GALAKSIVIRAL
  • Home
  • Arkib Hiburan
  • Penyanyi No.1 Malaysia
  • Infotainment
    • Meletop
    • Muzik
      • Album
      • Koleksi Lagu Ziana Zain
      • Lagu Era 1980 an
      • Lagu Era 1990 an
      • Lagu Era 2000 an
      • Lagu Era 2010 an
      • Lagu Era 2020 an
    • Anugerah
    • Raya
    • Makanan
    • Minuman
    • Filem
    • TV
    • Anime
    • Mimpi
    • Planet
    • Negara
    • Sihat
    • Sign In
  • About Us

GALAKSI VIRAL - Tahun 1985 adalah tahun kegemilangan Puteri Pop Raja Ema. Album Raja Ema yang berjudul Volume 1 juga telah terjual lebih 100,000 unit dan boleh dikatakan antara album paling laris di Malaysia pada tahun 1985/1986. Artis Lelaki No.1 pada tahun ini ialah Ramli Sarip. Manakala Kumpulan atau Band No. 1 pula jatuh kepada kumpulan Alleycats. Antara artis baru yang muncul pada tahun ini selain Raja Ema ialah kumpulan Search, Sheila Majid, Dwen, Juliza Adlizan, Noraniza Idris, Azizul Khamis, Amy Roshaida, Haliza dan ramai lagi.



TOP 12
LAGU MALAYSIA PALING POPULAR 
TAHUN 1985

01. JEJAKA IDAMAN
Artis : Raja Ema 
Komposer : Fauzi Marzuki
Penulis Lirik : Herman Tino
Album : Volume 1
Tahun : 1985
Catatan :
Raja Ema adalah artis baru paling popular pada tahun 1985/1986. Lagu Jejaka Idaman meletop di pasaran dan menjadi siulan para peminat seni hiburan ketika itu. Malah, ada juga artis lain turut menyanyikan lagu beliau di dalam rancangan TV masing-masing. Selain itu, lagu ini juga merupakan lagu pertama yang pernah dicalonkan di dalam Carta Muzik Muzik yang pertama kali diadakan iaitu pada  bulan Januari 1986.
KLIK VIDEO DI BAWAH UNTUK DENGAR LAGU


02. AKU HANYA PENDATANG
Artis : Francissca Peter
Komposer : Manan Ngah
Penulis Lirik : Habsah Hassan
Album : Aku Hanya Pendatang
Tahun : 1985
Catatan :
Album kedua Fran ini telah berjaya meletakkan diri Fran sebagai Ratu Pop in the making apabila lagu Aku Hanya Pendatang menjadi sangat popular pada tahun itu.
KLIK VIDEO DI BAWAH UNTUK DENGAR LAGU

03. SUARA KEKASIH
Artis : Alleycats
Komposer : Jayaraman
Penulis Lirik : Jayaraman
Album : Suara Kekasih
Tahun : 1985
Catatan :
Kumpulan Alleycats sangat bertuah kerana boleh dikatakan hampir setiap tahun ada album baru dan lagu hits baru. Tahun ini, Alleycats muncul sekali lagi dengan killer album yang memuatkan banyak lagu hits di mana salah satunya ialah Suara Kekasih.
KLIK VIDEO DI BAWAH UNTUK DENGAR LAGU


04. DUIT
Artis : Kembara
Komposer : M.Nasir
Penulis Lirik : S.Amin Shahab
Album : Misha
Tahun : 2002
Catatan :
Kumpulan ini meneruskan kegemilangan populariti mereka dengan lagu Duit yang menjadi sangat popular pada tahun 1985. Lirik lagu Duit Duit Di Mana Kau Duit menjadi ikutan ramai peminat ketika itu.
KLIK VIDEO DI BAWAH UNTUK DENGAR LAGU


05. WAJAH RAHSIA HATI
Artis : Sheila Majid 
Komposer : Bob Khalil
Penulis Lirik : Habsah Hassan
Album : Ali Setan OST
Tahun : 1985
Catatan :
Dialog Tipah Tertipu Bang oleh Sheila Majid telah menjadi fenomena seiring dengan populariti filem ini sendiri. Lagu Wajah Rahsia Hati versi filem adalah nyanyian Sheila Majid dan ianya dirakam semula oleh Fauziah Ahmad Daud pada tahun 1986. Intro muzik lagu ini sangat menarik dan catchy. 
KLIK VIDEO DI BAWAH UNTUK DENGAR LAGU


06. PENGEMIS MUDA
Artis : Sheila Majid
Komposer : Surya 
Penulis Lirik : Wazek Ismail
Album : Dimensi Baru
Tahun : 1985
Catatan :
Sheila Majid adalah pencetus kepada fenomena irama muzik baru pada era 1980 an kerana mengabungkan muzik Pop moden bersama sentuhan irama Jazz dan R&B. Lagu Pengemis Muda sendiri telah menjadi salah satu lagu signature Sheila Majid masih diminati ramai sehingga kini.
KLIK VIDEO DI BAWAH UNTUK DENGAR LAGU


GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/


07. KEJORA
Artis : Search
Komposer : M.Nasir
Penulis Lirik : S.Amin Shahab 
Album : Cinta Buatan Malaysia
Tahun : 1985
Catatan :
Kumpulan Search boleh dikatakan kumpulan perintis kepada fenomena Rock Malaysia sejak pertengahan era 1980 an sehinggalah kini. Lagu Kejora adalah single debut mereka yang sangat popular pada tahun 1985.
KLIK VIDEO DI BAWAH UNTUK DENGAR LAGU


08. KUDA HITAM
Artis : Juliza Adlizan
Komposer : N/A
Penulis Lirik : N/A
Album : Kau Ada Yang Lain
Tahun : 1985 / 1982
Catatan :
Lagu ini adalah nyanyian asal Hetty Koes Endang pada tahun 1982. Namun, lagu ini mula menjadi lagu signature kepada Juliza Adlizan apabila beliau menyanyikan semula lagu di pertandingan Bintang RTM 1983 dan menjadi juara pada tahun itu. Lagu ini ada dimasukkan di dalam album debut beliau iaitu Kau Ada Yang Lain pada tahun 1985.
KLIK VIDEO DI BAWAH UNTUK DENGAR LAGU


09. MISTERI CINTA
Artis : Sohaimi Mior Hassan
Komposer : Sohaimi Mior Hassan
Penulis Lirik :Sohaimi Mior Hassan
Album : Misteri Cinta
Tahun : 1985
Catatan :
Beliau merupakan satu-satunya penyanyi solo lagu Puisi yang mempunyai lagu Puisi popular di kalangan peminat arus perdana sehingga kini. Lagu Misteri Cinta ini telah berjaya  menyambung kegemilangan populariti beliau selepas berjaya popular dengan lagu Epilog Cinta Dari Bromley sebelum ini.
KLIK VIDEO DI BAWAH UNTUK DENGAR LAGU


10. JIKALAU BERKASIH
Artis : Ramli Sarip
Komposer : Ramli Sarip
Penulis Lirik : S.Amin Shahab
Album : Ramli Sarip
Tahun : 1985
Catatan :
Papa Rock Malaysia/Singapura ini telah menerbitkan album solo yang pertama pada tahun 1985. Lagu ini adalah antara single debut beliau bersama dengan lagu Panah Beracun yang turut popular pada tahun ini. Muzik rock berkualiti di dalam album ini jelas menunjukkan Papa Rock ini adalah perintis kepada penyanyi solo Rock yang lain untuk turut tampil dengan album Rock yang mantap juga.
KLIK VIDEO DI BAWAH UNTUK DENGAR LAGU


11. SATU PENANTIAN
Artis :  Dwen
Komposer : Ridzwan Abu Hassan
Penulis Lirik : Ridzwan Abu Hassan
Album : Satu Penantian
Tahun : 1985
Catatan :
Lagu debut penyanyi baru tahun itu iaitu Dwen telah berjaya menjadikan beliau sebagai salah seorang artis baru lelaki paling popular di Malaysia ketika itu. Mungkin ramai tidak mengetahui yang Dwen berasal daripada Brunei ini juga seorang hebat di dalam bidang seni pertahanan diri Taekwando.
KLIK VIDEO DI BAWAH UNTUK DENGAR LAGU



12. MEMBURU IMPIAN
Artis : Kazar Saisi
Komposer : Nawab Ahmad
Penulis Lirik : Nawab Ahmad
Album : Gila Gila Remaja OST
Tahun : 1985
Catatan :
Lagu ini adalah lagu tema filem Gila Gila Remaja lakonan aktor legenda Faizal Hussein dan Rosyam Nor. Lagu ini juga merupakan lagu signature kepada artis serba boleh Kazar.  Lagu ini kerap dikaitkan dengan lagu mat jiwang atau mat motor kerana mungkin  kerana pengaruh cerita filem ini yang fokus pada kehidupan anak muda yang minat dengan motor dan kisah percintaan remaja ketika itu.
KLIK VIDEO DI BAWAH UNTUK DENGAR LAGU


LAGU ASIA
PALING POPULAR DI MALAYSIA


MADU DAN RACUN
(INDONESIA)
Artis : Bill & Rod
Komposer : Ari Wibowo
Penulis Lirik : Johnathan Purba
Album : Madu Dan Racun
Tahun : 1985
Catatan :
Lagu Indonesia ini asalnya pernah dipersembahkan pertama kali pada tahun 1975 dengan judul Bingung nyanyian kumpulan Prambors Vocal Group. Generasi X dan Y pasti pernah lagu di radio kan kerana lagu ini sangat popular di Malaysia, Singapura, Brunei, Thailand dan sudah tentu di Indonesia sendiri.
KLIK VIDEO DI BAWAH UNTUK DENGAR LAGU


LAGU ANTARABANGSA
PALING POPULAR DI MALAYSIA

TAKE ON ME
 (NORWAY)
Artis : A-ha
Komposer/Penulis Lirik: Magnen Furuholmen, Morten Harkat, Pal Waaktaar
Album : Hunting High And Low
Tahun : 1984/1985
Catatan :
Lagu ini sangat popular pada tahun 1985 di seluruh dunia sehingga berjaya menjuarai carta Billboard Amerikat Syarikat dan juga beberapa negara yang lain. Video muzik lagu ini diingati kerana idea kreatif menggabungkan adegan lukisan bergerak beserta dengan alam realiti. Lagu kumpulan juga merupakan salah satu lagu era 1980 an yang sangat popular sehingga kini.
KLIK VIDEO DI BAWAH UNTUK DENGAR LAGU


GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/



Sumber : Google Image, Youtube Channel


GALAKSI VIRAL - Setiap dekad, pasti ada lagu Raya yang akan menjadi evergreen dan popular untuk jangka masa yang sangat lama di kalangan rakyat Malaysia. Ianya adalah kerana lagu Raya berkenaan mempunyai nilai komersial yang sangat tinggi dan dekat dengan hati pendengar. Dikatakan lagu raya Melayu yang paling awal pernah dirakamkan ialah pada tahun 1936 iaitu berjudul Selamat Hari Raya nyanyian Miss Aminah. Manakala lagu raya yang paling popular sepanjang zaman pula pastinya lagu Allahyarham Puan Sri Saloma (Selamat Hari Raya 1955/1973) dan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee (Dendang Perantau 1955/1967). 



Walaupun begitu, ketika kita mula memasuki era 2010 an, dikatakan lagu raya generasi Y ini sudah tidak sehebat lagu ciptaan terdahulu dan banyak lagu Raya baru yang masuk kategori flopped and forgotten. Kini, selepas 10 tahun (2010-2019), GV dapati ada beberapa lagu Raya era ini yang masih popular dan diingati ramai. Ianya juga menunjukkan masih ada lagu Raya baru yang berjaya masuk kategori evergreen dan ini pastinya menguntungkan artis berkenaan kerana lagu mereka akan sentiasa diingati dan dimainkan oleh pendengar saban tahun terutamanya jika tiba musim perayaan. Ibarat satu bonus jangka masa panjang bagi kerjaya nyanyian mereka. Mari kita lihat lagu manakah yang mendapat perhatian ramai kerana  keunikan dan kehebatan lagu itu sendiri.

LAGU RAYA 
PALING POPULAR
ERA 2010 AN (2010-2019)


01. HARI RAYA 
Artis : iamNEETA, Najwa Latiff, Deana Haris & Mimie Haris 
Komposer/Penulis Lirik : Patrick Anohada
Tahun : 2013 / 2012 (Home Studio Version)
Catatan :
Lagu ini adalah lagu hari Raya paling popular era 2010 an. Melodi lagu yang sangat segar dan liriknya mudah diingati menjadi kegemaran ramai terutama generasi X dan Y. Lagu  ini juga kerap dipilih menjadi lagu latar promosi rancangan TV dan juga di pusat membeli-belah sempena hari Raya. 




02. ANUGERAH SYAWAL
Artis : Bunkface
Komposer : Sam Bunkface
Tahun : 2013
Catatan :
Lagu Raya ini adalah lagu Raya Modern Rock paling popular dan berjaya untuk era 2010 an. Tak banyak lagu raya muzik kategori ini yang boleh popular untuk jangka masa yang sangat lama dan kerap dimainkan di TV sebagai muzik latar rancangan hari Raya. Lagu ini juga saban tahun menjadi pilihan pendengar untuk dimainkan di media sosial sempena hari Raya. 




03. BERSYUKUR SEADANYA
Artis : Hael Husaini 
Komposer : Hael Husaini/Ezra Kong
Penulis Lirik : Hael Husaini/Ezra Kong
Tahun : 2019
Catatan:
Lagu raya ini boleh dikatakan lagu Raya generasi Y kerana muziknya yang sangat moden dan unik. Tarian di dalam video muzik ini juga pernah menjadi perhatian ramai dan signature kepada lagu ini juga. Ramai akan ikut step tarian lagu ini apabila menyanyikan lagu ini. 




04. TAK DAPAT RAYA
Artis : Floor 88 & Baby Shima
Komposer : Zai Hamzah
Penulis Lirik : Achoi Floor 88
Tahun : 2019
Catatan :
Video muzik lagu ini mendapat tontonan yang sangat tinggi di laman Youtube iaitu lebih 16 juta tontonan (Mei 2020). Lagu ini popular kerana video muzik yang kreatif dan juga menjadi lagu tema Raya tahun ini (Covid 19). Lagu ini ada sambungannya pada tahun 2020 iaitu Tak Dapat Raya Lagi.

GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/

05. MENANTI DI AIDILFITRI
Artis : Wany Hasrita, Wani Syaz, Muna Shahirah & Wan Azlyn
Komposer : DJ Fuzz
Penulis Lirik : Waris
Tahun : 2019
Catatan :
Lagu Raya beirama Tradisional ini sememangnya sangat menarik dan menimbulkan nostalgia lagu-lagu raya Tradisional era 1990 an dan 2000 an. Ditambah pula dengan keharmonian vokal serasi bersama antara Wany, Wani, Muna dan Wan menjadikan lagu ini sedap didengar dan diminati ramai. 




06. RAYA TELAH TIBA
Artis : Aiman Tino
Komposer : Apit
Penulis Lirik : ACK
Tahun : 2018
Catatan :
Lagu Raya Aiman Tino ini ada keistimewaan tersendiri kerana apabila pertama kali mendengar lagu ini, tidak dijangka akan ada unsur suprise di awal lagu di mana Aiman menyanyikan lagu ini dengan kadar laju. Itulah menjadi trademark kepada lagu ini dan seperti lazimnya, lagu Aiman sememangnya sentiasa memikat hati pendengar.



07. RAYA BALIK
Artis : Elyana
Komposer : N/A
Penulis Lirik : N/A
Tahun : 2019

Catatan :
Lagu Raya ini adalah antara lagu Raya paling unik dan kreatif pernah diterbitkan di negara kita. Dengan muzik ala ala era 1950 an, ianya sememangnya cepat menjadi kegemaran para peminat seni hiburan. 




08. LEBARAN TERINDAH
Artis : Wany Hasrita, Ernie Zakri, Wani, Shamim, Tajul & Haqiem
Komposer : Ibnu
Penulis Lirik : Ibnu/Gouffran
Tahun : 2017
Catatan :
Lagu Raya yang dinyanyikan oleh penyanyi generasi era 2010 an ini akan diingati sebagai salah satu lagu Raya era 2010 an yang diminati ramai.




09. RAYA NUSANTARA
Artis : Sufi Rashid, Siti Nordiana, Rizky Febrian, Alvin Chong, Fatin Shidqia, Ismail Izzani & Kashika
Komposer : Ayden Ali & Ikhwan Fattanna
Penulis : Ayden Ali & Ikhwan Fatanna
Tahun : 2017
Catatan :
Lagu Raya ini sangat menarik  kerana mengabungkan sekumpulan artis generasi muda daripada tiga negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia untuk sama-sama menyanyikan lagu ini dengan penuh harmoni dan meriah. 




10. CERIA RAYA
Artis : Mark Adam, Najwa Latiff  & Ceria Pop Star
Komposer : Izuan Mokhtar
Penulis Lirik : Omar K, Ezra Kong & Faizul Sany
Tahun : 2016
Catatan :
Lagu Raya ini boleh menjadi salah satu lagu kenangan muzik era 2010 an kerana ianya akan mengingatkan kita kepada pertandingan nyanyian Ceria Pop Star yang pernah menjadi hit pada awal dan pertengahan era 2010 an dahulu. 

GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/


GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/

Sumber :
(nartvnetwork, Hot TV, Rocketfuel Network, MVM Music, FMC Music, Aries Music, Indigital Music, Astro Ceria) x Youtube Channel


GALAKSI VIRAL - Bagaimana jika semua planet dalam sistem solar ini berada terlalu dekat dengan planet Bumi ? Adakah ianya akan kelihatan sepertimana kita melihat Bulan di langit ? Jom kita tengok beberapa gambar yang dapat menerangkan imaginasi kita ini dengan lebih detail lagi.



Info : Kelihatan Planet Musytari melintasi sebuah bandar raya di  planet Bumi di waktu malam. 



Info : Planet Zuhal melintasi  padang pasir di planet Bumi.



Info : Planet Zuhal melintasi  padang pasir di planet Bumi.


Ada yang menyatakan suatu perkara menakutkan jika anda buka pintu rumah dan ternampak planet Zuhal tengah melintas di permukaan langit Bumi. Namun, daripada satu sudut lain, ianya juga menunjukkan betapa uniknya alam semesta ini kan. Ianya juga pasti dapat menangkis teori pengikut "Flat Earth" yang sehingga kini masih tidak dapat menerima Bumi ini adalah berbentuk sfera. Semua gambar di atas adalah daripada You Tube.

GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/




 Sumber  : What If Planet Were Close To Earth










GALAKSI VIRAL - Tahun 2002 masih lagi merupakan tahun kegemilangan Diva Pop Siti Nurhaliza kerana berjaya mengekalkan kejayaannya dalam bidang seni pada tahun ini seperti memenangi Anugerah Vokal Wanita Terbaik AIM 2002, Penyanyi Wanita Paling Popular Anugerah Bintang Popular 2002, Anugerah Grandprix Voice Of Asia Kazakstan. Artis Pilihan Malaysia MTV Asia Award 2002 dan banyak lagi. Tahun ini juga merupakan tahun revolusi muzik baru daripada irama tangkap leleh kepada irama muzik kontemporari. Kumpulan Spider buat pertama kalinya memegang status Artis Tempatan dengan Jualan Album Paling Laris 2002 untuk album Aladdin di mana ianya terjual lebih 60,000 unit pada tahun itu. Kehadiran bakat baru dengan gaya nyanyian dan nada vokal berbeza daripada penyanyi senior terdahulu seperti Siti Sarah dan Misha Omar telah membawa satu arus perubahan di dalam bidang muzik Malaysia pada tahun itu. 





TOP 12
LAGU MALAYSIA PALING POPULAR 
TAHUN 2002


01. NIRMALA
Artis : Siti Nurhaliza 
Komposer : Pak Ngah
Penulis Lirik : Che'kem
Album : Sanggar Mustika
Tahun : 2002
Catatan :
Lagu Nirmala adalah karya terbaik daripada Pak Ngah kerana mempunyai rentak irama tradisional yang menarik, unik, kompleks, segar, kemas, dinamik beserta liriknya yang penuh seni sastera dan puitis oleh penulis lirik hebat iaitu Che'kem. Dinyanyikan pula oleh Penyanyi No.1 Malaysia iaitu Diva Pop Siti Nurhaliza telah menjadikan lagu ini sebagai satu pakej lengkap dari sudut lagu terbaik dan popular. Lagu ini dijangka memenangi Anugerah Juara Lagu 2002 tetapi kalah mengejut dengan lagu Keliru (Ajai & Nurul). Walaupun begitu, lagu ini telah menjadi salah satu lagu Irama Malaysia yang sangat mashyur di Nusantara kerana keunikan melodinya yang sangat hebat itu. Lagu ini juga  menguji vokal penyanyinya kerana perlukan stamina vokal yang mantap dan lenggok nyanyian yang tersendiri kerana terdapat beberapa bahagian yang pastinya sukar dinyanyikan jika tidak mempunyai teknik vokal yang betul. Video muzik lagu ini juga sangat cantik dengan menggunakan tema ala ala di negara Arab dan tarian lagu ini juga menjadi ikutan peminat seni hiburan. Maka tidak hairanlah jika lagu ini adalah Lagu Paling Popular Tahun 2002 di Malaysia.



02. KESETIAAN
Artis : Siti Sarah
Komposer : Ajai
Penulis Lirik : Musrad
Album : Sarah
Tahun : 2002
Catatan :
Lagu Pop Balada ini adalah antara karya terbaik Ajai kerana lagunya yang agak berbeza dengan lagu Balada yang lain. Artis  Baru Paling Popular Tahun 2002 iaitu Siti Sarah telah memberikan satu warna yang sangat berbeza di dalam menyanyikan lagu ini. Gaya nyanyian Siti Sarah yang lebih kepada gaya penyanyi R&B Barat itu telah menjadikan Sarah antara artis baru yang berpotensi besar untuk menjadi Diva Pop Baru di Malaysia. Pada mulanya nada suara Siti Sarah dikatakan mirip penyanyi suara gemersik Nora. Namun, Sarah telah membuktikan yang beliau mempunyai nada suara unik dan berbeza dengan penyanyi lain apabila ramai memuji kualiti vokal di dalam album sulung beliau ini. Malah, Siti Sarah juga mengulangi kejayaan Diva R&B Ning Baizura apabila album pertama beliau telah memenangi Album Terbaik Anugerah Industri Muzik 2002/2003 (Ning memenangi Album Terbaik AIM 1993 dengan album pertamanya juga).




03. KEABADIAN CINTA
Artis : Anuar Zain
Komposer : Azlan Abu Hassan
Penulis Lirik :
Album : Anuar Zain
Tahun : 2002
Catatan :
Lagu ini boleh dikatakan hampir setiap hari dimainkan di radio tempatan dan video muziknya pula di saluran TV  NTV7 pada tahun itu. Menariknya, lagu ini juga cukup digemari oleh peminat bukan Melayu kerana ada beberapa peserta bukan Melayu yang memilih lagu ini untuk dinyanyikan di dalam pertandingan nyanyian di TV pada tahun berikutnya. Lagu ini juga sebenarnya telah menobatkan Anuar Zain sebagai Raja R&B Malaysia yang pertama kerana berjaya mengekalkan populariti Anuar Zain untuk jangka yang sangat lama dalam memperjuangkan irama Pop R&B Melayu dan seterusnya dapat mengumpul peminat generasi baru pada ketika itu. Malah, Anuar Zain juga dinobatkan sebagai Penyanyi Lelaki No. 1 Malaysia pada ketika itu kerana bakat dan populariti beliau yang seiring dan sejalan. 




04. BUNGA BUNGA CINTA
Artis : Misha Omar
Komposer : Adnan Abu Hassan
Penulis Lirik : Adnan Abu Hassan
Album : Misha
Tahun : 2002
Catatan :
Lagu ini sebenarnya bertambah popular pada tahun berikutnya iaitu 2003 apabila muncul menjadi pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL) 2003. Misha juga seperti Sarah di mana beliau di antara artis baru yang diberi perhatian peminat tempatan kerana mempunyai identiti vokal yang berbeza dengan penyanyi lain. Lagu ini juga seperti lagu Kesetiaan di mana memerlukan teknik vokal yang hebat dalam menyampaikan lagu dengan baik dan mantap. Lagu ini juga antara karya terbaik Adnan Abu Hassan dan memegang rekod lagu debut pertama yang berjaya menang AJL.





05. ALADDIN
Artis : Spider
Komposer : Tam
Penulis Lirik : Loloq
Album : Aladdin
Tahun : 2002
Catatan :
Kehadiran album Aladdin yang membawakan  muzik Ska Rock telah berjaya menawan peminat arus perdana apabila album ini muncul menjadi Album Tempatan Paling Laris Tahun 2002 (terjual lebih 60,000 unit)  dan lagu Aladdin menjadi lagu Rock paling popular tahun itu. Muzik ska rock yang disampaikan oleh kumpulan Spider ini juga dikatakan antara gelombang muzik irama kontemporari baru yang mengubah landskap muzik tanah air daripada banyak lagu tangkap leleh kepada munculnya majoriti lagu Pop/Rock kontemporari. Kumpulan Spider juga adalah Kumpulan Muzik No.1 Malaysia tahun 2002.





06. KELIRU
Artis : Ajai & Nurul
Komposer : Aidit Alfian
Penulis Lirik : Aidit Alfian
Album : AN
Tahun : 2002
Catatan :
Aidit Alfian cukup dikenali sebagai komposer unik kerana kerap menghasilkan lagu di luar kotak. Contohnya seperti lagu Keliru di mana ia menggunakan muzik retro Jepun kontemporari  dan disampaikan secara duet oleh Ajai  & Nurul. Lagu ini juga dikatakan antara lagu yang membawa satu genre muzik baru di Malaysia sehingga ianya berjaya dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu 2002. Rasanya inilah puncak kejayaan di dalam karier Ajai & Nurul kerana berjaya menjadi Juara AJL 2002.





07. PERPISAHAN TERASING
Artis : KRU
Komposer : 
Penulis Lirik : 
Album : Empayar KRUjaan  V2.0
Tahun : 2002
Catatan :
KRU sentiasa muncul dengan idea di luar kotak dan kejutan tidak terjangka apabila muncul dengan produk yang terbaru di dalam karier muzik mereka. Contohnya seperti lagu Perpisahan Terasing ini. Rasanya kumpulan KRU adalah artis pertama Malaysia yang mengabungkan dua lagi menjadi satu lagu dan hasilnya sangat mengagumkan. Lagu ini juga adalah merupakan Lagu Paling Popular di Radio Era tahun 2002.




08. SONATA MUSIM SALJU
Artis : Hazami
Komposer :
Penulis Lirik :
Album : Hazami
Tahun : 2002
Catatan :
Lagu ini adalah adaptasi daripada lagu tema drama Korea paling popular di Asia tahun itu iaitu Winter Sonata. Hazami sepatutnya diberi kredit sebagai penyanyi pertama Malaysia yang  menyanyikan lagu KPop di dalam album sendiri. Namun, pada tahun itu, perkataan KPop belum popular lagi seperti zaman kini (2019). Hazami juga seperti Sarah dan Misha Omar di mana mereka bertiga dikatakan bakal pelapis muzik Malaysia yang sangat berbakat dan wajar diberi perhatian ramai. Antara kelebihan  Hazami yang lain  ialah beliau juga seorang komposer yang hebat dan banyak lagu beliau dinyanyikan oleh penyanyi lain pada tahun-tahun berikutnya.





09. SLUMBER
Artis : OAG
Komposer : Mulo
Penulis Lirik :Mulo
Album : Opera Radhi-O-Friendly
Tahun : 2002
Catatan :
Kumpulan OAG adalah legenda muzik Alternatif di Malaysia kerana mereka adalah perintis kepada irama berkenaan. Setelah beberapa tahun menyepikan diri, kumpulan OAG muncul membuat kejutan dengan menerbitkan album baru dan lagu Mega Hits mereka iaitu Slumber. Lagu ini sangat popular pada tahun 2002  dan merupakan lagu saingan sengit kepada lagu Aladdin.






10. SYAIR SI PARI PARI
Artis : Zamani
Komposer : Aidit Alfian
Penulis Lirik : Ad Samad
Album : Zamani
Tahun :2002
Catatan :
Intro lagu ini yang seakan bunyi muzik sarkas cukup mengambarkan betapa uniknya lagu ini. Maka tidak hairanlah jika dinamakan pencipta lagu ini adalah Aidit Alfian kerana beliau sememangnya amat terkenal dengan lagu di luar kotak. Single debut solo Zamani ini memang meletop pada tahun 2002 dan lagu ini pernah dijadikan jalan cerita VCD pada tahun berikutnya. Antara kejayaan lagu ini ialah berjaya ke peringkat AJL 2002.




11. AKAN DATANG
Artis : Amy Mastura
Komposer : Iman Wan
Penulis Lirik : Amran Omar
Album : Akan Datang
Tahun : 2002
Catatan :
Lagu ini unik kerana mempunyai intro lagu seakan lagu iklan. Judul lagu ini juga kreatif kerana menggunakan judul Akan Datang. Muzik lagu ini juga cukup segar dan baru menjadikan Amy Mastura sebagai penyanyi cukup peka dengan pembaharuan muzik semasa. Imej album ini yang ditampilkan dengan ala penyanyi Jepun sememangnya  amat sesuai dengan Amy Mastura yang cukup terkenal dengan perwatakan ceria itu. Antara kejayaan lagu ini ialah berjaya ke final AJL 2002 dan menang Kulit Album Terbaik AIM 2002/2003.






12. SAMPAI BERTEMU
Artis : Erra Fazira
Komposer : Adnan Abu Hassan
Penulis Lirik : Amran Omar
Album : Sampai Bertemu
Tahun : 2002
Catatan :
Pada tahun ini, Erra telah mencapai satu puncak kejayaan di dalam karier beliau apabila media hiburan dan peminat seni tempatan menobatkan beliau sebagai Primadona Alaf Baru. Beliau juga dipuji kerana menjadi satu-satunya Artis Wanita pada ketika itu yang cukup cemerlang di dalam bidang filem dan muzik untuk jangka masa yang agak lama. Berbalik kepada lagu Sampai Bertemu, lagu ini sebenarnya telah berjaya mengekalkan populariti Erra sebagai salah seorang penyanyi Pop yang berbakat besar dan popular. Lagu Sampai Bertemu juga adalah antara karya terbaik daripada Adnan Abu Hassan.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------

LAGU ASIA
PALING POPULAR DI MALAYSIA




FROM BEGINNING UNTIL NOW - WINTER SONATA OST
(KOREA SELATAN)
Artis : Ryu Si-Won
Komposer : N/A
Penulis Lirik : N/A
Album : Winter Sonata OST
Tahun : 2002
Catatan :
Lagu ini adalah pencetus kepada fenomena drama korea dan muzik KPop di seluruh dunia termasuk Malaysia. Lagu ini ada dua versi untuk Bahasa Korea. Satu versi daripada penyanyi asal iaitu Ryu Si-Won dan kedua daripada pelakon lelaki drama Winter Sonata iaitu Bae Yong-Joon. Yang pastinya lagu ini adalah Asia paling popular di Malaysia dan  menerima saingan sengit daripada lagu Asia yang lain iaitu  Seberapa Pantas (Sheila On 7) dan Dora Re Dola (Devdas) yang juga tidak kurang popularnya di kalangan peminat muzik tempatan. 

------------------------------------------------------------------------------------------------


LAGU ANTARABANGSA
PALING POPULAR DI MALAYSIA



THE KETCHUP SONG (ASEREJE)
(SEPANYOL)
Artis : Las Ketchup
Komposer : Manuel Ruiz
Penulis Lirik : Manuel Ruiz
Album : Hijas Del Tomate
Tahun : 2002
Catatan :
Lagu ini berjaya mengulangi fenomena lagu Macarena pada tahun 1996. Seperti lagu Macarena, lagu ini adalah lagu rancak dan mempunyai koreografi tarian tersendiri yang menjadi ikutan para peminat pada tahun itu. Lagu ini juga mencipta kejutan apabila berada di kedudukan kedua di dalam Carta 100 Terhangat ERA pada tahun 2002. Maka tidak hairanlah jika lagu ini dinobatkan sebagai Lagu Antarabangsa Paling Popular di Malaysia. 

GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/



Sumber : Google Image


GALAKSI VIRAL - Tahun 1996 masih merupakan tahun kegemilangan Diva Pop Ziana Zain selepas memegang status Artis Paling Popular 1995. Komposer paling popular pada tahun ini ialah Saari Amri, Adnan Abu Hassan, Johari Teh dan Nabila. Tahun ini juga merupakan tahun kemuncak populariti irama Dangdut apabila album Dangdut Amelina berjudul Asyik (album solo) dan Dang Dang Dut  (album kompilasi)  telah berjaya menjadi album paling laris di Malaysia pada tahun 1996. Selain itu, irama muzik Alternatif juga sudah mula popular di kalangan peminat tempatan apabila ramai artis baru yang muncul membawakan muzik ini iaitu seperti Abot dan Kumpulan OAG. Tahun 1994 sehingga 1997 boleh dikatakan tahun kemuncak kegemilangan irama muzik Melayu kerana pada tahun berkenaan begitu ramai artis baru/lama yang muncul dengan pelbagai jenis muzik di dalam album mereka dan majoriti jualan album mereka juga laris di pasaran tempatan. Jom kita lihat lagu manakah yang dinobatkan sebagai Lagu Paling Popular Tahun 1996 di Malaysia. 




TOP 12
LAGU MALAYSIA  PALING POPULAR
TAHUN 1996





01. KORBAN CINTA
Artis : Ziana Zain
Komposer : Johari Teh
Penulis Lirik : Johari Teh
Album : Maria Marian OST
Tahun  : 1996
Catatan :
Lagu ini adalah lagu paling popular di Malaysia tahun 1996. Lagu ini juga adalah lagu tema filem Maria Mariana yang telah mengutip kutipan sebanyak RM 4.7 juta. Antara kejayaan lagu ini ialah memenangi Persembahan Terbaik Solo di pertandingan Konsert Pujaan 10 Nescafe 1996 dan mendapat anugerah Lagu Paling Popular serta Penyanyi Wanita Paling Popular di Anugerah Muzik Singapura 1996. Oleh itu, tidak menghairankanlah jika  Diva Pop Ziana berjaya mengekalkan statusnya sebagai Artis Paling Popular tahun 1996 di Malaysia. Album soundtrack ini terjual lebih 50,000 unit di pasaran. Kedudukan terbaik lagu ini di dalam Carta Muzik Muzik ialah No.1 (8 minggu tidak berturutan) dan berada di dalam carta selama 16 minggu. 





02. YANG TERSAYANG
Artis : Amelina & Iwan
Komposer : Imam S. Ariffin
Penulis Lirik : Jhonny Iskandar
Album : Dang Dang Dut
Tahun  : 1996
Catatan :
Lagu Yang Tersayang telah mencetuskan fenomena hebat untuk irama Dangdut pada tahun ini apabila album dangdut ini berjaya menjadi album paling laris di pasaran tempatan tahun 1996. Irama Raggae Disco Dangdut ini sememangnya menjadi irama kegilaan ramai pada tahun itu. Amelina juga boleh dikatakan berada di puncak kejayaannya apabila album solo beliau berjudul Asyik juga merupakan album solo/kumpulan paling laris di Malaysia tahun 1996. Boleh dikatakan semua lagu di dalam album ini popular di kalangan masyarakat tempatan pada masa itu. Dengan kejayaan ini, secara rasminya Amelina telah dinobatkan sebagai Ratu Dangdut Malaysia yang baru. Album ini terjual lebih 350,000 unit pada tahun itu sahaja.






03. OH LA LA
Artis : KRU
Komposer : KRU
Penulis Lirik : KRU
Album : Oh La La
Tahun  : 1996
Catatan :
Lagu ini telah menjadi salah satu lagu signature KRU yang sangat popular terutamanya dengan gerak tarian memgikut lirik lagu Oh La La. Buat pertama kalinya juga ada part Edry KRU rap secara solo di dalam lagu ini dan mendapat pujian ramai. Video muzik lagu ini juga sangat menarik dan unik.  Pada tahun ini juga, kumpulan KRU masih mengekalkan status sebagai Kumpulan Vokal No.1 Malaysia. Album ini terjual lebih 150,000 unit di pasaran tempatan. Kedudukan terbaik lagu ini di dalam Carta Muzik Muzik ialah No.2 dan berada di dalam carta selama 16 minggu.






04. MAWARKU
Artis : 2 BY 2 feat Siti Nurhaliza
Komposer : Copyright Controlled
Penulis Lirik : Copyright Controrolled
Album : Rindu
Tahun  : 1996
Catatan :
Sebenarnya lagu Mawarku adalah lagu yang betul-betul mempopularkan Dato' Seri Siti Nurhaliza pada tahun 1996. Walaupun lagu Jerat Percintaan dan Jawapan Di Persimpangan nyanyian Dato' Seri Siti sudah terlebih dahulu popular daripada lagu ini, namun lagu Mawarku telah menjadikan Dato' Seri Siti sebagai Artis Baru Paling Popular pada tahun itu bersama kumpulan 2 by 2. Hanya selepas Dato' Seri Siti menang Anugerah Juara Lagu 1996 pada bulan Disember 1996, populariti Siti terus meloncak naik menjadi Artis Paling Popular di Malaysia pada tahun berikutnya. Lagu Mawarku sebenarnya nyanyian daripada penyanyi lama Indonesia iaitu Ribut Rawit dan Moch Yusuf pada hujung tahun 1951. Kemudian ianya dinyanyikan semula oleh kumpulan Panca Sitara 2 di era 60 an dan  versi Eddie Ahmad  + Hamidah Ahmad pada tahun 1973. Lagu ini juga merupakan pencetus kepada fenomena muzik retro moden pada tahun itu dan seterusnya. Album 2 by 2 juga laris di pasaran sehingga terjual sehingga 100,000 unit di pasaran tempatan.






05. DI PENJARA JANJI
Artis : Awie
Komposer : Yan
Penulis Lirik : Kristo Bimbo
Album : O-Tak
Tahun : 1996
Catatan :
Lagu ini adalah antara lagu yang cukup sukar dinyanyikan secara live kerana memerlukan kekuatan vokal yang mantap dalam menyampaikan nada tinggi lagu ini. Lagu ini adalah antara karya terbaik Dato' Awie kerana susunan muzik rock orkestra yang superb dan lirik sangat mendalam menjadikan lagu ini sangat bagus dan hebat. Pada tahun ini juga,  Dato' Awie masih lagi memegang status sebagai Artis Lelaki No.1 Malaysia. Album ini telah terjual lebih 80,000 unit di pasaran tempatan. Kedudukan terbaik lagu di dalam carta Muzik Muzik 1996/1997 ialah No.1 (1x) dan berada di dalam carta selama 18 minggu.





06. DENDAM DALAM DIAM
Artis : Nora
Komposer : Adnan Abu Hassan
Penulis Lirik : Lukhman.S
Album : Debaran
Tahun  : 1995
Catatan :
Lagu ini popular kerana pernah menjadi lagu tema drama RTM berjudul Hayati pada tahun 1996. Selain itu, lirik lagu ini yang berbeza dengan lagu cinta biasa juga menjadikan lagu ini cepat popular dan disukai ramai. Ramai yang memuji vokal gemersik Nora di dalam mengalunkan lagu ini dengan penuh penghayatan.  Lagu ini juga merupakan salah satu karya terbaik komposer Adnan Abu Hassan. Album ini telah terjual lebih 50,000 unit di pasaran tempatan. Kedudukan terbaik lagu ini di dalam Carta Muzik Muzik 1995/1996 ialah No.1 (2 minggu berturut-turut) dan berada di dalam carta selama 20 minggu. 







07. BIRU MATA HITAMKU
Artis : Wings
Komposer : Andi Rahman
Penulis Lirik : Loloq
Album : Biru Mata Hitamku
Tahun : 1996
Catatan :
Lagu Biru Mata Hitamku membuktikan yang kumpulan Wings adalah kumpulan rock lama yang masih berbisa dan sentiasa menampilkan pembaharuan di dalam arah tuju muzik mereka.  Lagu ini menjadi bertambah menarik apabila buat julung kalinya dinyanyikan oleh Mus May yang menjadi penyanyi utama kumpulan Wings pada ketika itu. Album ini terjual lebih 100,000 unit di pasaran tempatan. Kedudukan terbaik lagu ini di dalam Carta Muzik Muzik 1996/1997 ialah No.2 dan berada di dalam carta selama 15 minggu.








08. BATAS MENANTI

Artis : Fauziah Latiff
Komposer : Adnan Abu Hassan
Penulis Lirik : Amran Omar
Album : Sahabat
Tahun  : 1995
Catatan :
Lagu ini adalah salah satu lagu terbaik ciptaan Adnan Abu Hassan. Ramai kecewa apabila lagu tidak berjaya ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 1996. Walaupun begitu, lagu ini tetap dikenang sebagai salah satu lagu paling popular tahun 1996 di Malaysia. Album ini terjual lebih 50,000 unit di pasaran tempatan. Kedudukan terbaik di dalam Carta Muzik Muzik 1995/1996 ialah No.1 (menjadi juara selama 6 minggu tidak berturutan) serta berada di dalam carta selama 18 minggu.






09. KEMBALILAH
Artis : Amy Mastura
Komposer : Younky S
Penulis Lirik : Maryati
Album : Pujaanku
Tahun  : 1996
Catatan : 
Masih ingat drama Cinta Korporat lakonan Rusdi Ramli, Azah Aziz dan Azhar Sulaiman. Drama Cinta Korporat ini adalah perintis kepada drama lain untuk membuat pengambaran di luar negara. Drama ini sangat popular dan menjadi fenomena di kalangan peminat drama tempatan. Begitu juga dengan lagu tema drama ini iaitu lagu Kembalilah nyanyian Amy Mastura. Lagu ini juga merupakan satu kelainan muzik daripada Amy Mastura kerana menampilkan elemen muzik R&B dan Balada. Terdapat dua video muzik untuk lagu ini iaitu satu untuk lagu tema drama Cinta Korporat dan satu lagi khusus untuk lagu ini sendiri. Album ini terjual lebih 80,000 unit di pasaran tempatan. 






10. PERTEMUAN
Artis : Erra Fazira
Komposer : Adyl/Erra/Ram
Penulis Lirik : Adyl/Erra/Ram
Album : 2.5 Sayang
Catatan :
Single utama daripada album Erra ini sememangnya sesuatu yang segar dan berbeza daripada muzik Erra sebelum ini. Ini juga menunjukkan yang Erra seorang penyanyi mempunyai identiti vokal tersendiri dan muzik pop yang berbeza dengan penyanyi lain ketika itu. Lagu ini juga dipanggil lagu na na ne na na na ne ne na oleh peminat Erra. Jualan album ini dianggarkan terjual lebih 30,000 unit di pasaran tempatan.  Lagu ini tidak pernah dicalonkan di dalam Carta Muzik Muzik. 






11. JIKA KAU RASA GETARNYA
Artis : Slam
Komposer : Johari Teh
Penulis Lirik : Johari Teh
Album : Kembali Merindu
Tahun  : 1996
Catatan :
Lagu ini pernah memenangi Lagu Paling Popular Konsert Pujaan 10 Nescafe 1996. Populariti lagu ini terus mengukuhkan kehebatan kumpulan ini sebagai Band No.1 tahun 1996 di Malaysia. Album ini terjual lebih 80,000 unit di pasaran tempatan. Kedudukan terbaik lagu ini di dalam Carta Muzik Muzik 1995/1996 ialah No.2 dan berada di dalam carta selama 11 minggu.







12. PELAMIN ANGANKU MUSNAH
Artis : Azie
Komposer : Saari Amri
Penulis Lirik : Lukhman.S
Album : Azie
Tahun :  1995
Catatan :
Nama lain bagi lagu ini ialah lagu angan-angan atau lagu ketuk ketuk pintu dan lagu kecewa kekasih kahwin orang lain. Karya masterpiece daripada Saari Amri sememangnya amat sesuai dinyanyikan oleh Azie. Lagu ini sangat popular sehingga kini dan kerap menjadi pilihan utama peminat apabila pergi menyanyi di pusat kareoke. Lagu ini juga pernah dinyanyikan di majlis kenduri kahwin dan menyebabkan orang yang berada di kenduri kahwin itu rasa awkward kerana lagu ini tidak berapa sesuai dinyanyikan di majlis kahwin. Antara kejayaaan lagu ini ialah pernah tersenarai sebagai lagu finalis untuk Konsert Pujaan 10 Nescafe 1996. Album ini pernah terjual lebih 20,000 unit di pasaran tempatan. Kedudukan terbaik di dalam Carta Muzik Muzik 1995/1996 ialah No.5 dan berada di dalam carta selama 16 minggu.

-------------------------------------------------------------------------------------------


LAGU ASIA
PALING POPULAR DI MALAYSIA



TENDA BIRU
(INDONESIA)
Artis : Dessy Ratnasari
Komposer : Wahyu WHL
Penulis Lirik : Wahyu WHL
Album : Tenda Biru
Tahun  : 1996
Catatan :
Lagu ini sememangnya amat popular di Malaysia sehinggakan album Dessy Ratnasari ini terjual lebih 60,000 unit di pasaran muzik tempatan sahaja. Pada tahun ini, Dessy memegang status Artis No.1 Indonesia kerana popularitinya yang hebat samada di dalam bidang nyanyian dan juga lakonan. Muzik lagu ini yang seakan muzik retro sememangnya amat unik dan ditambah vokal lembut Dessy menjadikan lagu ini lebih sedap di dengar. Lagu ini juga telah menjadi salah satu lagu Indonesia paling popular di Malaysia untuk era 90 an. 



------------------------------------------------------------------------------------------------------


LAGU ANTARABANGSA 
PALING POPULAR DI MALAYSIA




I LOVE YOU 
(CANADA)
Artis : Celine Dion
Komposer : Nova
Penulis Lirik : Nova
Album : Falling Into You
Tahun  : 1996
Catatan :
Lagu ini sememangnya amat popular di Malaysia pada tahun 1996. Sebelum itu, Celine turut popular dengan lagu Because You Love Me melalui album dan tahun yang sama. Namun lagu I Love You boleh dikatakan lagu International Song Of The Year in Malaysia kerana saban hari lagu ini berkumandang di radio Malaysia di atas permintaan peminat tempatan. Pada tahun itu, populariti Celine Dion boleh diibaratkan sehebat populariti Taylor Swift/Selena Gomez/Camilla Cabello di Malaysia pada masa kini. Pernah ada khabar angin mengatakan yang Celine Dion mungkin dijemput menjadi artis jemputan untuk pertandingan Anugerah Juara Lagu 1996. Namun, ianya hanyalah khabar angin semata-mata. 

KLIK SINI >>>  LAGU PALING POPULAR TAHUN 1993
KLIK SINI >>>  LAGU PALING POPULAR TAHUN 1992
KLIK SINI >>>  LAGU PALING POPULAR TAHUN 1997
KLIK SINI >>>  LAGU PALING POPULAR TAHUN 1994
KLIK SINI >>>  LAGU PALING POPULAR TAHUN 1995
KLIK SINI >>>  LAGU PALING POPULAR TAHUN 1998
KLIK SINI >>>  LAGU PALING POPULAR TAHUN 1990
KLIK SINI >>>  LAGU PALING POPULAR TAHUN 1991
KLIK SINI >>>  LAGU PALING POPULAR TAHUN 1999

GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/


Sumber : Google Image, Mawarku

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

Jumlah Pelawat GALAKSIVIRAL

❤️💕❤️💕❤️💕❤️

CARTA TOPIK POPULAR

  • PESERTA THE VOICE THAILAND NYANYI LAGU DIKIR PUTERI NORANIZA IDRIS. RAP DALAM BAHASA THAILAND.
  • SLAM : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN
  • PEMENANG BINTANG PALING POPULAR 2017
  • JUSTIN TIMBERLAKE GUNA NAMA KUALA LUMPUR MALAYSIA 2028 DI DALAM VIDEO MUZIK TERBARU BELIAU
  • 11 PLANET PALING ANEH DAN GANJIL DI ALAM SEMESTA
  • SEARCH : 12 LAGU PALING POPULAR DI SEPANJANG ZAMAN
  • LAGU PALING POPULAR TAHUN 1980 DI MALAYSIA
  • LEFTHANDED : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN
  • FAUZIAH LATIFF : 16 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN
  • REVIEW FILEM KOREA ALONG WITH THE GODS : THE TWO WORLDS. SAMA HEBAT DENGAN FILEM TRAIN TO BUSAN.

Infotainment Muzik

  • INFO ALBUM
  • INFO MUZIK
  • INFO PENYANYI MALAYSIA
  • KOLEKSI LAGU ZIANA ZAIN
  • LAGU ERA 1980 AN
  • LAGU ERA 1990 AN
  • LAGU ERA 2000 AN
  • LAGU ERA 2010 AN
  • LAGU ERA 2020 AN

Infotainment Boom

  • INFO ANIME
  • INFO ANUGERAH
  • INFO ARKIB HIBURAN
  • INFO FILEM
  • INFO MAKAN
  • INFO MELETOP
  • INFO MIMPI
  • INFO MINUM
  • INFO NEGARA
  • INFO PLANET
  • INFO RAYA
  • INFO SIHAT
  • INFO TV

Arkib GalaksiViral

  • Nov 20261
  • Okt 20262
  • Ogo 20261
  • Jul 20261
  • Mei 20266
  • Mac 20263
  • Feb 20262
  • Nov 20254
  • Sep 20251
  • Ogo 20252
  • Mei 20256
  • Jul 20241
  • Mei 202411
  • Apr 20244
  • Jan 20241
  • Nov 20231
  • Dis 20221
  • Jul 20221
  • Apr 20215
  • Mac 202115
  • Okt 20201
  • Sep 20208
  • Ogo 202025
  • Jul 20208
  • Jun 20203
  • Mei 20202
  • Jan 20201
  • Nov 20195
  • Okt 20191
  • Feb 201823
  • Jan 201811
  • Dis 201732
  • Nov 201749
  • Okt 20173
  • Sep 20171
  • Ogo 201747
  • Jul 2017106
  • Mei 20174
  • Apr 201713
  • Mac 20176
  • Feb 201716
Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!
Blogged.my

Created By galaksiviral May 2017 - 2026 / Distributed By Gooyaabi | Designed by OddThemes