GALAKSI VIRAL - Di negara Asia Tenggara, hanya terdapat dua negara sahaja yang paling kerap tercalon di dalam mana-mana pertandingan kecantikan dan juga senarai tahunan untuk manusia paling kacak serta jelita di dunia iaitu Filipina dan Thailand. Saban tahun industri hiburan kedua-dua negara ini sentiasa ada pelapis baru yang berwajah menarik, tampan, cantik dan berbakat di mana mereka mempunyai berpotensi besar untuk dijadikan idola hebat di negara mereka. Ia pasti membuatkan kita tertanya kenapa Thailand dan Filipina mempunyai begitu ramai selebriti yang kacak dan jelita sehingga boleh mengatasi kecantikan dan kekacakan selebriti negara lain. Berikut ialah di antara kemungkinan sebab kenapa situasi ini berlaku.
1. Pan Asian
Majoriti selebriti Thai dan Filipina yang berwajah menarik ini mempunyai darah kacukan. Mereka yang berdarah kacukan ini dipangil Pan Asian. Orang yang berwajah Pan-Asian ini selalunya memang akan menarik perhatian ramai orang kerana mereka mempunyai wajah dan fizikal yang agak berbeza berbanding penduduk tempatan.
2. Imej
Mereka sangat menjaga imej terutama dari segi kebersihan, pemakaian dan juga pebawakan diri di depan peminat. Jika diteliti, majoriti selebriti wajah menarik ini mempunyai gigi yang putih berseri dan tersusun cantik. Kulit mereka juga sangat sihat, glowing & flawless.
3. Kesihatan
Mereka juga gemar ke gym atau melakukan senaman ringkas bagi memantapkan stamina dan mendapatkan bentuk badan yang menarik. Selalunya aktor lelaki paling kerap ke gym dan manakala wanita pula kerap ke salon/spa untuk dapatkan perkhidmatan komestik serta memasuki kelas yoga.
4. Aura
Lazimnya selebriti kacak jelita ini mempunyai aura menarik tertarik kau mmg da bomb. Contohnya jika kita lihat sesebuah gambar atau berada di dalam di kalangan ramai orang, orang bergelar selebriti ini akan menjadi orang yang paling menonjol di antara semua. Ia mungkin berpunca daripada perhatian dari orang ramai yang berada di sekeliling mereka dan juga tarikan aura selebriti itu sendiri.
5. Penduduk Ramai, Banyak Pilihan
Kedua-dua negara ini mempunyai penduduk yang sangat ramai. Jadi pastinya mereka mempunyai banyak pilihan dan pastinya yang menjadi pilihan utama ialah selebriti yang mempunyai wajah yang menarik.
6. Genetik
Faktor genetik ini mungkin memerlukan kajian sainstifik yang lebih menyeluruh. Namun pastinya ia boleh menjadi hipotesis awal kerana selebriti yang bukan berdarah kacukan di kedua-dua negara ini juga segak bergaya dan mempunyai rupa paras yang menawan.
Dalam kajian antarabangsa baru-baru ini (boleh rujuk sumber rujukan di bawah), negara Malaysia adalah negara kedua paling ramai yang mempunyai penduduk berwajah cantik dan kacak selepas negara Filipina (untuk wakil Asia Tenggara). Turut tersenarai dalam carta itu ialah Thailand. Maknanya selebriti negara Malaysia ini juga hebat ya. Tetapi yang pastinya, definisi kecantikan itu sendiri merupakan sesuatu perkara yang subjektif dan mempunyai interpretasi tersendiri jika ia dirujuk daripada pelbagai perspektif yang berbeza. Ia juga kelihatan seperti sesuatu perkara mudah tapi hakikatnya ia amat kompleks.
Jom kita lihat antara selebriti Thailand dan Filipina yang dikatakan cantik, lawa, menawan, kacak, tampan dan bergaya ini yang menjadi kegilaan peminat di negara masing-masing.
THAILAND
URASSAYA SPERBUND
AKTRESS NO.1 THAILAND TAHUN 2021
BAIFERN PIMCHANOK
AKTRESS PALING POPULAR DI THAILAND ERA 2010 AN
AUM PATCHARAPA
SELEBRITI PALING RAMAI FOLLOWERS INSTAGRAM DI THAILAND
AKTRESS NO.1 THAILAND ERA 2000 AN
MAI DAVIKA
AKTRESS FILEM PALING LARIS THAILAND - PEE MAK TAHUN 2013
ARAYA A.HAIGATE
SALAH SEORANG AKTRESS PALING POPULAR THAILAND ERA 2000 AN & 2010 AN
NADECH KUGIMIYA
AKTOR NO.1 THAILAND TAHUN 2021
MARIO MAURER
AKTOR NO.1 THAILAND ERA 2010 AN
MARK PRIN
SALAH SEORANG AKTOR PALING POPULAR THAILAND ERA 2010 AN
BRIGHT VACHIWARIT
AKTOR GENERASI BARU THAILAND PALING POPULAR TAHUN 2021
KEN PHUPOOM
SALAH SEORANG AKTOR THAILAND PALING POPULAR ERA 2010 AN
FILIPINA
CATRIONA GRAY
MISS UNIVERSE 2018
GAZINI CHRISTIANA GADOS
MISS UNIVERSE FILIPINA 2019
LIZA SOBERANO
WANITA PALING JELITA DI DUNIA TAHUN 2017
PIA WURTZBACH
MISS UNIVERSE 2015
RABIYA MATEO
MISS UNIVERSE FILIPINA TAHUN 2020
DANIEL MATSUNAGA
AKTOR/MODEL POPULAR FILIPINA
ALDEN RICHARDS
RAJA FILEM FILIPINA ERA 2020 AN
COCO MARTIN
SALAH SEORANG AKTOR FILIPINA PALING POPULAR ERA 2010 AN
JAMES REID
SALAH SEORANG AKTOR/PENYANYI FILIPINA PALING POPULAR ERA 2010 AN
TONY LABRUSCA
SALAH SEORANG AKTOR FILIPINA POPULAR ERA 2020 AN
GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/
Source:
sea.mashable.com, bigseventravel.com