GALAKSIVIRAL - Air kelapa sangat popular di seluruh dunia kerana khasiatnya yang sangat baik kepada kesihatan. Hampir 90 negara tropika mempunyai pokok kelapa dan pelbagai jenis produk makanan dan kesihatan telah dihasilkan menggunakan bahan daripada pokok kelapa ini. Negara Indonesia adalah pengeluar hasil kelapa paling banyak di dunia. Jom kita baca Trivia ringkas dan Khasia Air Kelapa kepada manusia.

TRIVIA POKOK KELAPA
1. Pokok kelapa dikatakan telah wujud sejak 15 juta tahun lalu.
2. Tumbuh di kawasan tropika dan tepi pantai atau sungai kerana tersebar melalui air.
3. Nama sainstitifk kepala ialah Cocos nucifera.
4. Boleh tumbuh sehingga 6 hingga 30 meter.
5. Digelar Pokok Seribu Guna.
Pokok Kelapa
KHASIAT AIR KELAPA
1.Membantu kawal gula dalam darah
2. Menyihatkan kulit dari dalam
3. Menyokong sistem penghadaman
4. Sesuai untuk pesakit hipertensi
5. Membantu menurunkan kolesterol
6. Membantu kawal suhu badan
7. Membekalkan penghidratan dan elektrolit
8. Membantu buang toksin melalui air kencing
9. Tinggi kandungan antioksidan
10. Rendah kalori
11. Menyokong kesihatan hati
12. Menyokong fungsi buah pinggang
13. Menyokong kesihatan jantung
14. Melembapkan tubuh secara semulajadi
GALAKSI VIRAL - Kalau kita pergi kedai makan, pasti kita akan order air kan. Tak makan pun takpe, tapi order air tu mmg selalu adalah. Rasa-rasanya minuman apakah yang paling kerap dipesan oleh rakyat Malaysia ketika mereka makan di restoran ya. Oleh itu, pada pendapat GV, ada enam jenis minuman yang dulu dan kini masih lagi menjadi minuman kegemaran masyarakat kita ketika makan di restoran. Minuman itu adalah seperti berikut:

AIR MINUMAN
PALING POPULAR DI MALAYSIA
Air yang paling menjimatkan dari segi harganya dan juga bagus untuk kesihatan kita terutamanya air suam. Orang kata kalau minum air suam atau air tanpa gula ini lepas makan, senang sikit makanan itu hendak proses dalam perut. Nama lain bagi air kosong ialah Sky Juice.
02. AIR SIRAP/SIRAP BANDUNG
Air Sirap atau adik beradiknya seperti Sirap Bandung, Sirap Limau. Sirap Laici etc juga antara menu minuman paling kerap dipesan oleh masyarakat kita. Selain harganya yang murah, rasanya juga sangat sedap.
03. TEH AIS/TEH O AIS/TEH HIJAU
Kaum kerabat teh-teh ini selalunya di ambil pada waktu pagi, minuman petang dan juga malam. Namun ada juga yang minum air teh ini sewaktu makan makan tengah hari. Kalau sebut Teh Ais atau Teh Tarik, kedai mamak la juara air ini. Sekarang ini, Teh Ais pun sudah ada dicampurkan dengan cendol dan ini menunjukkan air minuman pun mengalami revolusi baru yang tersendiri di dalam ciptaan resepi minumannya.
04. AIR BUAH-BUAHAN
Antara menu kegemaran masyarakat kita apabila memesan air buah-buahan ialah air oren, air tembikai, air mangga, air jambu, air tebu, ari kelapa, air nenas, air lobak susu, air epal, air asam boi, air barli dan air lemon. Air lemon baik untuk kesihatan kerana mengandungi banyak khasiat untuk tubuh badan kita seperti melawaskan sistem penghadaman dan menurunkan berat badan.
05.AIR MINUMAN RINGAN
Antara air minuman ringan yang paling kerap dipesan oleh masyarakat kita ialah air Pepsi, air Coke, air Strawberi, air Sprite dan air Anggur .
06. ABC/CENDOL/LAI CHI KANG/AIS KACANG
Bestnya kalau dapat makan ABC ni tengah-tengah panas kan. Kembang perut dibuatnya sebab minum air/ais satu mangkuk. ABC/Ais Kacang/Cendol/Lai Chi Kang dan sewaktu dengannya juga antara menu paling disukai oleh masyarakat kita untuk minum di kedai makan seluruh negara.
P/S : Tiada data statistik untuk senarai di atas. Ianya adalah berdasarkan pandangan peribadi GV sahaja melalui pengalaman makan di pelbagai restoran yang pernah GV pernah pergi di Malaysia. Sama ke tak pilihan minuman anda ketika makan di restoran. Hihi.
GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/
Sumber : Google Image
Cuaca panas terik sekarang selalu membuatkan kita berasa sangat dahaga kan. Kalau dapat menghirup air minuman sejuk tengah-tengah panas ini memang buat kita rasa heaven sangat. Tambah-tambah lak dapat minum air coffee atau air coklat sejuk berkrim ala ala stabak punya. hihi. Memang terasa puas kenikmatan minuman itu.
Baru-baru ini GV ada singgah di sebuah cafe minuman di Seksyen 7 Bandar Baru Bangi. Nama cafe ini ialah Iris Cafe - Fresh Brewed Coffee. Cafe ini berkongsi premis dengan pusat dobi self services iaitu Eco Green Laundry. Disebabkan GV terasa sangat dahaga pada masa itu, jadi GV pun order la satu minuman Chocolate With Steam Milk Frappe. Rasanya sangat sangat sedap dengan bekas airnya agak besar. Harga minuman ini pun hanya RM7 untuk Frape punya. Kalau untuk minuman Hot hanya RM5 dan Cold pula RM5.50 sahaja. Jika pergi ke stabak, paling murah pun Green Tea yang harganya RM14 ke atas. Memang tak sanggup la kan. Huhu. Oleh sebab itu, GV pun teringin hendak tahu apa lagi menu minuman istimewa yang ditawarkan oleh cafe ini. Secara ringkasnya, berdasarkan menu itu, GV tengok itu air minuman itu dibahagikan kepada dua jenis iaitu satu jenis coffee dan satu lagi bukan coffee. Contoh minuman Coffee tu seperti Espresso, Doppio, Long Black, Cappucino dan banyak lagi. Manakalah contoh minuman bukan Coffee pula ialah Red Tea, Chai Latte, Chocolate, Matcha dan sebagainya. Harga yang dipaparkan juga sangat berpatutan dan tidak mahal. Selepas itu, GV ada juga lihat Facebook Cafe ini ada menyatakan yang mereka ada juga menyediakan makanan seperti Nasi Kerabu Tumis Ummi dan Late Night Shake. Tapi yang paling menarik perhatian GV ialah Mat Cha Latte Twin Cup. Memang sangat unik. Next time kalu GV datang sini, GVhendak try la minuman Mat Cha Latte Twin Cup ini. Gambar minuman unik ada di bawah.

Chocolate With Steam Milk Frappe
Menu Di Iris Cafe
Semua Gambar Menu Ini Daripada Facebook Iris Cafe
Berdasarkan di Facebook cafe ini, waktu pembukaan cafe ialah daripada pukul 10 pagi sehingga 11 malam setiap hari rasanya. Jadi jika ada sesiapa yang teringin hendak rasa kesedapan air minuman di cafe ini, bolehlah singgah ke sini. Jom like facebook cafe ini >>
Facebook Iris Cafe Bangi
Alamat Cafe ini seperti berikut :
No.47-G, Jalan 7/7C, Seksyen 7
Bandar Baru Bangi, Selangor.
Chocolate With Steam Milk Frappe
Sumber : Gambar Daripada Google & Facebook Iris Cafe.