SUDIRMAN : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN
GALAKSI VIRAL - Penghibur Terbaik Malaysia dan juga Asia, arwah Dato' Sudirman sememangnnya tiada tandingan sehingga kini. Beliau yang juga merupakan Artis No.1 dekad 1980 an ini mempunyai beratus jumlah seleksi lagu yang sangat popular dan malar segar sehingga kini. Kemampuan beliau yang mampu menyanyikan lagu dalam pelbagai genre muzik dan persembahan pentas yang hebat menjadikan beliau sebagai Legenda Muzik Terbaik Malaysia selepas arwah Tan Sri P.Ramlee. Antara gelaran lain yang pernah diterima beliau ialah Seniman Rakyat, Elvis Malaysia dan Penghibur Milik Masyarakat. Di waktu kemuncak kerjaya beliau, arwah sempat mengeluarkan 15 album studio yang hebat dan laris di pasaran. Oleh, tidak menghairankanlah jika arwah juga dikenali sebagai Ikon Pop Malaysia sepanjang zaman.
BIODATA RINGKAS ARWAH BIDUAN DATO' SUDIRMAN HJ ARSHAD
NAMA SEBENAR : Sudirman bin Arshad
UMUR : 37 tahun (Meninggal Dunia)
TARIKH LAHIR : 25 Mei 1954
TARIKH KEMATIAN : 22 Februari 1992
TEMPAT LAHIR : Pahang, Malaya
TAHUN AKTIF : 1976-1992
NAMA SEBENAR : Sudirman bin Arshad
UMUR : 37 tahun (Meninggal Dunia)
TARIKH LAHIR : 25 Mei 1954
TARIKH KEMATIAN : 22 Februari 1992
TEMPAT LAHIR : Pahang, Malaya
TAHUN AKTIF : 1976-1992
ALBUM STUDIO : 15
ANTARA PENCAPAIAN UTAMA :
Klik Link Ini >>> Penyanyi Lelaki Paling Berjaya Di Malaysia
Jom kita lihat lagu manakah yang menjadi lagu signature beliau yang menjadi evergreen dan dikenali ramai sehingga kini. (Senarai ini hanya fokus kepada lagu nyanyian solo arwah Sudirman).
Jom kita lihat lagu manakah yang menjadi lagu signature beliau yang menjadi evergreen dan dikenali ramai sehingga kini. (Senarai ini hanya fokus kepada lagu nyanyian solo arwah Sudirman).
12
LAGU PALING POPULAR
SUDIRMAN
01
HOREE HOREE
KOMPOSER: Hakcipta Terpelihara
PENULIS LIRIK : Hakcipta Terpelihara
ALBUM : Anak Muda
TAHUN : 3 April 1980
CATATAN :
Lagu asal nyanyian versi Bahasa Melayu oleh arwah Biduan R.Azmi ini sebenarnya adalah lagu saduran daripada filem India berjudul Miss Coca Cola. Penyanyi asal lagu ini dalam bahasa Hindi ialah Asha Boshle dan dirakam semula oleh arwah R.Azmi pada tahun 1957. Kemudiannya, arwah Sudirman merakamkan semula lagu ini pada tahun 1980 dan meletop di pasaran. Lagu ini juga menjadi lagu
02
BASIKAL TUA (HIDUP SEDERHANA)
KOMPOSER: Abu Fahla
PENULIS LIRIK : Siti Zaleha Hashim & Sudirman
ALBUM : Anak Muda
TAHUN : 3 April 1980
CATATAN :
Lagu ini antara lagu paling popular di dalam album Anak Muda. Sudah sangat jarang untuk kita dengar lagu yang mempunyai tema lirik dengan kenderaan ketika zaman ini. Lagu ini juga mencerminkan jenis lagu yang kerap dicipta oleh artis zaman itu yang kelihatan lebih kreatif dan mempunyai tema jalan cerita lagu yang lebih meluas serta tidak tertumpu kepada isu cinta semata-mata.
03
KOMPOSER: Syed Haron
PENULIS LIRIK : Syed Haron
ALBUM : Lagu Anak Desa
TAHUN : 7 Ogos 1980
CATATAN :
Lagu ini mengenangkan kenangan dan kisah cinta arwah Sudirman ketika berada di kampus. Universiti Malaya. Lagu ini dicipta oleh sahabat sekampus beliau iaitu Syed Haron.
04
CHOW KIT ROAD
KOMPOSER: Sudirman
PENULIS LIRIK : Sudirman
ALBUM : Lagu Dari Kota
TAHUN : 8 April 1981
CATATAN :
Lagu ini cukup sinonim dengan Konsert Percuma beliau pada tahun 1986 di Chow Kit Road, Kuala Lumpur. Konsert gergasi ini berjaya mengumpul penonton hampir 100,000 ribu untuk hadir ke sini dan menjadi salah satu momen bersejarah di dalam industri muzik tanahair.
05
TANGGAL 31 OGOS
KOMPOSER: Achmad Sibi bin Awab Alias Sibi
PENULIS LIRIK : Achmad Sibi bin Awab Alias Sibi
ALBUM : Abadi
TAHUN : 6 Februari 1982
CATATAN :
Lagu ini merupakan lagu nyanyian asal arwah Ahmad CB sempena kemerderkaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957. Ianya kemudian dinyanyikan semula oleh arwah Sudirman dan terus menjadi lagu wajib setiap kali tiba Hari Kebangsaan setiap tahun. Album Abadi juga album yang istimewa kerana tema album ini adalah tema patriotik dan cintakan negara
06
PELANGI PETANG
KOMPOSER: Sudirman
PENULIS LIRIK : Kassim Masdor
ALBUM : Lagu Cinta
TAHUN : 16 September 1982
CATATAN :
Lagu tema filem Kami ini sememangnya amat syahdu dan sayu apabila kita mendengarnya. Setiap kali GV dengar lagu ini, teringat adegan pelakon filem ini makan nasi bungkus.
07
BALIK KAMPUNG
KOMPOSER: Sudirman
PENULIS LIRIK : Sudirman
ALBUM : Lagu Dari Sebuah Bilik
TAHUN : 3 April 1984
CATATAN :
Lagu Balik Kampung ini asalnya bukan lagu bertemakan Hari Raya. Namun, jika tidak sila, bermula tahun 1986. lagu ini telah dianggap sebagai lagu Hari Raya kerana lirik lagu ini sesuai dengan tema lagu Hari Raya. Lagu ini juga merupakan antara lagu Raya paling popular sepanjang zaman.
08
TERASING
KOMPOSER: Manan Ngah
PENULIS LIRIK : Habsah Hassan
ALBUM : Orang Baru
TAHUN : 7 Ogos 1984
CATATAN :
Lagu ini adalah salah satu lagu Balada nyanyian arwah yang sangat popular sepanjang zaman. Lagu ini pernah dijadikan lagu adunan semula bersama lagu kumpulan Revolvers berjudul Perpisahan oleh kumpulan KRU pada tahun 2002. Lagu itu diberi judul Perpisahan Terasing dan merupakan Lagu No.1 di Carta 100 Terhangat ERA tahun 2002.
09
APA KHABAR ORANG KAMPUNG
KOMPOSER: Syed Haron
PENULIS LIRIK : Syed Haron
ALBUM : Orang Kampung
TAHUN : 1986
CATATAN :
Lagu ini betul-betul mengingatkan kita suasana di kampung. Lagu ini memang ada rasa jiwa yang sangat kuat dengan aura kampung dengan nyanyian bersahaja daripada arwah Sudirman. Terasa seperti berada di tepi sawah dengan angin sempoi-sempoi bahasa meniup ke arah kita dengan panorama indah langit membiru dengan bunyi kicauan burung berterbangan riang.
10
SALAM TERAKHIR
KOMPOSER: Manan Ngah
PENULIS LIRIK : Habsah Hassan
ALBUM : Orang Kampung
TAHUN : 1986
CATATAN :
Lagu ini selalu dimainkan jika ada konsert atau momen peringatan arwah Sudirman di majlis media atau rancangan di TV dan radio. Lagu ini juga merupakan salah satu karya terbaik arwah Sudirman kerana melodinya yang syahdu dan lirik yang penuh makna.
11
MERISIK KHABAR
KOMPOSER: Manan Ngah
PENULIS LIRIK : Habsah Hassan
ALBUM : Kul It!
TAHUN : 1986
CATATAN :
Satu-satunya lagu yang pernah dipertandingkan di peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 1987. Melalui populariti lagu ini arwah Sudirman menang Penyanyi Lelaki Paling Popular ABP 1987. Lebih manis lagu, lagu ini juga pernah memenangi Lagu Popular dekad 1980 an di Anugerah MACP 2007. Lagu in juga selalu dianggap sebagai lagu arwah Sudirman yang paling popular di sepanjang karier beliau.
12
MILIK SIAPAKAH GADIS INI
KOMPOSER: M.Nasir
PENULIS LIRIK : S.Amin Shahab
ALBUM : Kul It!
TAHUN : 1986
CATATAN :
Lagu ini juga antara lagu Balada nyanyia arwah yang sangat popular di sepanjang era 1980 an. Kekuatan vokal arwah juga terserlah di dalam lagu ini.
Semua best, ada 1 lagi lagu saya suka, ding ding gale hehe
ReplyDeleteLagu itu best juga kak. hihi. ding ding gale gale. hihi.
DeleteLegenda negara. Saya suka semua lagu di atas, tapi fevret dgn hubby ialah Pelangi Senja. Rupanya dr filem Kami pulak... Best crita tu.
ReplyDeleteBetuk kak, legenda negara. Lagu pelangi petang mmg sedap. cuma lirik lagu dia sedih. huhu. bila dgr lagu ini, teringat adegan mereka makan nasi bungkus tu kak. huhu
Deletesemua lagu2 allahyarham sedap2 belaka dan penuh bermakna...
ReplyDeleteALfatihah utk arwah Sudirman Hj Arsyad...
setuju kak. Al-fatihah kepada arwan Sudirman Hj Arshah. Aamin.
Delete