Ads Top

LAGU PALING POPULAR TAHUN 1993 DI MALAYSIA

GALAKSI VIRAL Tahun 1993 merupakan tahun kejayaan Fauziah Latiff kerana memenangi banyak anugerah utama di dalam bidang seni pada tahun itu. Komposer Fauzi Marzuki pula merupakan komposer paling popular pada tahun itu. Penulis Lirik Popular pula jatuh kepada Habsah Hassan. Tahun ini juga menyaksikan irama Rap/Hip Hop mula menguasai pasaran muzik Malaysia. Jom kita tengok lagu manakah paling popular pada tahun 1993 di Malaysia.




TOP 12
LAGU MALAYSIA PALING POPULAR 
TAHUN 1993


01. TERATAI LAYU DI TASIK MADU


Artis : Fauziah Latiff 
Komposer : Adam Ahmad 
Penulis Lirik : S.Amin Shahab
Album : Epilog Memori Gelita
Tahun : 1993
Catatan : 
Kemenangan Diva Pop Fauziah Latiff di pertandingan AJL sebagai Juara Utama/Balada dan Persembahan Terbaik ini  telah berjaya meletakkan Fauziah Latiff  sebagai Artis No.1 tahun 1993. Antara kejayaan lain yang dikecapi oleh Diva Pop Fauziah Latiff pada tahun itu ialah Penghibur TV Wanita Popular di ABP 1993, jualan album melebihi 200,000 unit dan tercalon dalam Top 5 Album Terbaik di AIM 1993.



 
02. TERINGIN


Artis : Shima
Komposer : Fauzi Marzuki
Penulis Lirik : Lukhman.S
Album : Shima Vol.3 Teringin
Tahun : 1993
Catatan : 
Lagu ini adalah Lagu Paling Popular (Solo) di Konsert Pujaan 10 Nescafe tahun 1993. Lagu ini pernah menjuarai Carta Muzik Muzik 1993 selama 9 minggu dan bertanding di peringkat Akhir di dalam kategori Balada di pertandingan AJL 1993. Lagu ini juga merupakan salah satu lagu Pop paling popular sepanjang zaman di Malaysia. Shima juga memenangi anugerah Persembahan Vokal Wanita Terbaik di Dalam Album melalui album Teringin di AIM 1993. 



03. ANGGAPANMU


Artis :  Ziana Zain
Komposer : Asmin Mudin
Penulis Lirik : Asmin Mudin
Album : Ziana Zain
Tahun : 1993
Catatan : 
Lagu Sekebun Cinta Nan Berbunga ini adalah salah satu lagu Balada paling popular sepanjang zaman di Malaysia. Boleh dikatakan hampir semua peminat seni hiburan tempatan di era 1990 an mengenali lagu kerana lagunya bernada tinggi dan amat popular di radio tempatan. Lagu ini pernah berjaya ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 1993 di dalam kategori Balada.



04. CURIGA


Artis : Ning Baizura
Komposer : Jari
Penulis Lirik : Mahzan B
Album : Dekat Padamu
Tahun : 1993
Catatan : 
Kemunculan Ning melalui Curiga telah berjaya membuka mata ramai peminat seni hiburan tempatan yang Malaysia juga mempunyai banyak bakat muda berkualiti tinggi dan berbakat besar. Kelainan vokal Ning yang selalu dikaitkan dengan teknik vokal Soprano dan muzik R&B ini menjadikan nama Ning  begitu cepat mekar dan popular di kalangan peminat muzik tempatan. Lagu Curiga juga pernah menjuarai Carta Muzik Muzik 1993/1994 selama lima minggu dan pemenang utama lagu kategori Balada di AJL 1994. Kemantapan vokal Ning menyanyikan lagu ini secara langsung di pertandingan AJL 1994 telah menjadi satu momen indah di dalam sejarah lipatan muzik tanahair. Selain itu, Ning juga mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi penerima pertama anugerah Album Terbaik dan Artis Solo Terbaik di AIM 1993. 



05. BAYANGAN GURAUAN


Artis : Mega 
Komposer : LY
Penulis Lirik : Baiduri
Album : Rentak Kaki Lima
Tahun : 1993
Catatan : 
Lagu ini adalah Lagu Paling Popular (Kumpulan) di dalam Pertandingan Pujaan 10 Nescafe tahun 1993. Lagu ini juga pernah menjuarai Carta Muzik Muzi 1993 selama tiga minggu dan pernah bertanding di peringkat Akhir AJL 1993 di dalam kategori Balada. Lagu ini adalah merupakan lagu paling popular di dalam sejarah karier muzik kumpulan Mega. 



06. UNTUKMU


Artis : Feminin
Komposer : KRU
Penulis Lirik : KRU
Album : Untukmu
Tahun : 1993
Catatan : 
Lagu debut kumpulan Feminin ini sememangnya amat popular pada tahun 1993 dan ianya pernah menjadi juara Carta Muzik Muzik 1993/1994 selama dua minggu berturut-turut. Lagu ini juga layak bertanding di peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 1993 di dalam kategori Pop Rock. Lagu ini juga merupakan Lagu Kumpulan Wanita Paling Popular Sepanjang Zaman di Malaysia. Album mereka juga laris di pasaran apabila terjual melebihi 100,000 unit pada tahun 1993 sahaja.



07. BUKAN AKU TAK CINTA


Artis : Iklim
Komposer : Adinda Amiro
Penulis Lirik : Rashid Somantri
Album :  Dunia
Tahun : 1993
Catatan : 
Populariti lagu ini adalah sehebat lagu Suci Dalam Debu apabila ianya berada pernah di kedudukan No. 1 selama 7 minggu  dan berada di dalam Carta Muzik Muzik 1993/1994  selama 43 minggu. Lagu ini juga berjaya ke peringkat Akhir AJL 1994 di dalam kategori Balada. 



08. AKU CINTA PADAMU


Artis : Sheila Majid
Komposer : Odie Agam
Penulis Lirik : Odie Agam
Album : Gemilang Timeless
Tahun : 1993
Catatan :
Lagu ciptaan komposer Indonesia ini berjaya mempopularkan nama Sheila Majid untuk terus bertahan sebagai Artis Papan Atas di Indonesia mahupun di Malaysia pada tahum 1993. Lagu ini juga merupakan salah satu lagu paling popular daripada Sheila Majid di sepanjang karier muzik beliau.



09. MENGERTI


Artis : KRU
Komposer : KRU
Penulis Lirik : KRU
Album : ReKRUed
Tahun : 1993
Catatan :
Lagu ini adalah lagu pertama yang menaikkan populariti kumpulan KRU ke tahap seterusnya. Melalui lagu ini, semakin ramai peminat muda ketika itu mula meminati muzik KRU dan seterusnya menjadikan KRU sebagai idola mereka. Lagu ini pernah bertanding di peringkat Akhir AJL 1994 di dalam kategori Pop Rock. Kedudukan terbaik lagu di dalam Carta Muzik Muzik 1993/1994 ialah No.1 selama seminggu dan berada di dalam carta selama 23 minggu.



10. INILAH NASIBKU


Artis : Nico
Komposer : Boon Tan
Penulis Lirik : MD Nico
Album : Buatan Los Angeles
Tahun : 1993
Catatan :
Lagu Rap/Hip Hop daripada Nico agak berbeza dengan kumpulan Rap yang lain kerana lagu mereka ada unsur irama Raggae dan New Jack Swing atau Swingbeat. Ini menjadikan konsep irama muzik mereka mempunyai identiti tersendiri dan mudah dikenali oleh peminat muzik tempatan. Lagu ini juga merupakan salah satu lagu Rap/Hip Hop paling popular di Malaysia sepanjang zaman dan ianya pernah bertanding di peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 1994 di dalam kategori Pop Rock. 



11. UNTUKMU SELAMANYA


Artis : Visa
Komposer : Joe
Penulis Lirik : Tapai
Album : Visa
Tahun : 1993
Catatan :
Lagu ini adalah salah satu lagu Pop Balada paling popular daripada kumpulan Visa. Lagu ini pernah bertanding di peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 1993 di dalam kategori Balada. 



12. AYAM


Artis : Jalil Hamid
Komposer : Azira Azid
Penulis Lirik : Jalil Hamid
Album : Jalil Hamid
Tahun : 1993
Catatan :
Lagu ini adalah salah satu lagu Ikonik era 1990 an kerana judulnya yang unik dan genre muzik Raggae yang sedap di dengar. Lagu ini pernah dinyanyikan semula oleh penyanyi Dangdut Farid Harja pada tahun 1994. Lagu ini juga pernah bertanding di peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 1993 di dalam kategori Pop Rock.

-------------------------------------------------------------------------------------


LAGU ASIA
PALING POPULAR
DI MALAYSIA

KAULAH SEGALANYA
(INDONESIA)


Artis : Ruth Sahanaya
Komposer : Tito Soemarsono
Penulis Lirik : Tito Soemarsono
Album : Kaulah Segalanya
Tahun : 1991
Catatan :
Lagu ini adalah lagu Pop Indonesia paling popular di Malaysia sehinggalah ianya diganti dengan populariti hebat lagu Kris Dayanti berjudul Menghitung Hari pada tahun 1999. Lagu Kaulah Segalanya pernah menjadi lagu fenomena di Malaysia kerana lagu ini di antara lagu paling kerap dinyanyikan di oleh peserta pertandingan nyanyian tempatan di awal era 1990 an. Nama Ruth Sahanaya juga sangat popular di Malaysia dan setanding dengan populariti dengan seorang lagi penyanyi hebat Indonesia yang cukup popular di sini iaitu Nike Ardilla.


------------------------------------------------------------------------------------------


LAGU ANTARABANGSA 
PALING POPULAR 
DI MALAYSIA



I WILL ALWAYS LOVE YOU
(AMERIKA SYARIKAT)


Artis : Whitney Houston
Komposer : Dolly Parton
Penulis Lirik : Dolly Parton
Album : The Bodyguard OST
Tahun : 3 November 1992 (Single)
Catatan :
Lagu ini adalah lagu Pop Balada paling popular pada awal era 1990 an di dunia  sehinggalah  ianya disaingi sengit dengan lagu Celine Dion berjudul My Heart Will Go On pada tahun 1998. Mungkin ramai tidak mengetahui yang lagu ini sebenarnya adalah lagu adunan semula daripada lagu asal yang bergenre muzik Pop Country. Tindakan penerbit Clive Davis yang mengubah suai lagu ini menjadi lagu Power Ballad dan persembahan vokal mantap Whitney dalam memimprovisasikan lagu ini menjadi satu lagu yang berbeza berjaya mempopularkan lagu ini ke tahap tertinggi di dalam industri muzik antarabangsa. 

Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/

Sumber : Google Image

12 comments:

  1. Pertama kali dengar lagu bentuk soprano berbahasa Melayu daripada Ning.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju kak. masa tu mmg rare dan unik sangat. tu nama ning cepat popular dan naik. huhu.

      Delete
  2. Semua lagi mama suka mmg lagi masa mama b
    Membesar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, terbaik la mama. semua lagu2x ini best kan mama. huhu.

      Delete
  3. lagu AYAM mmg legend! sampai skrg dgr tak bosan! hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. aah kak, lagu ayam mmg unik dan legend. hihi.

      Delete
  4. Replies
    1. sama la dengan GV juga. lagu best best kan kak. huhu.

      Delete
  5. masa tu akak baru 11 tahun dik oi... boleh kata semua lagu tu hafal lah, siap ada buku lirik lagi masa tu hahahha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, GV baru 9 tahun kak. hihi. lagu2x zaman ini mmg best kan kak. yezzaa, buku lirik tu mmg legend kan kak. huhu.

      Delete

Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

Powered by Blogger.