Ads Top

MAKANAN PALING POPULAR, SEDAP, TOP DAN DIGEMARI DI MALAYSIA SEPANJANG ZAMAN

GALAKSI VIRAL - Ingin tahu makanan apakah yang paling popular di Malaysia daripada zaman dahulu sehingga kini. Jom kita lihat Carta 10 Makanan Paling Popular di Malaysia dulu, kini dan selamanya mungkin.


10 MAKANAN PALING POPULAR DI MALAYSIA SEPANJANG MASA 

1. NASI LEMAK

Nasi Lemak sememangnya makanan No.1 Malaysia. Ianya boleh didapati tidak kira di gerai makan, restoran dan mahupun hotel-hotel di negara kita. Nasi lemak juga merupakan makanan kegemaran rakyat Malaysia untuk sarapan pagi, tengah hari mahupun malam. Terpulang kepada citarasa masing-masing. Nasi lemak juga sudah mengalami revolusi tersendiri apabila wujudnya Burger Nasi Lemak dan  mungkin selepas ini akan wujud resepi air minuman segera perisa nasi lemak. #fikirluarkotak #jepun 

2. NASI AYAM

Nasi Ayam sekarang bersaing hebat dengan Nasi Ayam Penyet. Ini kerana ada restoran GV pergi makan hanya hidangkan lauk pauk dan juga nasi ayam penyet tetapi tiada nasi ayam di restauran berkenaan? GV rasa terkejut dengan fenomena ini dan ianya sudah bermula sejak 2010 an  lagi.  Nasi ayam ini sebenarnya juga merupakan salah satu makanan identiti rakyat Malaysia/Singapura yang sangat popular di mata dunia. Tambahan pula, nasi ayam juga menjadi pilihan mudah bagi ibu bapa untuk memesan makanan untuk anak-anak mereka yang berusia 17 tahun ke bawah kerana ianya sedap, cepat dihidangkan, tidak pedas dan harga juga murah berbanding makanan yang lain. Jadi menu nasi ayam patut diadakan di seluruh restoran makanan Malaysia kerana ianya adalah makanan kegemaran majoriti rakyat Malaysia. #pendapatperibadi #chickenriceshopmyfavourite #howaboutnasiitik


3. NASI/MEE/BIHUN/KEUTIAU GORENG

Tidak kira anda pelajar kolej, universiti, sekolah atau sudah bekerja, apabila tiba waktu petang/ malam, majoriti mesti akan order makanan bergoreng di kedai makan kan? Ini adalah kerana itulah antara menu utama yang pihak kedai makan  akan hidangkan kepada para  pelanggan mereka di seluruh Malaysia apabila masuk waktu petang (selain daripada menu masakan ikan bakar atau ikan stim). Pilihan kegemaran rakyat tempatan selalunya nasi goreng. Kalau bukan nasi goreng, mesti mee goreng mamak atau Char Keuy Tuew dan etc. #nasigorengpattayasedap


4. ROTI CANAI

Roti Canai adalah makanan seiring sejalan popularitinya dengan Nasi Lemak untuk menu sarapan pagi di Malaysia. Adik beradik roti canai seperti murtabak dan roti boom juga sangat popular di Malaysia. Selain itu, Roti Canai juga sudah berevolusi  dengan berbagai mix and match dengan bahan makanan lain seperti Roti Canai Pisang, Roti Canai Bawang, Roti Canai Cheese, Roti Canai Coklat  dan mungkin akan datang Roti Canai Asam Boi. #jepun #majukehadapan


5. PISANG GORENG

Pisang goreng memang kegemaran semua rakyat Malaysia terutama pada waktu petang. Hampir semua tempat ada jual pisang goreng. GV ingat lagi GV pernah beli pisang goreng 10 sen satu tempat di Perlis pada suatu ketika dahulu. Kalau di sebelah Pantai Barat  Semenajung Malaysia, selalunya pisang goreng dimakan dengan cicah sambal kicap. Berbeza di sebelah Pantai Timur Semenajung Malaysia di makan pisang goreng dimakan dengan cicah kuah lada (sos lada cicah keropok lekor).  #memorilama #uitmperlis #terengganu


6. MEE SEGERA

Suatu ketika dahulu, mee segera adalah pilihan makanan utama apabila masuk zon bajet tahap kritikal. Tetapi kini ianya sudah berevolusi menjadi makanan utama jika malas nak masak atau malas nak pergi kedai beli makanan dan malas nak order online makanan. Malah, dengan pelbagai perisa mee segera sekarang, ianya sudah menjadi pilihan kegemaran makanan majoriti penduduk Malaysia sekarang. #meemameebest 


7. AYAM GORENG

Mana-mana kedai makanan di Malaysia, mesti ada jual ayam goreng kan. Ayam goreng bukan sahaja boleh dimakan begitu sahaja, malah boleh dimix dan dimatchkan dengan pelbagai menu makanan lain. Contohnya Nasi Lemak + Ayam Goreng, Roti Canai + Ayam Goreng, Nasi Goreng + Ayam Goreng dan banyak lagi. #ayamgoreng+coklatsedaptak #doraemoncuba


8. BURGER

Burger juga merupakan makanan kegemaran rakyat Malaysia ketika waktu petang atau malam kerana ianya mudah didapati samada di restoran makanan segera atau di gerai-gerai burger di seluruh Malaysia. GV ingat lagi masa balik kampung dulu, GV mesti akan singgah satu gerai itu untuk beli burger ayam dan makan di dalam bas. Sedap sangat. Kebetulan GV baru lepas menonton rancangan Tamil berjudul Rasikka Rasikka di TV, rancangan ini fokus pada kedai-kedai makanan yang sedap dan unik di Malaysia. Ada satu kedai makanan di Seksyen 7 Shah Alam Selangor itu, kedai ini ada  jual burger seberat 3kg. Perghh. Memang besar gila dan nampak sangat lazat. Tapi GV lupa apa nama kedai itew. huhu. #jalanjalancarimakan



9. SAMBAL BELACAN

Sambal belacan juga sehebat Ayam Goreng juga ya. Majoriti tempat jual makanan tengah hari pastinya ada  menu sambal belacan. Even kedai mamak pun ada sambal belacan kan. Yang uniknya, sambal belacan bukan sahaja dimakan bersama nasi, mee atau laksa, ianya juga boleh dimakan bersama ambuyat. GV tidak pernah makan ambuyat lagi, tetapi  GV sudah banyak kali  tonton di TV tengok orang makan sambal belacan bersama ambuyat dan nampak sangat sedap. #nyamnyam


10. MAKANAN BERKUAH - 
KARI/SUP/MASAK LEMAK/TOM YAM/LAKSA/GULAI

Majoriti rakyat Malaysia tidak suka makanan yang dalam kering atau tidak berkuah. Even makanan nasi arab yang kategori kering itupun ada acar dal yang ada kuah kan. Makanan berkuah ini termasuk kuah kari, sup, tom yam, masak lemak, masak merah, asam pedas  dan banyak lagi, Antara lauk yang digunakan di dalam masakan berkuah ialah ayam, ikan, udang, sotong dan daging.


P/S : 10 Pilihan makanan di atas adalah berdasarkan pengalaman peribadi GV makan di beberapa tempat di Malaysia. Mungkin anda ada pendapat sendiri kan. Tidak mengapa.  Yang pastinya semua sedap dan lazat belaka. Nyum Nyum.


GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/


Sumber : Google Image 


1 comment:

Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

Powered by Blogger.