Ads Top

SHARIFAH AINI : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN

GALAKSI VIRAL - Artis No.1 era 1970 an dan Ikon Muzik Malaysia, arwah Datuk Sharifah Aini sememangnya amat dikenali ramai oleh rakyat Malaysia sebagai Penghibur Malaysia yang sangat berbakat dan hebat di persembahan pentas. Dengan lebih 100 album  (studio/live/kompilasi) pernah diterbitkan, ianya sudah cukup membuktikan bahawa  arwah adalah artis Gred A yang cukup disegani dan dihormati ramai. Banyak gelaran telah diberikan kepada beliau seperti Diva Pop Malaysia, Biduanita Negara, Ratu Pop Klasik, Superstar Pertama Malaysia dan sebagainya. Ianya bertujuan untuk menghargai segala jasa dan pengorbanan arwah  di dalam bidang muzik dan seterusnya menjadi ikon serta idola kepada peminat tempatan.



BIODATA RINGKAS SHARIFAH AINI
Nama  Penuh : Syarifah Aini Syed Jaafar
Tarikh Lahir : 2 Julai 1953
Tarikh Kematian : 5 Julai 2014
Tempat Lahir : Singapura
Tahun Aktif : 1968 - 2014
Album Studio : 29
1. Dari Hati Ke Hati 1972
2. Kenanglah Daku 1973
3. Cahaya Keinsafahn 1974
4. Irama Cintaku 1975
5. Sharifah Aini 1976
6. Inilah Laguku 1977
7. Forever And Ever 1977
8. Inilah Laguku 2 1978
9. Lela Manja 1979
10. Inilah Laguku 3 1979
11. Women In Love 1979
12. Just For You 1980
13. Malam 1980
14. Rasa Sayang 1981
15. Harum Dalam Kenangan 1981
16. Rahsia Hati 1982
17. Irama Daripada Sekeping Hati 1983
18. Suara Kedamaian 1984
19. He Is Beautiful To Me 1984
20. Cahayaku 1984
21. Kau Yang Bernama 1986
22. Kasih 1987
23. Sharifah Aini 1988
24. Sharifah Aini 1994
25. Pilihan Klasik Aidilfitri 1996
26. Selamanya 1996
27. Yayadan 1998
28. Seribu Mawar 2000
29. Syahdu 2003
Lain-Lain Album
Rujuk Sumber Rujukan Di Bawah
Antara Pencapaian Utama :
Juara Bintang RTS (Tiga Malam) 1968
Penghibur Terbaik Anugerah Seri Angkasa 1972-1977
Penghibur Wanita Popular PAPITA 1970-1976, 1979
Anugerah Lagu Terbaik & Penghibur Terbaik Anugerah Lagu  Asia Pasifik 1975
Anugerah Darjah Pingat Setia Mahkota Johor 1983
Anugerah Pencapaian Seni Terbaik PAPITA 2000
Anugerah Khas Planet APM 2001 
Anugerah Biduanita Sepanjang Zaman (Darjah Sultanah Kedah) 2001
Anugerah Emas ERA AE 2002
Anugerah Khas Bintang Popular ABP 2003
Pingat Panglima Jasa Negara (Yang Dipertuan Agong) - Datuk
Anugerah Teringgi Biduanita Negara Anugerah Kecapi 2006




SHARIFAH AINI : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN


01. SERI DEWI MALAM
Komposer : Osman Ahmad
Penulis Lirik : Osman Ahmad
Album : Seri Dewi Malam EP
Tahun : 1970
Catatan : Lagu Seri Dewi Malam ini adalah lagu pertama yang memberikan petanda bahawa dunia muzik Malaysia bakal menerima seorang lagi Ratu Muzik yang akan mengegarkan industri muzik tempatan iaitu arwah Datuk Sharifah Aini. Lagu nyanyian asal arwah Normadiah telah dibawakan dengan cemerlang oleh arwah Datuk Sharifah Aini sehinggakan ramai menganggap lagu ini adalah lagu asal nyanyian arwah. 

Video Lagu Seri Dewi Malam


02. INGATAN MANIS BULAN SEPTEMBER
Komposer : Don Black
Penulis Lirik : Mark London
Album : Sharifah Aini EP
Tahun : 1973
Catatan : Lagu saduran Inggeris ini asalnya dinyanyikan oleh penyanyi Indonesia bernama Muchsin dalam bahasa Melayu berjudul September. Namun, disebabkan nyanyian versi arwah Datuk Sharifah Aini lebih popular, ramai menyangkakan lagu ini adalah lagu nyanyian asal arwah. 
Video  Ingatan Manis Di Bulan September


03. HAPUSLAH AIRMATA MU
Komposer : Ahmad Nawab
Penulis Lirik : Sharifah Aini 
Album :  OST Hapuslah Airmata Mu
Tahun : 1976
Catatan : Lagu ini sama-sama meletop di pasaran tempatan sama seperti filemnya yang laris di pawagam. Lagu ini juga boleh dikatakan lagu tahun kemuncak kerjaya arwah di era 1970 an kerana secara rasminya beliau ditabalkan sebagai Superstar pertama di Malaysia. Bagi peminat baru Sharifah Aini, mungkin mereka akan keliru lagu ini dengan lagu satu lagi yang juga mempunyai judul sama tetapi ciptaan orang berbeza iaitu A.Riyanto dan lagu itu pula nyanyian asal Broery Marantika. Lebih menarik lagi, arwah Datuk Sharifah Aini juga pernah merakamkan lagu Broery Marantika terlebih dahulu di dalam album Irama Cintaku pada tahun 1975 iaitu setahun sebelum terbitnya album OST dan filem ini di pasaran tempatan.

Video Lagu Hapuslah Airmata Mu


04. SEIRING SEJALAN
Komposer : Ahmad Nawab
Penulis Lirik : Broery Marantika
Album : OST Hapuslah Airmata Mu
Tahun : 1976
Catatan : Lagu malar segar ini sangat popular sehingga ke hari ini kerana keunikan lagunya yang mengabungkan irama muzik retro pop era 1970 an dengan irama muzik keroncong. Lagu ini juga merupakan salah satu lagu Melayu paling popular sepanjang zaman di Nusantara. 

 Video Lagu Seiring Sejalan


05. KUDAKU LARI
Komposer : A.Harris
Penulis Lirik : A.Harris 
Album : Kau Tinggi Di Awan Biru EP
Tahun : 1977
Catatan : Lagu ini adalah nyanyian asal penyanyi Indonesia bernama Hasnah Tahar dan dinyanyikan semula oleh Emilia Contessa. Lagu ini dinyanyikan mengikut versi Emilia Contessa kerana muziknya lebih rancak dan ceria. Walaupun begitu, improvasi oleh arwah Datuk Sharifah Aini terhadap lagu ini sememangnya sangat hebat dan bagus seperti nada panjang yang seolah tiada penghujung itu telah berjaya menjadikan lagu ini lebih menarik dan unik berbanding versi sebelumnya. 

Video Kudaku Lari


06. BUNGA TANJUNG 
Komposer : Ahmad Jaafar
Penulis Lirik :Ahmad Jaafar
Album : Inilah Laguku
Tahun : 1977
Catatan : Lagu asal nyanyian asal penyanyi era 40 an Rubiah dan dinyanyikan semula oleh Biduanita Saloma ini telah diadun semula menjadi lebih menarik dan rancak oleh arwah Datuk Sharifah Aini. Kehebatan alunan vokal arwah di dalam lagu ini telah menyebabkan lagu meletop dan sangat popular pada tahun 1977. Lagu ini juga pernah menguasai carta lagu di Singapura iaitu Carta Penyanyi Pujaan Minggu Ini (PPMI). Lagu ini juga merupakan antara lagu wajib yang akan dipersembahkan oleh arwah ketika era itu kerana populariti hebat lagu ini.

Video Lagu Bunga Tanjung


07. TIADA MAAF BAGIMU
Komposer : Ahmad Nawab 
Penulis Lirik : Sharifah Aini 
Album : Inilah Laguku II
Tahun : 1978
Catatan : Lagu ini sangat popular di hujung era 1970 an. Lagu ini boleh dikatakan antara lagu Balada terbaik daripada arwah Datuk Sharifah Aini.

Video Lagu Tiada Maaf Bagimu


08. TERATAI
Komposer : Lily Suhiry
Penulis Lirik : Lili Suhairy
Album : Lagu Lagu Pujaan (Koleksi 10 Tahun)
Tahun : 1980
Catatan : Lagu nyanyian asal penyanyi era 40 an iaitu Rubiah ini  adalah merupakan salah satu lagu yang sangat sukar dinyanyikan kerana perlukan lenggok lagu Melayu yang kuat dan stamina nyanyian yang padu. Namun, ianya telah berjaya dinyanyikan dengan sangat cemerlang oleh arwah Datuk Sharifah Aini dan dikagumi ramai.

Video Lagu Teratai


09. KAU RACUN HIDUPKU

Komposer : A.Riyanto
Penulis Lirik : A.Riyanto
Album : Kau Yang Bernama
Tahun : 1986
Catatan : Tindakan arwah dalam memastikan produk albumnya sentiasa mengikut rentak muzik terkini telah berjaya apabila lagu ini telah meletop di pasaran dan menjadi salah satu lagu paling popular era 1980 an. 

Video Lagu Kau Racun Hidupku


10. SEKSA
Komposer : Saari Amri
Penulis Lirik : Saari Amri
Album : Seraut Wajah Semerdu Suara
Tahun : 1995
Catatan : Ramai kagum dengan adunan semula lagu ini yang dijadikan dalam bentuk muzik Irama Malaysia moden dan dinyanyikan dengan sangat merdu oleh arwah Datuk Sharifah Aini. Album lagu ini juga sangat laris di pasaran apabila terjual lebih 100,000 unit dan merupakan album arwah paling laris untuk dekad 1990 an. 

Video Lagu Seksa

11. YAYADAN
Komposer : Pak Ngah 
Penulis Lirik :Hairul Anuar Harun
Album :  Yayadan
Tahun : 1998
Catatan : Arwah membuat kejutan sekali lagi apabila menerbitkan album Irama Malaysia versi Nasyid. Lagu Yayadan telah berjaya menjadi salah satu lagu Nasyid era baru yang sangat popular dan digemari. Album ini juga turut dicalonkan di dalam kategori Album Nasyid Terbaik AIM 1999.

Video Yayadan


12. NOUR EL AIN 
Komposer : Nasser Al Mezdawy
Penulis Lirik : Ahmed Shatta
Album : Seribu Mawar
Tahun : 2000
Catatan : Lagu nyanyian asal Ricky Martin Mesir @ Raja Pop Arab era 1990/2000 an iaitu Amr Diab ini telah dinyanyikan semula oleh arwah Datuk Sharifah  Aini di dalam versi bahasa Malaysia. Lagu ini sangat popular kerana pada tahun itu merupakan tahun gelombang muzik Arab melanda negara Malaysia. Maka tidak menghairankanlah jika lagu ini menjadi sangat popular dan diminati ramai. Selain lagu ini, lagu Seribu Mawar di dalam album juga meletop di pasaran. Kejayaan album ini telah membuktikan yang arwah masih mampu bersaing hebat dengan generasi baru ketika itu.


Video Lagu Nour El Ain

Album Datuk Sharifah Aini



GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/

Sumber :

4 comments:

  1. budianita yg sukar dicari ganti. kita membesar dgn lagu2 arwah...

    ReplyDelete
  2. Lagu2 Sharifah aini ni banyak yang best.

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

Powered by Blogger.