Ads Top

AHMAD JAIS : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN

GALAKSI VIRAL - Biduan Negara dan Legenda Muzik Malaysia, arwah Datuk Ahmad Jais adalah satu nama yang sangat popular dan fenomena di Malaysia dan Singapura. Nama beliau mula menjadi sebutan pada tahun 1965 apabila EP pertama beliau berjudul Kuchupan Azimat diterbitkan. Arwah juga digelar sebagai Frank Sinatra Malaysia kerana kehebatan dan populariti luar biasa beliau di era 1960 an sehinggalah kini. Vokal beliau yang unik dan kebolehan beliau di dalam menyanyikan lagu Pop Klasik dan juga Irama Malaysia dengan baik juga dikagumi ramai. Populariti beliau sebenarnya mengjangkau sehingga ke Indonesia apabila banyak lagu beliau dinyanyikan semula oleh penyanyi generasi lama dan baru di sana. 

BIODATA RINGKAS AHMAD JAIS

Nama  Penuh : Datuk Ahmad Jais Ahmad
Tarikh Lahir : 28 Mac 1936
Tarikh Kematian : 11 Oktober 2011 (75 tahun)
Tempat Lahir : Selangor
Tahun Aktif : 1965 - 2011
Album Studio : 
1. Ahmad Jais iringan Orkes Selayang Pandang (1973)
2. Cinta Lahir Kembali (1979)
3. Hanya Tinggal Sepi (1985)
4. Kasih Bukan Belenggu (1994)
Lain-Lain Album
Kuchupan Azimat EP 1965
Ahmad Jais with Kartina Dahari - Budi Setahun Segunung Intan EP 1966
Diambang Sore EP 1966
Ahmad Jais Dengan Dendang Prindu - Sejak Kita Berpisah EP 1966
Sumpah Setia / D-kau Pujaan EP 1966 
Ahmad Jais N The Swallows EP 1967
Ahmad Jais EP 1968
Ahmad Jais, Rafeah Buang - Juwitaku-Sayang EP 1969
Umpan Jinak Di-Ayer Tenang EP 1969
Azizah EP 1969
Bukti Jadi Sejarah 1970
Kau Pergi Tanpa Rela-ku EP 1970
Nak Dara Rindu EP 1970
Hidop Bukan Derita EP 1970
Aku Ingin Bersendiri 1970
Ahmad Jais & Orkes Selayang Pandang - Surat Mesra EP 1972
Kuala Kangsar EP 1973
Menanti Hari Esok EP 1974
Si Dara Manis EP 1975
Mohon Kaseh EP 1976
Antara Pencapaian Utama :
Juara Lagu Asli 1959 & 1960
Juara Lagu Pop 1961
Juara Lagu Asli 1962
Anugerah Artis Sepanjang Zaman PAPITA 2002
Anugerah Biduan Veteran ABP 2002
Panglima Jasa Negara (Yang Dipertuan Agong) - Datuk 2006



AHMAD JAIS : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN

01. MENANTI DI-AMBANG SHURGA 
Komposer : Ahmad Shariff
Penulis Lirik : Ahmad Shariff
Album : Kuchupan Azimat
Tahun : 1965
Catatan : Lagu yang dimuatkan di dalam album EP pertama arwah Datuk Ahmad Jais ini sememangnya amat popular dan diminati ramai. Ianya juga pernah dinyanyikan semula oleh penyanyi generasi seterusnya seperti Klthsom (era 90 an) dan Haziq AF4 (era 2000 an).

Video Lagu Menanti Di-Ambang Syurga


02. DIAMBANG SORE
Komposer : Ismail Marzuki
Penulis Lirik : Ismail Marzuki
Album :  Diambang Sore
Tahun : 1966
Catatan : Lagu nyanyian asal arwah S.Effendi ini sememangnya amat menarik dibawakan semula oleh arwah Datuk Ahmad Jais dengan gaya begitu tersendiri dan penuh nostalgia. Lagu ini juga menjadi salah satu lagu signature arwah Datuk Ahmad Jais di sepanjang karier muzik beliau. Selain lagu ini, lagu Gelisah turut popular melalui album EP ini pada tahun 1966. 

Video Lagu Di Ambang Sore


03. BUDI SETAHUN SEGUNONG INTAN feat Kartina Dahari 
Komposer : Kassim Masdor
Penulis Lirik : Omar Rajik
Album : Budi Setahun Segunong Intan EP
Tahun : 1966
Catatan : Lagu ini adalah salah satu lagu duet paling popular sepanjang zaman. Lirik lagu yang seperti lagu Irama Malaysia tetapi muzik ala kebaratan dan ianya pula dinyanyikan pula dengan lenggok lagu Melayu yang kuat cukup menjadikan lagu ini unik dan lain daripada lain. Intro muzik lagu ini cukup popular dan selalu digunakan  sebagai lagu latar dalam video parodi atau drama-drama tempatan. Gabungan vokal merdu di antara arwah Datuk Ahmad Jais dan Ratu Keroncong Melayu, arwah Kartina Dahari sememangnya satu gandingan yang epik dan bersejarah. Lagu ini juga pernah dipersembahkan di dalam filem Aksi Kuching tahun 1966.

 Video Lagu Budi Setahun Segunong Intan


04. LAMBARAN TERAKHIR
Komposer : Kassim Masdor
Penulis Lirik : Kahar Jaafar
Album : Budi Setahun Segunong Intan EP
Tahun : 1966
Catatan : Lagu ini pernah dirakam semula oleh penyanyi dangdut terkenal Indonesia,Imam S.Ariffin yang terkenal dengan lagu Yang Tersayang dan Memori Daun Pisang. Namun judul berkenaan ditukar menjadi Lambaian Terakhir.

Video Lambaran Terakhir


05. BUNGAKU PUJA DIPETIK ORANG
Komposer : Ahmad Nawab
Penulis Lirik :Mama Juwie
Album : Ahmad Jais with The Antartics - Oh Dewi
Tahun : 1967
Catatan : Lagu malar segar ini sudah banyak kali dirakamkan semula dalam versi muzik terkini  samada oleh arwah sendiri ataupun penyanyi lain di dalam album masing-masing. Lagu berirama Pop Yeh Yeh ini juga di antara lagu Pop Yeh Yeh yang sangat popular sepanjang zaman. 

Video Lagu  Sepi Seorang Perindu


06. JUWITA KU-SAYANG 
Komposer : Osman Ahmad
Penulis Lirik : Osman Ahmad
Album : Juwita Ku-Sayang (bersama Rafeah Buang) EP
Tahun : 1969
atatan : Lagu ini juga adalah salah satu lagu duet paling popular sepanjang zaman. Gandingan mantap persembahan vokal kedua-dua legenda muzik ini telah menjadikan mereka berdua sebagai pasangan duet terbaik sepanjang zaman selepas pasangan duet  arwah Tan Sri P.Ramlee dan arwah Puan Sri Saloma. Lagu ini juga masih popular sehingga kini dan turut diminati oleh generasi muda ketika ini. Selain lagu ini, lagu Mengikat Janji yang turut dimuatkan di dalam EP ini juga turut popular dan diminati ramai. 
Video Lagu Juwita Ku-Sayang


07. UMPAN JINAK DI AYER-TENANG
Komposer : Ahmad Jais
Penulis Lirik : Rosli Hj Yussof
Album : Umpan Jinak Di Ayer-Tenang (EP)
Tahun : 1969
Catatan : Lagu berirama Joget ini sangat popular kerana lagu ini rancak, ceria dan liriknya berunsurkan nasihat. Ditambah pula dengan vokal unik arwah Datuk Ahmad Jais, ianya menjadikan lagu ini semakin popular dan diterima ramai peminat. Lagu ini pernah tercalon untu Lagu Pilihan Popular Era 1970 an  MACP tahun  2007. Lagu ini pernah dinyanyikan oleh peserta AF4 iaitu Haziq di dalam Konsert Prelude AF4 tahun 2006.

Video Umpan Jinak Di Ayer Tenang 


08. MENGHARAP SINAR MENELAN KABUS
Komposer : Ahmad Jais
Penulis Lirik : Rosli Hj Yusoff
Album : Azizah (EP)
Tahun : 1969 
Catatan : Lagu ini juga pernah tercalon untuk kategori Lagu Pilihan Popular Era 70 an MACP pada tahun 2007. Walaupun menggunakan komposer yang sama, lagu ini adalah berentak Pop Klasik dan bukannya irama Joget. Selain lagu ini, album EP ini turut memuatkan lagu fenomena Raya sepanjang zaman  iaitu lagu Selamat Hari Raya,  lagu malar segar Azizah dan lagu Mengapa Tiada Maaf.

Video Lagu Mengharap Sinar Menelan Kabus


09. HARAPAN KECHEWA

Komposer : Nordin Jalil
Penulis Lirik : Nordin Jalil
lbum : Kau Pergi Tanpa Rela-ku
Tahun : 1970
Catatan : Lagu ini sangat popular pada awal era 1970 an. Vokal merdu arwah Datuk Ahmad Jais dalam melagukan lagu ini membuatkan lagu ini disukai ramai dan ianya juga pernah dirakamkan semula oleh ramai artis lain seperti Aishah, Imran Ajmain, arwah A.Ramlie dan ramai lagi. 

Video Lagu Harapan Kechewa


10. BAHTRA  MERDEKA 
Komposer : Kassim Masdor 
Penulis Lirik : S.Sudarmaji
Album : Aku Ingin Bersendiri (EP)
Tahun : 1970
Catatan : Lagu patriotik berirama Melayu Asli ini sememangnya satu naskhah lagu yang sangat berharga dan disukai ramai. Lagu ini sangat popular dan boleh dikatakan hampir setiap tahun lagu ini akan dimainkan di radio tempatan apabila tiba bulan Hari Kebangsaaan dan Hari Malaysia. Lagu ini juga pernah dipopularkan semula oleh Diva Pop Malaysia Aishah pada tahun 1990. 

Video Lagu Bahtera Merdeka


11. TAQWA IMAN
Komposer : M. Fariz 
Penulis Lirik :M.Fariz
Album :  Cinta Lahir Kembali
Tahun : 1979
Catatan : Lagu Pop Klasik berunsurkan dakwah ini sememangnya sangat popular pada penghujung era 1970 an dan awal 1980 an. Malah. lagu ini masih popular sehingga kini dan pernah dinyanyikan semula oleh generasi baru seperti kumpulan Raihan, Ernie Zakri, Rojer dan ramai lagi. Lagu ini juga boleh dikategorikan sebagai lagu Nasyid. 
Video Takwa Iman


12. SELASIH KUSAYANG feat Datin Rafeah Buang
Komposer : Taib Osman
Penulis Lirik : Zainal Abas
Album : Gurindam Melayu
Tahun : 1987
Catatan : Bagi generasi muda, ramai yang beranggapan lagi ini adalah nyanyian asal arwah Datuk Ahmad Jais dan Toh Puan Setia Datin Rafeah Buang kerana nyanyian versi mereka sangat popular dan lebih banyak dimainkan di radio tempatan sehingga kini. Namun, hakikatnya lagu ini  sebenarnya sudah popular sejak era 1970 an dengan penyanyi asalnya berasal  daripada Terengganu iaitu M.Ibrahim dan Hafsah Zakaria. Lagu ini juga dikategorikan sebagai lagu rakyat  dari Pantai Timur (Terengganu). Selain itu, lagu ini juga pernah  popular di Indonesia dan pernah dinyanyikan oleh artis Indonesia di Festival Melayu Jakarta ke 9 tahun 2019.
Video Lagu Selasih KuSayang


Album Studio Arwah Datuk Ahmad Jais

GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/

Sumber :
Google Image, Youtube Channel, katasahibulhikayat.blogspot.comdiscogs.com


2 comments:

  1. Cuba dulu. Kalau sukses akan buat komen panjang.

    ReplyDelete
  2. Setiap kali dengar lagu GELISAH atau DIAMBANG SORE fikiran melayang kesuatu tempat dan era yang telah lama berlalu...dewan rehat pangkalan TLDM (Woodlands) pertengahan Disember 1965. Senja itu balik dari makan malam di dewan makan dan dengan pinggan serta cawan di tangan saya singgah di dewan rehat untuk menonton rancanggan Pesta Pop terbitan TV Singapura. Dewan jadi sepi apabila biduan Ahmad Jais muncul dengan sut putih membawakan lagi GELISAH dan DIAMBANG SORE. Pelik tapi benar, walaupun sudah lebih setengah abad berlalu namun kenangan itu masih tak lekang dek panas tak lapuk dik hujan.

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

Powered by Blogger.