Ads Top

LAGU PALING POPULAR TAHUN 1996 DI MALAYSIA

GALAKSI VIRAL - Tahun 1996 masih merupakan tahun kegemilangan Diva Pop Ziana Zain selepas memegang status Artis Paling Popular 1995. Komposer paling popular pada tahun ini ialah Saari Amri, Adnan Abu Hassan, Johari Teh dan Nabila. Tahun ini juga merupakan tahun kemuncak populariti irama Dangdut apabila album Dangdut Amelina berjudul Asyik (album solo) dan Dang Dang Dut  (album kompilasi)  telah berjaya menjadi album paling laris di Malaysia pada tahun 1996. Selain itu, irama muzik Alternatif juga sudah mula popular di kalangan peminat tempatan apabila ramai artis baru yang muncul membawakan muzik ini iaitu seperti Abot dan Kumpulan OAG. Tahun 1994 sehingga 1997 boleh dikatakan tahun kemuncak kegemilangan irama muzik Melayu kerana pada tahun berkenaan begitu ramai artis baru/lama yang muncul dengan pelbagai jenis muzik di dalam album mereka dan majoriti jualan album mereka juga laris di pasaran tempatan. Jom kita lihat lagu manakah yang dinobatkan sebagai Lagu Paling Popular Tahun 1996 di Malaysia. 




TOP 12
LAGU MALAYSIA  PALING POPULAR
TAHUN 1996





01. KORBAN CINTA
Artis : Ziana Zain
Komposer : Johari Teh
Penulis Lirik : Johari Teh
Album : Maria Marian OST
Tahun  : 1996
Catatan :
Lagu ini adalah lagu paling popular di Malaysia tahun 1996. Lagu ini juga adalah lagu tema filem Maria Mariana yang telah mengutip kutipan sebanyak RM 4.7 juta. Antara kejayaan lagu ini ialah memenangi Persembahan Terbaik Solo di pertandingan Konsert Pujaan 10 Nescafe 1996 dan mendapat anugerah Lagu Paling Popular serta Penyanyi Wanita Paling Popular di Anugerah Muzik Singapura 1996. Oleh itu, tidak menghairankanlah jika  Diva Pop Ziana berjaya mengekalkan statusnya sebagai Artis Paling Popular tahun 1996 di Malaysia. Album soundtrack ini terjual lebih 50,000 unit di pasaran. Kedudukan terbaik lagu ini di dalam Carta Muzik Muzik ialah No.1 (8 minggu tidak berturutan) dan berada di dalam carta selama 16 minggu. 





02. YANG TERSAYANG
Artis : Amelina & Iwan
Komposer : Imam S. Ariffin
Penulis Lirik : Jhonny Iskandar
Album : Dang Dang Dut
Tahun  : 1996
Catatan :
Lagu Yang Tersayang telah mencetuskan fenomena hebat untuk irama Dangdut pada tahun ini apabila album dangdut ini berjaya menjadi album paling laris di pasaran tempatan tahun 1996. Irama Raggae Disco Dangdut ini sememangnya menjadi irama kegilaan ramai pada tahun itu. Amelina juga boleh dikatakan berada di puncak kejayaannya apabila album solo beliau berjudul Asyik juga merupakan album solo/kumpulan paling laris di Malaysia tahun 1996. Boleh dikatakan semua lagu di dalam album ini popular di kalangan masyarakat tempatan pada masa itu. Dengan kejayaan ini, secara rasminya Amelina telah dinobatkan sebagai Ratu Dangdut Malaysia yang baru. Album ini terjual lebih 350,000 unit pada tahun itu sahaja.






03. OH LA LA
Artis : KRU
Komposer : KRU
Penulis Lirik : KRU
Album : Oh La La
Tahun  : 1996
Catatan :
Lagu ini telah menjadi salah satu lagu signature KRU yang sangat popular terutamanya dengan gerak tarian memgikut lirik lagu Oh La La. Buat pertama kalinya juga ada part Edry KRU rap secara solo di dalam lagu ini dan mendapat pujian ramai. Video muzik lagu ini juga sangat menarik dan unik.  Pada tahun ini juga, kumpulan KRU masih mengekalkan status sebagai Kumpulan Vokal No.1 Malaysia. Album ini terjual lebih 150,000 unit di pasaran tempatan. Kedudukan terbaik lagu ini di dalam Carta Muzik Muzik ialah No.2 dan berada di dalam carta selama 16 minggu.






04. MAWARKU
Artis : 2 BY 2 feat Siti Nurhaliza
Komposer : Copyright Controlled
Penulis Lirik : Copyright Controrolled
Album : Rindu
Tahun  : 1996
Catatan :
Sebenarnya lagu Mawarku adalah lagu yang betul-betul mempopularkan Dato' Seri Siti Nurhaliza pada tahun 1996. Walaupun lagu Jerat Percintaan dan Jawapan Di Persimpangan nyanyian Dato' Seri Siti sudah terlebih dahulu popular daripada lagu ini, namun lagu Mawarku telah menjadikan Dato' Seri Siti sebagai Artis Baru Paling Popular pada tahun itu bersama kumpulan 2 by 2. Hanya selepas Dato' Seri Siti menang Anugerah Juara Lagu 1996 pada bulan Disember 1996, populariti Siti terus meloncak naik menjadi Artis Paling Popular di Malaysia pada tahun berikutnya. Lagu Mawarku sebenarnya nyanyian daripada penyanyi lama Indonesia iaitu Ribut Rawit dan Moch Yusuf pada hujung tahun 1951. Kemudian ianya dinyanyikan semula oleh kumpulan Panca Sitara 2 di era 60 an dan  versi Eddie Ahmad  + Hamidah Ahmad pada tahun 1973. Lagu ini juga merupakan pencetus kepada fenomena muzik retro moden pada tahun itu dan seterusnya. Album 2 by 2 juga laris di pasaran sehingga terjual sehingga 100,000 unit di pasaran tempatan.






05. DI PENJARA JANJI
Artis : Awie
Komposer : Yan
Penulis Lirik : Kristo Bimbo
Album : O-Tak
Tahun : 1996
Catatan :
Lagu ini adalah antara lagu yang cukup sukar dinyanyikan secara live kerana memerlukan kekuatan vokal yang mantap dalam menyampaikan nada tinggi lagu ini. Lagu ini adalah antara karya terbaik Dato' Awie kerana susunan muzik rock orkestra yang superb dan lirik sangat mendalam menjadikan lagu ini sangat bagus dan hebat. Pada tahun ini juga,  Dato' Awie masih lagi memegang status sebagai Artis Lelaki No.1 Malaysia. Album ini telah terjual lebih 80,000 unit di pasaran tempatan. Kedudukan terbaik lagu di dalam carta Muzik Muzik 1996/1997 ialah No.1 (1x) dan berada di dalam carta selama 18 minggu.





06. DENDAM DALAM DIAM
Artis : Nora
Komposer : Adnan Abu Hassan
Penulis Lirik : Lukhman.S
Album : Debaran
Tahun  : 1995
Catatan :
Lagu ini popular kerana pernah menjadi lagu tema drama RTM berjudul Hayati pada tahun 1996. Selain itu, lirik lagu ini yang berbeza dengan lagu cinta biasa juga menjadikan lagu ini cepat popular dan disukai ramai. Ramai yang memuji vokal gemersik Nora di dalam mengalunkan lagu ini dengan penuh penghayatan.  Lagu ini juga merupakan salah satu karya terbaik komposer Adnan Abu Hassan. Album ini telah terjual lebih 50,000 unit di pasaran tempatan. Kedudukan terbaik lagu ini di dalam Carta Muzik Muzik 1995/1996 ialah No.1 (2 minggu berturut-turut) dan berada di dalam carta selama 20 minggu. 







07. BIRU MATA HITAMKU
Artis : Wings
Komposer : Andi Rahman
Penulis Lirik : Loloq
Album : Biru Mata Hitamku
Tahun : 1996
Catatan :
Lagu Biru Mata Hitamku membuktikan yang kumpulan Wings adalah kumpulan rock lama yang masih berbisa dan sentiasa menampilkan pembaharuan di dalam arah tuju muzik mereka.  Lagu ini menjadi bertambah menarik apabila buat julung kalinya dinyanyikan oleh Mus May yang menjadi penyanyi utama kumpulan Wings pada ketika itu. Album ini terjual lebih 100,000 unit di pasaran tempatan. Kedudukan terbaik lagu ini di dalam Carta Muzik Muzik 1996/1997 ialah No.2 dan berada di dalam carta selama 15 minggu.








08. BATAS MENANTI

Artis : Fauziah Latiff
Komposer : Adnan Abu Hassan
Penulis Lirik : Amran Omar
Album : Sahabat
Tahun  : 1995
Catatan :
Lagu ini adalah salah satu lagu terbaik ciptaan Adnan Abu Hassan. Ramai kecewa apabila lagu tidak berjaya ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 1996. Walaupun begitu, lagu ini tetap dikenang sebagai salah satu lagu paling popular tahun 1996 di Malaysia. Album ini terjual lebih 50,000 unit di pasaran tempatan. Kedudukan terbaik di dalam Carta Muzik Muzik 1995/1996 ialah No.1 (menjadi juara selama 6 minggu tidak berturutan) serta berada di dalam carta selama 18 minggu.






09. KEMBALILAH
Artis : Amy Mastura
Komposer : Younky S
Penulis Lirik : Maryati
Album : Pujaanku
Tahun  : 1996
Catatan : 
Masih ingat drama Cinta Korporat lakonan Rusdi Ramli, Azah Aziz dan Azhar Sulaiman. Drama Cinta Korporat ini adalah perintis kepada drama lain untuk membuat pengambaran di luar negara. Drama ini sangat popular dan menjadi fenomena di kalangan peminat drama tempatan. Begitu juga dengan lagu tema drama ini iaitu lagu Kembalilah nyanyian Amy Mastura. Lagu ini juga merupakan satu kelainan muzik daripada Amy Mastura kerana menampilkan elemen muzik R&B dan Balada. Terdapat dua video muzik untuk lagu ini iaitu satu untuk lagu tema drama Cinta Korporat dan satu lagi khusus untuk lagu ini sendiri. Album ini terjual lebih 80,000 unit di pasaran tempatan. 






10. PERTEMUAN
Artis : Erra Fazira
Komposer : Adyl/Erra/Ram
Penulis Lirik : Adyl/Erra/Ram
Album : 2.5 Sayang
Catatan :
Single utama daripada album Erra ini sememangnya sesuatu yang segar dan berbeza daripada muzik Erra sebelum ini. Ini juga menunjukkan yang Erra seorang penyanyi mempunyai identiti vokal tersendiri dan muzik pop yang berbeza dengan penyanyi lain ketika itu. Lagu ini juga dipanggil lagu na na ne na na na ne ne na oleh peminat Erra. Jualan album ini dianggarkan terjual lebih 30,000 unit di pasaran tempatan.  Lagu ini tidak pernah dicalonkan di dalam Carta Muzik Muzik. 






11. JIKA KAU RASA GETARNYA
Artis : Slam
Komposer : Johari Teh
Penulis Lirik : Johari Teh
Album : Kembali Merindu
Tahun  : 1996
Catatan :
Lagu ini pernah memenangi Lagu Paling Popular Konsert Pujaan 10 Nescafe 1996. Populariti lagu ini terus mengukuhkan kehebatan kumpulan ini sebagai Band No.1 tahun 1996 di Malaysia. Album ini terjual lebih 80,000 unit di pasaran tempatan. Kedudukan terbaik lagu ini di dalam Carta Muzik Muzik 1995/1996 ialah No.2 dan berada di dalam carta selama 11 minggu.







12. PELAMIN ANGANKU MUSNAH
Artis : Azie
Komposer : Saari Amri
Penulis Lirik : Lukhman.S
Album : Azie
Tahun :  1995
Catatan :
Nama lain bagi lagu ini ialah lagu angan-angan atau lagu ketuk ketuk pintu dan lagu kecewa kekasih kahwin orang lain. Karya masterpiece daripada Saari Amri sememangnya amat sesuai dinyanyikan oleh Azie. Lagu ini sangat popular sehingga kini dan kerap menjadi pilihan utama peminat apabila pergi menyanyi di pusat kareoke. Lagu ini juga pernah dinyanyikan di majlis kenduri kahwin dan menyebabkan orang yang berada di kenduri kahwin itu rasa awkward kerana lagu ini tidak berapa sesuai dinyanyikan di majlis kahwin. Antara kejayaaan lagu ini ialah pernah tersenarai sebagai lagu finalis untuk Konsert Pujaan 10 Nescafe 1996. Album ini pernah terjual lebih 20,000 unit di pasaran tempatan. Kedudukan terbaik di dalam Carta Muzik Muzik 1995/1996 ialah No.5 dan berada di dalam carta selama 16 minggu.

-------------------------------------------------------------------------------------------


LAGU ASIA
PALING POPULAR DI MALAYSIA



TENDA BIRU
(INDONESIA)
Artis : Dessy Ratnasari
Komposer : Wahyu WHL
Penulis Lirik : Wahyu WHL
Album : Tenda Biru
Tahun  : 1996
Catatan :
Lagu ini sememangnya amat popular di Malaysia sehinggakan album Dessy Ratnasari ini terjual lebih 60,000 unit di pasaran muzik tempatan sahaja. Pada tahun ini, Dessy memegang status Artis No.1 Indonesia kerana popularitinya yang hebat samada di dalam bidang nyanyian dan juga lakonan. Muzik lagu ini yang seakan muzik retro sememangnya amat unik dan ditambah vokal lembut Dessy menjadikan lagu ini lebih sedap di dengar. Lagu ini juga telah menjadi salah satu lagu Indonesia paling popular di Malaysia untuk era 90 an. 



------------------------------------------------------------------------------------------------------


LAGU ANTARABANGSA 
PALING POPULAR DI MALAYSIA




I LOVE YOU 
(CANADA)
Artis : Celine Dion
Komposer : Nova
Penulis Lirik : Nova
Album : Falling Into You
Tahun  : 1996
Catatan :
Lagu ini sememangnya amat popular di Malaysia pada tahun 1996. Sebelum itu, Celine turut popular dengan lagu Because You Love Me melalui album dan tahun yang sama. Namun lagu I Love You boleh dikatakan lagu International Song Of The Year in Malaysia kerana saban hari lagu ini berkumandang di radio Malaysia di atas permintaan peminat tempatan. Pada tahun itu, populariti Celine Dion boleh diibaratkan sehebat populariti Taylor Swift/Selena Gomez/Camilla Cabello di Malaysia pada masa kini. Pernah ada khabar angin mengatakan yang Celine Dion mungkin dijemput menjadi artis jemputan untuk pertandingan Anugerah Juara Lagu 1996. Namun, ianya hanyalah khabar angin semata-mata. 


GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/


Sumber : Google Image, Mawarku

1 comment:

  1. Kenapa lagu gerimis mengundang xdea,sedangkn lagu tu pernah dapat nombor 1 carta muzik muzik selama 8 minggu..dan lagu paling fenomena tahun 1996 dn layak ke AJL 1996 dan menang lagu luar paling top di Indon..

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

Powered by Blogger.