GALAKSIVIRAL - Pernah mimpi terjatuh ? Jatuh bangunan ? Jatuh tangga ? Jatuh gaung ? Jatuh daripada kenderaan ? Adakah mimpi ini sebenarnya jalan untuk ke alam dimensi yang lain ? Seperti dalam filem Everyting Everywhere All At Once dan Dr Strange in the Multiverse of Madness ? Sesunguhnya mimpi ini sungguh misteri dan bersifat alam ghaib. Baiklah, jom kita baca di bawah apakah yang dimaksudkan dengan mimpi terjatuh ini ?
1. Jatuh daripada tempat tinggi dikatakan petanda kemalangan, situasi yang tidak menyenang, ketidakstabilan jiwa, cabaran dalam hidup atau peringatan untuk lebih berhati hati dalam kehidupan.
2. Jatuh tetapi terselamat dikatakan akan berjaya menghadapi kesukaran atau kesulitan hidup.
3. Sering dan kerap mimpi jatuh dikatakan empunya diri mempunyai masalah stress dan trauma yang belum dapat diatasi.
4. Ada pendapat mengatakan mimpi kerap jatuh juga petanda awal ganguan makhluk luar dimensi kita. Kalau nak tahu lanjut, boleh rujuk sumber rujukan info ini di bawah sekali nanti ya.
Btw, kalau nak tengok alam barzakh yang mengerunkan dalam drama, boleh tengok drama Korea judul Light Shop di Disney Plus. Drama ini memang lain daripada lain. Suasana alam barzakh dalam cerita ini adalah hampir mirip kepada pengalaman mimpi manusia yang pernah alami di dunia ini. Mungkin ya, mungkin tidak ? Di bawah poster drama korea ini. Ada masa nanti mungkin GV akan review drama Horror ini.
Ini hanyalah antara rangkuman informasi yang diperolehi berkenaan tafsiran mimpi berkaitan jatuh. Terpulang pada diri masing-masing mahu percaya atau tidak. Sekadar menambah informasi yang untuk makluman bersama. Selamat membaca.
Sumber :


