Ads Top

LAGU PALING POPULAR TAHUN 1990 DI MALAYSIA

GALAKSI VIRAL - Tahun 1990 merupakan tahun kejayaan Aishah kerana memenangi banyak anugerah utama di dalam bidang seni pada tahun itu. Komposer M.Nasir pula merupakan komposer paling popular pada tahun itu. Penulis Lirik Popular pula jatuh kepada S.Amin Shahab. Tahun ini juga menyaksikan irama Rock menguasai pasaran muzik Malaysia. Jom kita tengok lagu manakah paling popular pada tahun 1990 di Malaysia.





TOP 12
LAGU MALAYSIA PALING POPULAR 
TAHUN 1990


01. LEGENDA

Artis : Sheila Majid
Komposer : Fauzi Marzuki 
Penulis Lirik : Habsah Hassan
Album : Legenda
Tahun : 1990
Catatan : 
Lagu tribute kepada Tan Sri P.Ramlee ini  adalah salah satu lagu Melayu paling popular di kalangan pelbagai etnik di Malaysia. Lagu ini juga kerap dimainkan di majlis-majlis meraikan kejayaan wirawan negara di dalam pelbagai bidang. Ianya juga merupakan salah satu signature songs paling popular daripada Datuk Sheila Majid.



02. JANJI MANISMU

Artis : Aishah
Komposer : Adam Ahmad
Penulis Lirik : Wan Aishah
Album : Aishah
Tahun : 1990
Catatan : 
Lagu ini adalah lagu Juara Anugerah Juara Lagu (AJL) 1990. Persembahan hebat Aishah di pertandingan itu telah mendapat pujian ramai kerana nyanyian beliau 100% sama seperti bunyi di dalam kaset. Tahun ini juga merupakan tahun kemuncak kerjaya Aishah apabila memenangi anugerah Artis Paling Popular dan Penyanyi Wanita Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 1990.  Lagu ini juga turut popular di Indonesia. 



03. SUCI DALAM DEBU 

Artis :  Kumpulan Iklim 
Komposer : Wan Zul
Penulis Lirik : S,Amin Shahab
Album : Satu Kesan Abadi
Tahun : 1990
Catatan : 
Lagu ini memenangi Juara Pujaan 10 Nescafe Radio Satu RTM. Pada tahun ini, kumpulan Iklim telah berjaya menyaingi populariti kumpulan muzik yang lain seperti Wings dan Search. Kumpulan ini juga telah memenangi anugerah Kumpulan Paling Popular di ABPBH 1990. Judul lagu ini sangat unik dan mempunyai maksud yang sangat mendalam. Lagu ini juga sangat popular di Indonesia. 



04. SEJATI

Artis : Kumpulan Wings
Komposer : M.Nasir
Penulis Lirik : M.Nasir
Album : Teori Domino
Tahun : 1990
Catatan : 
Lagu ini adalah merupakan salah satu lagu kumpulan Wings paling popular di Malaysia. Mesti ramai masih ingat kekuatan vokal Dato' Awie sewaktu menarik nada tinggi di dalam lagu ini secara live di pertandingan AJL 1990. Sangat mengagumkan. 



05. C.I.N.T.A

Artis : XPDC
Komposer : J.S. Kevin
Penulis Lirik : J.S.Kevin
Album : Darjah Satu
Tahun : 1990
Catatan : 
Lagu yang dikatakan "Lagu Mengeja Perkataan" ini memang sangat popular dan merupakan salah satu lagu Rock paling popular di Malaysia. 


06. ISTANA MENANTI

Artis : Rahim Maarof
Komposer : M.Nasir
Penulis Lirik : M.Nasir
Album : Sensitif 
Tahun : 1990
Catatan : 
Lagu ini juga merupakan salah satu lagu Balada yang cukup popular daripada Rahim Maarof. Disebabkan populariti lagu ini juga Rahim Maarof telah memenangi Penyanyi Lelaki Paling Popular Tahun 1990.


07. DARI SINAR MATA

Artis : Kumpulan BPR
Komposer : Awang BPR 
Penulis Lirik : J.S.Kevin
Album : Kelab Jiwa Luka 
Tahun : 1990
Catatan : 
Lagu ini merupakan  salah satu signature songs Kumpulan BPR. Lagu ini cukup terkenal dengan gaya nyanyian  vokal lantang dan besar daripada Joey. Lagu ini juga berjaya ke Peringkat Akhir AJL 1990.

08. SENTUHAN KECUNDANG 
Artis : Kumpulan Ekamatra 
Komposer : M.Nasir 
Penulis Lirik : M.Nasir
Album : Satu Tekanan Irama 
Tahun : 1989 
Catatan :
Lagu ini cukup digeruni jika dinyanyikan di dalam mana-mana pertandingan kerana judul lagu ini yang agak sedih dan perlukan jiwa lagu yang kuat untuk menyanyikan lagu ini. Lagu ini juga merupakan salah satu lagu paling popular pernah dinyanyikan oleh Kumpulan Ekamatra. 



09. SEKUNTUM BUNGA SAKURA DI GURUN SAHARA

Artis : Kumpulan Mega
Komposer : M.Nasir 
Penulis Lirik : S.Amin Shahab
Album : Mega
Tahun : 1989
Catatan :
Judul lagu ini memang sangat unik dan lain daripada lain. S.Amin Shahab sememangnya  di antara penulis lirik terbaik di Malaysia. Seperti puitisnya lirik lagu Kumpulan Iklim dengan lagu Suci Dalam Debu, sebegitulah puitisnya lirik lagu ini juga. Lagu ini juga merupakan lagu nyanyian vokalis asal kumpulan Mega iaitu Zarith sebelum ianya diambil oleh Rahmad pada tahun selepasnya. 



10. RAMBU RAMBA
Artis : Noorshila Amin
Komposer : A.Ali
Penulis Lirik : Juwie/Bolwie
Album : Rambu Ramba
Tahun : 1990
Catatan :
Lagu ini adalah lagu kegemaran ramai kanak-kanak era 90 an. Walaupun muzik Rock menguasai pasaran muzik Malaysia ketika itu, namun, penerbitan lagu-lagu berirama Pop Latin juga makin banyak dikeluarkan pada tahun ini. Salah satu lagu yang cukup popular dengan irama ini ialah Rambu Ramba. Kehangatan irama ini mungkin juga disebabkan fenomena lagu Lambada nyanyian Koama yang cukup popular di seluruh dunia ketika itu. 



11. SELOKA CINTA REMAJA

Artis : Allahyarhamha Seha 
Komposer : M.Nasir
Penulis Lirik : S.Amin Shahab
Album : Hitam Manis 
Tahun : 1990
Catatan :
Allahyarhamha Seha cukup dikenali sebagai penyanyi yang muziknya jauh ke depan daripada muzik era itu. Ini dapat dilihat melalui lagu Seloka Cinta Remaja ini yang mengetengahkan konsep Pop Moden yang digabungkan dengan irama Cha Cha/Pop Latin. Sesuatu yang segar dan baru untuk muzik di era itu.


12. PUSARA DI LEBUH RAYA

Artis : Kumpulan Ekamatra 
Komposer : Fauzi Marzuki
Penulis Lirik : Bob
Album : Satu Tekanan Irama
Tahun : 1989
Catatan :
Dengar judul lagu ini sudah cukup menggerunkan bukan. Itulah keunikan judul lagu di awal era 90  an.


-------------------------------------------------------------------------------------

LAGU ASIA
PALING POPULAR
DI MALAYSIA

BINTANG KEHIDUPAN
(INDONESIA)


Artis : Nike Ardilla
Komposer : Deddy Dores
Penulis Lirik : Deddy Dores
Album : Bintang Kehidupan 
Tahun : 1 Disember 1989
Catatan :

------------------------------------------------------------------------------------------

LAGU ANTARABANGSA 
PALING POPULAR 
DI MALAYSIA


ICE ICE BABY
(USA)

Artis : Vanilla Ice
Komposer : David Bowie etc
Penulis Lirik : David Bowie etc
Album : To The Extreme
Tahun : 22 Ogos 1990 (Single)
Catatan :




GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/


Sumber : Google Image
(Kemaskini  : 8 September 2020)


13 comments:

  1. halamakkk, tak tahu la npe, kita kurengg sikit lagu lama. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe kak Ema. Citarasa lagu berbeza-beza. Hihi. :D

      Delete
  2. Hahaaa nostalgia pulak rasa masuk kat sini. Ternyata dah smakin tua. Hahaa :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Lagu-lagu ini dapat mengimbau kenangan memori lama kita dulu kak. Nostalgia lama. Takpe biar tua, asal jiwa muda. hihi. :D

      Delete
  3. GV, nak bg pendapat sikit, kalau mcm mengarut abaikan je.. Bila ada entri GV pasal lagu2, lagi best bila disertakan sekali video musik tu sbb blh terus play, malas kot nk kena google lepastu dengar lepastu g balik kat entri ni, lepastu baru blh komen dgn penuh feeling..kalau ada video musik setiap lagu yg disenaraikan mcm entri nasyid2 lama yg dulu tu, sambil dengar satu rumah, sambil baca description utk lagu tu..fuh enak lagi berkrim..ok hahaha harap maaf komen mcmni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okey, asalnya GV tak letak sebab nanti blog jadi lambat nak loading kalau ada video attachment. Tapi GV setuju juga dengan pendapat Mr Cahaya . Terima kasih kerana sudi memberikan kritikan membina kepada GV. GV menghargainya. :)

      Delete
    2. Aah blog jd lambat pun masalah, haritu sy terbaca kalau byk gambar pun blog blh jd lmbat..betul ke??..

      Delete
    3. Aah, banyak gambar pun sama, tapi kalau banyak video lagi berat. :)

      Delete
  4. Ada satu lagu latin zaman 80/90 yg glamer..tp tajuk tak tau..dulu kalau aerobic je mesti lagu ni ada,satu lagi kalau budak2 tadika mesti perform menari pom pom dgn lagu tu...admin tau tak lagu latin ni?byk lagu2 best zaman ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam mr erpi. terima kasih sudi komen. Tajuk lagu itu ialah Lambada nyanyian asal Kaoma. Ada versi Malaysia tajuk sama dan dinyanyikan penyanyi bernama Reena. Memang lagu Lambada ini sangat popular hujung 80 an dan awal 90 an. :)

      Delete
  5. ~BANDAR JUDI ONLINE TERBESAR~

    Banyak permainan yang bisa Anda mainkan hanya di BOLAVITA. Baik dari casino, sportsbook, togel, slotgames, poker, sabung ayam, tangkas dan masih banyak lainnya.

    Bonus-bonus yang menarik sayang untuk Anda lewatkan:
    - Bonus New Member 10%
    - Bonus Setiap Hari 5%
    - Bonus Referral up to 10%
    - Bonus Rollingan

    Dengan minimal deposit Rp 50.000,- dan minimal withdraw Rp 50.000,- saja Anda sudah dapat memainkan semua permainan yang disediakan.

    DAFTAR GRATIS !!

    Untuk Informasi Lebih Lanjut Silahkan Hubungi CS Kami Di :
    WA / TELEGRAM : +62812-2222-995
    INSTAGRAM : @bola.vita
    FACEBOOK : @bolavita.ofc
    TWITTER : @BVgaming_net
    LINE : @CS_bolavita

    LIVECHAT 24 JAM !!

    #bolavita #pokeronline #bonusnewmember #agenjuditerpercaya #bandarjuditerpercaya #togelonlineterbaik #bandartogelterbaik #agenjuditerbaik #bandarjuditerbesar #agenbolaterpercaya #casinoonline #sabungayam #slotgames #tangkas #bola #sportsbook

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

Powered by Blogger.