GALAKSI VIRAL -Kumpulan KRU adalah Kumpulan Rap/Hip Hop Melayu paling berjaya di Malaysia. Dengan jualan keseluruhan album melebihi 1 juta unit, maka tidak menghairankanlah jika KRU mempunyai banyak rangkaian lagu mega hits yang malar segar dan diminati ramai semenjak di awal kemunculan mereka lagi. Mereka juga merupakan perintis kepada lagu berentak Dance Music di Malaysia.Antara artis yang pernah menjadi anak didik mereka ialah kumpulan Elite, Juliana Banos, Indigo, Feminin dan Adam AF2. Mereka juga memegang rekod Kumpulan Vokal Paling Lama Bertahan Dengan Ahli Asal iaitu selama hampir 26 tahun. Ini mungkin kerana mereka bertiga adalah adik beradik dan pastinya ikatan adik beradik itu berjaya mengekalkan kumpulan ini sehingga ianya dibubarkan secara rasmi pada tahun 2018. Kumpulan KRU juga cukup dikenali sebagai Artis Muzik Masa Depan di era 1990 an kerana sentiasa tampil dengan muzik dan lagu yang segar serta di luar kotak ketika itu. Antaranya ialah lagu Awas yang muziknya cukup bertaraf antarabangsa, lagu Fanatik yang membawa dimensi baru di dalam irama Dance/Hip Hop Malaysia dan paling diingati pastinya rakaman duet secara digital dengan arwah Tan Sri P.Ramlee di dalam lagu Getaran Jiwa pada tahun 1997. Mereka juga dikenali sebagai perintis Video Muzik hebat pada zaman kemuncak kegemilangan mereka kerana sentiasa tampil dengan video muzik yang berkualiti tinggi dan unik. Kumpulan KRU juga merupakan artis pertama Malaysia yang mempunyai Kumpulan Vokal di alam maya yang dipanggil kumpulan Tyco pada tahun 2000. Dengan pelbagai rekod dan kejayaaan mereka ini, selayaknya mereka digelar sebagai salah seorang Artis Malaysia Paling Berjaya Sepanjang Zaman.
BIODATA RINGKAS KUMPULAN KRU
AHLI KUMPULAN : Norman, Yusry, Edry
TAHUN AKTIF : 1992 - 2018
ALBUM STUDIO : 11
1.Canggih 1992 (70,000 unit)
2.reKRUed 1993 (100,000 unit)
3.Awas 1994 (200,000 unit)
4.Ooh! La! La! 1996 (150,000 unit ++)
5.The Way We Jam 1998 (50,000 unit)
6.Formula Luarbiasa 1999 (50,000 unit)
7.Tyco 2000
8.KRUJaan 2002
9.KRUNisme 2005
10.10 Di Skala Richter 2006
11. KRUnomena 2013
Lain-Lain Album
Beware:Awas Da Soundtrack 1995 (100,000 unit)
Cinta Metropolitan Soundtrack 1996
KRUmania 1997 (100,000 unit)
Relax 2004
Gergasi 2018
PENCAPAIAN UTAMA :
Persembahan Vokal Terbaik Berkumpulan (Awas) AIM 1994
Album Terbaik (Ooh La La) AIM 1996
Pelbagai Anugerah AIM 1995/1996/1997/1998/2002/2003
Penghibur TV Paling Popular Lelaki ABP 1994
Kumpulan Paling Popular ABP 1995, 1996/1997, 1998/1999
Pendapatan 10x platinum Untuk Jualan Melebihi 1 juta, Anugerah Pencapaian EMI 1996
Video Muzik Terbaik dan Pelbagai (Fanatik), Anugerah Video M 1997
NTV7 Most Popular Video Clip (Jangan Lafazkan) 2000
Lagu Bahasa Inggeris Paling Popular (The Way We Jam) MACP 2001
Artis Virtual Pertama Malaysia (Tyco) Malaysia Book of Records 2001
Vokal Pilihan Duo Atau Kumpulan,Video Muzik (Yang Terhangat Di Pasaran), Anugerah ERA 2005
Anugerah Cipta Planet Muzik, APM 2008
The Ultimate Shout Award, Anugerah Shout! 2012
KRU : 12LAGU PALING POPULAR
01 MENGERTI
KOMPOSER : KRU
PENULIS LIRIK : KRU
ALBUM : Rekrued
TAHUN : 28 Ogos 1993
CATATAN : Lagu ini adalah lagu pertama yang benar-benar mempopularkan kumpulan KRU sebagai salah sebuah kumpulan baru yang berpotensi besar menjadi artis muzik Malaysia yang sangat berjaya. Lagu ini juga merupakan satu-satunya lagu KRU yang berjaya ke Peringkat Akhir AJL 1994 di dalam kategori Pop Rock. Kedudukan terbaik di dalam Carta Muzik Muzik 1993/1994 ialah No.1 selama seminggu dan berada di dalam carta selama 23 minggu.
Mengerti (Audio)
02 AWAS
KOMPOSER : KRU
PENULIS LIRIK : KRU
ALBUM : Awas
TAHUN : 15 Julai 1994
CATATAN : Kehadiran lagu ini terus meningkatkan populariti KRU ke satu tahap yang berbeza dan seterusnya menjadikan mereka sebagai kumpulan vokal muzik paling popular di Malaysia ketika itu. Muzik lagu ini yang sangat bagus beserta tema lirik yang berbeza dan tidak klise telah berjaya menambat ramai hati peminat seni ketika itu.
Awas (Audio)
03 DI DALAM DILEMA
KOMPOSER : KRU
PENULIS LIRIK : KRU
ALBUM : Awas Mini Album
TAHUN : 15 Julai 1994
CATATAN : Lagu ini sangat popular pada tahun 1994/1995 dan kerap dimainkan di stesen radio tempatan serta video muziknya juga kerap ditayangkan di TV.
Di Dalam Dilema (Audio)
04
NEGATIF
KOMPOSER : KRU
PENULIS LIRIK : KRU
ALBUM : Beware:Awas Da Soundtrack
TAHUN : 15 Jun 1995
CATATAN : Tahun ini KRU berjaya mengadakan konsert Awas Da Concert dan mendapat sambutan yang sangat hebat daripada peminat seni hiburan ketika itu. Lagu Negatif ini merupakan antara lagu baru ketika konsert ini dijalankan dan sekali lagi menjadi lagu hits bagi KRU untuk tahun 1995. Kedudukan terbaik lagu ini di dalam Carta Muzik Muzik 1995/1996 ialah No.1 selama seminggu dan berada di dalam carta selama 16 minggu.
Negatif (Audio)
05
OOH ! LA ! LA !
KOMPOSER : KRU
PENULIS LIRIK : KRU
ALBUM : Ooh ! La ! La !
TAHUN : 19 Mac 1996
CATATAN : Album ini dikatakan album terbaik KRU yang pernah diterbitkan di dalam sepanjang karier mereka. Yang menariknya album ini juga pernah dijulang sebagai Album Terbaik di Anugerah Industri Muzik 1996/1997. Lagu Ooh La La sangat sinonim dengan KRU kerana ianya adalah antara lagu paling popular di antara semua lagu KRU pernah diterbitkan. Baik dari segi muzik, lirik, tarian dan video muziknya, semuanya diingati ramai oleh peminat seni hiburan ketika itu. Kedudukan terbaik lagu ini di dalam Carta Muzik Muzik 1996 ialah No.2 dan berada di dalam carta selama 16 minggu.
06
APA SAJA
KOMPOSER : Norman
PENULIS LIRIK : Norman
ALBUM : Ooh ! La ! La !
TAHUN : 19 Mac 1996
CATATAN : Lagu ini adalah lagu romantik KRU paling popular dan disukai ramai. Alunan muzik dan liriknya yang ringkas tapi bermakna berjaya menarik perhatian kalangan generasi muda ketika itu untuk sama-sama menghayatinya dan mempopularkan lagu berkenaan.
Apa Saja (Audio)
07
FANATIK
KOMPOSER :KRU
PENULIS LIRIK : KRU
ALBUM : Krumania
TAHUN : 1997
CATATAN : Lagu ini pernah mencetuskan kejutan ramai peminat kerana muziknya yang segar, lain daripada lain dan video muziknya berkualiti tinggi. Jika Hollywood mempunyai Michael Jackson sebagai Raja MTV, di Malaysia pula, kita ada KRU sebagai Raja MTV Malaysia kerana fenomena budaya pop yang dibawakan oleh mereka di dalam karier muzik mereka.
08
THE WAY WE JAM
KOMPOSER : KRU
PENULIS LIRIK : KRU
ALBUM : The Way We Jam
TAHUN : 1 Mac 1998
CATATAN : Lagu ini sangat popular di Malaysia pada tahun 1998 dan ianya pernah dinyanyikan di Konsert Penutup Sukan Komanwel Malaysia 1998. Lagu ini juga pernah menerima anugerah MACP sebagai Lagu Inggeris Tempatan Paling Popular tahun 2001.
The Way We Jam (Audio)
09
JANGAN LAFAZKAN
KOMPOSER : KRU
PENULIS LIRIK : KRU
ALBUM : Formula Luarbiasa
TAHUN : 1 September 1999
CATATAN : Lagu ini sangat popular pada tahun 2000 dan pernah menjadi juara Carta Era selama 8 minggu. Ini juga merupakan kali pertama untuk album KRU yang mempunyai lagu hits utama mereka berirama Balada/Pop R&B kerana kelazimannya lagu hits utama album mereka ialah lagu berentak rancak.
Jangan Lafazkan (Audio)
10
BIDADARIKOMPOSER : KRU
PENULIS LIRIK : KRU
ALBUM : Tyco
TAHUN : 2000
CATATAN : Tyco mengeluarkan single pertama berjudul With You pada tahun 2000 dan ramai bertanyakan siapakah Tyco. Ianya semua terjawab apabila single kedua mereka berjudul Bidadari meletop di pasaran dan ramai mula mengetahui Tyco adalah kumpulan KRU versi alam maya. Tyco adalah salah satu percubaan segar daripada KRU untuk tampil kelainan di dalam setiap album mereka keluarkan.
Bidadari (Audio)
11
PERPISAHAN TERASING
KOMPOSER : Copyright Control
PENULIS LIRIK : Copyright Control
ALBUM : Empayar KRUJaan
TAHUN : 2002
CATATAN : Album KRUjaan adalah salah satu album terbaik KRU yang pernah diterbitkan selain album Oh La La. Bermula dengan single Impax Maxima yang membawakan irama Dance Music/Hip Hop ke tahap baru di Malaysia, KRU muncul sekali lagi dengan lagu diluar jangkaan iaitu kombinasi dua lagu menjadi satu berjudul Perpisahan Terasing. Idea bijak ini pastinya menjadi satu titik bersejarah di dalam industri muzik Malaysia kerana pertama kali produk sedemikian ditampilkan. Lebih menarik lagi, lagu ini pernah dinobatkan sebagai Lagu Paling Popular di Radio ERA pada tahun 2002.
Perpisahan Terasing (Audio)
12 YANG TERHANGAT DI PASARAN (feat Adam AF2)
KOMPOSER : KRU
PENULIS LIRIK : KRU
ALBUM : KRUnisme
TAHUN : 2005
CATATAN : Selepas kejayaan lagu Hi Hi Bye Bye Ezlynn dan Dekat Padamu Yusry pada tahun 2003, KRU mula mengubah irama muzik mereka dengan memasukkan unsur Pop Rock di dalam lagu mereka. Hasilnya adalah seperti lagu Yang Terhangat Di Pasaran. Lagu yang dinyanyikan bersama Adam AF2 ini telah berjaya menjenamakan semula irama muzik KRU yang baru dan menjadi salah satu lagu paling popular pada tahun 2005.
Mengimbau memori betul lagu-lagu ni :)
ReplyDeletebetul tu. KRU dulu selalu dipanggil artis muzik masa dpan. huhu
DeleteLagu edri dengan aweera tu pun best
ReplyDeleteLagu andai ku bercinta lagi kan kak. aah, mmg best lagu tu. huhu
Deletesukarnya mencari boy band masa ni yg bisa menyaingi KRU.
ReplyDeletesetuju Mr Abam Kie. huhu
Deletemasa muda-muda dulu memang minat sangat
ReplyDeletefenomena mereka kan mr hanafi. huhu. :)
DeleteG konsert kt indoor stadium jb tahun 1997.
ReplyDelete