Ads Top

SLAM : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN

GALAKSI VIRAL - Kumpulan Slam adalah salah satu kumpulan Pop Malaysia era 1990 an yang sangat popular di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia. Boleh dikatakan hampir semua lagu mereka hits dan diminati ramai peminat bermula dengan album kedua mereka berjudul Kesan Terbukti tahun 1995 sehinggalah kepada album kompilasi mereka tahun 1999. Kejayaan kumpulan ini adalah sama hebat seperti kumpulan Search, Wings, XPDC, May, Iklim, Ukays, Mega, & Exists. Ini adalah kerana kejayaan mereka di dalam bidang nyanyian menjangkau ke seluruh alam Nusantara dan karya mereka  menjadi malar segar sehingga kini. Keunikan dan kelunakan vokal Zamani serta gabungan pemuzik hebat kumpulan Slam berjaya menjadikan kumpulan ini lain daripada lain dan mempunyai X faktor tersendiri. Jualan album mereka antara paling laris di Malaysia iaitu hampir 1.3 juta unit dan lebih 2.7 juta di seluruh Asia (Malaysia, Indonesia, Singapura & Brunei). 

BIODATA RINGKAS KUMPULAN SLAM

AHLI KUMPULAN :;Zamani, Shah, Ajak, Lili, Man,Eddie, John, Ronnie
TAHUN AKTIF : 1993 - kini
ALBUM STUDIO : 6 
1.Slam 1993 (40,000 unit)
2.Kesan Terbukti 1995 (MAS - 300,000 unit, INA - 500,000 unit)
3.Kembali Merindu 1996 (MAS - 250,000 unit, INA - 400,000 unit)
4.Dalam Harapan 1998 (50,000 unit)
5.Slamanja 2003
6. Mengapai Langit 2007
Lain-lain album
Terbaik Slam 1995 (200,000 unit)
Slam Live Concert Unplugged 1996 (90,000 unit)
Slam Live Concert Unplugged 2 1997
Best of Slam 1999 (200,000 unit)
Rindiani 1999 (INA - 700,000 unit)

ANTARA PENCAPAIAN UTAMA :
Lagu Gerimis Mengundang Pernah Dialih Bahasa Senikata Dalam 24 Bahasa Di Seluruh Asia
Lagu Terbaik Anugerah Musik Indonesia 1996 (Gerimis Mengundang)
Finalis Akhir Kategori Balada  AJL 1996 (Gerimis Mengundang)
Juara Lagu Paling Popular Konsert Pujaan 10 Nescafe 1996 (Jika Kau Rasa Getarnya)
Persembahan Vokal Lelaki Terbaik Di Dalam Album AIM 1997 (Slam Live Concert Unplugged)
Anugerah Kembara AIM 1997
Finalis Akhir Top 5 ABP 1995, 1996, 1997/1998
Tempat Ketiga Voice Of Asia 1997
Anugerah Khas Anugerah Musik Indonesia 1999

    Kumpulan Slam

SLAM

LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN

1

KEMBALI TERJALIN

KOMPOSER: Saari Amri

PENULIS LIRIK : Habsah Hassan

ALBUM : Kesan Terbukti

TAHUN : 1995

CATATAN :

Lagu ini merupakan lagu pertama yang memberikan tanda awal bahawa album Kesan Terbukti bakal meletop di pasaran. Setiap kali mendengar intro lagu ini, pasti teringat era muzik tahun 1995. Lagu ini juga kerap diputarkan di Radio No.1 Malaysia ketika itu iaitu Radio Muzik. Kedudukan terbaik lagu ini di dalam Carta Muzik Muzik 1995/1996 ialah No.3 dan berada dalam carta selama 22 minggu. 


2

NUR KASIH

KOMPOSER : Saari Amri

PENULIS LIRIK : Zur'Ain

ALBUM : Kesan Terbukti

TAHUN : 1995

CATATAN : 

Lagu ini berjaya ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 1995 untuk kategori Pop Rock. Kedudukan terbaik lagu ini di dalam Carta Muzik Muzik 1995/1996 ialah No.3 dan berada di dalam carta selama 11 minggu. Lagu ini juga merupakan lagu signature rancak kumpulan Slam yang malar segar sehingga ke hari ini. 


3

TAK MUNGKIN BERPALING

KOMPOSER: Saari Amri

PENULIS LIRIK : Azam Dungun

ALBUM : Kesan Terbukti

TAHUN : 1995

CATATAN : 

Ramai mengatakan lagu ini adalah lagi trademark kumpulan Slam yang paling popular selain Gerimis Mengundang. Lagu ini merupakan salah satu lagu paling popular tahun 1995 dan pernah berjaya ke Peringkat Akhir Konsert Pujaan 10 Nescafe 1995. Kedudukan terbaik lagu ini di dalam Carta Muzik Muzik 1995/1996 ialah No.2 dan berada di dalam carta selama 16 minggu.



4

BUKAN NIAT MEMBALAS DERITA

KOMPOSER: Shadek

PENULIS LIRIK : Johan Aziz

ALBUM : Kesan Terbukti

TAHUN : 1995

CATATAN : 

Lagu ini tidak pernah dicalonkan di dalam Carta Muzik Muzik. Namun, lagu ini boleh dikatakan antara lagu paling popular daripada album Kesan Terbukti yang mendapat perhatian peminat muzik tanahair. 



GERIMIS MENGUNDANG

KOMPOSER: Saari Amri

PENULIS LIRIK : Saari Amri 

ALBUM : Terbaik

TAHUN : 1995

CATATAN : 

Lagu ini adalah lagu kumpulan Slam paling popular di dalam karier muzik mereka. Lagu ini juga merupakan salah satu lagu Melayu paling popular di Nusantara. Pada tahun 1996/1997, terdapat begitu banyak versi lagu ini yang dihasilkan samada dalam bentuk adunan muzik semula atau alih bahasa lirik lagunya. Lagu ini asalnya sudah popular pada hujung tahun 1995. Namun, ianya betul-betul meletop pada tahun 1996 apabila lagu ini semakin kerap diputar di radio dan mendapat perhatian luas di Indonesia. Lagu ini juga merupakan satu-satunya lagu kumpulan Slam yang berjaya ke Peringkat Akhir Anugerah Juara Lagu 1996. Kedudukan terbaik lagu ini dalam Carta Muzik Muzik ialah No.1 selama 8 minggu dan berada di dalam carta selama 22 minggu.


6

KURNIA

KOMPOSER: Awang BPR

PENULIS LIRIK : S.Amin Shahab

ALBUM : Terbaik

TAHUN : 1995

CATATAN : 

Selain Gerimis Mengundang, lagu Kurnia juga turut meletop pada tahun 1996. Lagu ini meneruskan populariti kumpulan Slam di dalam lagu berkonsepkan Pop Balada walaupun menghadapi saingan sengit daripada kumpulan Pop yang lain seperti U.K's dan Spring. 


7

JIKA KAU RASA GETARNYA

KOMPOSER: Johari Teh

PENULIS LIRIK : Johari Teh 

ALBUM : Kembali Merindu

TAHUN : 1996

CATATAN : 

Lagu ini pernah membuat kejutan apabila memenangi Lagu Paling Popular Konsert Pujaan 10 Nescafe 1996. Menerusi lagu ini juga, secara rasminya Kumpulan Slam adalah kumpulan muzik paling popular tahun 1996. Kedudukan terbaik lagu ini di dalam Carta Muzik Muzik 1996/1997 ialah No.2 dan berada di dalam carta selama 11 minggu. 


8

KEMBALI MERINDU

KOMPOSER: Saari Amri

PENULIS LIRIK : Azam Dungun

ALBUM : Kembali Merindu

TAHUN : 1996

CATATAN : 

Satu lagi lagu signature rancak daripada kumpulan Slam yang mendapat perhatian peminat. Lagu ini selalu juga dikaitkan dengan Konsert Unplugged Live Ogos 1996 kerana pernah dijadikan lagu latar apabila ada promosi album konsert ini muncul di TV suatu ketika dahulu.


9

TERASING DALAM SEPI

KOMPOSER: Saari Amri

PENULIS LIRIK : Azam Dungun

ALBUM : Slam Live Concert Unplugged

TAHUN : 1996

CATATAN : 

Lagu ini adalah lagu kedua kumpulan Slam yang pernah menduduki tangga No.1 di dalam Carta Muzik Muzik 1996/1997 iaitu selama dua minggu.


10

MARIA MARIANA

KOMPOSER: Johari Teh

PENULIS LIRIK : Johari Teh

ALBUM : Slam Live Concert Unplugged 2

TAHUN : 1997

CATATAN : 

Lagu ini adalah lagu tema filem Maria Mariana 2 yang diterbitkan pada tahun 1998. Namun, lagu ini diterbitkan lebih awal di dalam album Slam Live Concert Unplugged 2 dan mendapat sambutan hangat daripada peminat. 


11

MENTARI MUNCUL LAGI

KOMPOSER: Saidin

PENULIS LIRIK : Saidin

ALBUM : Dalam Harapan

TAHUN : 1998

CATATAN : 

Lagu ini memegang rekod lagu kumpulan Slam paling lama di dalam Carta Muzik Muzik 1998/1999 iaitu selama 37 minggu. Kedudukan terbaik lagu ini di dalam carta ini adalah No.2. Lagu ini juga merupakan salah satu lagu paling popular tahun 1998.


12

RINDIANI

KOMPOSER: Irwan GS

PENULIS LIRIK : Mayadis

ALBUM : Best Of Slam

TAHUN : 1999

CATATAN : 

Lagu ini amat popular di radio tempatan dan juga Indonesia pada tahun 1999. Lagu ini juga merupakan lagu terakhir yang paling hits daripada kumpulan Slam untuk era 1990 an. 


GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/

Sumber :
Google Image, Youtube Channel, Slamputrajackson.blogspot.com


14 comments:

  1. masa Slam tgh meletup ni abe kie belajar di UM. Sedap dgr lagu2nya yg malar segar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengimbau kenangan kan Mr Abam Kie. Rindu zaman mereka popular dulu. huhu

      Delete
  2. Lagu lagu slam mengingatkn aku pd zaman bujang semasa merantau ke JB... Sehingga kini masih lg karaoke lagu slam..

    ReplyDelete
  3. Ah teringat masa zamani masuk GV, entah apa2 entah tak perform tapi dapat ke final, mungkin sebab dia legend hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, masa itu Zamani kurang sihat dan faktor usia juga rasanya. Zamani mmg legend. huhi.

      Delete
  4. Paling suka, Kurnia. tak pernah jemu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Radio Era dulu suka putar lagu Kurnia ini kan. huhu

      Delete
  5. tetiba teringat kat 2 member ms zaman study dulu yg sangat2 gilakan Zamani hehehehe gila tahap tak boleh bincang punya hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. zaman la GV kak. dulu kawan2x sekolah mmg crush habis dangen zamani. huhu. rindu zaman 90 an. huhu

      Delete
  6. masa muda-muda dulu..saya memang suka sangat kumpulan Slam..

    mereka ada keunikan dan kelebihan yang tidak ada pada kumpulan lain..

    lebih-lebih lagi suara merdu zamaani

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju Mr Hanafi. lagu dan vokal zamani mmg unik dan best. :)

      Delete
  7. Zamani antara vokalis terhebat dlm sejarah muzik nusantara dn malaysia..sama level dgn jamal dn saleem..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. vokal zamani mmg unik dan lain daripada lain.

      Delete

Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

Powered by Blogger.