YUNA MALAYSIA JADI MODEL MAJALAH VOGUE ARABIA
Untung penyanyi Malaysia Yuna yang semakin hari semakin banyak mendapat peluang untuk memperkenalkan diri beliau dipelbagai platform media antarabangsa. Terbaru, Yuna telah dipilih untuk menjadi model pakaian rekaan Hatta Dolmat dan diterbitkan di dalam majalah fesyen No.1 negara Arab iaitu Majalah Vogue Arabia untuk edisi Julai/Ogos. Majalah Vogue adalah majalah fesyen No.1 dunia di mana ia mempunyai pelbagai versi majalah ini mengikut negara masing-masing. Salah satunya ialah Majalah Vogue Arabia yang baru diterbitkan pertama kali pada Mac 2017 di negara Arab dan diedarkan ke negara seperti Arab Saudi, Bahrain, Qatar, Kuwait, Oman dan Emiriah Arab Bersatu.
Sebelum ini Yuna pernah juga menghiasi majalah ternama lain seperti NYLON dan In Style. Namun, peluang untuk beraksi gaya di dalam Majalah Vogue Arabia adalah satu peluang keemasan yang sangat jarang diperolehi oleh mana - mana artis luar Arab terutamanya daripada negara Asia sendiri. Tambahan pula, Yuna juga digemari ramai oleh peminat muzik moden di negara Arab kerana muzik Yuna yang unik dan penampilan berhijab beliau yang kelihatan sangat stylo dan elegan. Jadi tidak menghairankanlah jika Yuna dipilih untuk menghiasi salah satu rencana fesyen di dalam majalah fesyen negara Arab ini. Selain itu, Yuna juga telah mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi orang Malaysia pertama menjadi model untuk Majalah Vogue Arabia. Tahniah Yuna. Ibarat kata Madonna.. Vogueee.
Yuna - Majalah Vogue Arabia
Gambar Daripada Instagram Yuna.
Sumber : Astro Awani


WOW CANTIKNYA
BalasPadamcantik kan kak. vogueee gitewww. hihi. :D
PadamWow.. proud of u guna..
BalasPadamYuna the best gitew Mama. hihi. :D
Padamtak sangka Yuna boleh dijadikan model untuk majalah popular antarabangsa..
BalasPadambetul tu. dulu masa tahun 2009, tak sangka Yuna akan pergi sejauh ini. Usaha tangga kejayaan sudah dibuktikan oleh Yuna. :D
Padamnanti tak sangka pula jadi galaksiviral.com
Padamsetanding dengan ohbulan,rotikaya dan sebagainya
kalu ada rezeki, InsyaAllah. Aamin. Mrhanafi pun antara top blogger skang nie. terbaik. hihi. :D
Padambetul tu Mr Noor Azlan. Rasanya Yuna sudah berhempas pulas untuk berjaya seperti sekarang, sama-samalah kita doakan yang terbaik untuk Yuna. InsyaAllah. Aamin.
BalasPadamTahniah Yuna
BalasPadamTerbaik kan Yuna kak. hihi. :D
PadamTahniah Yunaa..
BalasPadamRezeki Yuna kan kak. hihi. :D
PadamDahsyat betul Yuna ni. Bangga betul dengan dia.
BalasPadamAah, Yuna dan shila amzah mmg dua dua dasyat. Sorg fokus di sebelah barat, sorg lagi fokus di sebelah timur. terbaik mereka ini. :D
Padam