SPRING : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN

GALAKSI VIRAL Kumpulan Spring adalah salah sebuah kumpulan Pop/Folk Rock Malaysia yang sangat popular di era 1990 an. Kumpulan ini cukup terkenal dengan deretan lagu Balada yang mega hits yang malar segar dan masih ppopular sehingga ini. Lebih menarik lagi, jumlah  jualan keseluruhan album mereka juga melebihi 500,000 unit sehingga tahun 2003 dan ini menjadikan mereka sebagai salah seorang artis paling tinggi jualan untuk era 1990 an. Selain itu, keunikan vokal Ameng dan pemuzik yang sangat berbakat di dalam kumpulan ini juga  menjadikan mereka sebuah kumpulan Pop yang sangat berpengaruh di era 1990 an. Mereka juga sangat popular di Indonesia  apabila ada peminat di sana yang amat meminati lagu Sampai Hati dan Bourgenvilla. 



BIODATA RINGKAS KUMPULAN SPRING

Nama Ahli Kumpulan : Ameng, Zahar, Empy, Acong, Iskandar, Amat, Yunus
Tahun Aktif : 1991 - 2003
Album Studio : 8
1. Spring 1991
2. Sampai Hati 1992
3. Bourgenvilla 1994 (100,000 unit)
4. Jujur 1995
5. Spring 5 1996
6. Luahan 1997 (100,000 unit)
7. Kerana Budi 1998
8. Hati Mahu Baik 2001
Lain-Lain Album
Pujaan Gemilang 1995
Balada Gemilang 1996
Galeri Gemilang 1999
Terus Gemilang 1999
The Best of Spring 1999
Gemilang 2000
Kegemilangan Spring 2003
Antara Pencapaian Utama :
Finalis AJL 1993 & 1996
Video Muzik Terbai AIM 1993
Kumpulan Paling Popular ABP 1994



SPRING : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN

01. SEJIWA
Komposer : Adi Jagat 
Penulis Lirik : Azida NS
Album : Spring
Tahun : 1991
Catatan : Lagu slow rock ini  popular pada tahun 1991 dan ramai menyukai lagu ini kerana vokal Ameng yang berbeza dengan kumpulan muzik yang lain dan persembahan muzik mereka yang bagus serta mantap. 
  
Video Lagu Sejiwa


02. SAMPAI HATI
Komposer : M.Nasir
Penulis Lirik : Juwie
Album : Sampa Hati
Tahun : 1992
Catatan : Lagu ini meletop di pasaran muzik tempatan dan menjadi salah satu lagu paling popular tahun 1993. Lagu ini berjaya ke Peringkat Akhir AJL 1993 untuk kategori Balada. Kedudukan terbaik lagu ini di dalam Carta Muzik Muzik 1993 ialah No.1 selama 8 minggu dan berada di dalam carta selama 16 minggu. Kumpulan Spring juga memenangi anugerah Video Muzik Terbaik di AIM 1993 melalui lagu ini. 

Video Lagu Sampai Hati


03. BUTAKAH CINTA
Komposer : Saari Amri
Penulis Lirik : Habsah Hassan/Remy.S
Album : Bourgenvilla
Tahun : 1994
Catatan : Lagu Balada ini sangat popular pada tahun 1994 dan pernah menjuarai Carta Muzik Muzik 1994 iaitu selama 3 minggu dan berada di dalam carta selama 17 minggu. Lagu ini juga merupakan antara karya terbaik daripada komposer ternama Saari Amri.

Video Lagu Butakah Cinta


04. BOURGENVILLA
Komposer : LY
Penulis Lirik : Baiduri
Album : Bourvenvilla
Tahun : 1994
Catatan : Lagu ini juga turut meletop di pasaran tempatan tahun 1994. Lagu ini cukup terkenal tajuk lagunya yang unik dan lagunya yang sedap didengar. Lagu ini juga antara karya terbaik ciptaan gandingan komposer dan penulis lirik ternama iaitu LY dan Baiduri. Lagu ini berjaya ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 1994 dalam kategori Balada. Kedudukan terbaik lagu di dalam Carta Muzik Muzik 1994 ialah No.4 dan berada di dalam carta selama 16 minggu.

Video Lagu Bourgenvilla


05. SEPI TANPA CINTA
Komposer : Fauzi Marzuki
Penulis Lirik : Juwie
Album : Bourgenvilla
Tahun : 1994
Catatan : Lagu ini adalah lagu ketiga paling popular daripada album ini yang berjaya mendapat perhatian para peminat. Jika tidak silap, kedudukan terbaik lagu ini di dalam Carta Muzik Muzik 1994/1995 ialah No.4. Melalui album ini juga, kumpulan Spring berjaya memenangi anugerah Kumpulan Paling Popular ABP 1994.

Video Sepi Tanpa Cinta


06. CEMPAKA DI REMBULAN 
Komposer : Nazir Boyo
Penulis Lirik : A.Rashid
Album : Pujaan Gemilang
Tahun : 1995
Catatan : Lagu ini meneruskan kegemilangan kumpulan Spring di dalam lagu-lagu Slow Rock dan Balada pada awal dan pertengahan era 1990 an. Lagu ini juga diingati kerana aktres terbaik Malaysia Sofea Jane menjadi pelakon  di dalam video muzik ini. 

Video Lagu Cempaka Di Rembulan


07. SEJUJUR MANA KATA KATA
Komposer : Salman 
Penulis Lirik : Habsah Hassan
Album : Jujur
Tahun : 1995
Catatan : Lagu ini adalah di antara lagu Balada terbaik era 1990 an. Alunan melodi lagu yang syahdu dan liriknya yang sangat puitis membuatkan sesiapa mendengarnya terbuai-buai dengan perasaan apabila mendengarnya di waktu malam. Lagu ini merupakan salah satu lagu paling popular pada tahun 1995.

Video Lagu Sejujur Mana Kata Kata


08. ROMANTIS
Komposer : Lan Laga
Penulis Lirik : Juwie
Album : Spring 5
Tahun : 1996
Catatan : Lagu ini berjaya ke peringkat Akhir AJL 1996 di dalam kategori Balada. Kedudukan terbaik lagu ini di dalam Carta Muzik Muzik 1996 ialah No.2 dan berada di dalam carta selama 19 minggu. Ramai memuji lagu ini kerana rentak muziknya yang berbeza dengan lagu Balada kumpulan Spring yang terdahulu. 

Video Lagu Romantis


09. ASMARA PALSU 
Komposer : Osman Ghani
Penulis Lirik : Azam Dungun
Album : Balada Gemilang
Tahun : 1996
Catatan : Lagu ini popular dan diingati kerana muzik lagunya dimainkan dalam bentuk unplugged/akustik. Satu lagi pembaharuan unik daripada kumpulan Spring pada ketika itu.

Video Lagu Asmara Palsu


10. KITA DITAKDIRAN JATUH CINTA 
Komposer : Eddie Hamid 
Penulis Lirik : Juwie
Album :  Luahan
Tahun : 1997
Catatan : Lagu ini adalah salah satu lagu paling popular tahun 1997 dan juga lagu pertama yang memperkenalkan komposer Eddie Hamid sebagai komposer ternama ketika itu. Lagu ini berjaya ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 1997/1998 di dalam kategori Balada. Lagu ini juga menjadi lagu perintis kepada lagu melankolik, jiwang dan tangkap lentoq untuk generasi seterusnya (New Boyz, Siti Nordiana, Spin, Boboy, Screen, Scoin, Spoon, Elly Mazlein, Syura, Wan Suhaila, SUP, etc) di mana formula lagu ini diulang semula di dalam lagu-lagu artis berkenaan. Kedudukan terbaik lagu ini di dalam Carta Muzik Muzik 1997/1998 ialah No.2 dan berada di dalam carta selama 32 minggu.

Video Lagu Kita Ditakdirkan Jatuh Cinta 


11. KERANA BUDI KU JATUH HATI 
Komposer : Lan Laga 
Penulis Lirik : Amran Omar
Album : Kerana Budi 
Tahun : 1998
Catatan : Ramai menjangkakan yang lagu ini adalah lagu sambungan Kita Ditakdirkan Jatuh Cinta tetapi semuanya meleset apabila sambungan lagu Kita Ditakdirkan Jatuh Cinta adalah lagu nyanyian kumpulan Screen berjudul Kita Ditakdirkan Berpisah. Lagu Balada ini sekali menampilkan variasi lagu Balada mereka setiap kali muncul dengan album baru. 

Video Lagu Kerana Budi Ku Jatuh Hati


12. PESANAN BUAT KEKASIH 
Komposer : Tapai 
Penulis Lirik : Juwie
Album : Galeri Gemilang
Tahun : 1999
Catatan : Lagu ini meletop di pasaran tempatan dan juga merupakan salah satu lagu paling popular tahun 1999. Lagu ini pernah menjuarai Carta Mingguan Era selama 3 minggu. Lagu ini juga berjaya ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 1999 di dalam kategori Pop Rock. 

Video Lagu Pesanan Buat Kekasih

Album Kumpulan Spring



GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/

Sumber :
Google Image, Youtube Channel, axello.net

4 comments:

  1. klu p karok... wajib lagu ni
    Bourgenvilla

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best sangat lagu bourgenvilla. lagu fenomena tahun 1994 kak. huhu. :D

      Delete
  2. Lagu zaman rock kapak jiwang ni. Suka gak dengar lagu 2,3 dan 4 tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagu 2,3,4 adalah lagu zaman kemuncak pertama kump spring. mmg best lagu rock kapak jiwang ni kak. huhu.

      Delete

Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D