TAFSIR MIMPI KAMBING

GALAKSIVIRAL - Pernah mimpi kambing ? Mimpi kambing sebenarnya sama seperti mimpi gajah  kerana mimpi ini adalah majoriti tafsiran membawa maksud baik, positif dan menyenangkan. Walaupun begitu, mimpi kambing mungkin agak rare dibincangkan di Asia Tenggara kerana kita selalu dengar mimpi haiwan seperti gajah, harimau, kucing dan banyak lagi. Sesunguhnya mimpi ini sungguh misteri dan keajaiban alam semesta. Baiklah, jom kita baca di bawah apakah yang dimaksudkan dengan mimpi kambing ini ?




TAFSIR MIMPI KAMBING

1. Jika mimpi lihat banyak kambing, dikatakan akan beroleh rezeki yang diberkati.

2. Jika mimpi dikejar kambing,  ada dua pendapat, samada impian dan cita cita akan tercapai atau mendapat cabaran ketika berurusan dalam sesuatu perkara. 

3. Jika mimpi lihat kambing hitam, dikatakan petanda potensi ancaman dan bahaya yang bakal dihidapi.

4. Jika mimpi lihat kambing dari sudut kerohanian, dikatakan petanda ada kesuburan, pengorbanan, kerajinan dan kesimbangan dalam kehidupan. 

5. Jika memiliki atau mengembala kambing, dikatakan petanda akan beroleh rezeki atau keuntungan.

6.Jika mimpi perah susu kambing, dikatakan akan menyebabkan seseorang berasa kesal dengan empunya mimpi.

7. Jika mimpi dengar suara kambing, dikatakan akan mendapat khabar baik.

8. Jika mimpi pegang tanduk kambing, dikatakan diri akan dihormati dan dihargai orang lain.

9. Jika mimpi cari kambing hilang, dikatakan akan menghadapi cabaran dalam kehidupan.

10. Jika mimpi kambing hilang atau dilarikan orang, dikatakan usaha selama ini akan gagal disebabkan orang lain.

11. Jika mimpi disukai kambing, dikatakan akan mendapat rezeki tidak terduga.

12. Jika mimpi beri makanan kepada kambing, dikatakan akan beroleh kejayaan selepas berusaha untuk mendapatkannya. 

13. Jika mimpi sembelih kambing tanpa niat memakan dagingnya, dikatakan akan ada ahli keluarga meninggal.

14. Jika mimpi sembelih kambing dengan niat memakan dagingnya, dikatakan akan memperolehi rezeki melalui anak atau ahli keluarganya. 

15. Jika mimpi melihat kambing makan rumput, dikatakan akan memperolehi rezeki yang lebih baik. 

16. Jika mimpi membeli kambing di pasar, dikatakan akan berjumpa rakan yang sudah lama tidak berjumpa.

17. Jika mimpi minum susu kambing, dikatakan rumah dalam keadaan bahagia, tenteram dan tiada gangguan. 

Ini hanyalah antara rangkuman informasi yang diperolehi berkenaan tafsiran mimpi berkaitan kambing. Terpulang pada diri masing-masing mahu percaya atau tidak. Sekadar menambah informasi yang untuk makluman bersama. Selamat membaca. 


Sumber :



0 Comments

Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D