Ads Top

WANITA PALING JELITA DAN CANTIK DI DUNIA SEPANJANG ZAMAN

GALAKSI VIRAL - Ingin tahu siapakah wanita paling cantik dan jelita setiap dekad bermula awal era 1900 an. Definisi cantik dan jelita adalah subjektif kerana ianya bergantung kepada faktor. Contohnya , pernah satu ketika dahulu, jika mempunyai badan sedikit berisi akan dianggap cantik walaupun muka biasa sahaja. Di samping itu, ada juga yang menggunakan definisi jelita atau cantik ini berdasarkan citarasa  kegemaran terkini (wajah) sesebuah zaman itu. Oleh itu, ianya sangat subjektif, kompleks, dan variasi. Walaupun begitu, di sini GV akan senaraikan nama-nama yang pernah digelar Wanita Paling Cantik setiap dekad berdasarkan impak dan populariti mereka.
Tamannaah Bhatia
Aktress Filem Tamil India


WANITA PALING  CANTIK SETIAP DEKAD


ERA 1900 AN 
EVELYN NESBIT
Asal : Amerika Syarikat
Tarikh Lahir : 25 Disember 1884
Tarikh Kematian : 17 Januari 1967 (82 tahun)
Kerjaya : Model / Aktres
Catatan :
Dikatakan Supermodel pertama di dunia ialah Lissa Fonssagrives daripada Sweden pada era 1930 an. Namun, jika diimbas lebih awal, Evelyn layak juga digelar Supermodel dekad 1900 an. Ini adalah kerana pada awal abad ke 20, wajah Evelyn telah menghiasi hampir semua majalah bercetak di dunia ketika itu termasuklah kalendar, papan iklan, barang hadiah dan banyak lagi. Wajah klasik beliau juga  merupakan satu bonus bagi beliau dalam mengembangkan bakat beliau di dalam bidang seni hiburan. Disebabkan itu jugalah beliau pernah digelar sebagai Wanita Paling Cantik era 1900 an. 


ERA 1910 AN 
OLIVE THOMAS
Asal : Amerika Syarikat
Tarikh Lahir : 20 Oktober 1894
Tarikh Kematian : 10 September 1920 (25 tahun)
Kerjaya : Aktres / Model
Catatan :
Olive Thomas adalah Wanita Paling Cantik era 1910 an. Beliau hanya sempat sekejap sahaja aktif  di dalam bidang perfileman hitam putih (filem bisu) kerana mati dalam usia muda. Namun, kehadiran sementara beliau di dalam bidang seni itu sebenarnya meninggalkan impak yang sangat besar kerana berjaya muncul  dalam lebih 20 filem dan menarik perhatian ramai peminat untuk menontonnya. Selain itu, berita kematian mengejut beliau juga menjadi satu tajuk besar di era 1920 an kerana beliau dikatakan mati mengejut setelah tidak sengaja memakan ubat suami beliau sehingga berlakunya komplikasi kesakitan pada diri beliau dan seterusnya meninggal dunia. 
  

ERA 1920 AN 
LOUISE BROOKS
Asal : Amerika Syarikat
Tarikh Lahir : 14 November 1906
Tarikh Kematian : 8 Ogos 1985 (78 tahun)
Kerjaya : Aktres / Penari
Catatan :
Louise Brooks adalah artis yang sangat popular ketika zaman filem hitam putih (filem bisu). Imej beliau dengan potongan rambut Bob dan wajah unik menyebabkan beliau diberi gelaran Ikon Fesyen dan juga Wanita Paling Cantik era 1920 an. Namun sayang, kerjaya lakonan beliau tak selancar seperti fenomena fesyen dibawakan oleh beliau ketika zaman kemuncak kerjaya beliau di era itu.

ERA 1930 AN 
KATHARINE HEPBURN
Asal : Amerika Syarikat
Tarikh Lahir : 12 Mei 1907
Tarikh Kematian : 29 Jun 2003
Kerjaya : Aktres
Catatan :
Katharine adalah Ratu Hollywood untuk abad ke 20. Beliau adalah perintis dan ikon kepada semua pelakon wanita Hollywood dari zaman beliau sehinggalah kini. Beliau juga dikenali sebagai ikon fesyen di waktu kegemilangan beliau. Dengan pakej yang beliau miliki terutama wajah beliau fotogenik itu, maka beliau sangat sesuai dinobatkan sebagai Wanita Paling Cantik era 1930 an.

ERA 1940 AN 
LAUREN BACALL
Asal : Amerika Syarikat
Tarikh Lahir : 16 September 1924
Tarikh Kematian : 12 Ogos 2014 (89 tahun)
Kerjaya : Aktres
Catatan :
Lauren Bacall adalah salah seorang Pelakon Wanita Paling Popular di era 1940 an. Wajah beliau yang sangat cantik dan pandai bergaya ini berjaya menobatkan beliau sebagai Wanita Paling Cantik untuk dekad ini. 


ERA 1950 AN 
MARILYN MONROE
Asal : Amerika Syarikat
Tarikh Lahir : 1 Jun 1926
Tarikh Kematian : 4 Ogos 1962 (36 tahun)
Kerjaya : Aktres / Penyanyi
Catatan :
Legenda Pop Ikon Dunia, Marilyn Monroe merupakan  satu nama yang sangat besar dan idola kepada artis Gred A Hollywood yang lain seperti Madonna, Britney Spears, Mariah Carey, Christina Aguilera, Miley Cyrus, Selena Gomez, Jennifer Lopez, Nicki Minaj dan ramai lagi. Malah, Biduanita Malaysia iaitu arwah Puan Sri Amar Saloma juga pernah digelar Marilyn Monroe of the East. Daripada situ kita sudah tahu betapa kuatnya pengaruh Marilyn Monroe di dalam bidang seni hiburan seluruh dunia. Marilyn juga bertuah kerana mempunyai wajah klasik yang jelita dan ditambah dengan gayanya menggoda, pastinya beliau sangat layak digelar Wanita Paling Cantik era 1950 an.

ERA 1960 AN 
ELIZABETH TAYLOR
Asal : England
Tarikh Lahir : 27 Februari 1932
Tarikh Kematian : 23 Mac 2011 (79 tahun)
Kerjaya : Aktres
Catatan :
Ikon Legenda Hollywood Elizabeth Taylor sememangnya dikagumi ramai kerana kecantikan luar biasa dan juga sangat berbakat di dalam bidang lakonan. Beliau yang juga merupakan salah seorang Ikon Pop Dunia sepanjang zaman ini merupakan sahabat baik kepada Raja Pop Dunia, Michael Jackson. Melihat beliau sudah cukup untuk kita akui bahawa beliau adalah Wanita Paling Cantik era 1960 an. 

ERA 1970 AN 
FAYE DUNAWAY
Asal : Amerika Syarikat
Tarikh Lahir : 14 Januari 1941
Tarikh Kematian : N/A
Kerjaya : Aktres
Catatan :
Faye Dunaway adalah Ratu Filem Hollywood era 1970 an. Beliau juga kerap dipuji oleh media hiburan zaman itu sebagai Wanita Paling Cantik era 1970 an  kerana mempunyai wajah segar sebagai Pelakon Wanita Hollywood generasi baru. 


ERA 1980 AN 
CINDY CRAWFORD
Asal : Amerika Syarikat
Tarikh Lahir : 20 Februari 1966
Tarikh Kematian : N/A
Kerjaya : Supermodel
Catatan :
Cindy Crawford adalah Supermodel terbaik yang pernah muncul di sepanjang abad ke 20 kerana berjaya di dalam pelbagai bentuk jenis model samada untuk majalah, TV, runway sehinggalah duta produk barangan. Beliau yang juga salah seorang The Big Five Supermodel juga merupakan satu-satunya Supermodel yang boleh bersaing hebat dengan Supermodel Noami Campbell. Boleh dikatakan sepanjang era 1980 an, wajah Cindylah paling banyak menghiasi majalah fesyen dan hiburan di serata dunia ketika itu. Maka tidak menghairankanlah jika beliau dinobatkan sebagai Wanita Paling Cantik era 1980 an.

ERA 1990 AN
 JULIA ROBERT
Asal : Amerika Syarikat
Tarikh Lahir : 28 Oktober 1967
Tarikh Kematian : N/A
Kerjaya : Aktres
Catatan :
Julia Roberts boleh dikatakan Tom Cruise atau Brad Pitt versi Wanita di Hollywood. Ini adalah kerana beliau berjaya menguasai pasaran Hollywood sebagai Pelakon Wanita Paling Popular di Hollywood untuk jangka masa yang sangat lama bermula di awal era 90 an sehinggalah kini. Nama beliau sendiri sudah menjadi satu jenama  besar seperti Tom Cruise dan Brad Pitt sehingga sukar digugat oleh pelakon wanita yang lain. Beliau juga diminati kerana memiliki senyuman lebar yang menawan dan sentiasa ceria. Walaupun beliau mempunyai wajah wanita Barat yang agak tipikal, namun, sikap mesra, karisma dan gaya elegan beliau berjaya menjadikan dirinya kelihatan mahal, eksklusif, unik dan disenangi ramai. Oleh itu, maka tidak menghairankanlah jika ramai bersetuju untuk menobatkan beliau sebagai Wanita Paling Cantik era 1990 an. 

ERA 2000 AN 
ANGELINA JOLIE
Asal : Amerika Syarikat
Tarikh Lahir : 4 Jun 1975
Tarikh Kematian : N/A
Kerjaya : Aktres
Catatan :
Angelina Jolie adalah salah seorang Ikon Wanita Hollywood paling popular selepas kemunculan Julia Roberts ketika ini. Walaupun beliau menghadapi saingan sengit daripada Jennifer Aniston, Jennifer Lopez, Scarlett Johansson dan Jennifer Lawrence daripada sudut populariti, namun, kredibiliti dan imej beliau sebagai Ikon Pop Dunia  tetap menjadi pilihan utama peminat hiburan seluruh dunia. Beliau yang cukup terkenal dengan imej bibir seksi dan lakonan mantap dalam pelbagai genre filem ini juga sangat aktif dalam misi kemanusiaan di seluruh dunia. Sehingga kini, jika kita ingin sebut nama aktress Hollywood, pastinya nama Angelina Jolie akan muncul dahulu. Begitu juga dengan kecantikan Angelina yang unik dan fotogenik ini yang pastinya memikat hati sesiapa sahaja melihatnya dan selayaknya beliau digelar Wanita Paling Cantik era 2000 an. 



ERA 2010 AN 
BELLA  HADID
Asal : Amerika Syarikat
Tarikh Lahir : 9 Oktober 1996
Tarikh Kematian : N/A
Kerjaya : Supermodel
Catatan :
Supermodel Bella Hadid mula menempa nama ke peringkat antarabangsa apabila berjaya dinobatkan sebagai Model Of The Year 2016 oleh beberapa anugerah fesyen. Selain muncul sebagai Supermodel Dunia paling popular ketika ini, beliau juga dinobatkan sebagai Wanita Paling Cantik Di Dunia dengan berdasarkan kiraan peratusan Golden Ratio yang menyatakan muka Bella adalah 90 %  menuju ke arah  wajah yang sempurna dan cantik. Bella juga memegang rekod wanita muslim (ayah Palestin + ibu Belanda) paling cantik, berpengaruh dan berjaya di dalam seni hiburan ketika ini.


GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/

Sumber :


12 comments:

  1. Ingat ada muka saya tersenarai sekali tadi. Ahaha ok gurau gurau ;)

    ReplyDelete
  2. cantik macam mana pun...tak boleh tandingi bakal isteri saya..

    tapi saya belum jumpa lagi bakal isteri nie hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi. ya betul mr hanafi. GV doakan semoga mr hanafi dapat jumpa bakal isteri nanti. InsyaAllah. Aamin. :)

      Delete
    2. aamiin teruma kasih bro GV...semoga hanafi mendapat isteri yang cantik nanti

      Delete
  3. Semuanya terlalu cantik, susah nak putuskan mn yg paling cantik.

    ReplyDelete
  4. bestnya jadi cantik. semua orang sudi kawan. berbanding dengan tak cantik. harus ada kelebihan lain untuk tarik orang dekat dengan kite. hm hm

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe,kita semua ada kelebihan tertentu. chaiyookk kak. huhu.

      Delete
  5. mati2 sy igt tu Juhi Chawla ms muda hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, muka mmg mirip kan. Juhi Chawla mmg cantik kan kak. hihi

      Delete

Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

Powered by Blogger.