Monday, July 24, 2017

YUNA MALAYSIA JADI MODEL MAJALAH VOGUE ARABIA

Untung penyanyi Malaysia Yuna yang semakin hari semakin banyak mendapat peluang untuk memperkenalkan diri beliau dipelbagai platform media antarabangsa. Terbaru, Yuna telah dipilih untuk menjadi model pakaian rekaan Hatta Dolmat dan diterbitkan di dalam majalah fesyen No.1 negara Arab iaitu Majalah Vogue Arabia untuk edisi Julai/Ogos. Majalah Vogue adalah majalah fesyen No.1 dunia di mana ia mempunyai pelbagai versi majalah ini mengikut negara masing-masing. Salah satunya ialah Majalah Vogue Arabia yang baru diterbitkan pertama kali pada Mac 2017 di negara Arab dan diedarkan ke negara seperti Arab Saudi, Bahrain, Qatar, Kuwait, Oman dan Emiriah Arab Bersatu. 
Sebelum ini Yuna pernah juga menghiasi majalah ternama lain seperti NYLON dan In Style. Namun, peluang untuk beraksi gaya di dalam Majalah Vogue Arabia adalah satu peluang keemasan yang sangat jarang diperolehi oleh mana - mana artis luar Arab terutamanya daripada negara Asia sendiri. Tambahan pula, Yuna juga digemari ramai oleh peminat muzik moden di negara Arab kerana muzik Yuna yang unik dan penampilan berhijab beliau yang kelihatan sangat stylo dan elegan. Jadi tidak menghairankanlah jika Yuna dipilih untuk menghiasi salah satu rencana fesyen di dalam majalah fesyen negara Arab ini. Selain itu, Yuna juga telah mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi orang Malaysia pertama menjadi model untuk Majalah Vogue Arabia. Tahniah Yuna. Ibarat kata Madonna.. Vogueee. 
Yuna - Majalah Vogue Arabia
Gambar Daripada Instagram Yuna.


Sumber : Astro Awani

16 comments:

  1. Replies
    1. cantik kan kak. vogueee gitewww. hihi. :D

      Delete
  2. tak sangka Yuna boleh dijadikan model untuk majalah popular antarabangsa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. dulu masa tahun 2009, tak sangka Yuna akan pergi sejauh ini. Usaha tangga kejayaan sudah dibuktikan oleh Yuna. :D

      Delete
    2. nanti tak sangka pula jadi galaksiviral.com

      setanding dengan ohbulan,rotikaya dan sebagainya

      Delete
    3. kalu ada rezeki, InsyaAllah. Aamin. Mrhanafi pun antara top blogger skang nie. terbaik. hihi. :D

      Delete
  3. Yuna ni rezeki dia murah, dapat dia bertahan dia kat sana, tapi kita tak tahu pula, berapa kuat dia dah berusaha kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Mr Noor Azlan. Rasanya Yuna sudah berhempas pulas untuk berjaya seperti sekarang, sama-samalah kita doakan yang terbaik untuk Yuna. InsyaAllah. Aamin.

      Delete
  4. Dahsyat betul Yuna ni. Bangga betul dengan dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, Yuna dan shila amzah mmg dua dua dasyat. Sorg fokus di sebelah barat, sorg lagi fokus di sebelah timur. terbaik mereka ini. :D

      Delete

Terima Kasih Sudi Baca & Komen. Nanti Saya Akan Singgah Blog Anda Pula. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

Recent Post

Recent Posts Widget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...