GALAKSIVIRAL
  • Home
  • Arkib Hiburan
  • Penyanyi No.1 Malaysia
  • Infotainment
    • Meletop
    • Muzik
      • Album
      • Koleksi Lagu Ziana Zain
      • Lagu Era 1980 an
      • Lagu Era 1990 an
      • Lagu Era 2000 an
      • Lagu Era 2010 an
      • Lagu Era 2020 an
    • Anugerah
    • Raya
    • Makanan
    • Minuman
    • Filem
    • TV
    • Anime
    • Mimpi
    • Planet
    • Negara
    • Sihat
    • Sign In
  • About Us

galaksiviral - Pertandingan memasak terkenal Masterchef Asia kembali dengan musim terbaru  menemui peminat pada tahun 2026. Musim kali istimewa kerana kesemua peserta yang bertanding adalah peserta Asia yang pernah bertanding dalam pertandingan Masterchef pelbagai negara. Sudah pasti wakil Malaysia juga turut serta dalam musim ini iaitu Marcus Low. Menariknya Marcus adalah merupakan satu-satunya peserta asal Masterchef Asia  yang menyertai musim istimewa ini. Jom kita lihat gambar peserta dan trivia ringkas rancangan fenomena ini.


Marcus Low 
(Malaysia/Masterchef Asia Musim 1)

Mime Kataniwa
 (Jepun/Masterchef Italia Musim 11)

Sandy Tang
(Macau China/Master Chef UK Musim 16)

Therese Lum
(China/MasterChef Australia Musim 13)

Audrey Wicaksana 
(Indonesia/MasterChef Indonesia Musim 7)

Ivory Yat Vaksman
(Filipina/MasteChef Pinoy Musim 1)

Khanh Ong 
(Vietnam / Masterchef Australia Musim 10 & 12)

Nambie Marak
(India/MasterChef India Hindi Musim 8)

Sahadol Tantrapim
(Thailand/MasterChef Thailand Musim 3 & All Stars)

Areun Yoon
(Korea Selatan/MasterCher Korea Musim 1)

Juri
Chef Edward Lee  (Korea Selatan/Culinary Class Wars) ; Chef Pam  (Thailand/Kitchen War Thailand) & Chef Kelvin Cheung (Chinese-Canadian)

REVIEW

MASTERCHEF ASIA 2026

Nama Rancangan : MasterChef Asia 2026
Jenis Rancangan : Realiti TV
Fokus Rancangan : Pertandingan Memasak Asia
Jumlah Episod : 10
Mula Ditayangkan : 22 September 2026 - kini
Negara Hos Rancangan : Macao, China
Saluran : TLC (Astro Channel 707)
Jumlah Negara Sertai Rancangan Ini : 9
Malaysia
Thailand
Indonesia
Filipina
Vietnam
China
Korea Selatan 
Jepun
India

Review:
Musim terbaru ini unik kerana menghimpun pelbagai peserta keturunan Asia yang pernah bertanding dalam pelbagai edisi MasterChef Asia seluruh dunia. Cuma bagi GV, juri MasterChef kali ini kurang layak jadi juri kerana kita masih ada Juri yang lebih layak, berpengalaman dan berpengetahuan luas dalam bidang masakan Asia untuk menjadi juri rancangan ini.

Apabila GV mengetahui barisan juri musim ini. GV sudah jangka (SPOILER ALERT) wakil Malaysia dan Jepun akan terkeluar awal. Bayangkan Marcus yang inovatif dan kreatif dalam masakan dalam musim pertama boleh tersingkir awal dalam musim ini. Manakala wakil Jepun yang bertanding di MasterChef Italia pula telah disingkirkan paling awal antara semua peserta.  Kecewa bukan. 

Juri Edward Lee (Amerika Syarikat/Korea Selatan) tidak layak jadi Juri musim ini kerana beliau hanya pakar masakan barat sahaja dan masakan Korea Selatan pun beliau tidak berapa mahir. Sepatutnya Usahawan Makanan Terkenal/Pengkritik Makan Profesional dan Raja Juri Makanan Korea Selatan iaitu Paik Jong-won sepatutnya menjadi juri dalam rancangan ini kerana beliau mempunyai ilmu pengetahuan masakan dan kulinari yang sangat meluas termasuk masakan Asia Tenggara.

Juri Pam (Thailand) pula walaupun memegang takhta Chef Wanita Terbaik Dunia 2025, beliau pun sebenarnya tidak layak jadi juri kerana beliau pernah memberikan reaksi negatif kepada masakan nasi kerabu yang disediakan oleh salah seorang peserta rancangan Kitchen Wars Thailand musim ketiga baru baru ini. Ini menunjukkan beliau bukan jenis berfikiran terbuka di dalam kepelbagaian masakan  terutamanya masakan Asia Tenggara. Cuba bayangkan kalau kita masak sambal belacan atau tempoyak, sudah pasti Chef Pam akan beri komen negatif serta merta dan  tersingkir daripada pertandingan. Oleh itu, sebagai ganti beliau, ketua penyelia kapten Kitchen Wars Thailand  iaitu Chef Wilment sesuai jadi juri rancangan ini kerana beliau sangat memahami masakan Nusantara dan juga berfikiran terbuka di dalam bidang masakan.

Juri terakhir yang kurang popular berbanding yang lain iaitu Chef Kelvin mungkin layak jadi juri kerana latar belakang dalam  bidang masakan beliau yang sangat diversiti dan variasi. Rasanya beliau satu-satunya juri musim ini yang tahu masakan Arab, India dan masakan berasaskan halal. Ini kerana beliau ada membuka restortan di Dubai UAE dan pastinya beliau memahami selok belok isu makanan halal. Kalau nak ganti pun, mungkin Chef Alvin Leung layak jadi juri kerana beliau sangat popular di Asia dan berpengetahuan luas dalam bidang masakan Asia. Chef Alvin pernah memarahi peserta Indonesia di dalam rancagan masakan kerana gagal masak rendang. Populariti Chef Alvin adalah setara dengan Chef Wan (Malaysia) di peringkat dunia kulinari.

Untuk peserta pula, kita tunggu la siapa menang nanti. 

GV METER  : 10/100 
💖
(BIASA)


Arkib Hiburan Malaysia
https://galaksiviral.blogspot.com/
https://www.youtube.com/@galaksiviral2.0

Sumber : Google Image












galaksiviral - Pernah lihat Carta Mingguan Muzik Muzik tahun 1995 yang disiarkan di laman surat khabar Utusan Malaysia dan Berita Harian ? Tahun 1995 adalah tahun kedua bermula era rancangan Muzik Muzik diadakan pada setiap hari Rabu pada jam 5.30 petang di saluran TV3. Sesuai dengan slogan galaksiviral yang merupakan Arkib Hiburan No.1 Malaysia, di bawah adalah salinan Carta Mingguan Muzik Muzik pada tarikh 4 Januari 1995 dan 11 Januari 1995 daripada surat khabar Utusan Malaysia yang pastinya menjadi bahan sejarah Muzik Muzik untuk rujukan peminat seni masa akan datang. 

TRIVIA MUZIK MUZIK

1)  Terdiri daripada Carta Mingguan Lagu Top 20 beserta 4 lagu pencalonan baru setiap minggu.

2) Terdapat tiga kategori lagu pencalonan iaitu Balada, Pop Rock dan Irama Malaysia

3) Undian Carta Muzik Muzik adalah melalui undian pos surat khabar Berita Harian/Utusan Malaysia dan juri awam di studio rancangan Muzik Muzik. 

4) Di borang undian, peminat perlu isi markah 1,2 atau 0 pada semua lagu dalam Carta Top 20 dan lagu baharu dicalonkan di bahagian A. Manakala di bahagian B, peminat perlu meneka lagu Top 5 Carta minggu seterusnya beserta slogan kreatif untuk memenangi hadiah istimewa daripada pihak penganjur. 

5) Carta Mingguan Muzik Muzik edisi 1994/1995 ini mempunyai 52 minggu di mana kiraan Carta musim ini bermula pada bulan November 1994  dan berakhir Oktober 1995. 

6)  Musim ini antara tahun paling banyak artis Mega Star era 90 an bertanding dalam Carta Muzik Muzik. Antara artis dan lagu yang pernah bertanding pada tahun musim ini 1994/1995 ialah seperti berikut :

Dato' Jamal Abdillah - Penghujung Rindu 

Datuk Nora - Di Persimpangan Dilema / Sandiwara

Dato' Awie - Tragedi Oktober / Di Bayang Awan / Ukiran Jiwa / Ratuku

Dato' Aishah - Cinta Beralih Arah / Panggilan Rindu / Kata dan Rupa

Datuk Ziana Zain - Bersama Akhirnya / Sangkar Cinta

Dato' M.Daud Kilau - Menumpang Kasih

Kumpulan Ukays / U.K's - Kau Satu-Satunya / Sebak / Pahit Manis Akhrinya / Rhythm Si Jantung Hati/ Kekasihku

Fauziah Latiff - Apa Sebenarnya / Enggan / Alam Ceria

Spring - Sepi Tanpa Cinta / Sejujur Mana Kata Kata

Amy Mastura - Jawapan Kasih / Warkah Biru / Meniti Hari

Kumpulan Iklim - Di Pintu Mahligai 

Kumpulan KRU - Negatif / Dua 

Kumpulan Feminin - Kini / Rindu

Kumpulan Nico - Kau dan Aku / Rindu

Aris Ariwatan - Lamunan Terhenti

Ning Baizura - Pasti / Kau dan Aku

Amelina - Yang Indah Yang Hangat / Andai Bintang Berkata / Biarlah Ku Sendiri

XPDC - Titian Perjalanan

Haida - Hajat / Manis Masa Bercinta 

Nurul - Cinta Azali / Impian / Kerana Terluka 

Slam - Kembali Terjalin / Nur Kasih / Tak Mungkin Berpaling

Casey - Seribu Impian / Di Persimpangan Kenangan

Jalil Hamid - Makan 

Shajiry - Orang Kita

Zaid - Menjulang Kasih

Maya - Matahari

Sheeda - Angkat Kaki

A To Z - Berdendang

Jaafar Onn - Joget Kuala Lumpur / Jangan Lepak (bersama Rohana Jalil)

Legacy - Dua Jiwa Satu Hati

Stings - Kepadamu Kekasih Hati

Ibnor Riza - Pening Kepala / Sesal

ND La La - Diari YB / Masa Bercinta

Siti Musliha - Hujan Airmata

Rosiah Chik - Zapin Senandung Dua

Ayati Tasrip - Cinta Dangdut

Res2 - Kiriman Rindu

Yantzen - Pesan Cakawari

Rio - Apa Sebabnya 

Joey - Beradu Suratan

Ramlah Ram - Keangkuhanmu

Mercury - Kamus Asmara

EYE - Merisik Janji

Shades - Malam

Slash - Taman Astakona

Carool Ormila - Bingkisan Desa

Hawa - Bisa Semalam

Zaleha Hamid - Hanyalah Satu 

Ayie - Retak

Ways - Pulanglah

Kasawari - Cinta Abadi

Kumpulan Mega - Kita

Febians - Eva Natasha




Arkib Hiburan Malaysia
https://galaksiviral.blogspot.com/
https://www.youtube.com/@galaksiviral2.0

Sumber : Google Image

GALAKSIVIRAL - Tahun 2003 masih  merupakan tahun kejayaan Diva Pop Siti Nurhaliza buat kesekian kalinya kerana memenangi banyak anugerah utama di dalam bidang seni pada tahun itu.  Album E.M.A.S Siti Nurhaliza juga telah berjaya menjadi album Melayu paling laris tahun 2003 dengan jualan lebih 200,000 unit di Malaysia sahaja. Selain itu, Siti Nurhaliza juga berjaya mengekalkan Anugerah Artis Malaysia Pilihan MTV Asia Awards 2003 dan Vokalis Wanita Terbaik/Album Terbaik Anugerah Industri Muzik 2003/2004.  Tahun ini juga menyaksikan kebangkitan penyanyi baharu dengan konsep muzik berbeza iaitu Waheeda dengan irama Pop Arab/World Music dan Ezlynn Modern Pop Rock. Antara komposer  popular tahun ini ialah KRU dan Ajai. Tahun 2003 juga diingati dengan kejayaan OST Ada Apa Dengan Cinta yang menjadi  fenomena sepanjang tahun. Tahun ini juga menjadi tahun bersejarah bagi fenomena penerbitan telefilem VCD/DVD di mana terdapat judul lagu dijadikan judul telefilem VCD seperti lagu Paling Comel (Achik & Nana) dan Laukku Cukup Masin (Spider). Terdapat banyak juga lagu Adunan Semula dan Rakaman Semula untuk pelbagai irama muzik popular tahun ini. 




TOP 12
LAGU MALAYSIA PALING POPULAR 
TAHUN 2003


1. BUKAN CINTA BIASA
Artis : Siti Nurhaliza
Komposer : Dewiq/Siti Nurhaliza
Penulis Lirik : Dewiq/Siti Nurhaliza
Album : E.M.A.S
Tahun : 2003
Catatan :
Lagu ini adalah salah satu lagu paling popular daripada Siti Nurhaliza dan kerap dinyanyikan oleh peminat etnik Cina tempatan di dalam acara nyanyian sehingga kini. Lagu ini  juga pernah menjuarai Carta ERA selama 10 minggu dan menguasai kesemua carta lagu di Malaysia ketika itu. Antara kejayaan lain lagu ini ialah Video Muzik Pilihan Anugerah ERA 2003, Susunan Muzik Terbaik di dalam Lagu Anugerah Industri Muzik 2003/2004 dan Lagu Paling Popular Anugerah Planet Muzik 2004.



2. DEKAT PADAMU
Artis : Yusry 
Komposer : Edry Abdul Halim
Penulis Lirik : Edry Abdul Halim
Album : Yusry
Tahun : 2003
Catatan :
Lagu ini adalah Juara Carta 100 Terhangat di ERA tahun 2003. Irama lagu Modern Pop Rock yang berbeza daripada kebiasaan muzik kumpulan KRU telah berjaya menjadikan Yusry sebagai salah seorang penyanyi lelaki paling berjaya tahun 2003. 




3. WASSINI
Artis : Waheeda
Komposer : Yasin
Penulis Lirik : Yasin
EP : Wassini
Tahun : 2003
Catatan :
Lagu ini adalah lagu Pop Arab Malaysia paling popular tahun 2003. Kehadiran Waheeda dengan vokal berbeza dan irama Pop Arab/World Music telah menambahkan lagi variasi jenis muzik di Malaysia ketika itu. Antara kejayaan lagu ini ialah berjaya menjadi juara carta ERA selama 3 minggu dan Juara Irama Malaysia/Etnik Kreatif Anugerah Juara Lagu 2003. 




4 . HI HI BYE BYE
Artis : Ezlynn
Komposer : KRU
Penulis Lirik : KRU
Album : Ehmm..
Tahun : 2003
Catatan :
Lagu ini berjaya menjadi juara carta ERA selama 8 minggu dan mendapat anugerah Carta ERA di Anugerah ERA 2003. Lagu ini melambangkan bermulanya revolusi baharu muzik ciptaan KRU apabila irama Modern Pop Rock menjadi taruhan mereka berbanding irama Pop Dance seperti kebiasaannya. Antara kejayaan lagu ini ialah menenangi Juara Pop Rock Anugerah Juara Lagu 2003 dan Artis Baharu Terbaik Anugerah Industri Muzik 2003/2004.



5 . SANDARKAN PADA KENANGAN 
(ADUNAN SEMULA)
Artis : Dato' Jamal Abdillah bersama Allahyarham Siti Sarah
Komposer : M.Nasir
Penulis Lirik : M.Nasir
Album : Raja Pop
Tahun : 2003
Catatan :
Lagu adunan semula gandingan Raja Pop Malaysia Jamal Abdillah dengan penyanyi baharu paling popular ketika itu iaitu Allahyarham Siti Sarah telah meletop di pasaran dan kekal menjadi salah satu lagu duet paling berjaya dalam sejarah muzik Malaysia. Antara kejayaan lagu ini ialah menjadi juara carta ERA selama 6 minggu dan memenangi anugerah Vokal Duo/Kumpulan Pilihan Anugerah ERA 2003. Menariknya, lagu ini juga pernah dimainkan di dalam salah satu game show Cina tempatan di televisyen ketika itu untuk permainan teka perkataan. Kolaborasi lagu ini juga telah mengingatkan kepada kejayaan kolaborasi lagu Mawarku nyanyian 2by2 dan Siti Nurhaliza tahun 1996.



6 . PALING COMEL
Artis : Siti Nordiana & Achik
Komposer : Aidit Alfian
Penulis Lirik : Aidit Alfian
Album : Nana & Achik
Tahun : 2003
Catatan :
Lagu Paling Comel menjadi lagu kemuncak populariti pasangan duet Siti Nordiana & Achik kerana menjadi fenomena tahun 2003 sehingga wujudnya telefilem VCD berdasarkan populariti lagu ini. Lagu ini juga merupakan lagu pertama nyanyian mereka yang layak ke Separuh Akhir Muzik Muzik kategori Pop Rock tahun 2003. Lagu yang rancak dan ceria ini juga telah membuktikan yang Siti Nordiana dan Achik adalah penyanyi yang versatil dan tidak terikat dengan irama lagu Pop Jiwang semata-mata.



7 . MUNGKIN
Artis : Anuar Zain
Komposer : Pacai
Penulis Lirik : Pacai
Album : Anuar Zain
Tahun : 2002
Catatan :
Lagu ini adalah salah satu lagu Anuar Zain paling popular sepanjang zaman. Kekuatan vokal Anuar yang sangat padu dan muzik lagu yang mantap menjadikan lagu Pop R&B Ballad ini sangat digemari oleh peminat seni tempatan. Lagu ini juga antara lagu paling kerap dinyanyikan oleh peserta nyanyian di Malaysia kerana dapat menonjolkan dinamik  dan kekuatan vokal di dalam penyampaian lagu. Lagu ini juga mengesahkan lagi Anuar Zain adalah salah seorang vokalis terbaik Malaysia dan penyanyi lelaki paling popular tahun 2003. Antara kejayaan Anuar Zain pada tahun ini ialah Penyanyi Lelaki Pilihan Anugerah ERA 2003 dan Penyanyi Lelaki Popular Anugerah Planet Muzik 2003.




8 . HANYA DI MATA
Artis : Erra Fazira
Komposer : Azlan Abu Hassan
Penulis Lirik : Ucu
Album : Kini Kembali (2004)
Tahun : 2003
Catatan :
Lagu ini adalah salah satu lagu mega hits Erra Fazira untuk era 2000 an. Lagu berirama rancak ini berjaya ke Final Anugerah Juara Lagu 2004.




9 . KHAYALAN 
(ADUNAN SEMULA)
Artis : Ruffedge & V.E
Komposer : CC
Penulis Lirik : CC / Cat SuperRubberBand Farrish
Album : Extreme Pleasure Extra
Tahun : 2003
Catatan :
Lagu retro adunan semula dengan muzik Pop R&B Hip Hop sangat popular pada tahun 2003. Keserasian vokal kumpulan Ruffedge dan V.E ini menjadikan lagu kolaborasi ini sangat dinamik dan diminati ramai. 



10 . SALSABILA
Artis : Yasin
Komposer : Yasin
Penulis Lirik : Yasin
Album : Salsabila
Tahun : 2002
Catatan :
Lagu ini adalah salah satu lagi Pop Arab Malaysia yang mencabar vokal dan  sanvgat popular fahun 2003. Lagu ini berjaya ke peringkat Final Anugerah Juara Lagu 2003. 

11 . SELAGI ADA CINTA
Artis : Ning Baizura
Komposer : Ajai
Penulis Lirik : Nurul
Album : Selagi Ada..
Tahun : 2003
Catatan :
Lagu ini adalah salah satu lagu comeback Ning Baizura yang sangat berjaya. Kombinasi komposer dan penulis lirik yang serasi bersama ketika itu iaitu Ajai dan Nurul telah berjaya menghasilkan satu lagu indah dan bersesuaian dengan kekuatan vokal Diva Pop R&B Malaysia. Video muzik lagu ini juga berkualiti dan bagus. Antara kejayaan lagu ini ialah berjaya ke peringkat Final Kategori Balada Anugerah Juara Lagu 2003 dan berjaya merangkul anugerah Vokal Wanita Pilihan Anugerah ERA 2003.




12 . AKUSTATIK
Artis : OAG
Komposer : Natazar
Penulis Lirik : Natazar
Album : Satelit Ink
Tahun : 2003
Catatan :
Lagu easy listening berkonsep Pop Rock ini adalah salah satu lagu paling popular daripada kumpulan OAG. Lagu ini berjaya menaikkan lagi populariti kumpulan OAG di dalam muzik arus perdana selepas kejayaan luar biasa lagu Slumber tahun 2002. Lagu ini juga merupakan lagu pertama kumpulan OAG yang berjaya melangkah ke peringkat Final Anugerah Juara Lagu 2003/ 


---------------------------------------------------------------------------------------------------


LAGU ASIA 
PALING  POPULAR  


KU BAHAGIA
(INDONESIA)
Artis : Melly Goeslaw
Komposer : Anto Hoed
Penulis Lirik : Melly Goeslaw
Album : OST Ada Apa Dengan Cinta 
Tahun : 2002
Catatan:
Lagu ini adalah Lagu Asia Paling Popular pada tahun 2003 di Malaysia. Ini ditambah dengan populariti filem ini meletop di Malaysia awal tahun 2003 walaupun filem ini sebenarnya sudah dirilis awal di Malaysia pada tahun 2001/2002. Lagu ini juga kerap dinyanyikan oleh peserta nyanyian di dalam pertandingan vokal di Malaysia. 


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

LAGU ANTARABANGSA
PALING POPULAR DI MALAYSIA


WHERE'S THE LOVE 
 (USA)
Artis : Black Eyed Peas feat Justin Timberlake
Komposer : William Adams/Allan Pineda/Jamie Gomez/Justin Timberlake/Printz Board/Michael Fratantuno/Georga Pajon/J.Curtis
Penulis Lirik : William Adams/Allan Pineda/Jamie Gomez/Justin Timberlake/Printz Board/Michael Fratantuno/Georga Pajon/J.Curtis
Album : Monkey Business
Tahun : 2003
Catatan:
Lagu ini adalah lagu perintis kepada bermulanya fenomena Black Eyed Peas di peringkat global untuk era 2000 an. Lagu berkonsepkan Pop/Hip Hop ini disukai ramai dan menjadi salah satu lagu paling popular di dunia tahun 2003. Lagu ini kerap dimainkan di stesen radio Malaysia dan pernah menduduki dalam Carta Top 100 Terhangat ERA tahun 2003. 



Arkib Hiburan Malaysia
https://galaksiviral.blogspot.com/
https://www.youtube.com/@galaksiviral2.0

Sumber : Google Image

GALAKSIVIRAL - Tular di laman sosial media antarabangsa apabila ada manusia masa depan tidak dikenali telah membuat ramalan bahawa beliau tahu negara manakah menjadi Juara World Cup sehingga tahun 2098. Jika Argentina menang World Cup 2026,  pastinya senarai ramalan pemenang ini akan menjadi perhatian ramai peminat sukan dan sains dunia kerana menepati ramalannya. Namun keputusan terkini melaporkan Sepanyol telah berjaya menjadi juara World Cup 2026. 

Ramalan Senarai Pemenang World Cup
Credit to kaspertalksfootball tiktok

Walaupun begitu apa yang menariknya ialah terdapat nama negara yang belum wujud lagi ketika ini telah disenaraikan sebagai pemenang pada tahun 2046 iaitu negara Iberian Union. Begitu juga nama negara baharu iaitu Souther Cone, Northen Union, Greater Persian dan Greater Germany. 

Begitu juga dengan misteri ketiadaan kejohanan ini pada tahun 2034 sehingga 2042 di mana menimbulkan persoalan apakah yang terjadi pada tahun berkenaan. Komen di sosial media mengatakan akan berlaku satu lagi peristiwa seperti Covid 19 atau mungkin peristiwa bencana alam atau peperangan tidak terjangka. Melihat kepada trend peningkatan paras air laut dunia sekarang, Bangkok dan Jakarta dilaporkan hanya menunggu masa untuk ditenggelami air kerana kedudukannya yang kini sudah pun menyamai paras laut. Jadi adakah ini bermaksud adakah akan berlaku banjir besar lagi seluruh dunia seperti zaman purba sehingga berubah seratus peratus bentuk geografi dunia ? Hanya masa dapat membuktikannya. 

Sumber :

Google Images, Youtube Channel galaksiviral, kaspertalksfootball

Arkib Hiburan Malaysia
https://galaksiviral.blogspot.com/
https://www.youtube.com/@galaksiviral2.0



GALAKSIVIRAL - Air kelapa sangat popular di seluruh dunia kerana khasiatnya yang sangat baik kepada kesihatan. Hampir 90 negara tropika mempunyai pokok kelapa dan pelbagai jenis produk makanan dan kesihatan telah dihasilkan menggunakan bahan daripada pokok kelapa ini. Negara Indonesia adalah pengeluar hasil kelapa paling banyak di dunia. Jom kita baca Trivia ringkas dan Khasia Air Kelapa kepada manusia. 


TRIVIA POKOK KELAPA 

1. Pokok kelapa dikatakan telah wujud sejak 15 juta tahun lalu.

2. Tumbuh di kawasan tropika dan tepi pantai atau sungai kerana tersebar melalui air.

3. Nama sainstitifk kepala ialah Cocos nucifera.

4. Boleh tumbuh sehingga 6 hingga 30 meter. 

5. Digelar Pokok Seribu Guna. 

Pokok Kelapa

KHASIAT AIR KELAPA

1.Membantu kawal gula dalam darah

2. Menyihatkan kulit dari dalam

3. Menyokong sistem penghadaman

4. Sesuai untuk pesakit hipertensi

5. Membantu menurunkan kolesterol

6. Membantu kawal suhu badan

7. Membekalkan penghidratan dan elektrolit

8. Membantu buang toksin melalui air kencing

9. Tinggi kandungan antioksidan

10. Rendah kalori 

11. Menyokong kesihatan hati

12. Menyokong fungsi buah pinggang

13. Menyokong kesihatan jantung

14. Melembapkan tubuh secara semulajadi


Sumber :

Google Images, Youtube Channel galaksiviral, thaileefoods.com, doa.gov.my, FB Kementerian Kesihatan, neuroversiti.com, hellodoktor.com, 

Arkib Hiburan Malaysia
https://galaksiviral.blogspot.com/
https://www.youtube.com/@galaksiviral2.0

Catatan Lama Laman utama

Jumlah Pelawat GALAKSIVIRAL

❤️💕❤️💕❤️💕❤️

CARTA TOPIK POPULAR

  • SLAM : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN
  • PESERTA THE VOICE THAILAND NYANYI LAGU DIKIR PUTERI NORANIZA IDRIS. RAP DALAM BAHASA THAILAND.
  • LAGU PALING POPULAR TAHUN 1980 DI MALAYSIA
  • SPRING : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN
  • LAGU PALING POPULAR TAHUN 2000 DI MALAYSIA
  • SHARIFAH AINI : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN
  • AIR MINUMAN YANG PALING KERAP DIPESAN DI RESTORAN MAKANAN
  • MAY : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN
  • LAGU PALING POPULAR TAHUN 1990 DI MALAYSIA
  • KERETA RADIO ROSAK ? JOM GUNA MINI RADIO KERETA YANG MENJIMATKAN INI.

Infotainment Muzik

  • INFO ALBUM
  • INFO MUZIK
  • INFO PENYANYI MALAYSIA
  • KOLEKSI LAGU ZIANA ZAIN
  • LAGU ERA 1980 AN
  • LAGU ERA 1990 AN
  • LAGU ERA 2000 AN
  • LAGU ERA 2010 AN
  • LAGU ERA 2020 AN

Infotainment Boom

  • INFO ANIME
  • INFO ANUGERAH
  • INFO ARKIB HIBURAN
  • INFO FILEM
  • INFO MAKAN
  • INFO MELETOP
  • INFO MIMPI
  • INFO MINUM
  • INFO NEGARA
  • INFO PLANET
  • INFO RAYA
  • INFO SIHAT
  • INFO TV

Arkib GalaksiViral

  • Okt 20262
  • Ogo 20261
  • Jul 20261
  • Mei 20266
  • Mac 20263
  • Feb 20262
  • Nov 20254
  • Sep 20251
  • Ogo 20252
  • Mei 20256
  • Jul 20241
  • Mei 202411
  • Apr 20244
  • Jan 20241
  • Nov 20231
  • Dis 20221
  • Jul 20221
  • Apr 20215
  • Mac 202115
  • Okt 20201
  • Sep 20208
  • Ogo 202025
  • Jul 20208
  • Jun 20203
  • Mei 20202
  • Jan 20201
  • Nov 20195
  • Okt 20191
  • Feb 201823
  • Jan 201811
  • Dis 201732
  • Nov 201749
  • Okt 20173
  • Sep 20171
  • Ogo 201747
  • Jul 2017106
  • Mei 20174
  • Apr 201713
  • Mac 20176
  • Feb 201716
Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!
Blogged.my

Created By galaksiviral May 2017 - 2026 / Distributed By Gooyaabi | Designed by OddThemes