TOP 12 LAGU PALING POPULAR TAHUN 2010 DI MALAYSIA

GALAKSI VIRAL - Tahun 2010 adalah merupakan tahun kejayaan Edry KRU kerana banyak lagu ciptaan beliau sangat popular pada tahun ini. Tahun ini juga menyaksikan penyanyi dari Sweden/Lebanon iaitu Maher Zain berjaya menguasai pasaran muzik Malaysia melalui album dan lagu dakwah beliau.  Dato' Siti Nurhaliza kekal sebagai Penyanyi No.1 Malaysia dan Penyanyi Baru Paling Popular 2010 pula jatuh kepada Shahir AF2010. Jom kita tengok lagu Malaysia manakah paling popular pada tahun 2010. 



TOP 12
LAGU PALING POPULAR 
DI MALAYSIA TAHUN 2010


01. KALAU BERPACARAN 
Artis : Sohaimi Mior Hassan feat Ana Raffali & Altimet
Komposer : Sohaimi Mior Hassan
Penulis Lirik : Sohaimi Mior Hassan
Album : Single / Kalau Berpacaran.. The Album
Tahun : 2010 (Single) / 2011
Catatan :
Comeback penyanyi senior Sohaimi Mior Hassan melalui Retro Modern Pop/Hip Hop ini telah berjaya mengembalikan populariti beliau di dalam bidang muzik Malaysia. Malah, lagu ini juga merupakan  lagu paling popular di Malaysia tahun  2010.
KLIK VIDEO DI BAWAH UNTUK DENGAR LAGU INI

.

02. SENYUM
Artis : Malique feat Najwa
Komposer : Malique
Penulis Lirik : Malique 
Album : Single / TKO : Pejamkan Mata
Tahun : 11 Oktober 2010 / Disember 2016
Catatan :
Lagu Senyum yang berkonsepkan irama Hip Hop/Raggae sangat digemari oleh pelbagai masyarakat Malaysia kerana liriknya yang mengajak kita supaya senyum dan sentiasa ceria di dalam kehidupan. Lagu ini pernah dinyanyikan oleh gabungan penyanyi popular Singapura di persembahan pembukaan Anugerah Planet Muzik 2011.
KLIK VIDEO DI BAWAH UNTUK DENGAR LAGU INI



03. DRAMA KING
Artis : 
Kumpulan Meet Uncle Hussein feat Black
Komposer : Taja
Penulis Lirik : Tun Teja
Album : Single
Tahun : 2009
Catatan :
Meet Uncle Hussein meneruskan kecemerlangan karier mereka apabila lagu Drama King meletop di pasaran muzik Malaysia. Kolaborasi mereka bersama Black ternyata membuahkan hasil yang sangat memberangsangkan apabila menjadi Lagu Paling Popular Sepanjang Tahun 2010 di Radio Era dan Pemenang Naib Juara Anugerah Juara Lagu 2010.
KLIK VIDEO DI BAWAH UNTUK DENGAR LAGU INI



04 . MENGGEGAR DUNIA
Artis : 
Stacy  & Adam
Komposer : Edry KRU
Penulis Lirik : Edry KRU
Album : OST My Spy
Tahun : 2009
Catatan :
Bergabung Meletop. Itulah lirik yang menjadi siulan para peminat Adam & Stacy. Gabungan dua penyanyi irama Dance Music di dalam satu lagu ini sememangnya amat dinantikan semua peminat mereka kerana mahu melihat mereka berdua menari bersama-sama di atas pentas. 
KLIK VIDEO DI BAWAH UNTUK DENGAR LAGU INI



05 . NOKTAH CINTA
Artis :
Hafiz Suip
Komposer : Ajai
Penulis Lirik : Sheikh Qalam
Album : Masih Jelas
Tahun : 2009
Catatan :
Hafiz telah membuktikan yang beliau adalah salah seorang vokalis terbaik negara apabila berjaya memenangi Anugerah Vokal Terbaik untuk lagu ini di Anugerah Juara Lagu 2010. 
KLIK VIDEO DI BAWAH UNTUK DENGAR LAGU INI



06 . KEBAHAGIAAN DALAM PERPISAHAN
Artis :
Shahir 
Komposer : Edry KRU
Penulis Lirik : Edry KRU
Album : AF8 Hits
Tahun : 2010
Catatan :
Shahir merupakan penyanyi baru paling popular pada tahun 2010 dan ini telah dibuktikan dengan kejayaan lagu beliau ini yang banyak menduduki takhta carta lagu di seluruh negara pada tahun itu.
KLIK VIDEO DI BAWAH UNTUK DENGAR LAGU INI



07 . JAHAT
Artis : 
Stacy
Komposer : Edry KRU
Penulis Lirik : Edry KRU
Album : Hitman Edry Abdul Halim
Tahun : 2010
Catatan :
Stacy berjaya mengekalkan populariti beliau pada tahun 2010 apabila lagu beliau berjudul Jahat meletop di pasaran muzik Malaysia. Pada masa ini juga Stacy sudah digelar sebagai Ratu Tari Malaysia yang unggul.  Video muzik untuk lagu ini juga sangat menarik apabila menampilkan Stacy dengan gaya wanita Jepun yang unik dan hebat.
KLIK VIDEO DI BAWAH UNTUK DENGAR LAGU INI




08 . JAUH KAU PERGI 
(TINGGAL KENANGAN)
Artis : 
Saleem Iklim
Komposer : Hakcipta Terpelihara
Penulis Lirik : Hakcipta Terpelihara
Album : Demi Cinta
Tahun : 2009
Catatan :
Lagu ini membuat kejutan apabila turut tercalon di dalam Anugerah Shout Award 2010 untuk kategori Mobile Artiste Of The Year Award. Lagu ini juga turut popular di Indonesia. 
KLIK VIDEO DI BAWAH UNTUK DENGAR LAGU INI






09 . WHAT YOU WAITING FOR 
Artis : Mizz Nina feat Colby O' Donis
Komposer : Koolade / James Knox
Penulis Lirik : Koolade / James Knox
Album : What You Waiting For
Tahun : 17 Julai 2010
Catatan :
Kejayaan Mizz Nina menjadi artis solo wanita irama Rap/Hip Hop/Dance Music pada tahun 2011 telah berjaya membuktikannya yang beliau ialah Ratu Hip Hop Malaysia yang unggul. Kolaborasi beliau  dengan artis antarabangsa seperti Colby O Donis untuk lagu ini juga jelas menunjukkan yang Mizz Nina adalah antara artis Malaysia yang berkualiti tinggi dan bertaraf antarabangsa.
KLIK VIDEO DI BAWAH UNTUK DENGAR LAGU INI



10 . SOFEA JANE
Artis : 
Black
Komposer : Sham Kamikaze / Iswandy
Penulis Lirik : Farril
Album : Single / Obsesi 2011
Tahun : 2010 (Single)
Catatan :
Populariti lagu Sofea Jane telah berjaya membuktikan yang Black adalah salah seorang bakat baru yang harus diberi perhatian dan mempunyai potensi yang besar untuk berjaya di dalam kerjaya nyanyiannya. 
KLIK VIDEO DI BAWAH UNTUK DENGAR LAGU INI



11 . KU ADA KAMU
Artis :
Adira 
Komposer : Edry KRU
Penulis Lirik : Edry KRU
Album : AF8 Hits
Tahun : 2010
Catatan :
Single pertama rasmi daripada Adira ini jelas menunjukkan kehebatan vokal Adira yang power dan lantang. Lagu ini cukup digemari oleh generasi muda pada tahun itu dan  video muzik lagu ini kerap disiarkan di saluran Astro untuk tontona peminatnya. 
KLIK VIDEO DI BAWAH UNTUK DENGAR LAGU INI




12 . SELAMAT MALAM
Artis :
Faizal Tahir
Komposer : Audi Mok
Penulis Lirik : Faizal Tahir
Album : Adrenalin
Tahun : 2010 
Catatan :
Lagu ini merupakan antara lagu Modern Rock + Power Ballad Faizal Tahir yang cukup hebat dari segi susunan muziknya dan memerlukan tuntutan vokal yang mantap untuk menyanyikan secara langsung. Lagu ini juga sangat popular pada tahun 2010.
KLIK VIDEO DI BAWAH UNTUK DENGAR LAGU INI



-------------------------------------------------------------------------------------------

LAGU ASIA 

PALING POPULAR DI MALAYSIA

YANK
Negara : Indonesia
Artis : Wali Band
Album : Cari Jodoh
Tahun : 2009 
Catatan :
Populariti kumpulan Wali Band sangat hebat di Malaysia pada tahun 2010 sehingga berjaya menyaingi populariti artis KPop yang sangat popular pada tahun itu iaitu kumpulan Wonder Girls dan Super Junior. Lagu-lagu mereka juga banyak hits di Malaysia pada tahun itu seperti lagu Baik-Baik Sayang, Cari Jodoh dan Tomat. 


----------------------------------------------------------------------------------------------

LAGU ANTARABANGSA 
PALING POPULAR DI MALAYSIA

INSHA ALLAH
Negara : Sweden / Lebanon
Artis : Maher Zain
Album : Thank You Allah
Tahun : 2009
Catatan :
Maher Zain telah mencetuskan fenomena yang sangat hebat apabila lagu Insha Allah menjadi lagu antarabangsa paling popular di Malaysia. Albumnya juga terjual lebih 8 kali platinum di Malaysia sahaja. 
KLIK VIDEO DI BAWAH UNTUK DENGAR LAGU INI


--------------------------------------------------------------------------------------------

GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/

Sumber : Google Image, YouTube Channel



4 ulasan:

  1. Lagu-lagu ni mmg meletopss dan jadikan penyanyinya popular dlm industri muzik sehingga kini.

    BalasPadam
  2. Terima kasih gan, keren ni blog nya gan, kunjungin juga ya gan punya saya di :
    - Forum
    - Movie
    - Movie
    - Cerita

    BalasPadam
  3. Semua lagu area tahun ni memang best. Suara pun mantap, tak banyak autotune sangat

    BalasPadam
  4. lagu miss nina laa yg rajin download tp skrg adore tgk dia berubah byk

    BalasPadam

Terima Kasih Sudi Baca & Komen. Nanti Saya Akan Singgah Blog Anda Pula. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D