Ads Top

LAGU PALING POPULAR TAHUN 1992 DI MALAYSIA

GALAKSI VIRAL - Tahun 1992 masih merupakan tahun kegemilangan  Ratu Rock Ella kerana album beliau berjudul 30110 menjadi album paling laris tahun 1992. Anggaran jualan album ini ialah lebih 300,000 unit. Oleh itu, secara tidak rasmi, ianya turut mengesahkan populariti Ella sebagai Penyanyi Paling Popular  tahun1992.  Untuk Penyanyi Lelaki Paling Popular pula jatuh kepada Nash dan Kumpulan Paling Popular ialah Fotograf. Artis Baru Paling Popular tahun 1992 ialah kumpulan 4U2C. Komposer paling popular pada tahun ini ialah Fauzi Marzuki. Tahun ini juga merupakan tahun permulaan populariti irama Rap/Hip Hop di Malaysia apabila kumpulan 4U2C meletop dengan lagu Fiona. Selain itu, kemunculan Sandy Suzukii iaitu penyanyi Jepun  yang menyanyikan semula lagu klasik Melayu seperti Ikan Kekek dan Lengang Kangkong dalam versi Remix telah membawa satu perubahan baru dalam dunia muzik Malaysia. Ini dapat dilihat dengan jelas apabila banyak lagu Irama Malaysia yang mula digabungkan dengan muzik  lain sehingga wujudnya irama Pop Etnik Fusion seperti lagu Monolog Duka Noraniza Idris, Yang Remeh Temeh Pak Pandir, Siti Payong Liza Aziz, Khazanah Malaya Ayati Tasrip dan banyak lagi. Jom kita lihat lagu manakah yang dinobatkan sebagai Lagu Paling Popular Tahun 1992 di Malaysia. 





TOP 12
LAGU MALAYSIA  PALING POPULAR
TAHUN 1992

01. ALAM FANA CINTAMU
Artis : Fotograf
Komposer : Fauzi Marzuki
Penulis Lirik : Zur' Ain
Album : Fotograf  92
Tahun  : 1992
Catatan :
Lagu ini adalah lagu paling popular di Malaysia tahun 1992. Tahun ini juga kemuncak kejayaan di dalam karier kumpulan Fotograf. Antara kejayaan yang diperolehi ialah menjadi Juara kategori Rock di Anugerah Juara Lagu 1992, Lagu Paling Popular Radio (kumpulan) Pujaan Nescafe 10 1992 dan Kumpulan Paling Popular di Anugerah Bintang Popular. Lagu ini juga pernah memegang rekod paling lama No.1 di dalam Carta Muzik Muzik 1992 iaitu selama 15 minggu tidak berturutan iaitu daripada tahun 1992 hingga 1994 dan berada di dalam carta selama 23 minggu. Jualan album mereka pada tahun itu ialah sebanyak 40,000 unit sahaja.
KLIK VIDEO DI BAWAH UNTUK DENGAR LAGU


02. KEKASIH AWAL DAN AKHIR
Artis : Jamal Abdillah
Komposer : Fauzi Marzuki
Penulis Lirik : Lukhman.S
Album : Jamal
Tahun  : 1991
Catatan :
Lagu ini boleh dikatakan lagu Balada paling popular daripada Raja Pop Jamal Abdillah kerana populariti lagu ini yang bertahan lama dan menjadi malar segar sehingga kini. Lagu ciptaan komposer legenda Fauzi Marzuki ini juga telah berjaya memenangi Lagu Paling Popular Radio (solo) dan Persembahan Terbaik (solo) di pertandingan akhir Konsert Pujaan 10 Nescafe 1992. Lagu ini juga pernah menjuarai Carta Muzik Muzik 1992 selama 7 minggu berturut-turut dan berada di dalam carta selama 17 minggu. Selain itu, lagu ini juga berjaya ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 1992 di dalam kategori Pop Kreatif.
KLIK VIDEO DI BAWAH UNTUK DENGAR LAGU


03. PADA SYURGA DI WAJAHMU
Artis : Nash
Komposer : Fauzi Marzuki
Penulis Lirik : Bob Lokman
Album : Nash
Tahun  : 1992
Catatan :
Satu lagi karya mantap daripada komposer legenda Fauzi Marzuki apabila lagu nyanyian Nash telah berjaya menjadi Juara kategori Pop Kreatif dan Anugerah Juara Lagu tahun 1992. Berikutan impak populariti lagu ini juga, secara tidak langsung telah memberikan  kemenangan berganda kepada Nash apabila berjaya memenangi  undian anugerah Penyanyi Lelaki Paling Popular di Anugerah Bintang Popular 1992. Lagu ini juga pernah menjuarai Carta Muzik Muzik 1992 selama 3 minggu dan berada di dalam carta selama 19 minggu.
 KLIK VIDEO DI BAWAH UNTUK DENGAR LAGU


04. MADAH BERHELAH
Artis : Ziana Zain
Komposer : Saari Amri
Penulis Lirik : Saari Amri
Album : Madah Berhelah
Tahun  : 1991
Catatan :
Lagu signature Ratu Pop Ziana Zain ini adalah salah satu lagu paling kerap dinyanyikan di dalam pertandingan nyanyian di negara kita walaupun kita semua sedia maklum lagu ini sebenarnya antara lagu yang sukar dinyanyikan kerana memerlukan stamina vokal yang sangat mantap dan nada tinggi yang jitu. Selain itu., lagu ini juga berjaya membuktikan yang Ziana adalah Ratu Pop in the making kerana kelainan vokal beliau dan gaya nyanyian beliau yang unik. Antara teknik vokal beliau yang kerap dipuji ialah sebutan nyanyian Ziana sangat jelas/bulat dan teknik  vibrato yang dinamik serta sedap didengar. Kedudukan terbaik lagu ini di dalam Carta Muzik Muzik 1992 ialah No.2 sebanyak sekali dan berada di dalam carta selama 14 minggu. Jualan album ini pada tahun ini ialah sebanyak 40,000 unit.
KLIK VIDEO DI BAWAH UNTUK DENGAR LAGU


05. SATU
Artis : SM Salim feat Zainal Abidin
Komposer : Roslan Aziz
Penulis Lirik : Nizam & Zainal Abidin
Album : 1
Tahun : 1992
Catatan :
Tiada siapa yang akan menjangka Raja Irama Malaysia SM Salim akan berduet dengan Raja Pop Etnik Zainal Abidin  di dalam satu lagu dan lagu itu juga dinamakan dengan judul Satu. Lagu unik dan kreatif ini sememangnya menarik perhatian ramai peminat seni hiburan dan boleh dikatakan lagu ini adalah salah satu  karya lagu Etnik Malaysia yang terbaik dan malar segar sehingga kini. 
KLIK VIDEO DI BAWAH UNTUK DENGAR LAGU




06. FIONA
Artis : 4U2C
Komposer : Man Senoi
Penulis Lirik : Mama Rap
Album : 4U2C
Tahun  : 1992
Catatan :
Selepas kemunculan kumpulan pertama Rap/Hip Hop Malaysia iaitu Krash Kozz dengan mini album mereka pada tahun 1990, kemuncak kegemilangan irama ini terus meletop dengan kehadiran kumpulan 4U2C pada tahun 1992. Lagu Fiona telah berjaya menarik perhatian para peminat pada tahun itu kerana kelainan muzik yang ditampilkan. Malah, yang menariknya lagu ini juga pernah dirakam semula dalam Bahasa Inggeris oleh kumpulan Krash Kozz pada tahun 1993 melalui album debut pertama mereka. Album mereka ini telah terjual 70,000 unit.
KLIK VIDEO DI BAWAH UNTUK DENGAR LAGU

GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/

07. UNTUKMU IBU
Artis : Exist
Komposer : Rahim Othman
Penulis Lirik : Megat Ismail Ibrahim
Album : Exist
Tahun : 1991
Catatan :
Suara merdu Mamat Exist dalam melagukan lagu ini telah berjaya mencairkan kepada sesiapa sahaja mendengarnya. Lagu ini bukan sahaja berjaya menarik perhatian peminat dewasa, malah peminat kanak-kanak juga meminati kumpulan ini kerana mesej lagu ini  yang universal. Antara kejayaan lagu ini ialah berjaya ke peringkat akhir Kategori Pop Kreatif Anugerah Juara Lagu 1992. Kedudukan terbaik lagu ini di dalam Carta Muzik Muzik 1992 ialah No.2 dan berada di dalam carta selama 11 minggu. Jualan album mereka pada tahun ini ialah 250,000 unit.
KLIK VIDEO DI BAWAH UNTUK DENGAR LAGU


08. SEMBILU
Artis : Ella
Komposer : Saari Amri
Penulis Lirik : Saari Amri
Album : 30110
Tahun  : 1992
Catatan :
Album ini memegang rekod album paling pantas terjual lebih 100,000 unit di dalam masa seminggu di Malaysia. Album ini juga merupakan salah satu album Ella yang banyak killer hits kerana  kesemua lagu album ini popular dan diminati ramai peminat. Namun, lagu paling popular di dalam album ialah Sembilu, Layar Impian dan Kitalah Bintang. Lagu Sembilu boleh dikatakan antara karya terbaik daripada komposer legenda Saari Amri. Album ini juga boleh dikatakan album paling laris tahun 1992 iaitu dengan anggaran jualan album lebih 300,000 unit.
KLIK VIDEO DI BAWAH UNTUK DENGAR LAGU


09. GEMURUH
Artis : Search & Wings
Komposer : M.Nasir
Penulis Lirik : Loloq
Album : Double Trouble
Tahun  : 1992
Catatan : 
Gabungan dua gergasi kumpulan Rock Malaysia untuk tampil di dalam album Double Trouble jelas membawa kejayaan kepada kedua-dua kumpulan apabila lagu Gemuruh muncul antara lagu Rock Malaysia yang sangat popular dan terbaik di dalam sejarah muzik Rock Malaysia. Kemantapan vokal Awie dan Amy Search menjadikan lagu ini sangat mahal dan epik. Ianya seolah-olah seperti gabungan dua  kumpulan mega stars iaitu Queen dan The Rolling Stones di dalam satu lagu yang epik. Jualan album ini ialah 180,000 unit. 
KLIK VIDEO DI BAWAH UNTUK DENGAR LAGU


10. GUBAHAN RINDU PUISI SYAHDU
Artis : Fauziah Latiff
Komposer : Adnan Abu Hassan
Penulis Lirik : Fauziah Latiff
Album : Gubahan Rindu Puisi Syahdu
Catatan :
Ratu Pop Fauziah Latiff adalah di antara segelintir artis di Malaysia yang mempunyai lagu killer hits hampir setiap tahun iaitu bermula daripada tahun debut album beliau pada tahun  1988 sehinggalah tahun 1992. Lagu ini boleh dikatakan antara lagu nada tinggi Fauziah Latiff yang agak sukar dinyanyikan oleh penyanyi lain. Kedudukan terbaik lagu ini di dalam Carta Muzik Muzik 1992 ialah No.1 sebanyak sekali dan berada di dalam carta selama 15 minggu. Lagu ini juga berjaya ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 1992.
KLIK VIDEO DI BAWAH UNTUK DENGAR LAGU


11. MAHLIGAI SHAHDU
Artis : Hattan
Komposer : M.Nasir
Penulis Lirik : M.Nasir
Album : Antem
Tahun  : 1992
Catatan :
Lagu ini adalah lagu Hattan yang paling popular dan antara lagu yang paling kerap dinyanyikan semula oleh penyanyi lain samada untuk pertandingan nyanyian atau rakaman semula di dalam album. Lagu ini juga telah mengesahkan status Hattan sebagai salah seorang Raja Rock Malaysia yang disegani dan seangkatan dengan Raja Rock yang lain seperti Amy Search, Awie, Saleem dan Nash pada tahun itu. Lagu ini pernah menjuarai Carta Muzik Muzik 1992 selama 6 minggu dan berada di dalam carta selama 10 minggu. Selain itu, lagu ini berjaya ke peringkat akhir kategori Rock di Anugerah Juara Lagu 1992.
KLIK VIDEO DI BAWAH UNTUK DENGAR LAGU



12. YANG REMEH TEMEH
Artis : Pak Pandir
Komposer : Pak Pandir
Penulis Lirik : Pak Pandir
Album : Pak Pandir
Tahun :  1992
Catatan :
Lagu ini antara lagu perintis kepada permulaan kegemilangan Irama Malaysia +  Pop Kreatif  kerana tahun ini ramai yang cuba membuat irama muzik kreatif dengan mengabungkan pelbagai irama etnik dengan muzik lain agar nampak muzik unik dan ke depan. Lagu Yang Remeh Temeh adalah salah satu lagu Irama Malaysia moden yang sangat popular pada tahun itu dan juga turut telah berjaya menjadi Juara Kategori Irama Malaysia Anugerah Juara Lagu 1992. Kedudukan terbaik lagu ini di dalam Carta Muzik Muzik 1992 ialah di No.5 dan berada di dalam carta selama 2 minggu sahaja.
KLIK VIDEO DI BAWAH UNTUK DENGAR LAGU


-------------------------------------------------------------------------------------------


LAGU ASIA
PALING POPULAR DI MALAYSIA

JANGAN PISAHKAN 
(INDONESIA)
Artis : Deddy Dores & Mayank Sari
Komposer : Dandang S.Manaf
Penulis Lirik : Dandang S.Manaf
Album : Jangan Pisahkan
Tahun  : 1991
Catatan :
Deddy Dores adalah ikon muzik Slow Rock era 1990 an di Indonesia. Antara lagu beliau yang meletop di Malaysia ialah lagu Jangan Pisahkan di mana beliau berduet dengan Mayank Sari. Lagu ini merupakan salah satu lagu Indonesia paling popular di Malaysia pada era 1990 an. Lagu ini juga pernah dinyanyikan semula oleh penyanyi Malaysia iaitu kumpulan Phyne Ballarze tahun 2003 dan kolaborasi beliau dengan Ratu Pop Siti Nordiana pada tahun 2006.
KLIK VIDEO DI BAWAH UNTUK DENGAR LAGU

------------------------------------------------------------------------------------------------------

LAGU ANTARABANGSA 
PALING POPULAR DI MALAYSIA

SMELL LIKE TEEN SPIRIT
(AMERIKA SYARIKAT)


Artis : Nirvana
Komposer : Kurt Cobain, Krist Novoselic, Dave Grohl
Penulis Lirik : Kurt Cobain, Krist Novoselic, Dave Grohl
Album : Nevermind
Tahun  : 1991
Catatan :




GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/



Sumber : Google Image, Youtube Channel,Jualan Album Double Trouble




No comments:

Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

Powered by Blogger.