LAGU PALING POPULAR TAHUN 1997 DI MALAYSIA

GALAKSI VIRAL Tahun 1997 merupakan tahun kejayaan Raihan kerana memenangi banyak anugerah utama di dalam bidang seni pada tahun itu. Komposer Adnan Abu Hassan pula merupakan komposer paling popular pada tahun itu. Penulis Lirik Popular pula jatuh kepada Baiduri . Tahun ini juga menyaksikan irama Alternatif, Nasyid dan Irama Malaysia mula menguasai pasaran muzik Malaysia. Jom kita tengok lagu manakah paling popular pada tahun 1997 di Malaysia.







TOP 12
LAGU MALAYSIA PALING POPULAR 
TAHUN 1997


01. DI AKHIR GARISAN


Artis : Ziana Zain, Ning Baizura, Nora & Dessy Fitri
Komposer : Paul Begaud
Penulis Lirik : Johari Teh
Album : Jelita
Tahun : 1997
Catatan : 
Lagu ini adalah Lagu Kolaborasi Terbaik Sepanjang Zaman di Malaysia kerana berjaya mengabungkan tiga artis Gred A Malaysia  bersama seorang penyanyi berbakat besar Indonesia di dalam satu lagu Pop R&B yang sangat bagus dan berjaya. Kesemua mereka mempunyai julat vokal yang sangat berbeza tapi mereka mampu menyanyikan lagu ini dengan sangat baik dan harmoni 1997. Antara momen bersejarah untuk lagu ini ialah persembahan secara langsung oleh kesemua penyanyi asal lagu ini di dalam persermbahan utama di AIM 1997. Semua peminat kagum dan memuji keserasian mereka berempat dalam menyampaikan lagu kolaborasi ini dengan sangat baik dan mantap.



02. PUNCAK KASIH


Artis : Ziana Zain
Komposer : Adnan Abu Hassan
Penulis Lirik : Maya Sari
Album : Puncak Kasih
Tahun : 1997
Catatan : 
Lagu ini adalah Lagu Paling Popular di Radio Malaysia tahun 1997. Banyak kejayaan yang tercipta melalui lagu ini. Antaranya ialah salah satu lagu paling lama menjuarai Carta Muzik Muzik 1997/1998 iaitu selama 17 minggu, pemenang kategori Balada AJL 1998, Video Muzik Paling Popular 1997/1998 di Anugerah Video M  dan Juara Lagu Paling Popular Radio 3 Shah Alam 1997/1998. Lagu ini pernah berada di dalam Carta Muzik Muzik 1997/1998 selama 22 minggu. Jualan album ini juga sangat laris iaitu melebihi 150,000 unit dan pernah menjuarai Carta RIM hampir 10 minggu?. Album ini juga memenangi anugerah Album Pop Terbaik di AIM 1998.



03. AKU CINTA PADAMU


Artis :  Siti Nurhaliza
Komposer : LY
Penulis Lirik : Baiduri
Album : Siti Nurhaliza
Tahun : 1997
Catatan : 
Lagu ini adalah lagu pertama yang memperkenalkan nama Siti Nurhaliza di Indonesia. Lagu ini adalah salah satu lagu Melayu paling popular di Alam Nusantara sepanjang zaman. Hampir semua peminat muzik Indonesia mengetahui lagu ini. Di Malaysia pula, lagu ini adalah salah satu lagu Siti yang paling popular dan malar segar sehingga hari ini. Lagu ini pernah memenangi kategori Balada di dalam pertandingan AJL 1997. Kedudukan terbaik lagu ini di dalam Carta Muzik Muzik ialah No.1 selama 5 minggu dan berada di dalam carta selama 28 minggu. Album ini juga terjual melebihi 400,000 unit untuk tahun 1997 sahaja. 



04. KITA DITAKDIRKAN JATUH CINTA


Artis : Spring
Komposer : Eddie Hamid
Penulis Lirik : Juwie
Album : Luahan
Tahun : 1997
Catatan : 
Lagu ini adalah lagu pertama ciptaan komposer Eddie Hamid yang meletop di pasaran tempatan. Lagu ini juga merupakan lagu perintis kepada lagu melakonlik, tangkap leleh, jiwang dan lentoq versi Eddie Hamid. Kedudukan terbaik lagu ini di dalam Carta Muzik Muzik 1997/1998 ialah No.2 dan berada di dalam carta selama 31 minggu. Lagu ini juga pernah bertanding di peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 1998 di dalam kategori Balada.



05. FANATIK


Artis : KRU
Komposer : KRU
Penulis Lirik : KRU
Album : KRUMania
Tahun : 1997
Catatan : 

Ramai kagum dengan muzik kumpulan KRU yang sentiasa ke hadapan dan selalu mencuba sesuatu yang baru di dalam karier muzik mereka. Sebagai contoh seperti lagu Fanatik yang berkonsepkan Hip Hop adalah irama yang amat segar dan masih relevan sehingga kini. Antara kejayaan lagu ini ialah memenangi Anugerah Video Muzik Terbaik di AIM 1998 dan Anugerah Video M 1998. 



06. SENJA NAN MERAH


Artis : Awie & Ziana Zain
Komposer : M.Nasir
Penulis Lirik : Loloq
Album : Merah OST
Tahun : 1996
Catatan : 
Lagu duet pasangan Penyanyi Paling Top tahun 1996 ini sememangnya amat ditunggu-tunggu para peminatnya. Kelantangan vokal kedua-dua penyanyi ini  di dalam lagu ini  dipuji ramai dan ianya juga menjadi cepat popular di kalangan peminat seni hiburan tempatan. Lagu ini pernah bertanding di peringkat Akhir AJL 1997 di dalam kategori Balada. Kedudukan terbaik lagu ini di dalam Carta Muzik Muzik 1996/1997 ialah No.1 selama 2 minggu dan berada di dalam carta selama 29 minggu. 



07. GHAZAL UNTUK RABIAH

Artis : Jamal Abdillah & M.Nasir
Komposer : M.Nasir
Penulis Lirik : M.Nasir/Jamal Abdillah
Album : Penawar Kasih
Tahun : 1995/1997
Catatan : 
Lagu ini boleh dikatakan lagu Sleeper Hit kerana ianya sudah lama diterbitkan iaitu pada tahun 1995. Namun, ia hanya betul-betul popular selepas memenangi Anugerah Utama AJL 1997. Selepas itu, baru lagu ini semakin kerap diputarkan di radio dan seterusnya menjadi lagu malar segar sehingga hari ini. Lagu ini pernah menjuarai Carta Muzik Muzik 1996/1997 selama seminggu dan berada di dalam carta selama 14 minggu. 



08. SENGGOL-SENGGOLAN 
CUBIT CUBITAN


Artis : Mas Idayu
Komposer : Fitri
Penulis Lirik : Fitri
Album : Dunia Cinta
Tahun : 1997 
Catatan :
Lagu ini adalah salah satu lagu Dangdut terbaik di Malaysia untuk era 1990 an. Lagu ini juga berjaya menaikkan lagi populariti Mas Idayu pada tahun itu apabila ianya banyak menjuarai Carta-Carta Lagu Radio Tempatan. Album ini juga berjaya memenangi kategori Album Dangdut Terbaik di AIM 1998. 



09. AWALLA DONDANG



Artis : Noraniza Idris
Komposer : Anak Sarawak
Penulis Lirik : Hairul Anuar Harun
Album : Ala Dondang
Tahun : 1997
Catatan :
Lagu ini adalah lagu perintis kepada fenomena lagu Pop Etnik di hujung era 1990 an. Melalui lagu dan album ini, Noraniza Idris telah berjaya mencipta rekod tersendiri seperti artis Irama Malaysia pertama jualan album melebihi 200,000 unit, artis pertama yang membuat persembahan AJL penuh satu pentas dan juga menjadi pemenang pertama untuk kategori yang dijenamakan semula iaitu kategori Album Pop Etnik Terbaik di AIM 1998. Noraniza Idris juga berjaya menjadikan Irama Malaysia ini sebagai satu irama arus perdana yang boleh bersaing hebat dengan irama muzik yang lain terutamanya irama Pop Komersial dan Rock. Kedudukan terbaik lagu ini di dalam Carta Muzik Muzik 1997/1998 ialah No.5 dan berada di dalam carta selama 11 minggu.



10. SEDALAM MANA CINTAMU

Artis : Safura
Komposer : LY 
Penulis Lirik : Baiduri
Album : Sedalam Mana Cintamu
Tahun : 1997
Catatan :
Lagu ini adalah salah satu lagu Pop Balada paling popular untuk era 1990 an. Lagu ini mendapat menjuarai Carta Muzik Muzik 1997/1998 dan berada di dalam carta selama 32 minggu. 



11. MENGINTAI DARI TIRAI KAMAR


Artis : Exists
Komposer : Saari Amri
Penulis Lirik : Saari Amri
Album : Jangan Gentar
Tahun : 1997
Catatan :
Lagu ini merupakan salah satu karya terbaik komposer Saari Amri dan juga kumpulan Exists. Di Indonesia, judul lagu ini ditukar kepada Buih Jadi Permaidani dan ianya meletop di pasaran sana. 


12. DARJAT


Artis : A To Z
Komposer : Jeff
Penulis Lirik : Lan
Album : A To Z 3
Tahun : 1997
Catatan :
Lagu ini adalah lagu  kumpulan A To Z yang paling popular di dalam sejarah karier muzik mereka. Boleh dikatakan lagu ini adalah lagu yang membawa mereka ke puncak kejayaan mereka pada tahun itu. 

-------------------------------------------------------------------------------------

LAGU ASIA
PALING POPULAR
DI MALAYSIA

SAMPAI HATI
(INDONESIA)


Artis : Dessy Ratnasari
Komposer : Deddy Dukun
Penulis Lirik : Irman S.A
Album : Sampai Hati
Tahun : 1997
Catatan :
Lagu ini dikatakan lagu sambungan lagu Tenda Biru yang pernah popular pada tahun 1996. Populariti Dessy Ratnasari ketika itu masih kukuh di Malaysia kerana lagu ini kerap diputarkan di radio Malaysia dan diminati ramai. 

------------------------------------------------------------------------------------------


LAGU ANTARABANGSA 
PALING POPULAR 
DI MALAYSIA


AS LONG AS YOU LOVE ME
(AMERIKA SYARIKAT)


Artis : Backtreet Boys
Komposer : Max Martin
Penulis Lirik : Max Martin
Album : Backstreet Back
Tahun : 29 September 1997 (Single)
Catatan :
Lagu mega hits daripada kumpulan Backstreet Boys ini sangat popular di Malaysia dan juga seluruh dunia. Kehebatan populariti kumpulan ini adalah sama hebat seperti populariti kumpulan BTS di dunia muzik ketika ini. Lagu ini pernah menjuarai Carta Lagu Inggeris stesen Radio 4 RTM pada tahun 1997 dan juga merupakan lagu Inggeris paling popular di stesen Radio Muzik. 




GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/


Sumber : Google Image

21 comments:

  1. memori semua ni... zaman akak membesar... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la kita kak. best best kan lagu mereka. huhu.

      Delete
  2. semua lagu yang memang hafal lah... hahahah maklum lah budak yang lahir tahun 80an memang zaman 90 an tu tengah muda remaja kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. yezzza kak. lagu2x ini mmg best sangat kak. GV suka semua lagu ini. huhu

      Delete
  3. klu boleh pilih lagi dlm list ni, i choose dangdut hehehe

    ReplyDelete
  4. Masa tu Raihan dan Rabbani mmg jadi fenomena kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah kak, cuma nak Rabbani hanya betul2x popular pada tahun 2000 dengan lagu pergi tak kembali. start tahun itu, rabbani kalahkan raihan utk kategori penyanyi nasyid popular di ABP kak. huhu

      Delete
  5. Lepas baca entry ni terus cari lagu Safura kat google, dah lama tak dengar..rindu nak dengar balik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagu sedalam mana cintamu mmg fenomena kak. best lagu ni kak. huhu.

      Delete
  6. Tinggi vokal si Dessy Fitri. Memang dengar lagu ini akan ikut sekali.
    Masa ini rasanya Siti Nurhaliza mula popular.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul tu kak. Vokal dessy fitri mmg tinggi gila. semua kagum masa dia nyanyi live kat AIM. Masa ni juga Siti mula nak jadi artis no.1 malaysia. huhu.

      Delete
  7. Suka semua lagu kat atas. Membesar dengan lagu² ni. Harap akan ada lagu² nasyid baru seperti legend raihan dan rabbani dulu² ☺️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju kak. GV pun ada harap akan kembali fenomena lagu nasyid macam raihan dan rabbani kan kak. tenang jiwa dengar lagu mereka. huhu.

      Delete
  8. Mengimbau kenangan dulu lah tgk entri ni. Skrg ada program immortal song Malaysia. Memang best lah dpt dgr lagu legend

    ReplyDelete
  9. hahahahha Darjat tu mmg sampai laa ni sy boleh igt memorinya... ms tu br blk dr kem pengawas. naik van. tetiba radio putarkan lagu ni. apa lg mcm nk histeria bdk2 dlm van ni menjerit hahahahah menjerit sbb terlalu excited hahahahha

    ReplyDelete
  10. Ooii.. BSB.. Kru.. boifren lama

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D