TAFSIR MIMPI TERBANG

GALAKSIVIRAL - Pernah mimpi terbang ke langit ? Pernah mimpi ada kuasa terbang macam burung ? Pernah mimpi terbang ada sayap ? Pernah terbang macam Superman atau Storm atau Captain Marvel atau Rogue ? Mimpi terbang adalah antara salah satu mimpi paling banyak dimimpi oleh  manusia. Sesunguhnya mimpi ini sungguh misteri dan bersifat alam ghaib. Baiklah, jom kita baca di bawah apakah yang dimaksudkan dengan mimpi terbang ini ?


TAFSIR MIMPI TERBANG

1. Mimpi ini lazimnya dikaitkan dengan rasa kebebasan dalam kehidupan dan perkembangan diri yang mahu keluar daripada masalah kerusingan dalam hidup.

2. Jika mimpi terbang rasa ringan, dikatakan ada tanda kepercayaan diri. 

3. Jika mimpi terbang rasa berat, dikatakan ada tanda keraguan diri. 

4. Jika terbang tanpa sayap, dikatakan dalam proses meluahkan perasaan yang terpendam seperti tekanan perasaan, trauma atau emosi yang ditahan selama ini. 

5. Jika terbang menjauhi majalah, dikatakan berjaya menghindari daripada masalah atau berjaya mengatasi masalah yang dihidapi.

6. Jika terbang rendah, dikatakan dalam proses menimbang semula keputusan atau situasi yang sedang dihadapi dan mempunyai kurang semangat.

7. Jika terbang tinggi, dikatakan  mempunyai semangat yang baik atau impian akan tercapai.

8. Jika terbang melayang, dikatakan luahan perasaan bebas daripada segala beban dan masalah.

9. Jika terbang melintasi atas awan, dikatakan berjaya mengatasi masalah kehidupan. 

10. Jika mimpi terbang dengan pesawat, dikatakan petanda baik dan keinginan/cita cita mungkin akan tercapai.

11. Jika mimpi terbang ke bulan, dikatakan akan beroleh jodoh tidak lama lagi.

12. Jika mimpi terbang atas gunung, dikatakan akan dapat kemudahan dalam setiap usaha dan langkah dalam mencapai cita-cita.

13. Jika mimpi terbang guna belon udara, dikatakan petanda kurang baik kerana rezeki dan jodoh akan menjauh.

14. Jika mimpi terbang ke awan, dikatakan ada masalah dalam kehidupan, bimbang dan tiada arah tujuan. 

15. Jika mimpi terbang ada sayap, dikatakan petanda baik dan ada harapan yang positif dalam kehidupan.

Ini hanyalah antara rangkuman informasi yang diperolehi berkenaan tafsiran mimpi berkaitan terbang. Terpulang pada diri masing-masing mahu percaya atau tidak. Sekadar menambah informasi yang untuk makluman bersama. Selamat membaca.


Sumber :








0 Comments

Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D