LAGU PALING POPULAR TAHUN 1994 DI MALAYSIA

GALAKSI VIRAL Tahun 1994 merupakan tahun kejayaan M.Nasir kerana memenangi banyak anugerah utama di dalam bidang seni pada tahun itu. Komposer Saari Amri pula merupakan komposer paling popular pada tahun itu. Penulis Lirik Popular pula jatuh kepada Amran Omar. Tahun ini juga menyaksikan lagu genre Pop Balada dan Dangdut mula menguasai pasaran muzik Malaysia. Jom kita tengok lagu manakah paling popular pada tahun 1994 di Malaysia.



TOP 12
LAGU MALAYSIA PALING POPULAR 
TAHUN 1994


01. SEKSA 


Artis : Ukays
Komposer : Saari Amri
Penulis Lirik : Saari Amri
Album : Bisa Berbisa
Tahun : 1994
Catatan : 
Lagu ini adalah lagu paling popular di Malaysia tahun 1994. Kejayaan lagu ini diterima ramai peminat menjadikan album mereka berjudul Bisa Berbisa benar-benar berbisa di pasaran muzik tempatan sehingga terjual melebih 350,000 unit. Dengan rekod jualan album yang luar biasa ini, dengan secara rasminya mereka memegang rekod Album Malaysia Paling Laris Sepanjang Zaman pada ketika itu. Lagu ini juga pernah menjuarai Carta Muzik Muzik 1994/1995 selama lima minggu dan berada di dalam carta selama 37 minggu. Selain itu, lagu ini juga berjaya ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 1994 di dalam kategori Pop Rock. 



02. SELAMAT JALAN ROMEO


Artis : Ramlah Ram
Komposer : Toyak
Penulis Lirik : Nabila
Album : Dangdut
Tahun : 1994
Catatan : 
Lagu ini adalah lagu Dangdut perintis kepada fenomena irama ini pada tahun berikutnya. Keberanian Diva Pop Ramlah Ram menerbitkan album Dangdut penuh ini ternyata membuahkan hasil apabila lagu ini menjadi salah satu lagu Melayu paling popular sepanjang zaman di Malaysia dan ianya juga pernah bertanding di peringkat Akhir AJL 1994 di dalam kategori Irama Malaysia. Melalui lagu ini juga telah membuktikan yang Diva Pop Ramlah Ram adalah penghibur versatile dan berbakat besar. Kedudukan terbaik lagu ini di dalam Carta Muzik Muzik 1993/1994 ialah No.3 dan berada di dalam carta selama 15 minggu. 


03. KEKAL


Artis : Ziana Zain
Komposer : Saari Amri
Penulis Lirik : Saari Amri
Album : Koleksi Ciptaan Terbaik Saari Amri Vol II
Tahun : 1993
Catatan : 
Lagu ini adalah salah satu lagu terbaik Saari Amri dan antara lagu Diva Pop Ziana Zain yang paling popular di dalam sejarah karier muzik beliau. Lagu ini yang cukup terkenal dengan filem Sembilu dan lirik lagu Hangus Terbakar cukup poppular pada tahun 1994 dan 1995. Lagu ini adalah di antara lagu paling kerap diminta oleh peminat rancangan Pilihan Bersamamu Radio Muzik pada ketika itu.


04. GEMILANG


Artis : Ella
Komposer : Kyoji Yamamoto
Penulis Lirik : Ella
Album : ELLA USA
Tahun : 1994
Catatan : 
Lagu hits utama  daripada ELLA USA ini sangat popular pada tahun 1994 dan ianya adalah di antara lagu Melayu yang cukup popular di kalangan peminat bukan Melayu di era 1990 an. Pada tahun ini juga Ella telah mencipta sejarah tersendiri apabila album ini terjual hampir 350,000 unit dan ini menjadikan Ella sebagai Artis Paling Laris Album (Satu Album) Sepanjang Masa di Malaysia. 


05. DI PERSIMPANGAN DILEMA


Artis : Nora
Komposer : Adnan Abu Hassan
Penulis Lirik : Elyna
Album : Sandiwara
Tahun : 1994
Catatan : 
Lagu ini sangat popular di Malaysia dan juga di Indonesia pada tahun 1994. Kedudukan terbaik lagu ini di dalam Carta Muzik Muzik 1994/1995 ialah di tempat pertama selama seminggu dan berada di dalam carta selama 45 minggu. Lagu ini juga berjaya ke peringkat Akhir di pertandingan AJL 1995 untuk kategori Balada. Diva Pop Indonesia Kris Dayanti juga pernah merakamkan semula lagu ini di dalam album beliau pada tahun 2007. Jualan album debut Nora ini juga sangat hebat apabila ianya terjual melebihi 200,000 unit untu tahun itu sahaja. Nora juga berjaya memenangi kategori Artis Baru Wanita Terbaik di AIM 1995 dan Penghibur TV Wanita Popular ABP 1994.



06. JAWAPAN KASIH


Artis : Amy Mastura
Komposer : Azmira
Penulis Lirik : Halim
Album : Amy Mastura 
Tahun : 1994
Catatan : 
Amy Mastura adalah Penyanyi Wanita Paling Popular tahun 1994 dan lagunya berjudul Jawapan Kasih  adalah lagu kategori Pop Rock paling lama berada di dalam Carta Muzik Muzik 1994/1995 iaitu selama 39 minggu. Lagu ini juga pernah menjuarai Carta Muzik Muzik selama 9 minggu dan berjaya ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 1995 di dalam kategori Pop Rock. Dengan kemunculan lagu dan album ini juga, Amy Mastura telah berjaya mencipta satu jenis muzik ceria yang menjadi identiti muzik beliau pada tahun berikutnya. 



07. TANYA SAMA ITU HUD HUD 

Artis : M.Nasir
Komposer : M.Nasir
Penulis Lirik : M.Nasir
Album : Canggung Mendonan
Tahun : 1993
Catatan : 
Lagu ini adalah pemenang utama AJL 1994 dan merupakan salah satu calon lagu untuk kategori Lagu Pilihan Era 1990 an di Anugerah MACP tahun 2007. Kemenangan lagu ini di AJL menjadikan tahun ini adalah tahun kemuncak kerjaya solo M.Nasir dan ditambah pula dengan kemenangannya di ABP 1994 sebagai Artis Paling Popular tahun 1994 sudah cukup mengesahkan populariti dan fenomena M.Nasir pada tahun itu. Kedudukan terbaik lagu ini di dalam Carta Muzik Muzik 1993/1994 ialah No.4 berada di dalam carta selama 16 minggu.

08. APA SEBENARNYA


Artis : Fauziah Latiff
Komposer : Zulkifli Mahat
Penulis Lirik : Lukhman.S
Album : Apa Sebenarnya
Tahun : 1994
Catatan : 
Lagu mega hits ini adalah antara lagu kegemaran dijadikan lagu tema drama di stesen TV Malaysia sehingga kini. Kedudukan terbaik lagu ini di dalam Carta Muzik Muzi 1994/1995 ialah No.1 selama dua minggu dan berada di dalam carta selama 20 minggu. Lagu ini juga pernah bertanding di peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 1995 di dalam kategori Balada. 


09. AWAS


Artis : KRU
Komposer : KRU  
Penulis Lirik : KRU
Album : Awas
Tahun : 1994
Catatan :
Ramai memuji dan kagum dengan penerbitan lagu ini kerana muziknya yang sangat terkini dan kualiti muzik bertaraf antarabangsa. Melalui fenomena lagu dan album ini, kumpulan KRU berjaya memenangi anugerah Penghibur TV Lelaki Popular di ABP 1994.



10. KINI


Artis : Feminin
Komposer : KRU
Penulis Lirik : KRU
Album : Kini
Tahun : 1994
Catatan :
Lagu berhantu daripada kumpulan Feminini adalah merupakan Lagu Paling Popular Radio Muzik tahun 1994. Kedudukan terbaik lagu ini di dalam  Carta Muzik Muzik 1994/1995 ialah No.2 dan berada di dalam carta selama 11 minggu. Lagu ini juga berjaya ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 1995 dalam kategori Pop Rock. Lagu ini juga diingati kerana  video muziknya yang ikonik dan sangat popular pada zaman itu. 



11. SIAPA DI HATIMU


Artis : Rahmat
Komposer : Wan Zul
Penulis Lirik : Siso
Album : Rahmat II
Tahun : 1993
Catatan :
Lagu ini adalah lagu paling popular daripada penyanyi Rahmat dan ianya pernah berjaya ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 1994 di dalam kategori Balada. Lagu yang turut diminati kanak-kanak dan juga orang dewasa ini pernah menjadi juara Carta Muzik Muzik 1993/1994 selama 7 minggu dan berada di dalam carta selama 20 minggu. 



12. BOURGENVILLA


Artis : Spring
Komposer : LY
Penulis Lirik : Baiduri
Album : Bourgenvilla
Tahun : 1994
Catatan :
Tahun ini juga merupakan tahun kegemilangan kumpulan Spring apabila banyak lagu yang hits datang daripada album mereka berjudul Bourgenvilla ini. Ianya termasuklah lagu judul album ini apabila ianya berjaya ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 1994 di dalam kategori Balada. Kedudukan terbaik lagu ini di dalam carta ialah No.2 dan berada di dalam carta selama 16 minggu. 


-------------------------------------------------------------------------------------

LAGU ASIA
PALING POPULAR
DI MALAYSIA

KU TAK AKAN BERSUARA
(INDONESIA)


Artis : Nike Ardilla
Komposer : Saari Amri
Penulis Lirik : Nanee Adit Ob
Album : Duri Terlindung
Tahun : Julai 1994
Catatan :
Saari Amri adalah di antara komposer Malaysia yang pernah mencipta sejarah tersendiri apabila pernah menjadi pencipta lagu kepada Penyanyi No.1 Indonesia era 1990 an iaitu arwah Nike Ardilla. Lagu Ku Takkan Bersuara ini meletop di Malaysia dan juga di Indonesia pada tahun itu. Lagu ini juga dipuji kerana kemantapan vokal Nike Ardilla dalam menyanyikan lagu nada tinggi dengan sangat baik dan bagus.

------------------------------------------------------------------------------------------


LAGU ANTARABANGSA 
PALING POPULAR 
DI MALAYSIA


HERO
(AMERIKA SYARIKAT)

Artis : Mariah Carey 
Komposer : Mariah Carey, Walter Afanasief
Penulis Lirik : Mariah Carey, Walter Afanasief
Album : Music Box
Tahun : 19 Oktober 1993 (Single)
Catatan :
Nama Mariah Carey sangat popular di Malaysia pada tahun 1994 kerana lagunya banyak meletop di pasaran tempatan dan ramai mengkagumi kemantapan vokalnya yang boleh melawan kehebatan Diva Pop terdahulu seperti Whitney Houston, Madonna dan Janet Jackson. Lagu Hero adalah lagu Inggeris yang sangat popular di radio tempatan dan ianya kerap dinyanyikan oleh artis tempatan di dalam persembahan TV dan begitu sebaliknya. 




GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/


Sumber : 

4 comments:

Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D