GALAKSIVIRAL
  • Home
  • Arkib Hiburan
  • Penyanyi No.1 Malaysia
  • Infotainment
    • Meletop
    • Muzik
      • Album
      • Koleksi Lagu Ziana Zain
      • Lagu Era 1980 an
      • Lagu Era 1990 an
      • Lagu Era 2000 an
      • Lagu Era 2010 an
      • Lagu Era 2020 an
    • Anugerah
    • Raya
    • Makanan
    • Minuman
    • Filem
    • TV
    • Anime
    • Mimpi
    • Planet
    • Negara
    • Sihat
    • Sign In
  • About Us

GALAKSI VIRAL - Kumpulan wanita  manakah yang paling popular di Malaysia ketika era 1990 an. Jom kita lihat Carta di bawah.
















GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/
















GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/

Trivia Galaksi Viral :
1) Kumpulan Feminin adalah trendsetter kepada kumpulan wanita era 1990 an
2) Kumpulan Elite digelar Spice Girls Malaysia 
3) Kumpulan Res'2 turut popular kerana tarian mereka yang lebih kompleks berbanding kumpulan lain
4) Kumpulan Freshies pernah menjadi penyanyi latar untuk Dato' M.Nasir di dalam pertandingan Akhir Anugerah Juara Lagu 1994 (Tanya Sama Itu Hud Hud)
5) Kumpulan EVA adalah satu-satunya kumpulan Dangdut berjaya ke Peringkat Akhir Anugerah Juara Lagu 1996 (Bulan Cinta)
6) Kumpukan M'Steen pernah dianggotai pelakon Intan Azura dan penyanyi Dilla
7) Kumpulan Solehah pernah dianggotai penyanyi Bienda dan Datin Seri Nur Shahida (D'Herbs)
8) Kumpulan Huda pernah dikatakan kumpulan Raihan versi wanita
9) Kumpulan Juliet The Orange adalah kumpulan wanita paling popular di kalangan peminat muzik Inggeris Tempatan di hujung era 1990 dan awal 2000 an
10) Kumpulan Mascara pernah menjadi kumpulan saingan kepada kumpulan Eva 
11) Kumpulan Genuine pernah mengantikan penyanyi Sasha di Separuh Akhir Muzik Muzik 1994 untuk kategori Balada (Sehelai Daun Setitis Embun)
12) Kumpulan G.I.M pernah dianggotai pelakon Diana Rafar
13) Kumpulan Nona Manis adalah kumpulan vokal adik beradik
14) Kumpulan 3 Gees adalah kumpulan Dangdut yang dianggotai oleh bekas kumpulan Genuine dan  pernah menjadi penyanyi latar untuk lagu Sahabat nyanyian Fauziah Latiff di pertandingan Akhir Anugerah Juara Lagu 1996
15) Kumpulan Ixora pernah dikatakan kumpulan Feminin 2.0
16) Kumpulan Sister Sister pernah dianggotai penyanyi Noryn Aziz
17) Kumpulan Sugar pernah dianggotai dua penyanyi Dangdut iaitu Ani Mayuni dan Oshin
18) Kumpulan Adinda adalah kumpulan wanita berkonsepkan Irama Malaysia pertama di era 1990 an
19) Kumpulan Krystal adalah kumpulan kanak-kanak yang popular di awal era 1990 an
20) Kumpulan Dewi pernah dianggotai penyanyi dan pelakon Ieda Moin
21) Kumpulan Anugerah adalah kumpulan wanita pertama berkonsepkan Pop Latin di era 1990 an
22) Kumpulan QT pernah digandingkan dengan kumpulan A To Z di dalam Majalah Mangga tahun 1996
23) Kumpulan Mawardah adalah kumpulan Nasyid kanak-kanak yang popular di kalangan peminat Nasyid bukan arus perdana
GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/

Sumber :
Google Image, wartakopi.net


 GALAKSI VIRAL - Mari kita lihat anggaran jualan album paling laris di Malaysia pada tahun 1999. Jumlah jualan album ini adalah jualan pada tahun 1999 sahaja. 

ALBUM PALING LARIS DI MALAYSIA 1999

Lain-lain album Malaysia yang juga laris pada tahun 1999  ialah

JUALAN ALBUM  20,000 - 50,000 UNIT

TAK RELEVAN - AMUK (40,000 UNIT)

KEMBALI MERINDU - SPOON (35,000 UNIT)

RINDU - HIJJAZ (30,000 UNIT)

JULIANA BANOS - JULIANA BANOS (25,000 UNIT)

DIKIR RAMBONG - KAPILLA (25,000 UNIT)

GURINDAM RINDU BERKASIH - SITI NORDIANA (20,000 UNIT)

INGIN BERSAMAMU - SYAFINAZ (20,000 UNIT)

SAUJANA II - SAUJANA (18,000 UNIT)

KINI - ERRA FAZIRA (15,000 UNIT)

KAU YANG KU SAYANG - MOIN (15,000 UNIT)

TRANSCENDENCE - BUTTERFINGERS (15,000 UNIT)

SKALA - DEF GAB C (14,000 UNIT)

BULLDOZER - MOSHEK (14,000 UNIT)

KU MOHON - SHEILA MAJID

RINDU -RINDUAN - SCOIN 

EL - ELLA 

BEST OF SLAM - SLAM

JUALAN ALBUM 1,000 - 10,000 UNIT 

SELEPAS BANJIR - SEARCH (10,000 UNIT)

DAYS WITHOUT DAWN - JASON LO (10,000 UNIT)

EXPERIMENT - JRM EXPERIMENT (10,000 UNIT)


ALBUM ASIA PALING LARIS DI MALAYSIA 1999


ALBUM ANTARABANGSA PALING LARIS DI MALAYSIA 1999


GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/
Sumber : 
Google Image,search-band, LagendaRocK, web.archive.org, praharaseni.blogspot.com, Jualan Album Fauziah Latiff, JUALAN ALBUM LAIN2X, JUALAN ALBUM HIJJAZ

GALAKSI VIRAL - Mari kita lihat anggaran jualan album paling laris di Malaysia pada tahun 1994. Jumlah jualan album ini adalah jualan pada tahun 1994 sahaja. 

ALBUM PALING LARIS DI MALAYSIA 1994






Lain-lain album Malaysia yang juga laris pada tahun 1994 ialah

JUALAN ALBUM  100,000 UNIT

BOURGENVILLA - SPRING 

RAHIM MAAROF - RAHIM MAAROF 

NING - NING BAIZURA 

SEMBILU OST - VARIOUS ARTIST


JUALAN ALBUM 50,000 - 100,000 UNIT

DALAM GERIMIS - VISA (80,000 UNIT)

CANGGUNG MENDONAN - M.NASIR (50,000 UNIT)

DANGDUT - RAMLAH RAM (50,000 UNIT)

PENGHUJUNG RINDU - JAMAL ABDILLAH

WIRA CYBORG - MAY

KLASIK - AISHAH

LUKA DILUKAI - SHIMA

ALBUM ASIA PALING LARIS DI MALAYSIA 1994


ALBUM ANTARABANGSA PALING LARIS DI MALAYSIA 1994


GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/
Sumber : Google Image

GALAKSI VIRAL - Tahun 1997 merupakan tahun kejayaan Raihan kerana memenangi banyak anugerah utama di dalam bidang seni pada tahun itu. Komposer Adnan Abu Hassan pula merupakan komposer paling popular pada tahun itu. Penulis Lirik Popular pula jatuh kepada Baiduri . Tahun ini juga menyaksikan irama Alternatif, Nasyid dan Irama Malaysia mula menguasai pasaran muzik Malaysia. Jom kita tengok lagu manakah paling popular pada tahun 1997 di Malaysia.







TOP 12
LAGU MALAYSIA PALING POPULAR 
TAHUN 1997


01. DI AKHIR GARISAN


Artis : Ziana Zain, Ning Baizura, Nora & Dessy Fitri
Komposer : Paul Begaud
Penulis Lirik : Johari Teh
Album : Jelita
Tahun : 1997
Catatan : 
Lagu ini adalah Lagu Kolaborasi Terbaik Sepanjang Zaman di Malaysia kerana berjaya mengabungkan tiga artis Gred A Malaysia  bersama seorang penyanyi berbakat besar Indonesia di dalam satu lagu Pop R&B yang sangat bagus dan berjaya. Kesemua mereka mempunyai julat vokal yang sangat berbeza tapi mereka mampu menyanyikan lagu ini dengan sangat baik dan harmoni 1997. Antara momen bersejarah untuk lagu ini ialah persembahan secara langsung oleh kesemua penyanyi asal lagu ini di dalam persermbahan utama di AIM 1997. Semua peminat kagum dan memuji keserasian mereka berempat dalam menyampaikan lagu kolaborasi ini dengan sangat baik dan mantap.



02. PUNCAK KASIH


Artis : Ziana Zain
Komposer : Adnan Abu Hassan
Penulis Lirik : Maya Sari
Album : Puncak Kasih
Tahun : 1997
Catatan : 
Lagu ini adalah Lagu Paling Popular di Radio Malaysia tahun 1997. Banyak kejayaan yang tercipta melalui lagu ini. Antaranya ialah salah satu lagu paling lama menjuarai Carta Muzik Muzik 1997/1998 iaitu selama 17 minggu, pemenang kategori Balada AJL 1998, Video Muzik Paling Popular 1997/1998 di Anugerah Video M  dan Juara Lagu Paling Popular Radio 3 Shah Alam 1997/1998. Lagu ini pernah berada di dalam Carta Muzik Muzik 1997/1998 selama 22 minggu. Jualan album ini juga sangat laris iaitu melebihi 150,000 unit dan pernah menjuarai Carta RIM hampir 10 minggu?. Album ini juga memenangi anugerah Album Pop Terbaik di AIM 1998.



03. AKU CINTA PADAMU


Artis :  Siti Nurhaliza
Komposer : LY
Penulis Lirik : Baiduri
Album : Siti Nurhaliza
Tahun : 1997
Catatan : 
Lagu ini adalah lagu pertama yang memperkenalkan nama Siti Nurhaliza di Indonesia. Lagu ini adalah salah satu lagu Melayu paling popular di Alam Nusantara sepanjang zaman. Hampir semua peminat muzik Indonesia mengetahui lagu ini. Di Malaysia pula, lagu ini adalah salah satu lagu Siti yang paling popular dan malar segar sehingga hari ini. Lagu ini pernah memenangi kategori Balada di dalam pertandingan AJL 1997. Kedudukan terbaik lagu ini di dalam Carta Muzik Muzik ialah No.1 selama 5 minggu dan berada di dalam carta selama 28 minggu. Album ini juga terjual melebihi 400,000 unit untuk tahun 1997 sahaja. 



04. KITA DITAKDIRKAN JATUH CINTA


Artis : Spring
Komposer : Eddie Hamid
Penulis Lirik : Juwie
Album : Luahan
Tahun : 1997
Catatan : 
Lagu ini adalah lagu pertama ciptaan komposer Eddie Hamid yang meletop di pasaran tempatan. Lagu ini juga merupakan lagu perintis kepada lagu melakonlik, tangkap leleh, jiwang dan lentoq versi Eddie Hamid. Kedudukan terbaik lagu ini di dalam Carta Muzik Muzik 1997/1998 ialah No.2 dan berada di dalam carta selama 31 minggu. Lagu ini juga pernah bertanding di peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 1998 di dalam kategori Balada.



05. FANATIK


Artis : KRU
Komposer : KRU
Penulis Lirik : KRU
Album : KRUMania
Tahun : 1997
Catatan : 

Ramai kagum dengan muzik kumpulan KRU yang sentiasa ke hadapan dan selalu mencuba sesuatu yang baru di dalam karier muzik mereka. Sebagai contoh seperti lagu Fanatik yang berkonsepkan Hip Hop adalah irama yang amat segar dan masih relevan sehingga kini. Antara kejayaan lagu ini ialah memenangi Anugerah Video Muzik Terbaik di AIM 1998 dan Anugerah Video M 1998. 



06. SENJA NAN MERAH


Artis : Awie & Ziana Zain
Komposer : M.Nasir
Penulis Lirik : Loloq
Album : Merah OST
Tahun : 1996
Catatan : 
Lagu duet pasangan Penyanyi Paling Top tahun 1996 ini sememangnya amat ditunggu-tunggu para peminatnya. Kelantangan vokal kedua-dua penyanyi ini  di dalam lagu ini  dipuji ramai dan ianya juga menjadi cepat popular di kalangan peminat seni hiburan tempatan. Lagu ini pernah bertanding di peringkat Akhir AJL 1997 di dalam kategori Balada. Kedudukan terbaik lagu ini di dalam Carta Muzik Muzik 1996/1997 ialah No.1 selama 2 minggu dan berada di dalam carta selama 29 minggu. 



07. GHAZAL UNTUK RABIAH

Artis : Jamal Abdillah & M.Nasir
Komposer : M.Nasir
Penulis Lirik : M.Nasir/Jamal Abdillah
Album : Penawar Kasih
Tahun : 1995/1997
Catatan : 
Lagu ini boleh dikatakan lagu Sleeper Hit kerana ianya sudah lama diterbitkan iaitu pada tahun 1995. Namun, ia hanya betul-betul popular selepas memenangi Anugerah Utama AJL 1997. Selepas itu, baru lagu ini semakin kerap diputarkan di radio dan seterusnya menjadi lagu malar segar sehingga hari ini. Lagu ini pernah menjuarai Carta Muzik Muzik 1996/1997 selama seminggu dan berada di dalam carta selama 14 minggu. 



08. SENGGOL-SENGGOLAN 
CUBIT CUBITAN


Artis : Mas Idayu
Komposer : Fitri
Penulis Lirik : Fitri
Album : Dunia Cinta
Tahun : 1997 
Catatan :
Lagu ini adalah salah satu lagu Dangdut terbaik di Malaysia untuk era 1990 an. Lagu ini juga berjaya menaikkan lagi populariti Mas Idayu pada tahun itu apabila ianya banyak menjuarai Carta-Carta Lagu Radio Tempatan. Album ini juga berjaya memenangi kategori Album Dangdut Terbaik di AIM 1998. 



09. AWALLA DONDANG



Artis : Noraniza Idris
Komposer : Anak Sarawak
Penulis Lirik : Hairul Anuar Harun
Album : Ala Dondang
Tahun : 1997
Catatan :
Lagu ini adalah lagu perintis kepada fenomena lagu Pop Etnik di hujung era 1990 an. Melalui lagu dan album ini, Noraniza Idris telah berjaya mencipta rekod tersendiri seperti artis Irama Malaysia pertama jualan album melebihi 200,000 unit, artis pertama yang membuat persembahan AJL penuh satu pentas dan juga menjadi pemenang pertama untuk kategori yang dijenamakan semula iaitu kategori Album Pop Etnik Terbaik di AIM 1998. Noraniza Idris juga berjaya menjadikan Irama Malaysia ini sebagai satu irama arus perdana yang boleh bersaing hebat dengan irama muzik yang lain terutamanya irama Pop Komersial dan Rock. Kedudukan terbaik lagu ini di dalam Carta Muzik Muzik 1997/1998 ialah No.5 dan berada di dalam carta selama 11 minggu.



10. SEDALAM MANA CINTAMU

Artis : Safura
Komposer : LY 
Penulis Lirik : Baiduri
Album : Sedalam Mana Cintamu
Tahun : 1997
Catatan :
Lagu ini adalah salah satu lagu Pop Balada paling popular untuk era 1990 an. Lagu ini mendapat menjuarai Carta Muzik Muzik 1997/1998 dan berada di dalam carta selama 32 minggu. 



11. MENGINTAI DARI TIRAI KAMAR


Artis : Exists
Komposer : Saari Amri
Penulis Lirik : Saari Amri
Album : Jangan Gentar
Tahun : 1997
Catatan :
Lagu ini merupakan salah satu karya terbaik komposer Saari Amri dan juga kumpulan Exists. Di Indonesia, judul lagu ini ditukar kepada Buih Jadi Permaidani dan ianya meletop di pasaran sana. 


12. DARJAT


Artis : A To Z
Komposer : Jeff
Penulis Lirik : Lan
Album : A To Z 3
Tahun : 1997
Catatan :
Lagu ini adalah lagu  kumpulan A To Z yang paling popular di dalam sejarah karier muzik mereka. Boleh dikatakan lagu ini adalah lagu yang membawa mereka ke puncak kejayaan mereka pada tahun itu. 

-------------------------------------------------------------------------------------

LAGU ASIA
PALING POPULAR
DI MALAYSIA

SAMPAI HATI
(INDONESIA)


Artis : Dessy Ratnasari
Komposer : Deddy Dukun
Penulis Lirik : Irman S.A
Album : Sampai Hati
Tahun : 1997
Catatan :
Lagu ini dikatakan lagu sambungan lagu Tenda Biru yang pernah popular pada tahun 1996. Populariti Dessy Ratnasari ketika itu masih kukuh di Malaysia kerana lagu ini kerap diputarkan di radio Malaysia dan diminati ramai. 

------------------------------------------------------------------------------------------


LAGU ANTARABANGSA 
PALING POPULAR 
DI MALAYSIA


AS LONG AS YOU LOVE ME
(AMERIKA SYARIKAT)


Artis : Backtreet Boys
Komposer : Max Martin
Penulis Lirik : Max Martin
Album : Backstreet Back
Tahun : 29 September 1997 (Single)
Catatan :
Lagu mega hits daripada kumpulan Backstreet Boys ini sangat popular di Malaysia dan juga seluruh dunia. Kehebatan populariti kumpulan ini adalah sama hebat seperti populariti kumpulan BTS di dunia muzik ketika ini. Lagu ini pernah menjuarai Carta Lagu Inggeris stesen Radio 4 RTM pada tahun 1997 dan juga merupakan lagu Inggeris paling popular di stesen Radio Muzik. 



KLIK SINI >>>  LAGU PALING POPULAR TAHUN 1991
KLIK SINI >>>  LAGU PALING POPULAR TAHUN 1992
KLIK SINI >>>  LAGU PALING POPULAR TAHUN 1993
KLIK SINI >>>  LAGU PALING POPULAR TAHUN 1994
KLIK SINI >>>  LAGU PALING POPULAR TAHUN 1995
KLIK SINI >>>  LAGU PALING POPULAR TAHUN 1996
KLIK SINI >>>  LAGU PALING POPULAR TAHUN 1990
KLIK SINI >>>  LAGU PALING POPULAR TAHUN 1998
KLIK SINI >>>  LAGU PALING POPULAR TAHUN 1999


GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/


Sumber : Google Image

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

Jumlah Pelawat GALAKSIVIRAL

❤️💕❤️💕❤️💕❤️

CARTA TOPIK POPULAR

  • THE MOST POPULAR SINGERS IN SOUTHEAST ASIA
  • SLAM : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN
  • SPRING : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN
  • SHARIFAH AINI : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN
  • MAY : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN
  • AIR MINUMAN YANG PALING KERAP DIPESAN DI RESTORAN MAKANAN
  • LAGU PALING POPULAR TAHUN 2000 DI MALAYSIA
  • LAGU PALING POPULAR TAHUN 1990 DI MALAYSIA
  • LAGU PALING POPULAR TAHUN 1980 DI MALAYSIA
  • LAGU PALING POPULAR TAHUN 2010 DI MALAYSIA

Infotainment Muzik

  • INFO ALBUM
  • INFO MUZIK
  • INFO PENYANYI MALAYSIA
  • KOLEKSI LAGU ZIANA ZAIN
  • LAGU ERA 1980 AN
  • LAGU ERA 1990 AN
  • LAGU ERA 2000 AN
  • LAGU ERA 2010 AN
  • LAGU ERA 2020 AN

Infotainment Boom

  • INFO ANIME
  • INFO ANUGERAH
  • INFO ARKIB HIBURAN
  • INFO FILEM
  • INFO MAKAN
  • INFO MELETOP
  • INFO MIMPI
  • INFO MINUM
  • INFO NEGARA
  • INFO PLANET
  • INFO RAYA
  • INFO SIHAT
  • INFO TV

Arkib GalaksiViral

  • Jul 20261
  • Mei 20266
  • Mac 20263
  • Feb 20262
  • Nov 20254
  • Sep 20251
  • Ogo 20252
  • Mei 20256
  • Jul 20241
  • Mei 202411
  • Apr 20244
  • Jan 20241
  • Nov 20231
  • Dis 20221
  • Jul 20221
  • Apr 20215
  • Mac 202115
  • Okt 20201
  • Sep 20208
  • Ogo 202025
  • Jul 20208
  • Jun 20203
  • Mei 20202
  • Jan 20201
  • Nov 20195
  • Okt 20191
  • Feb 201823
  • Jan 201811
  • Dis 201732
  • Nov 201749
  • Okt 20173
  • Sep 20171
  • Ogo 201747
  • Jul 2017106
  • Mei 20174
  • Apr 201713
  • Mac 20176
  • Feb 201716
Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!
Blogged.my

Created By galaksiviral May 2017 - 2026 / Distributed By Gooyaabi | Designed by OddThemes