Ads Top

SARAPAN PAGI PALING POPULAR DI MALAYSIA

Sarapan pagi adalah amat penting untuk kesihatan kita kerana ia akan memberikan tenaga awal kepada kita untuk melakukan kerja seharian. Seperti negara lain juga, Malaysia juga mempunyai beberapa senarai menu sarapan pagi tempatan yang cukup popular di kalangan rakyat Malaysia. Jika ada di antara kita yang keliru atau tiada idea hendak masak atau makan apa di waktu pagi nanti, mungkin senarai di bawah dapat membantu anda untuk membuat pilihan sarapan apakah yang mahu dimakan hari ini, esok. lusa dan seterusnya.

SARAPAN PAGI TEMPATAN  PALING POPULAR
 DI MALAYSIA 

01. NASI LEMAK
Nasi lemak adalah sarapan pagi paling popular di Malaysia. Hampir semua tempat makanan sarapan di Malaysia ada jual nasi lemak. Nasi lemak lazimnya terdiri daripada nasi yang dimasak bersama santan dan pandan serta diletak bersama telur rebus, timun, sambal ikan bilis dan kacang goreng. Tambahan lauk pula selalunya ayam goreng, ayam masak merah, sotong masak merah dan banyak lagi. 


02. NASI GORENG
Selalunya nasi goreng kampung dan nasi goreng cina yang akan dihidangkan di waktu pagi. Tetapi terpulang pada citarasa masing-masing. Nak masak nasi goreng Thai ke, Pattaya ke, tom yam ke. Semua pun boleh. 


03. NASI DAGANG
Nasi Dagang ini selalu menjadi pilihan utama rakyat Malaysia di waktu pagi kerana kelazatan gulai ayam atau daging yang sungguh sedap. Acar timun, sambal belacan/cili hijau, keropok dan telur rebus adalah antara makanan sampingan yang cukup penting di dalam menu nasi daging.

04. NASI KUNING 
Nasi kuning sangat popular di Sabah sebagai sarapan pagi utama. Selalunya ia dihidangkan bersama dengan Sambal Ikan, timun dan juga telur gerong atau telur rebus. 

05. NASI KERABU
Nasi Kerabu yang merupakan makanan ikonik Kelantan ini cukup popular dihidangkan bersama daging bakar, telur masin, campuran ulam-ulaman, keropok dan sambal cili hijau. 


06. NASI MINYAK
Nasi minyak selalunya dihidang apabila ada orang buat kenduri kahwin. Namun berbeza dengan di Terengganu kerana ianya turut menjadi hidangan sarapan di waktu pagi. Gulai ayam Nasi Minyak Terengganu memang mantap. 


07. NASI AYAM
Nasi Ayam pun selalu menjadi menu wajib sarapan pagi di gerai-gerai tempatan. 


08. NASI AMBENG
Nasi Ambeng yang cukup popular di Johor ini juga ada dihidangkan pada waktu pagi. Antara intipati isi makan ini ialah tempe goreng, nasi putih, telur rebus, mee goreng, bihun goreng, ikan masin goreng dan banyak lagi. 

09. NASI AIR DINGIN
Nasi Air Dingin sebenarnya adalah nasi yang berlaukkan gulai ikan tongkol. Ianya dinamakan Nasi Air Dingin kerana  pemilik asal resepi makanan ini berasal daripada Kampung Air Dingin, Tumpat Kelantan.


10. NASI KAK WOK
Nasi Kak Wook ialah nasi putih bersama ayam goreng, gulai dan sambal. Ianya juga berasal daripada Kelantan. 


11. NASI TUMPANG 
Nasi Tumpang yang juga berasal daripada Kelantan ini ialah makanan nasi berlauk gulai dan kerutuk ayam yang dibungkus secara unik dengan menggunakan daun pisang. 


12. NASI PULUT KUNING
Nasi Pulut Kuning dimakan bersama rendang ayam atau daging memang sangat lazat.


13. NASI PULUT KELAPA IKAN MASIN
Nasi pulut biasa yang dimakan bersama ikan masin goreng dan kelapa parut. 


14. NASI PULUT PAGI 
Pulut yang dimasak bersama gula melaka dan pandan ini rasanya mesti manis kan. Salah satu makanan kegemaran sarapan pagi di Kelantan.


15. NASI BERLAUK
Nasi Berlauk juga menjadi pilihan utama kerana lauknya yang pelbagai jenis dan rasa. 


16. MEE GORENG 
Mee Goreng juga sedap jika dimakan telur goreng mata.


17. MEE KOLOK
Mee Kolok yang cukup popular  di Sarawak ini juga pastinya sedap dan lazat untuk dijadikan sarapan pagi kita. 


18. MEE KARI
Jika mahu berat sikit makanan tapi berasaskan mee, mungkin mee kari boleh menjadi pilihan untuk dimakan.


19. MEE SOTO
Mee Soto sedap jika dimakan panas-panas.



20. MEE BANDUNG
Kekuatan Mee Bandung ialah kuahnya yang sedap dan lazat.


21. BIHUN GORENG
Jika tidak mahu mee goreng, Bihun Goreng boleh jadi pengganti.


22. KEUTIAW GORENG
Keautiaw goreng juga menjadi antara menu pilihan sarapan di pagi hari. 


23. BIHUN/MEE/KEUTIAW SUP
Bihun Sup Utara adalah antara bihun sup paling popular di Malaysia


24. LAKSA PENANG/SARAWAK/KEDAH/JOHOR
Laksa juga sedap dimakan bersama dengan telur rebus dan perahan limau nipis beserta sambal lazat.


25. LAKSAM 
Makanan popular daripada Terengganu boleh dikatakan adik beradik kepada laksa. Bezanya kuahnya lebih lemak dan meenya juga digulung bulat.

26. MAGGI/MEE/BIHUN GORENG MAMAK
Maggi/Mee/Bihun Goreng Mamak memang sedap kerana rencah masakannya yang berbeza dan sedap.


27. ROTI CANAI BIASA/TELUR/SARDIN/PISANG
Roti Canai juga sangat popular di Malaysia. Boleh didapati dengan mudah di seluruh negara.


28. ROTI BOOM
Adik kepada Roti Canai mempunyai fizikal yang lebih kecil tetapi tebal. Ianya juga boleh dimakan bersama kuah dal dan kari. 


29. ROTI CAPATI

Roti Capati kalau dimakan bersama kuah dal dan kari ayam atau ikan, memang sedap tidak terkata.


30. ROTI TITAB 
Roti Titab hanya boleh didapati di Kelantan sahaja. Ianya mengandungi roti bakar bersama dengan telur separuh masak dan inti jem kaya.


31. ROTI KAHWIN
Roti Kahwin ini juga sangat popular di Sabah sebagai sarapan pagi di sana. Roti Kahwin adalah roti bakar yang isinya mengandungi dua jenis bahan iaitu mentega dan jem kaya. 


32. ROTI BAKAR BIASA 
Roti bakar biasa jika dimakan dengan Teh Tarik sedap juga.


33. ROJAK KUCEI
Rojak Kucei atau Indian Rojak ini cukup popular di Sarawak terutamanya di kawasan Batu Lintang. Antara isi kandungan rojak ini ialah timun, ayam goreng, taufu goreng, tauge dan banyak lagi. 


34. JAGUNG REBUS/BAKAR
Jagung Bakar atau Rebus ada dijual pasar awal pagi di Sabah sebagai salah satu pilihan untuk sarapan pagi. 


35. BUBUR AYAM/JAGUNG/KACANG HIJAU 
Bubur Nasi/Jagung/Kacang Hijau juga sedap dimakan kerana ia akan membuatkan perut kita cepat kenyang.


36. CAKOI
Cakoi ini boleh dimakan dengan kuah kacang atau kuah pandan.


37. TAPAI NASI 
Tapai Nasi juga popular sebagai sarapan pagi di Malaysia terutamanya di Sabah dan Sarawak

38. SATAY
Satay juga menjadi salah satu menu sarapan pagi di Terengganu. Sempat mereka kibas bakar Satay ini pagi-pagi ya. 

39. SUP AYAM/JAGUNG/DAGING

Jikaa mahu diet, mungkin boleh makan Sup Ayam, Daging atau Sup Cendawan. Ianya juga turut mengenyangkan.

40. CEKODOK
Cekodok atau jeput ialah makanan sarapan paling senang untuk dibuat pada waktu pagi. Cekodok pisang, bawang dan jagung adalah di antara cekodok paling popular di Malaysia.



41. LEMPENG
Lempeng Malaysia ini selalunya dimasak bersama dengan bawang, parut kelapa, pisang dan sebagainya. Selalunya dimakan bersama sambal ikan bilis. Lempeng ini ibarat Pancake versi Malaysia. 


42. ROTI SOSEJ GORENG
Sosej yang disalut dengan roti ini dan digoreng memang sedap dimakan begitu saja.


43. ROTI CANAI GORENG
Roti Canai Goreng cukup popular di Kapit Sarawak. Roti canai terus digoreng dan dihidangkan bersama kari ayam dan sambal. 

44. BURGER MALAYSIA
Burger Malaysia ini sebenarnya ialah kuih goreng yang dipotong tengah dan diletakkan sambal ikan bilis serta timun.


45. KUIH MUIH TRADISIONAL
Antara kuih-muih yang sedap dan popular ialah karipap, popia dan banyak lagi.


P/S : GV memang tidak sertakan makanan seperti bijiran oat, telur hancur, sosej, cocktail, meatloaf, pancake, pai, madu dan sewaktu dengannya kerana senarai di atas hanya fokus kepada makanan tempatan sahaja.

Sumber : Google Image




43 comments:

  1. Allahu..dah sihat nanti sy nk telan semua ni sepuas2nya..hahah..tapi itupun kalau ada rezeki n umur yg pjg la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. GV doakan semoga hasrat Mr Cahaya tercapai. InsyaAllah kita semua ada rezeki dan panjang umur. Aamin. :)

      Delete
  2. kita mkn roti ngn minum susu jer pagi..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap tu kak nor makan roti ngan susu. cukup semua kabohidrat, protein dan kalsium untuk seharian. :D

      Delete
  3. Negara kita popular denga makanan.
    Pelbagai pilihan sarapan.
    Sarapan berat bagus dan sesuai untuk kerja kebun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Mr Warisan. negara kita popular dengan pelbagai jenis makanan. sarapan berat boleh beri tenaga lebih untuk kerja yang berat seperti berkebun yang banyak gunakan tenaga. :)

      Delete
  4. Tengok semua sarapan tu buat perut akk lapar la, addoii..
    Nmpknya negara Kita ni kaya betul dgn sarapan penuh kolestrol, hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi.. GV tengok pun rasa lapar kak Nor Azimah. Aah kak, penuh kolestrol dan lemak. huhu. tapi sedap. huhu.

      Delete
  5. pergh..saya suka roti canai,nasi lemak dan roti kahwin

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua sedap Mr Hanafi. Roti canai, nasi lemak dan roti kahwin. semua lazat. :D

      Delete
    2. kalau kahwin lagi best hahahaha

      Delete
  6. First time dngr nasi air dingin dgn mak wok

    ReplyDelete
  7. kalau makanan macam ni malam nanti pulak makannya hehe..kecuali yg kerja berat dan selalu outstation atau blogger makanan hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg meriah sarapan kan. hihi. boleh tukar2x setiap hari makanan. hihi. Okey Mr Belang Tarung. :D

      Delete
  8. Breakfast dh mcm mkn tengah hari dah sekarang

    ReplyDelete
  9. banyak betul makanan dalam tu saya x pernah makan lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh kata semua sedap la Mr Nurhaziq. hihi. nanti cuba la rasa. :D

      Delete
  10. Semua sedap. Nasi tumpang tu 1st time dengar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah kak. semua sedap. Nasi Tumpang tu popular di Kelantan. hihi.

      Delete
  11. woww....nampak sedap-sedap semua breakfast tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah kak mama. Sedap2x breakfast tu. Rasa lapar pula GV tengok menu sarapan ini. hihi. :D

      Delete
  12. Unik kan malaysia byk mkanan best2.. bertuahnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah kak Ena. Sedap-sedap makanan Malaysia ini kak. hihi. :D

      Delete
  13. Menarik, sarapan pagi seluruh pelusuk Malaysia..terbaik

    ReplyDelete
  14. No.1 & No.29 memang favourite tu... hehehe..

    ReplyDelete
  15. Kecur air liur sis >.< Tapi banyak menu yang tak pernah rasa contohnya nasi kuning dan nasi ambeng. huu

    ReplyDelete
  16. Ada kah ini dinamakan makanan ii timur??

    ReplyDelete
  17. Nk kongsi info... Saya orang johor nk bgtau Lauk utama yg price untuk nasi ambeng ialah Ikan masin goreng, mihun/mee goreng, sayur sambal goreng kicap (tempe+suhun+kentang dll) serunding kelapa, sayur urap (pucuk ubi celur+taugeh digaul dengan sambal kelapa dan cekur). Lauk lain dikira sekunder... Takde pun takpe..

    ReplyDelete
  18. Salam... Best2 semua menu ni. Saya orang johor terpanggil utk kongsi ttg nasi ambeng johor. Lauk utamanya ialah mee/mihun goreng, sayur urap pucuk ubi, sayur sambal goreng kicap Tempe tahu suhun kentang, Ikan masin goreng, serunding kelapa. Pasti ummphh biliknya cukup set asas ini... Citarasa also johor.

    ReplyDelete
  19. Pasti ummphh bila cukup set asas ini. Citarasa asli johor

    ReplyDelete
  20. Maaf ada bbrp silap pkataan sbb auto spelling tak perasan. Maklum la org tua..

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

Powered by Blogger.