Ads Top

ANAK KELAHIRAN JOHOR BAHRU MENANG MASTERCHEF AUSTRALIA

Tahniah diucapkan kepada anak jati kelahiran Johor Bahru iaitu Diana kerana telah berjaya menjadi juara Masterchef Australia tahun 2017. Diana yang kini berusia 29 tahun ini telah memenangi pertandingan ini dengan kelebihan satu mata iaitu 90 berbanding 89 yang diterima oleh saingan beliau iaitu  mat saleh Australia bernama Ben Ungermann. Diana juga dipuji kerana sentiasa berada dalam keadaan tenang dan terkawal serta sentiasa fokus terhadap apa jua cabaran memasak yang dihadapinya ketika bertanding dalam rancangan ini. Dengan kejayaan ini, Diana sebenarnya telah berjaya mengulangi semula kejayaan Adam Liew iaitu anak Malaysia pertama yang memenangi pertandingan memasak ini pada tahun 2010 (musim kedua). Menurut portal berita Popsugar Australia, Diana berasa sangat bersyukur dan terharu kerana menerima ucapan tahniah dan sokongan yang tidak terhingga daripada keluarga, rakan - rakan dan media di Malaysia setelah mereka mengetahui kejayaan beliau di pertandingan ini. 
Untuk makluman semua, Masterchef Australia adalah salah satu pertandingan memasak paling hebat di dunia kerana cabaran memasaknya meliputi hampir kesemua makanan etnik yang terdapat di pelbagai negara seluruh dunia. Rasanya hanya Masterchef Australia sahaja ada pesertanya yang memasak rendang ayam, nasi lemak, mee goreng mamak, som tum Thailand, masakan Arab, salad Vietnam, popia Vietnam, dan banyak lagi. Itulah keistimewaan Masterchef Australia yang turut fokus pada masakan etnik negara lain selain menu makanan klise daripada Itali, Perancis, Latin, China, India, Jepun dan sebagainya. Rancangan ini juga dipuji kerana turut membenarkan wanita berhijab untuk turut bertanding di dalam rancangan ini walaupun majoriti peserta yang lain adalah mat saleh Australia. Akhir kata tahniah Diana Chan. Anda Memang Terbaik. 


Diana Chan

Diana Chan bersama Juri - Juri Masterchef Australia 2017



6 comments:

  1. Tahniah Diana kerana jadi juara Masterchef Australia.
    Saya pun banggga sikitsebab saya dari johor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Terbaik kan Diana. Anak Johor mmg terbaik Mr Adam. :D

      Delete
  2. Itulah rezeki....beza 1 mata membawa makna besar dalam kehidupan seseorang...tahniah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak Perdu Cinta. Hanya kerana satu mata, segala-galanya merubah terus menjadi juara. Tahniah kepada Diana. :)

      Delete
  3. Wah bangganyadwngan anak Malaysia hebat ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Mama. GV pun bangga dengan kejayaan anak Malaysia kita ini. Terbaik. :D

      Delete

Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

Powered by Blogger.