BLOG HIBURAN INFORMASI KABABOOM

  • Breaking News

    Tuesday, April 11, 2017

    DATO' AWIE : 10 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN

    Dato' Awie merupakan salah seorang legenda muzik Rock di Malaysia kerana kejayaan beliau bersama Kumpulan Wings dan juga kerjaya solo beliau yang sangat cemerlang dan hebat ketika era kegemilangan beliau. Beliau juga dikategorikan sebagai salah seorang Ikon Budaya Pop Malaysia (selain Dato' Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Erra Fazira dan ramai lagi ) kerana impak dan pengaruh besar beliau di dalam seni hiburan Malaysia. Selain itu, beliau juga sangat terkenal sebagai Pelakon Filem Lelaki Popular dan banyak filem lakonan beliau meletop di pawagam. Dato' Awie juga sangat terkenal dengan style nyanyian dan vokal tersendiri sehingga menjadi ikutan kepada sesetengah penyanyi lelaki baru yang lain. Selain itu juga, Dato' Awie pernah menjadi Artis Lelaki No.1 Di Malaysia dari tahun 1995 sehinggalah tahun 1999 kerana kegemilangan populariti beliau di dalam bidang muzik dan filem yang seiring sejalan mencetuskan fenomena tersendiri di kalangan peminat hiburan tanahair. Di bawah terdapat biodata ringkas Dato' Awie.

    Dato' Awie

    Nama  Penuh : Dato' Ahmad Azhar Bin Othman
    Tarikh Lahir : 24 November 1968
    Umur : 48 tahun 
    Tempat Lahir : Datuk Keramat, Kuala Lumpur
    Antara Pencapaian Utama :
    1) Pelakon Filem Lelaki Popular 1994, 1995, 1996
    2) Penghibur Lelaki Popular 1995
    3) Penyanyi Lelaki Popular 1996, 1997, 1998
    4) Vokal Lelaki Terbaik Anugerah Industri Muzik 1996
    5) Album Pop Rock Terbaik Anugerah Industri Muzik 2006
    6) Pemegang Rekod Album Solo Lelaki Paling Laris Di Malaysia Untuk Album Awie 1994 Yang Terjual Lebih 220,000 unit di pasaran.

    Berikut ialah 10 Lagu Solo Dato' Awie Paling Popular Sepanjang Zaman. 

    01. TRAGEDI OKTOBER
    Komposer : Boon Tan
    Penulis Lirik : Awie
    Album : Awie
    Tahun : 1994/1995
    Catatan : Lagu ini sangat popular pada tahun 1995. Lebih istimewa lagi, tajuk lagu ini juga telah dijadikan judul filem lakonan Awie yang diterbitkan pada tahun 1996 dan filem ini juga berjaya mengutip lebih RM3 juta kutipan panggung. Antara kejayaan lain lagu ini ialah berjaya ke Separuh Akhir Muzik Muzik 1995 dan Peringkat Akhir Pujaan 10 Nescafe 1995.

    Video Lagu Tragedi Oktober


    02. DI BAYANG AWAN
    Komposer : M.Nasir
    Penulis Lirik : Keon
    Album : Awie
    Tahun : 1994/1995
    Catatan : Lagu ini berjaya ke Peringkat Akhir Kategori Pop Rock Anugerah Juara Lagu 1995. Ini juga merupakan penampilan pertama Awie sebagai artis solo bertanding di Anugerah Juara Lagu.

    Video Lagu Di Bayang Awan


    03. UKIRAN JIWA
    Komposer : M.Nasir
    Penulis Lirik : S.Amin Shahab
    Album : Awie
    Tahun : 1994/1995
    Catatan : Lagu tema filem Sembilu 2  ini memang sangat popular dan meletop di radio seiring dengan fenomena filem ini yang berjaya mengutip kutipan sebanyak RM6.2 juta. Suatu angka kutipan yang mengagumkan ketika itu.



    04. RATUKU
    Komposer : Johari Teh
    Penulis Lirik : Awie
    Album : Awie Unplugged
    Tahun : 1995
    Catatan : Lagu Pop Balada ini menunjukkan Awie juga boleh menjadi seorang Penyanyi Pop Lelaki yang baik selain terkenal dengan imej vokal Rock sebelum ini.

    Video Lagu Ratuku 


    05. DIPENJARA JANJI
    Komposer : Yan
    Penulis Lirik : Kristo Bimbo
    Album : O-Tak
    Tahun : 1996
    Catatan : Lagu ini boleh dikatakan antara lagu Awie yang agak sukar dinyanyikan oleh orang lain kerana perlukan kekuatan nada tinggi yang mantap dalam melagukan lagu ini. Lagu ini antara lagu kegemaran ramai ketika pergi ke pusat karoake. Lagu ini berjaya ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 1997.
    Video Lagu Di Penjara Janji


    06. NOSTALGIA CINTA
    Komposer : Johari Teh
    Penulis Lirik : Johari Teh
    Album : O-Tak
    Tahun : 1996/1997
    Catatan : Lagu tema filem  Tragedi Oktober juga sangat popular sepertimana filemnya sendiri. Lagu ini juga berjaya ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 1997.

    Video Lagu Nostalgia Cinta


    07. ALIF BA TA DUNIAKU
    Komposer : Benny Ardjuna
    Penulis Lirik : Sinbad
    Album : Satu
    Tahun : 1998
    Catatan : Lagu ini membawa satu dimensi baru dalam karier muzik solo Awie kerana melodi lagu yang berbeza dan liriknya yang begitu tersirat dengan maksud tertentu. Lagu ini berjaya ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 1998.

    Video Lagu Alif Ba Ta Duniaku


    08. TERIMA KASIH
    Komposer : Awie
    Penulis Lirik : Awie
    Album : Satu
    Tahun : 1998
    Catatan : Lagu ini merupakan salah satu lagu paling popular tahun 1998 dan selalu menjadi permintaan peminat di radio-radio tempatan pada tahun itu.

    Video Lagu Terima Kasih


    09. BARA
    Komposer : Saari Amri
    Penulis Lirik : Yusof Kelana
    Album :  The Best Of Awie
    Tahun : 1999
    Catatan : Lagu tema filem Bara ini sangat popular dikalangan peminat Awie dan meneruskan kesinambungan populariti Awie pada tahun itu.

    Video Lagu Bara


    10. IRIS
    Komposer : Edrie Hashim
    Penulis Lirik : Edrie Hashim
    Album : Santai
    Tahun : 2005/2006
    Catatan : Lagu ini sangat popular di radio pada tahun 2006 dan juga telah berjaya ke peringkat Separuh Akhir Kategori Balada Muzik Muzik 2006.

    Video Lagu Iris





    Koleksi Album Dato' Awie


    Dato' Awie


    Semua Imej Gambar Adalah Carian Google
    Semua Video Lagu Daripada You Tube Channel

    2 comments:

    1. U tak letak video setiap lagu dia. 10 lagu tu. Kalau ada lagi besr.

      ReplyDelete
      Replies
      1. Nanti GV akan letak. Terima kasih bg feedback. :)

        Delete

    Terima Kasih Sudi Baca & Komen. Nanti Saya Akan Singgah Blog Anda Pula. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

    Iklan Nuffnang

    Waktu Solat

    Iklan Babab