GALAKSI VIRAL- Raja Rock Malaysia/Singapura atau Papa Rock Malaysia/Singapura ini adalah perintis kepada penyanyi solo Rock di Malaysia yang lain untuk berjaya seperti Rahim Maarof, Ella, Dato' Hattan, Nash, Amy Search dan Dato' Awie. Beliau adalah Ikon Muzik dan Legenda Muzik Nusantara yang tiada tolok bandingannya. Selain album Rock, beliau juga pernah menerbitkan album di dalam genre muzik yang lain seperti album Syair Timur (World Music) dan Kalam Kesturi (Pop Etnik). Malah, beliau juga pernah berduet dengan kumpulan Rock Hip Hop Malaysia iaitu Pop Shuvit untuk lagu Slip Away/Masih Ada Cahaya pada tahun 2003. Ini jelas beliau adalah penyanyi versatile dan penghibur yang berbakat besar.
BIODATA RINGKAS RAMLI SARIP
Nama Penuh : Ramli bin Sarip
Tarikh Lahir : 15 Oktober 1952
Umur : 67 tahun
Tempat Lahir : Singapura
Tahun Aktif : 1964 - kini
Album Studio : 8
1985 - Ramli Sarip
1986 - Bukan Kerana Nama
1987 - Perjalanan Hidup
1988 - Istilah
1989 - Warisan
1991 - Rentak Hidup
1997 - Syair Timur
2002 - Kalam Kesturi
Lain-Lain Album
1989 - Seni Dan Suara
1990 - Ihsan (Khadijah Ibrahim)
1991 - Fanatisme (Lefthanded)
1992 - Lagu Zaman (Khadijah Ibrahim, SM Salim, Rosiah Chik)
1994 - Ziarah Seni
1998 - Alive
Antara Pencapaian Utama :
2006 - AF - Pengetua
2013 - Melaka - Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) (Kehormat) - Datuk
2018 - Asia Pacific Brand Foundation - The Brandlaurette Brand Icon Leadership Award
RAMLI SARIP : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN
01. JIKALAU BERKASIH Komposer : Ramli Sarip Penulis Lirik : S.Amin Shahab Album : Ramli Sarip Tahun : 1985
Catatan : Lagu ini adalah lagu pertama yang menjenamakan semula nama Datuk Ramli Sarip sebagai penyanyi solo Rock dan bukannya lagi penyanyi utama kumpulan Sweet Charity. Lagu ini sangat popular pada tahu 1985 dan album beliau mendapat maklum balas positif daripada peminat seni tempatan.
Video Lagu Jikalau Berkasih
02. PANAH BERACUN
Komposer : Suhaimie Roa Penulis Lirik : Suhaimie Roa Album : Ramli Sarip Tahun : 1985
Catatan : Lagu Rock ini di antara salah satu lagu Rock paling popular tahun 1985. Lagu ini juga kerap di bawakan oleh Datuk Ramli Sarip di dalam kebanyakan konsert beliau.
Video Lagu Panah Beracun
03. BUKAN KERANA NAMA feat A.ROMZI Komposer : Bakri Johari
Penulis Lirik : Bakri Johari Album : Bukan Kerana Nama Tahun : 1986
Catatan : Lagu ini adalah antara lagu mega hits daripada projek album solo Datuk Ramli Sarip. Lagu yang dinyanyikan secara duet dengan penyanyi era 1960 an ini dipuji kerana kehebatan lirik lagunya yang sangat bagus dan melodi lagunya yang berkualiti tinggi. Lagu ini adalah di antara lagu paling popular dan terbaik di era 1980 an.
Video Lagu Bukan Kerana Nama
04. KAU YANG SATU Komposer : M.Nasir Penulis Lirik : M.Nasir Album : OST Tsu Feh Sofiah Tahun : 1986
Catatan : Lagu ini adalah lagu tema filem Tsu Feh Sofiah. Lagu yang berlirikkan tema ketuhanan ini sangat popular pada tahun itu dan antara karya terbaik pernah diterbitkan di Malaysia pada era 1980 an.
Video Lagu Kau Yang Satu
05. KU MILIKI BAYANGANMU Komposer : Noorshah M Salleh Khan Penulis Lirik : Noorshah M Salleh Khan Album : Perjalanan Hidup Tahun : 1987
Catatan : Lagu ini adalah lagu kolaborasi pertama di antara Datuk Ramli Sarip dan Dato' Khadijah di dalam satu lagu. Kejayaan lagu ini telah membawa mereka untuk meneruskan projek duet ini di dalam album Khadijah Ibrahim pada tahun 1988 dan lahirlah lagu fenomena hebat berjudul Doa Buat Kekasih.
Video Lagu Ku Miliki Bayanganmu
06. ISTILAH BERCINTA Komposer : Ramli Sarip Penulis Lirik : N.Nizar Album : Aku Tahun : 1988
Catatan : Lagu Slow Rock ini sememangnya antara karya terbaik daripada Datuk Ramli Sarip. Jika lagu ini didengar di waktu malam, pasti kita akan berasa diri di bawa ke era muzik 1980 an. Lagu ini adalah salah satu lagu paling popular tahun 1988.
Video Lagu Istilah Cinta
07. DOA BUAT KEKASIH feat KHADIJAH IBRAHIM Komposer : Jay Jay Penulis Lirik : Jay Jay Album : 88 Khadijah Ibrahim Tahun :1988
Catatan : Tahun 1988 adalah tahun kebangkitan lagu duet mega hits paling popular untuk era 1980 an. Pada tahun ini terdapat tiga lagu duet mega hits diterbitkan iaitu lagu Kita Insan Biasa (Dayangku Intan & Jay Jay), Kehebatan Cinta (Francisca Peter & Jamal Abdillah) dan Doa Buat Kekasih (Ramli Sarip & Khadijah Ibrahim). Intro lagu ini yang seakan lagu Bollywood dan pengaruh muzik Pop Melayu yang kuat di dalam lagu ini menjadikannya ia disukai ramai dan muncul sebagai salah satu lagu duet paling berjaya sepanjang zaman di Malaysia. Lagu duet ini adalah lagu duet kedua daripada mereka berdua.
08. SENANDUNG HIDUP BERBUDI feat JAY JAY Komposer : Ramli Sarip Penulis Lirik : Bob Album : Ihsan bersama Khadijah Ibrahim Tahun : 1990
Catatan : Lagu irama Tradisional ini sangat popular kerana mengabungkan dua nama besar dalam industri hiburan tempatan iaitu Datuk Ramli Sarip dan Jay Jay. Keserasian vokal di dalam lagu ini menjadikan lagu Tradisional ini sangat istimewa dan disukai ramai.
Video Lagu Senandung Hidup Berbudi
09. LAGU ZAMAN feat SM SALIM Komposer : Ramli Sarip Penulis Lirik : Bob Album : Lagu Zaman Tahun : 1992
Catatan : Apabila Raja Rock bergabung dengan Raja Irama Malaysia di dalam satu lagu, hasilnya pasti kababooom. Inilah yang terjadi apabila lagu berjudul Lagu Zaman berjaya menjadi salah satu lagu irama Tradisional yang sangat popular di awal era 1990 an dan diminati ramai. Kolaborasi vokal yang serasi di antara mereka berdua telah menunjukkan betapa hebatnya bakat dan kredibiliti mereka di dalam melagukan lagu irama sebegini.
Video Lagu Zaman
10. TEMASYA DESA GEMALAI Komposer : Khair Yasin Penulis Lirik : Khair Yasin Album : Rentak Hidup Tahun : 1991
Catatan :Awal era 1990 an sememangnya amat cukup terkenal dengan kebangkitan irama Nusantara dan Tradisional Fusion di mana perintisnya ialah Dato' M.Nasir, Sheqal dan Datuk Ramli Sarip sendiri. Contohnya seperti lagu Temasya Desa Gemalai ini di mana ianya adalah gabungan irama Tradisional yang ada elemen irama lagu etnik Jawa dan ianya dinyanyikan dalam gaya Rock. Ternyata eksperimen lagu ini berjaya apabila ianya menjadi sangat popular dan diminati ramai.
Video Lagu Temasya Desa Gemalai
11. SYAIR LAILA MAJNUN Komposer : Ramli Sarip Penulis Lirik : Loloq Album : Syair Timur Tahun : 1997
Catatan : Lagu yang berentak World Music ini adalah lagu yang sangat berat dari segi muziknya dan juga lirik lagunya. Rasanya album ini adalah album paling kompleks dan berat daripada Datuk Ramli Sarip dari sudut pengisiannya yang banyak menjurus ke arah ilmu ketuhanan dan pengajaran. Malah lagu Syair Laila Majnun adalah salah satu lagu yang sukar dinyanyikan oleh penyanyi lain kerana memerlukan stamina vokal yang mantap dan jitu.
Video Lagu Syair Laila Majnun
12. NYANYIAN SERAMBI Komposer : Ramli Sarip Penulis Lirik : Ramli Sarip Album : Kalam Kesturi Tahun : 2002
Catatan : Lagu berrentak Irama Malaysia ini sangat mendamaikan dan merupakan antara lagu Irama Malaysia terbaik pernah diterbitkan. Album ini pernah dicalonkan di dalam kategori Album Pop Etnik di Anugerah Industri Muzik 2003.
Hehe paling tau lagu bukan kerana nama tu la sbb tu paling popular kan?
ReplyDeleteBukan kerana nama mmg sangat popular kak. hihi. :D
Deletelagi 1 lagu sendiri..best
ReplyDeleteLagu ciptaan sendiri ramli sarip kan kak. mmg best ciptaan beliau. huhu.
Deletemmg otai sepanjang zaman
ReplyDeletebetul tu, otai sepanjang zaman. hihi. :)
Deleteramli sarip ni memang suara dia unik , dengar je dah tau tu ramli sarip
ReplyDeleteAah setuju. Serak basah Ramli Sarip mmg lain daripada lain dan vokal rock yang mantap itu. huhu.
Deletepapa rock! ♕Tiara Sapphire♕
ReplyDeletePapa rock in da house kak. hihi. :)
DeleteSampai sekarang suara dia tak pernah berubah. Cuma beza stamina nak menyanyi tu je lah yang semput sikit. Dah tua tak boleh nak rock sangat.
ReplyDeleteAah kak, faktor umur gitewww. hihi. yg pastinya legend mmg sangat hebat. hihi
DeleteAda satu lagu ketuhanan dia yg sedap, mendayu2
ReplyDeleteRasanya judul lagu itu Kau Yang Satu kan kak. huhu.
Deletesuara dia tak ada sapa boleh lawan
ReplyDeletebetul tu. the one and the only kan kak. :)
DeleteRamai yang minat ramli sarip, tapi ai kurang sebab terlampu rock suara dia.
ReplyDeleteHuhu. okey jew kak. huhu
DeleteLagu-lagu Ramli Sarip semuanya evergreen. Tak pernah boring dengar
ReplyDeleteSetuju kak. lagu beliau unik dan evergreen. hihi. :)
Deletesuka dengar lagunya... cara dia nyanyi tu pun layan je dengar
ReplyDeleteyezzzza kak. sama la kita kak. hihi
DeleteMuka Pak Long zumal ada iras2 Ramli Sarip tau
ReplyDeleteAtau mungkin Pak Long Mr Zumal sebenarnya Dato' Ramli Sarip. huhu. Gurau je mr Zumal. huhu.
Deletepaling suka Nyanyian Serambi... tp semua lagu2 beliau mmg best! evergreen
ReplyDeletelagu irama malaysia mmg best dan santai. GV suka juga kak. hihi.
Deletelama tak dengar pasal ramli sarip. penyanyi legend ni ...
ReplyDeleteaah, penyanyi legend nusantara kak. huhu.
DeleteTerbaik..Semua album solo dan sweet charity ada dalam koleksi saya
ReplyDeleteWahhh, cikgu bada ni mmg peminat setia Raja Rock Malaysia ini. terbaik Cikgu, huhu.
Deletelagend
ReplyDeletesemua lagu dia
akak suka
yezzzza kak. raja rock legend gitewww. huhu.
DeleteSuka lagi ketuhanan yang Ramli Sarip nyanyikan.
ReplyDeleteJudul lagu Kau Yang Satu kan kak. mmg best lagu itu kak. huhu
Deleteantara penyanyi yang cukup evergreen..
ReplyDeletetiada galang gantinya ..