Ads Top

SIAPA NAK BELI BAJU SAIZ BESAR XXL KE ATAS DENGAN HARGA MURAH DAN BERKUALITI ???

GALAKSI VIRAL - Teringin nak beli baju kemeja, seluar slack, atau baju batik tapi tiada saiz dijumpai kerana saiz kita extra vaganza @ XXL ke atas ??? Yang lebih penting ialah harganya mestilah murah, ada diskaun, selesa, cantik dan berkualiti. Jawapannya adalah YA ada. 


GV sendiri akui yang GV sendiri sekarang sudah membesar bak johan dan antara masalah GV selalu hadapi ialah kesukaran mencari baju bersaiz extra vaganza yang sesuai dengan badan GV. GV memang pernah jumpa kedai jual baju XXL ke atas tapi harganya majoriti RM100 ke atas untuk satu item. Mahalnya... huhu. Setelah gigih pergi dari satu kedai ke kedai yang lain, akhirnya GV jumpa juga kedai yang jual baju saiz XXL ke atas dengan harga sangat berpatutan. Sebenarnya gedung pakaian yang GV mahu nyatakan ini pernah menjadi fenomena pada era 1990 an dan awal 2000 an dulu. Tidak lain tidak bukan ialah Gedung Aneka Fesyen Pakaian Kamdar. GV pasti semua rakyat Malaysia pernah dengar nama Kamdar kan. GV sendiri tidak sangka ada saiz baju kemeja sampai saiz 3XL dan seluar untuk saiz sampai 48-50 di gedung ini. Dan seronoknya ada diskaun lagi. Yang penting tahan lama dan berkualiti. Jadi, jika ada sesiapa yang teringin mahu mencari baju atau seluar dengan saiz extra vaganza, boleh lah datang ke Gedung Pakaian Kamdar yang berdekatan. Namun harus diingat, semua saiz yang XXL ini adalah bergantung kepada stok semasa dan jika bernasib baik, adalah rezeki anda itu. Okey, selamat membeli-belah bersama Kamdar. 


GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/

Baju Batik Kamdar

P/S : Kalau mahu shopping online pun boleh, sila layari ke laman web ini >> Kamdar Malaysia

Sumber : Kamdar, Google Image

No comments:

Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

Powered by Blogger.