Ads Top

MAK LEHA DRAMA 7 HARI MENCINTAIKU TRENDING SOSIAL MEDIA 2020

GALAKSI VIRAL - Drama Paling Popular Tahun 2020 iaitu 7 Hari Mencintaiku 2 ini sekali lagi berjaya mencetuskan fenomena tersendiri apabila nama watak Mak Leha mula trending di sosial media tempatan. Jika dahulu, watak Buntat telah menjadi fenomena melalui musim pertama drama ini, kini, watak Mak Leha meneruskan legasi populariti meletop untuk drama ini dan pastinya rating drama ini pasti akan meningkat naik setiap episod. Drama ini juga turut diminati oleh peminat luar negara seperti di Indonesia kerana sebelum ini ianya boleh ditonton di saluran Youtube Drama Sangat Official dan saluran TV3 Malaysia jam 7 pm - 8 pm setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula pada 2 Julai 2020 yang lalu. Kini, ianya boleh ditonton di aplikasi streaming iQIYI.
KENAPA NAMA MAK LEHA TRENDING ???

Salah satunya kerana watak berkesan yang dimainkan oleh pelakon hebat dan serba boleh, Liza Abdullah sebagai ibu mertua yang mempunyai keinginan tersendiri dalam membahagiakan anak-anaknya. Perbalahan antara Mak Leha dengan menantunya Mia (Siti Saleha) kerap menjadi perbincangan antara peminat drama ini. Sejujurnya, semua pelakon dalam drama ini berjaya membawakan watak dengan sangat cemerlang dan sememangnya layak digelar Drama Bersiri Paling Popular Tahun 2020. Ditambah pula dengan lagu tema yang hebat nyanyian Biduanita Negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza  berjudul Aku Bidadari Syurgamu telah berjaya menambah populariti drama ini ke satu tahap lebih tinggi. Jom kita hayati lagu tema drama ini seperti di bawah. 

Dato Sri Siti Nurhaliza
Aku Bidadari Syurgamu
Credit To MVM Music Youtube Channel

GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/




18 comments:

  1. Pelakon dia semua menghayati watak, kecuali anak ikan hayati je yang kayu haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. setujuuuu. lupa pula anak hikan hayati tew. huhu

      Delete
  2. sy rasa semua watak trending esp nurul hahahaah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nurul pun meletop juga di twitter. tak sangka kali drama meletop juga macam season 1. huhu.

      Delete
    2. tu laa... lagi 'byk negatif' lg org suka tgk kot hahaha

      Delete
  3. Tak penah tonton drama nie tapi selalu jugak baca komen² netizen yang geram dengan watak² dalam drama nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gv pun tak sempat tonton drama ini kak. tapi perasan drama ni terlalu kerap dimention dalam twitter dan youtube. maknanya mmg fenomena drama ini. huhu.

      Delete
  4. Mak Leha Mak Leha. makin menjadi jadi
    Lepas ni Nurul pulak trending

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak. hihi,nurul pula trending skang. huhu

      Delete
  5. Bertambah2 femes mak lehha ni tau.

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. Aah kak. huhu. terkejut nama kak leha trending twitter. huhu

      Delete
  7. banyak sangat batu api dalam drama ni dan senang je boleh pecah belahkan keluarga diorang. nasib baiklah mak leha dah bertaubat tapi kisah mia dan khuzairi belum tamat lagi..hehe

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

Powered by Blogger.