HERO MARVEL MALAYSIA YANG PERTAMA DI DUNIA.

GALAKSI VIRAL - Akhirnya hero atau adiwira pertama Malaysia daripada Marvel muncul jua pada tahun ini. Hero Marvel Malaysia ini dinamakan Sun Bird atau Burung Matahari (macam burung Phoenix pun ada). GV suka tengok imej dan kuasa hero Marvel Malaysia ini. Sebenarnya, terdapat tiga lagi hero baru yang telah diumumkan oleh pihak Marvel. Hero baru itu terdiri daripada hero negara Thailand, Vietnam dan Taiwan. Mereka semua ini digelar hero Warrior of The Sky untuk Marvel Future Fight di mana karakter hero baru ini akan berada di dalam RPG mobile game dalam masa terdekat. Latar belakang semua hero adalah berdasarkan inspirasi kisah dongeng di negara masing-masing. Jom kita baca trivia ringkas mengenai dengan Hero / Adiwira Baru Marvel 2019 ini.


SUN BIRD @ BURUNG MATAHARI (MALAYSIA)
- Berasal daripada Malaysia @ Melaka  dari kurun 1600 
- Mempunyai kuasa menyembuhkan sakit atau luka (kuasa seperti Hokage Tsunade/ Sakura (Naruto) atau Retsu Unohana/Orihime Inoue (Bleach)
- Stail rambut yang sangat stailo dan imej yang urban
- Mempunyai dua keris sakti sebagai alat senjata beliau
- Mempertahankan kawasan Selatan Asia
- Kuasa Alam  beliau ialah Burung Matahari @ Phoenix


INTRO 
Pada suatu zaman dahulu, terdapat empat hero legenda yang menjaga  Kuil Bulan Sabit dan kawasan Asia daripada serangan pihak jahat dan musuh. Kini, setelah sekian lama, musuh baru telah muncul pula dan ini menyebabkan penjaga baru Kuil ini telah menyeru kesemua Hero Legenda ini muncul kembali untuk mempertahankan Asia untuk era baru ini.

BLUE DRAGON @ RONGXANH (VIETNAM)
- Berasal daripada keluarga kenamaan Vietnam
- Mempunyai kuasa untuk menukar apa jua benda menjadi senjata naga
- Mempunyai alat senjata lembing 
- Mempertahankan kawasan Timur Asia
-Kuasa Alam beliau  ialah Naga


WAR TIGER (THAILAND)
- Berasal daripada Thailand
- Merupakan Jeneral Tentera Siam Purba yang sangat kuat dan berpengalaman dalam peperangan
- Mempunyai alat senjata yang dipanggil Tiger Fang 
-Mempertahankan kawasan Barat Asia
- Kuasa Alam beliau ialah Harimau 


SHADOW SHELL (TAIWAN)
- Berasal daripada Taiwan
- Hampir dibunuh oleh keluarga angkat beliau di Taiwan 
- Kuasa beliau ialah hebat menggunakan senjata, imun dengan toksin dan pakar strategi di kumpulan mereka
- Mempunyai alat senjata senapang Rifle canggih
- Mempertahankan kawasan Utara Asia
- Kuasa Alam beliau ialah Kura-Kura

GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/



Sumber ; Marvel.comWorld Of Buzz

1 comment:

Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D