitu Paik Jong-won sepatutnya menjadi juri dalam rancangan ini kerana beliau mempunyai ilmu pengetahuan masakan dan kulinari yang sangat meluas termasuk masakan Asia Tenggara.

Juri Pam (Thailand) pula walaupun memegang takhta Chef Wanita Terbaik Dunia 2025, beliau pun sebenarnya tidak layak jadi juri kerana beliau pernah memberikan reaksi negatif kepada masakan nasi kerabu yang disediakan oleh salah seorang peserta rancangan Kitchen Wars Thailand musim ketiga baru baru ini. Ini menunjukkan beliau bukan jenis berfikiran terbuka di dalam kepelbagaian masakan  terutamanya masakan Asia Tenggara. Cuba bayangkan kalau kita masak sambal belacan atau tempoyak, sudah pasti Chef Pam akan beri komen negatif serta merta dan  tersingkir daripada pertandingan. Oleh itu, sebagai ganti beliau, ketua penyelia kapten Kitchen Wars Thailand & Juri Iron Chef Asia iaitu Chef Wilment sesuai jadi juri rancangan ini kerana beliau sangat memahami masakan Nusantara dan juga berfikiran terbuka di dalam bidang masakan.

Juri terakhir yang kurang popular berbanding yang lain iaitu Chef Kelvin mungkin layak jadi juri kerana latar belakang dalam  bidang masakan beliau yang sangat diversiti dan variasi. Rasanya beliau satu-satunya juri musim ini yang tahu masakan Arab, India dan masakan berasaskan halal. Ini kerana beliau ada membuka restortan di Dubai UAE dan pastinya beliau memahami selok belok isu makanan halal. Kalau nak ganti pun, mungkin Chef Alvin Leung layak jadi juri kerana beliau sangat popular di Asia dan berpengetahuan luas dalam bidang masakan Asia. Chef Alvin pernah memarahi peserta Indonesia di dalam rancagan masakan kerana gagal masak rendang. Populariti Chef Alvin adalah setara dengan Chef Wan (Malaysia) di peringkat dunia kulinari.

Untuk peserta pula, kita tunggu la siapa menang nanti. 

GV METER  : 10/100 
💖
(BIASA)


Arkib Hiburan Malaysia
https://galaksiviral.blogspot.com/
https://www.youtube.com/@galaksiviral2.0

Sumber : Google Image












galaksiviral - Pernah lihat Carta Mingguan Muzik Muzik tahun 1995 yang disiarkan di laman surat khabar Utusan Malaysia dan Berita Harian ? Tahun 1995 adalah tahun kedua bermula era rancangan Muzik Muzik diadakan pada setiap hari Rabu pada jam 5.30 petang di saluran TV3. Sesuai dengan slogan galaksiviral yang merupakan Arkib Hiburan No.1 Malaysia, di bawah adalah salinan Carta Mingguan Muzik Muzik pada tarikh 4 Januari 1995 dan 11 Januari 1995 daripada surat khabar Utusan Malaysia yang pastinya menjadi bahan sejarah Muzik Muzik untuk rujukan peminat seni masa akan datang. 

TRIVIA MUZIK MUZIK

1)  Terdiri daripada Carta Mingguan Lagu Top 20 beserta 4 lagu pencalonan baru setiap minggu.

2) Terdapat tiga kategori lagu pencalonan iaitu Balada, Pop Rock dan Irama Malaysia

3) Undian Carta Muzik Muzik adalah melalui undian pos surat khabar Berita Harian/Utusan Malaysia dan juri awam di studio rancangan Muzik Muzik. 

4) Di borang undian, peminat perlu isi markah 1,2 atau 0 pada semua lagu dalam Carta Top 20 dan lagu baharu dicalonkan di bahagian A. Manakala di bahagian B, peminat perlu meneka lagu Top 5 Carta minggu seterusnya beserta slogan kreatif untuk memenangi hadiah istimewa daripada pihak penganjur. 

5) Carta Mingguan Muzik Muzik edisi 1994/1995 ini mempunyai 52 minggu di mana kiraan Carta musim ini bermula pada bulan November 1994  dan berakhir Oktober 1995. 

6)  Musim ini antara tahun paling banyak artis Mega Star era 90 an bertanding dalam Carta Muzik Muzik. Antara artis dan lagu yang pernah bertanding pada tahun musim ini 1994/1995 ialah seperti berikut :

Dato' Jamal Abdillah - Penghujung Rindu 

Datuk Nora - Di Persimpangan Dilema / Sandiwara

Dato' Awie - Tragedi Oktober / Di Bayang Awan / Ukiran Jiwa / Ratuku

Dato' Aishah - Cinta Beralih Arah / Panggilan Rindu / Kata dan Rupa

Datuk Ziana Zain - Bersama Akhirnya / Sangkar Cinta

Dato' M.Daud Kilau - Menumpang Kasih

Kumpulan Ukays / U.K's - Kau Satu-Satunya / Sebak / Pahit Manis Akhrinya / Rhythm Si Jantung Hati/ Kekasihku

Fauziah Latiff - Apa Sebenarnya / Enggan / Alam Ceria

Spring - Sepi Tanpa Cinta / Sejujur Mana Kata Kata

Amy Mastura - Jawapan Kasih / Warkah Biru / Meniti Hari

Kumpulan Iklim - Di Pintu Mahligai 

Kumpulan KRU - Negatif / Dua 

Kumpulan Feminin - Kini / Rindu

Kumpulan Nico - Kau dan Aku / Rindu

Aris Ariwatan - Lamunan Terhenti

Ning Baizura - Pasti / Kau dan Aku

Amelina - Yang Indah Yang Hangat / Andai Bintang Berkata / Biarlah Ku Sendiri

XPDC - Titian Perjalanan

Haida - Hajat / Manis Masa Bercinta 

Nurul - Cinta Azali / Impian / Kerana Terluka 

Slam - Kembali Terjalin / Nur Kasih / Tak Mungkin Berpaling

Casey - Seribu Impian / Di Persimpangan Kenangan

Jalil Hamid - Makan 

Shajiry - Orang Kita

Zaid - Menjulang Kasih

Maya - Matahari

Sheeda - Angkat Kaki

A To Z - Berdendang

Jaafar Onn - Joget Kuala Lumpur / Jangan Lepak (bersama Rohana Jalil)

Legacy - Dua Jiwa Satu Hati

Stings - Kepadamu Kekasih Hati

Ibnor Riza - Pening Kepala / Sesal

ND La La - Diari YB / Masa Bercinta

Siti Musliha - Hujan Airmata

Rosiah Chik - Zapin Senandung Dua

Ayati Tasrip - Cinta Dangdut

Res2 - Kiriman Rindu

Yantzen - Pesan Cakawari

Rio - Apa Sebabnya 

Joey - Beradu Suratan

Ramlah Ram - Keangkuhanmu

Mercury - Kamus Asmara

EYE - Merisik Janji

Shades - Malam

Slash - Taman Astakona

Carool Ormila - Bingkisan Desa

Hawa - Bisa Semalam

Zaleha Hamid - Hanyalah Satu 

Ayie - Retak

Ways - Pulanglah

Kasawari - Cinta Abadi

Kumpulan Mega - Kita

Febians - Eva Natasha




Arkib Hiburan Malaysia
https://galaksiviral.blogspot.com/
https://www.youtube.com/@galaksiviral2.0

Sumber : Google Image

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

Jumlah Pelawat GALAKSIVIRAL

❤️💕❤️💕❤️💕❤️

CARTA TOPIK POPULAR

  • PESERTA THE VOICE THAILAND NYANYI LAGU DIKIR PUTERI NORANIZA IDRIS. RAP DALAM BAHASA THAILAND.
  • SLAM : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN
  • PEMENANG BINTANG PALING POPULAR 2017
  • REVIEW FILEM KOREA ALONG WITH THE GODS : THE TWO WORLDS. SAMA HEBAT DENGAN FILEM TRAIN TO BUSAN.
  • 11 PLANET PALING ANEH DAN GANJIL DI ALAM SEMESTA
  • RAMLI SARIP : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN
  • HERO MARVEL MALAYSIA YANG PERTAMA DI DUNIA.
  • LAGU PALING POPULAR TAHUN 2000 DI MALAYSIA
  • JUSTIN TIMBERLAKE GUNA NAMA KUALA LUMPUR MALAYSIA 2028 DI DALAM VIDEO MUZIK TERBARU BELIAU
  • SEPULUH LAGU NASYID KONTEMPORARI PALING POPULAR DI MALAYSIA #gemagegarvaganza #ggv

Infotainment Muzik

  • INFO ALBUM
  • INFO MUZIK
  • INFO PENYANYI MALAYSIA
  • KOLEKSI LAGU ZIANA ZAIN
  • LAGU ERA 1980 AN
  • LAGU ERA 1990 AN
  • LAGU ERA 2000 AN
  • LAGU ERA 2010 AN
  • LAGU ERA 2020 AN

Infotainment Boom

  • INFO ANIME
  • INFO ANUGERAH
  • INFO ARKIB HIBURAN
  • INFO FILEM
  • INFO MAKAN
  • INFO MELETOP
  • INFO MIMPI
  • INFO MINUM
  • INFO NEGARA
  • INFO PLANET
  • INFO RAYA
  • INFO SIHAT
  • INFO TV

Arkib GalaksiViral

  • Okt 20262
  • Ogo 20261
  • Jul 20261
  • Mei 20266
  • Mac 20263
  • Feb 20262
  • Nov 20254
  • Sep 20251
  • Ogo 20252
  • Mei 20256
  • Jul 20241
  • Mei 202411
  • Apr 20244
  • Jan 20241
  • Nov 20231
  • Dis 20221
  • Jul 20221
  • Apr 20215
  • Mac 202115
  • Okt 20201
  • Sep 20208
  • Ogo 202025
  • Jul 20208
  • Jun 20203
  • Mei 20202
  • Jan 20201
  • Nov 20195
  • Okt 20191
  • Feb 201823
  • Jan 201811
  • Dis 201732
  • Nov 201749
  • Okt 20173
  • Sep 20171
  • Ogo 201747
  • Jul 2017106
  • Mei 20174
  • Apr 201713
  • Mac 20176
  • Feb 201716
Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!
Blogged.my

Created By galaksiviral May 2017 - 2026 / Distributed By Gooyaabi | Designed by OddThemes