Ads Top

LAGU PALING POPULAR TAHUN 2000 DI MALAYSIA

GALAKSI VIRAL - Tahun 2000 masih  merupakan tahun kejayaan Diva Pop Siti Nurhaliza kerana memenangi banyak anugerah utama di dalam bidang seni pada tahun itu. Komposer LY pula merupakan komposer paling popular pada  tahun itu.  Penulis Lirik Popular pula jatuh kepada Baiduri. Tahun ini juga menyaksikan irama muzik daripada Indonesia mula menguasai pasaran muzik Malaysia. Selain itu, kemunculan New Boyz juga telah menyebabkan fenomena tersendiri apabila banyak kumpulan Pop Rock tangkap leleh/jiwang remaja muncul dengan lagu dan album mereka di persada seni tanahair tahun itu. Jom kita tengok lagu manakah paling popular pada tahun 2000 di Malaysia.




TOP 12
LAGU MALAYSIA PALING POPULAR 
TAHUN 2000


01. SHA NA NA


Artis : Amy Mastura 
Komposer : Amy Mastura
Penulis Lirik : Amy Mastura
Album : Bintang Hati
Tahun : 2000
Catatan :
Lagu ini adalah lagu tema budak remaja awal 2000 an. Hampir semua budak sekolah pada tahun itu suka lagu ini. Lagu ini juga mencipta rekod tersendiri apabila berjaya menjadi Juara Carta Muzik Muzik 2000 hampir 13 minggu berturut-turut. Lagu ini berjaya ke Peringkat Akhir AJL 2000. Lagu ini adalah Lagu Malaysia Paling Popular Tahun 2000. Lagu ini juga mempunyai gaya tarian tersendiri dan menjadi ikutan ramai peminat pada tahun itu.


02. JANGAN LAFAZKAN
Artis : Kumpulan KRU
Komposer : Kumpulan KRU
Penulis Lirik : Kumpulan KRU
Album : Formula Luarbiasa 
Tahun : 1999
Catatan :
Lagu ini adalah lagu Pop R&B paling berjaya nyanyian kumpulan KRU selain lagu Apa Saja (1996). Lagu ini popular di hujung tahun 1999 dan kekal  popular sehingga hujung tahun 2000. 




03. AKAR DAN BUMI
Artis : Kumpulan Amuk
Komposer : Bong 
Penulis Lirik : Azam Dungun
Album : Formula Luarbiasa 
Tahun : 1999
Catatan :
Lagu Rock ini adalah salah satu lagu Rock paling popular di Malaysia sepanjang zaman. Intro awal lagu ini menjadi viral di kalangan pendengar muzik pada tahun itu kerana kagum dengan lontaran vokal hebat Bandi Amuk yang cukup hebat dan mantap itu. 



04 . BINTANG HATI
Artis : Amy Mastura 
Komposer : Goh Boh Hoe
Penulis Lirik : Amran Omar
Album : Bintang Hati
Tahun : 2000
Catatan :
Lagu ini cukup popular pada tahun 2000 kerana muziknya yang sangat moden dan video muziknya yang berkualiti. Lagu ini berjaya memenangi Kategori Pop Rock di AJL 2000.




05 . BALQIS
Artis : Siti Nurhaliza
Komposer : Pak Ngah
Penulis Lirik : Hairul Anuar Harun
Album : Sahmura 
Tahun : 2000
Catatan :
Album ini mencetuskan rekod tersendiri apabila menjadi album Malaysia pertama dilancarkan di tahun Y2K itu. Lagu irama samrah yang berjudul Balqis ini telah berjaya menjadi Juara AJL 2000 dan mengekalkan populariti Siti pada tahun itu sebagai Artis Paling Popular di Malaysia tahun 2000.


06 . NOUR EL AIN
Artis : Sharifah Aini
Komposer : Nasser Al Mezdawy 
Penulis Lirik : Ahmed Shata
Album : Seribu Mawar
Tahun : 2000
Catatan :
Lagu ini merupakan antara lagu perintis kepada fenomena lagu Arab yang melanda Malaysia pada hujung tahun 2000 dan 2001. Allahyarhamha Sharifah Aini telah berjaya mempopularkan lagu asal Amr Diab ini di Malaysia dengan gayanya tersendiri. 



07 . PERGI TAK KEMBALI
Artis : Kunpulan Rabbani
Komposer : Kumpulan KRU
Penulis Lirik : Kumpulan KRU
Album : Pergi Tak Kembali
Tahun : 1999
Catatan :
Lagu ini adalah lagu perintis kepada perubahan muzik secara drastik untuk irama Nasyid di Malaysia. Ramai terkejut apabila mendengar lagu ini  kerana lagu ini berkonsepkan irama Pop Dance tetapi liriknya adalah mengenai isu ketuhanan. Disebabkan lagu ini juga, Rabbani telah berjaya satu identiti penyanyi Nasyid yang tersendiri dan menarik generasi muda untuk meminati lagu mereka. 



08 . SETIAKU KORBANKAN

Artis :
Fauziah Latiff
Komposer : LY
Penulis Lirik : Baiduri
Album : Jee No.1's
Tahun : 1999
Catatan :
Lagu Pop Balada yang penuh shahdu ini sememangnya amat popular pada tahun 2000.  Disebabkan populariti hebat lagu ini, album Fauziah Latif berjudul Jee No.1's itu sangat laris di pasaran.



09 . SEJARAH MUNGKIN BERULANG

Artis :
Kumpulan New Boyz
Komposer : Aiman
Penulis Lirik : Lukhman.S
Album : Sejarah Mungkin Berulang
Tahun : 1999
Catatan :
Lagu ini mencetuskan fenomena yang sangat hebat di kalangan budak remaja pada tahun itu. Dengan imej mereka berambut sikat tengah dan vokal Tomok yang belum matang itu telah menjadikannya sebagai  trademark kepada kumpulan ini. Kemunculan New Boyz adalah perintis kepada kemunculan budak remaja yang lain seperti Spin, Boboy, Spears, Grand dan banyak lagi. Kini semuanya sudah menjadi sejarah dan kenangan. huhu. 



10 . PASRAH

Artis : Erra Fazira 
Komposer : Saari Amri 
Penulis Lirik : Yusof Kelana
Album : Kini 
Tahun : 1999
Catatan :
Lagu tema filem Pasrah ini amat popular pada tahun 2000. Lagu ini berjaya ke Peringkat Akhir AJL 2000 dan merupakan salah satu lagu paling popular nyanyian Erra Fazira. 


11 . DALAM TAMAN SHAHDU
Artis : Siti Nurhaliza 
Komposer : Johari Teh
Penulis Lirik : Yaries
Album : The Best Of Siti Nurhaliza 
Tahun : 2000
Catatan :
Lagu Balada ini meneruskan kelangsungan populariti Siti di dalam muzik Pop pada tahun 2000. Ramai memuji kulit album ini sangat cantik dan kreatif. 



12 . IBOQ
Artis : Noraniza Idris 
Komposer : Indra 
Penulis Lirik : Siso
Album : Iktiraf
Tahun : 2000
Catatan :
Lagu ini adalah lagu irama Orang Asli paling popular di Malaysia. Kesungguhan Noraniza Idris dalam memperkenalkan pelbagai jenis muzik etnik Melayu di Malaysia sangat dikagumi dan dihormati ramai pihak. Lagu Iboq ini sangat popular dan kerap didendangkan di dalam majlis melibatkan isu budaya tempatan atau majlis persembahan terbuka dan tertutup.


---------------------------------------------------------------------------------------------------


LAGU ASIA 
PALING  POPULAR  


JIKA
(INDONESIA)

Artis : Melly Goeslaw feat Ari Lasso
Komposer : Melly Goeslaw
Penulis Lirik : Melly Goeslaw
Album : Melly
Tahun : November 1999
Catatan:
Lagu Jika adalah Lagu Paling Popular di Radio ERA tahun 2000. Lagu ini telah berjaya menjadi juara Carta Era selama 10 minggu. Maka tidak hairanlah jika lagu ini dinobatkan sebagai lagu Asia paling popular di Malaysia. Bermula pada tahun ini, ramai artis tempatan yang inginkan lagu ciptaan Melly Goeslaw kerana lagu ciptaan beliau sangat unik, moden dan luar biasa. 


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

LAGU ANTARABANGSA
PALING POPULAR DI MALAYSIA


OOPS!...I DID IT AGAIN
 (USA)
Artis : Britney Spears
Komposer : Max Martin
Penulis Lirik : Rami
Album : Oops!..I Did It Again
Tahun : 15 Mei 2000
Catatan:
Lagu Britney ini sememangnya amat popular dan fenomena sejak dari tahun 1999 sehinggalah sekarang. Tahun ini juga antara tahun kemuncak populariti Britney berada di tahap paling atas apabila berjaya menjadi Puteri Pop Remaja paling popular di seluruh dunia. Melalui album ini juga, Britney memegang rekod artis solo paling banyak jualan album untuk minggu pertama iaitu sebanyak 1.3 juta unit terjual sehinggalah rekod beliau  dikalahkan oleh penyanyi Adele pada tahun 2015. Lagu ini sangat digemari oleh semua lapisan masyarakat di Malaysia kerana lirik lagunya ada perkataan Oppss dan yeah yeah yeah serta video muzik/tarian/fesyen  ikonik Britney yang menjadi ikutan ramai melalui lagu fenomena ini.





GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/


Sumber : Google Image

29 comments:

  1. Replies
    1. Setuju Mr Etuza. Hihi. Memang best lagu-lagu dorang ini. Hihi. :D

      Delete
  2. new boys tu nampak sgt cam budak2 rupa masng2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah kak Raihanah. New Boyz tu nampak budak2x sangat. Hihi. Masa ini mmg dorg sangat fenomena. hihi. :D

      Delete
  3. Biasanya akan didengari ke mana pun...dan yang paling menjadi tumpuan DS Siti Nurhaliza dan NewBoys..fenomena..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju kak PC. Lagu2x mereka mengimbau kenangan awal era 2000 an. Hihi. Best kan lagu mereka kak PC. :D

      Delete
  4. dah baca sebelum di entrikan balik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Mr Etuza. GV sangat menghargainya. Terbaik semua. :D

      Delete
  5. Hebat2 penyanyi yang tersenarai.
    Lagu2nya pun sedap didengar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju Mr WP. Lagu2x mereka ini sangat nostalgia dan sedap didengar. Terbaik semua. :D

      Delete
  6. Memang semua lagu lama yg budak sekarang ni tak tau punya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah kak Maria, Dah hampir 17 tahun lagu di atas wujud. Kadang sedih juga tgk sesetengah budak generasi skang tak tahu lagu di atas. huhu. :)

      Delete
  7. Replies
    1. Totally agreed. All songs are evergreen dan remind us all those back old memories. :D

      Delete
  8. hype, kita memang suka CT tu, tak kisah lerr no brape. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dato' Seri mmg legend. Hampir semua lagu Dato' Siti best kan kak. hihi. :D

      Delete
  9. Lama tak dengar lagi lagu2 ni.. tak sedar sekejap je dah nak masuk 18 tahun berlalu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Mr Khir. Sekejap jew masa berlalu. 18 tahun berlalu begitu cepat dan lagu2x ini pun menjadi evergreen. huhu. :D

      Delete
  10. Assalamualaikum. Tahniah kerana anda telah terpilih sebagai salah seorang pemenang SPM Fever Giveaway! Untuk makluman lanjut dan cara untuk menuntut hadiah anda, sila klik pautan di bawah. Terima kasih.

    http://www.zukidin.com/2017/12/senarai-pemenang-spm-fever-giveaway.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Mr Abam Kie. Syukur alhamdullilah dan terima kasih Mr Abam Kie kerana memilih GV sebagai salah seorang pemenang. GV doakan semoga Mr Abam Kie dan semua sponsor sentiasa murah rezeki dan ceria selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

      Delete
  11. Salam
    lagu pasrah tu memang power. syahdu je dengar

    salam kenal
    tahniah menang giveaway

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal juga En Ilham. Terima kasih sudi singgah blog GV. hihi. Aah lagu pasrah mmg power shahdu. Hihi. Terima kasih sekali lagi Mr Ilham. :D

      Delete
  12. Mengimbau kenangan lalu betul bila teringat lagu-lagu ni.. tangkap syahdu, tangkap meleleh & tangkap lentuk kata mama Juwie, hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju kak LZ. hihi. Mmg mengimbau kenangan lama kak LZ. Mama Juwie mmg legend tu. hihi.

      Delete
  13. Feveret sampai sekarang. Jangan lafazkan KRU. Feeling betul kalau dengar. hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan lafazkan antara lagu KRU paling berjaya. Popular dari hujung 1999 hingga sepanjang 2000. Memang best lagu ni kak Fatin. :)

      Delete
  14. Semua lagu best dan pernah dengar kecuali lagu noraniza idris tu.. Tajuk dia unik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh lagu iboq tu mmg best kak. Lagu orang asli. Best. :)

      Delete
  15. ~BANDAR JUDI ONLINE TERBESAR~

    Banyak permainan yang bisa Anda mainkan hanya di BOLAVITA. Baik dari casino, sportsbook, togel, slotgames, poker, sabung ayam, tangkas dan masih banyak lainnya.

    Bonus-bonus yang menarik sayang untuk Anda lewatkan:
    - Bonus New Member 10%
    - Bonus Setiap Hari 5%
    - Bonus Referral up to 10%
    - Bonus Rollingan

    Dengan minimal deposit Rp 50.000,- dan minimal withdraw Rp 50.000,- saja Anda sudah dapat memainkan semua permainan yang disediakan.

    DAFTAR GRATIS !!

    Untuk Informasi Lebih Lanjut Silahkan Hubungi CS Kami Di :
    WA / TELEGRAM : +62812-2222-995
    INSTAGRAM : @bola.vita
    FACEBOOK : @bolavita.ofc
    TWITTER : @BVgaming_net
    LINE : @CS_bolavita

    LIVECHAT 24 JAM !!

    #bolavita #pokeronline #bonusnewmember #agenjuditerpercaya #bandarjuditerpercaya #togelonlineterbaik #bandartogelterbaik #agenjuditerbaik #bandarjuditerbesar #agenbolaterpercaya #casinoonline #sabungayam #slotgames #tangkas #bola #sportsbook

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

Powered by Blogger.