FAUZIAH LATIFF : 16 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN
GALAKSI VIRAL - Fauziah Latiff adalah salah satu nama besar dan ikon muzik dalam industri muzik Malaysia. Album pertama beliau berjudul Digamit Memori terbitan tahun 1988 telah berjaya menjadikan Fauziah Latiff sebagai salah seorang artis baru paling popular dan berjaya pada masa itu. Fauziah Latiff cukup terkenal dengan lagu Balada romantis dan lagu rancak. Malah, beliau juga sgt hebat menari apabila melakukan persembahan dengan lagu rancak. Antara anugerah utama yg beliau pernah terima ialah menjadi Juara Pesta Pujaan Kingsway 1989, Penghibur TV Wanita Popular ABPBH 1992 & 1993, Juara Lagu 1993, Video Muzik Terbaik Anugerah Video M 1996 dan banyak lagi. Kini, setelah hampir 30 tahun dalam industri muzik Malaysia, pastinya banyak lagu hits dan popular beliau menjadi sebutan para peminatnya. Jom kita lihat lagu manakah paling popular atau menjadi signature song beliau sepanjang penglibatan beliau dalam industri muzik Malaysia.
Diva Pop Malaysia Fauziah Latiff
01.Kau Merubah Segalanya (1989)
Komposer : Manan Ngah / Penulis Lrik : Manan Ngah
Pada pendapat saya, lagu ini boleh dikatakan lagu Balada Fauziah Latiff yang pertama yang betul2x popular di kalangan peminat muzik tanahair. Secara ringkasnya lagu ini mengisahkan seorang insan yg pernah kecewa dalam percintaan tetapi kini kembali bercinta dan berharap kekal bahagia selamanya. Antara lirik yang menjadi siulan peminat :
"Tercipta suatu ikatan
Yang kita bina
Dari kehancuran masa silam"
Kulit Album Kau Merubah Segalanya
02.Bukan Kemahuan Fikiran (1990)
Komposer : Manan Ngah / Penulis Lirik : Bob Lokman
Lagu ini antara lagu paling kerap di bawa oleh peserta nyanyian dalam pertandingan nyanyian pada awal 90 an. Irama lagu yang lembut dan lirik puitis telah menjadikan lagu ini sgt popular pada tahun 1990. Secara ringkasnya lagu ini mengisahkan kisah seorang kekasih yang terpaksa melepaskan kekasihnya kerana tiada keserasian. Antara lirik menjadi siulan peminat :
"Aku relakan kau pergi dari sisi hatiku
Begini lama setelah tiada jalan penyudah
Jiwa yang hampa kan bertanya apa.. masih"
Kulit Album Kini
03.Aku Masih Seperti Dulu (1991)
Komposer : Adnan Abu Hassan / Penulis Lirik : Juwie
Lagu Balada ini telah meneruskan populariti Fauziah Latif dalam lagu Pop Romantis. Secara ringkasnya lagu ini mengisahkan seorang kekasih yang sgt mencintai pasangannya dan cintanya tetap tidak berubah walaupun pasangannya tu mungkin pernah melukainya. Antara lirik menjadi siulan peminat :
"Aku masih seperti dulu dahulu
Merahnya cintaku
Menyala di kalbu"
Kulit Album Tiada Noktah Cinta
Komposer : Adnan Abu Hassan / Penulis Lirik : Fauziah Latiff
Lagu ini boleh dikatakan lagu yang membawa Fauziah Latiff ke satu tahap populariti yg berbeza sebelum ini. Ini disebabkan lagu ini menjadi sgt fenomena pada tahun 1992 sehingga ia layak ke Separuh Akhir Muzik Muzik 1992.Secara ringkasnya lagu ini mengisahkan luahan seorang kekasih yang kecewa dalam percintaan tetapi tetap tabah menghadapinya. Antara lirik yang menjadi siulan peminat:
"Hati ini, walaupun telah dilukai
Namun diri tabah jua menghadapi
Dikau pergi tinggalkan daku sendiri
Oh menyepi nan sebuah hati
Yang luka ini"
Kulit Album Gubahan Rindu Puisi Shahdu
05.Tua Mengejar Kita (1992)
Komposer : Adnan Abu Hassan / Penulis Lirik : Amran Omar
Lagu ini popular kerana liriknya yg unik iaitu mengingatkan kita bahawa kita tidak selamanya muda dan pasti tua jua akhirnya. Lagu berunsur nasihat ini selalunya menjadi lagu tema kem motivasi atau kem bina semangat. Lagu ini menjadikan Fauziah Latiff antara penyanyi unik kerana mempunyai koleksi lagu yg berbeza daripada penyanyi lain dan evergreen. Antara lirik menjadi siulan peminat :
"Tua mengejar
Pasti tiba saatnya
Kau merasa
Hidup tak segagah
Waktu remaja
Di mana tenaga
Menyala-nyala
Makin terpadam semua"
Kulit Album Gubahan Rindu Puisi Shahdu
06.Teratai Layu Di Tasik Madu (1993)
Komposer : Adam Ahmad / Penulis Lirik : S.Amin Shahab
Lagu ini adalah lagu Fauziah Latiff yang paling popular. Kejayaan menjadi Juara Lagu 1993 telah menjadikan Fauziah Latiff sebagai salah seorang legenda muzik Malaysia yg sgt hebat dan mantap. Rasanya hampir semua peminat lagu Melayu Malaysia tahu lagu ini kan. Pada ketika ini, Fauziah Latiff sudah diiktiraf sebagai salah seorang Diva Pop Malaysia yg terhebat oleh peminatnya. Secara ringkasnya lagu ini mengisahkan seorang insan yang mahu meninggalkan kekasihnya yang tidak menghargainya. Antara lirik yang menjadi siulan peminat:
"Aku tidak sudi melihat dia lagi
Walau dalam mimpi pun tidak ku ingini
Aku rela menjadi teratai yang layu
Daripada mekar di dalamnya tasik madu"
Kulit Album Epilog Memori Gelita
07.Di Muara Mimpi (1993)
Komposer : Adam Ahmad / Penulis Lirik : Amran Omar
Lagu ini berjaya ke Final Juara Lagu 1993. Ramai yang masih ingat tarian lincah Fauziah Latiff ketika membawa lagu ini di final AJL. Secara ringkasnya lagu ini mengisahkan kisah seorang kekasih yang sudah berpisah dengan kekasihnya tetapi teringat kisah cintanya yang lalu yang tidak membuahkan hasil. Antara lirik yang menjadi siulan peminat:
"Dalam redup senja di muara
Masih segar rasa segalanya
Janji-janji setia yang terbina
Dengan mudah dikau robohkannya"
Kulit Album Epilog Memori Gelita
Komposer : Zul Mahat / Penulis Lirik : Lukhman S.
Lagu ini selalu jadi lagu tema pelbagai drama tidak kira era 90 an, 2000 an mahupun 2010 an. Ini menunjukkan betapa evergreen dan popularnya lagu ini. Lagu ini berjaya ke Separuh Akhir Muzik Muzik 1995. Secara ringkasnya lagu ini mengenai seorang kekasih yang rasa tidak bahagia dengan kekasihnya kerana tidak serasi. Antara lirik yang menjadi siulan peminat:
"Hanya tuhan yang lebih tahu
Susah senang hidup denganmu
Sumpah janji semakin layu
Hingga kini jatuh satu persatu
Engkau membiarkan ku"
Kulit Album Apa Sebenarnya
08.Dari Kaki Tangga Ke Menara (1994)
Komposer : Fauzi Marzuki / Penulis Lirik : Habsah Hassan
Lagu ini mmg sgt popular di kalangan pelajar sekolah dan institut pengajian tinggi kerana ia memberikan semangat kepada mereka supaya berusaha bersungguh-sungguh sehingga berjaya ke menara gading. Antara lirik menjadi siulan peminat :
"Aku gembira menyaksikan
Kau beroleh kejayaan
Dulu di kaki tangga
Kini di menara"
Kulit Album Apa Sebenarnya
09.Enggan (1995)
Komposer : Asmin Mudin / Penulis Lirik : Asmin Mudin
Lagu ini adalah salah satu lagu paling popular sepanjang tahun 1995. Lagu ini berjaya ke Separuh Akhir Muzik Muzik 1995 dan Final Pujaan 10 Nescafe 1995. Secara ringkasnya lagu ini mengisahkan seorang insan yang keliru dengan kisah percintaan dia kerana dia tertanya-tanya samada dia dicintai atau tidak serta tiada kepastian yang jelas dalam hubungan mereka. Antara lirik yang menjadi siulan peminat :
"Enggan berterusan
Dalam penasaran
Dalam kegelapan ku tercari
Engganku menanti
Dalam penyeksaan
Kini cintaku masih gelisah"
Kulit Album Petikan Shahdu Volume 1
10.Batas Menanti (1996)
Komposer : Adnan Abu Hassan / Penulis Lirik : Amran Omar
Lagu Balada romantis ini mmg sgt sedap dan sgt popular tahun 1996. Lagu ini layak ke Separuh Akhir Muzik Muzik 1996. Melodi lagu ini sgt indah dan lirik lagu ni sgt puitis. Secara ringkasnya lagu ini mengisahkan kisah seorang kekasih yang kesabarannya sudah tidak tertahan lagi dengan segala dugaan dia hadapi bersama pasangannya yang seakan tidak menghargainya. Antara lirik yang menjadi siulan peminat :
"Yang manakah satu
Pilihan buatku
Nampak berterusan
Sengaja kau biarkan
Diriku terkapar-kapar hampir tenggelam
Dalam lautan hempedu kasihmu
Ku sendiri berenang-renang mencari tepian"
Kulit Album Sahabat
11.Sahabat (1996)
Komposer : Zul Mahat / Penulis Lirik : Amran Omar
Lagu ini layak ke Final Anugerah Juara Lagu 1996. Video Muzik lagu ini boleh dikatakan Video Muzik Terbaik pernah diterbitkan di Malaysia ketika itu sehingga telah menyapu bersih anugerah utama Anugerah Video M 1996 dan Video Muzik Terbaik Anugerah Industri Muzik 1995. Secara ringkasnya lagu ini mengisahkan sahabat yang merindui sahabat lamanya yg pernah sama2x susah dan senang bersama dengannya. Antara lirik menjadi siulan peminat :
"Semalam yang pergi
Sayup tak berpaling lagi
Tinggalkan semua
Pahit dan manis rasa"
Kulit Album Sahabat
12.Dia (1996)
Komposer : Ross Ariffin / Penulis Lirik : Amran Omar
Lagu ini sgt popular pada hujung tahun 1996 dan tahun 1997. Lagu ni ada versi pop akustik. Secara ringkasnya lagu ini mengisahkan luahan seorang insan yang merindui kekasih pertama yang sgt dia cintai dan rasa kecewanya kerana percintaan mereka telah digagalkan oleh orang tua pasangan kekasihnya. Antara lirik yang menjadi siulan peminat:
"Dia insan pertama yang bertakhta
Dia insan pertama yang ku cinta
Dia pernah membuatku bahagia
Dia yang mengajarku
Tentang erti rindu"
Kulit Album Petikan Shahdu Vol.2
13.Ku Pohon Kemaafan (1998)
Komposer : Ross Ariffin / Penulis Lirik : Suria Desa
Lagu ini sgt popular di kalangan pasangan kekasih yang mahu peluang kedua dalam perhubungan mereka. Secara ringkasnya, lagu ini mengisahkan seorang insan yang ingin meminta maaf pada pasangannya atas segala kesilapannya yang lalu dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi. Antara lirik yg menjadi siulan peminat :
"Pernah perasaanmu tak sengaja ku calarkan
Atas dosa lalu
Ku mohonkan kemaafan
Ku syukur belum terlewat ku tersedar
Dari kesilapan, ku belajar"
Kulit Album Jee 98
Komposer : LY / Penulis Lirik : Baiduri
Lagu ini adalah salah satu lagu paling popular tahun 2000. Lagu ini menjadi juara carta radio hampir seluruh Malaysia. Lagu ini juga menjadikan Fauziah Latiff antara artis Malaysia yg mempunyai single No.1 tiga era berbeza berturut-turut (80an,90an, dan 2000an). Secara ringkasnya lagu ini mengisahkan kisah seorang kekasih yang mahukan kepastian yg jelas dalam hubungan mereka samada masih ada harapan atau tidak. Antara lirik yang menjadi siulan peminat :
"Kau janjikan bahagia
Namun kau hantui dengan gurauan berbisa
Kau janjikan setia
Rapuhku berpegang untuk hidup bersamamu"
Kulit Album Jee Fauziah Latiff No.1's
Komposer : Amin Abdullah / Penulis Lirik : Amin Abdullah
Lagu ini telah berjaya menarik perhatian generasi muda utk meminati Diva Pop Fauziah Latiff ketika itu. Imej Fauziah Latiff yang sentiasa fresh dan muzik pop berbeza daripada artis lain juga membuatkan Fauziah Latiff sentiasa relevan dan kekal popular sehingga kini. Secara ringkasnya lagu ini mengisahkan seorang insan yang meminati seseorang itu tetapi sayangnya orang yang dia minat itu suka pada orang lain. Antara lirik menjadi siulan peminat :
"Mengapa tak dapat aku memadamkan
Kenangan manis bersamamu
Bahagia yang aku harap-harapkan
Tak ingin aku rasa dipertandingkan
Sehingga diri diperbandingkan
Untuk selamanya"
Kulit Album Yang Lebih Kau Cinta
Diva Pop Malaysia Fauziah Latiff
Demikian adalah penerangan serba ringkas mengenai lagu paling popular Diva Pop Fauziah Latiff. Penerangan lirik lagu di atas adalah berdasarkan interpretasi ringkas daripada saya sendiri, Mungkin maksud asal lirik lagu itu berlainan. Walaubagaimanapun, terima kasih sudi membaca artikel ini. Semoga anda semua murah rezeki. Amin. Hihi. :)
Semua imej gambar adalah daripada carian Google.
Kemaskini pada 24 Ogos 2020.
Lagu artis lama semuanya best
ReplyDeleteya betul tu. hihi. best2x lagu dia. terima kasih sudi komen. :)
DeleteHi terima kasih singgah..singgah kat sini juga.(^_^)..
ReplyDeleteHaii.sama2x juga. terima kasih sudi komen. :)
DeletePaling tak boleh lupa teratai layu di tasik madu:)
ReplyDeleteTeringat masa muda hihi...
fenomena kan lagu tasik madu ini. mengimbau memori lama. hihi. terima kasih sudi komen. :)
Deletearil balas singgah ye .. done follow jgk ..
ReplyDeletehai aril. terima kasih sudi komen.:)
DeleteKau Merubah Segalanya. My Fav song ever :)
ReplyDeletebest kan lagu ni. my peberet song juga. terima kasih sudi komen. :)
DeleteTruly Legend..!!!
ReplyDeletebetul. truly legend. terima kasih sudi komen.:)
DeleteLegend ni.. Artis lama lagi Best lagu2 dr sekg.
ReplyDeleteBalas kunjungan.. Thks singgah blog unni..
aah mmg legend kak jee kan. lagu2x dia banyak best. sama2x. terima kasih sudi komen.:)
DeletePENYANYI CANTIK N BERSUARA MERDU
ReplyDeletemmg pakej mega star kan. hihi. terima kasih sudi komen. :)
DeleteAJ peminat tegar Gee dari zaman remaja nya lagi, rasanya kesemua album dalam entri ni AJ pernah miliki dalam bentuk kaset, cuma dah tak boleh nak play, player kaset dah tak ada haha :)
ReplyDeleteWoww.. hebat AJ. Lagu kak Gee best best kan. Rasa dulu hampir setiap tahun ada lagu hits kak Gee. hihi. Kaset dah jadi lejen dah skang. Mengimbau kenangan lama. hihi. terima kasih sudi komen. :)
Deletesenarai lagu hits fauziah latiff:
ReplyDeleteDigamit memori
Bertemu di udara
Segalanya berakhir di sini
Kau merubah segalanya
Di landa asmara
Kali terakhir
terima kasih teman
kau yang berbeza
biar rindu membara
Bukan kemahuan fikiran
Mengapa aku bukan pilihanmu
Tiada noktah cinta
aku masih seperti dulu
ku ingin bebas
Segalanya masih samar
Gubahan rindu puisi syahdu
Sekilas senyumanmu
Tua mengejar kita
Epilog memori gelita
Hari yang istimewa
di muara sepi
Teratai layu di tasik madu
Aku redha
Aku sebutir pasir
Apa sebenarnya
sandarkan ke bahuku
Dari kaki tangga ke menara
batas menanti
Sahabat
Ku pohon kemaafan
Resah
Yang lebih kau cinta
Aku
Enggan
Alam ceria
Dia
Bukan berpatah arang
Setiaku korbankan
Menjauhkan diri
ku disini
Takdir cinta
Mmg terbaik Mr Salim. Diva Pop Fauziah Latiff mmg ada sgt banyak lagu hits beliau. Semuanya sedap. :D. Terima kasih sudi singgah. :D
Deletesenarai lagu hits fauziah latiff:
ReplyDeleteDigamit memori
Bertemu di udara
Segalanya berakhir di sini
Kau merubah segalanya
Di landa asmara
Kali terakhir
terima kasih teman
kau yang berbeza
biar rindu membara
Bukan kemahuan fikiran
Mengapa aku bukan pilihanmu
Tiada noktah cinta
aku masih seperti dulu
ku ingin bebas
Segalanya masih samar
Gubahan rindu puisi syahdu
Sekilas senyumanmu
Tua mengejar kita
Epilog memori gelita
Hari yang istimewa
di muara sepi
Teratai layu di tasik madu
Aku redha
Aku sebutir pasir
Apa sebenarnya
sandarkan ke bahuku
Dari kaki tangga ke menara
batas menanti
Sahabat
Ku pohon kemaafan
Resah
Yang lebih kau cinta
Aku
Enggan
Alam ceria
Dia
Bukan berpatah arang
Setiaku korbankan
Menjauhkan diri
ku disini
Takdir cinta
Mmg terbaik Mr Salim. Diva Pop Fauziah Latiff mmg ada sgt banyak lagu hits beliau. Semuanya sedap. :D. Terima kasih sudi singgah. :D
DeleteSuka dengar lagu Kak Gee.. Nostalgia sungguh.. Lagu Dari Kaki Tangga ke Menara mengusik memory.. Teringat zaman belajar. Jangan lupa lagu Tua Mengejar Kita, insaf..
ReplyDeleteAah betul tu. Mmg sgt nostalgia dan mengimbau memori lama. Lagu dari kaki tangga ke menara mmg sgt best. tua mengejar kita juga terbaik. :D
Delete