Ads Top

LAGU NASYID KLASIK TERBAIK SEPANJANG ZAMAN #gemagegarvaganza #ggv

Secara ringkasnya, lagu Nasyid adalah lagu yang berkaitan dengan agama Islam, puji-pujian kepada Allah SWT, kisah para Rasul/Nabi, kata-kata nasihat dan sewaktu dengannya. Pada permulaan kemunculan lagu Nasyid, ianya banyak dibawakan secara acapella iaitu nyanyian tanpa iringan muzik. Namun, tidak lama kemudian, irama Nasyid mengalami revolusi muzik tersendiri apabila muncul dengan pelbagai instrumen muzik yang lain seperti gendang, gambus, kompang, gitar dan sebagainya.Jika di Malaysia, irama Nasyid sudah lama bertapak di sini sejak era 70 an lagi dengan kemunculan kumpulan nasyid legenda Nusantara seperti Orkes Sinar Murni (Malaysia), Al-Mizan (Singapura/ 1977), Al-Jawaher (Singapura/1979), Orkes El-Surayya (Indonesia), Allahyarham Ahmadi Hassan (Malaysia) dan ramai lagi. Selepas itu, muncul pula kumpulan Nasyid era 80 an yang terdiri daripada kumpulan Nadamurni (1987) dan The Zikr (1990). Rasanya mungkin ramai sudah tahu bahawa kebanyakan ahli kumpulan Nasyid Raihan, Rabbani dan Hijjaz ini sebenarnya berasal daripada ahli kumpulan Nasyid Nadamurni dan The Zikr. Selain itu, irama Nasyid juga selalu didendangkan di sekolah rendah, menengah, mahupun institut pengajian tinggi melalui persembahan amal dan juga pertandingan nasyid yang diadakan oleh mereka sendiri. Bersempena dengan pertandingan Gema Gegar Vaganza yang tengah hangat berlangsung ini, di sini GV senarai 12 Lagu Nasyid Klasik Yang Sangat Popular di kalangan pengemar irama Nasyid sendiri. Lagu-lagu ini dipilih sebelum fenomena Nasyid  menguasai irama muzik Malaysia secara besar-besaran iaitu lagu Nasyid yang popular di bawah tahun 1997. Ada di antara lagu ini hanya diketahui oleh peminat nasyid tegar sahaja kerana tidak semua lagu Nasyid klasik ini popular di kalangan peminat muzik arus perdana. Ianya kerana lagu Nasyid Klasik pada masa itu belum lagi dikomersialkan secara menyeluruh kepada peminat muzik arus perdana sehinggalah kumpulan Raihan memecahkan tembok pasaran irama Nasyid kepada pasaran yang lebih luas dan popular.
Lagu Nasyid Klasik 

10 LAGU NASYID KLASIK PALING POPULAR DI MALAYSIA

01. SEPOHON KAYU - NADAMURNI II / SAUJANA
CATATAN : 
Lagu ini sangat popular di Malaysia sejak era 80 an lagi sehingga kini. Ianya menceritakan betapa pentingnya solat lima waktu ini dan hidup tidak bermakna jika ia ditinggalkan kerana solat itu tiang agama. Kumpulan Nadamurni adalah kumpulan paling awal merakamkan lagu ini secara komersial dan diikuti pula Kumpulan Nasyid Saujana pada tahun 1997. Lagu ini adalah antara lagu paling kerap dinyanyikan semula oleh peserta nyanyian pertandingan Nasyid di sekolah-sekolah harian, sekolah agama, kelas fardu ain (KAFA), institut pengajian tinggi dan banyak lagi. Ada info mengatakan lirik lagu ini dicipta oleh seorang ustaz bernama Ustaz Ahmad dari Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur dan sudah popular di kalangan peminat Nasyid sejak era 70 an. Namun, lagu ini betul-betul mencapai kemuncak popularitinya apabila lagu ini mula dimainkan di stesen televisyen RTM TV1 & TV2 seawal tahun 1986 terutamanya ketika sebelum waktu azan berkemundang di televisyen dan radio. Lagu ini juga kerap dimainkan ketika menjelangnya bulan puasa setiap tahun di Malaysia dan kini ianya menjadi salah satu lagu Nasyid paling popular di Malaysia sepanjang zaman. Di Indonesia pula, lagu ini telah dipopularkan oleh legenda Nasyid Indonesia, Allahyarham Ustaz Jefri Al Buchori dan juga artis lain seperti Umam, Wafiq Azizah dan juga Fatin Shidqia. 
VIDEO MUZIK  NADAMURNI - SEPOHON KAYU


02. SELIMUT PUTIH - ORKES EL-SURAYYA (1968)/ORKES SINAR MURNI (1988)

CATATAN : 
Lagu popular ini adalah lagu ciptaan komposer terkenal Indonesia, Allahyarham Prof H.Ahmad Baqi daripada kumpulan Nasyid legenda Indonesia Orkes El-Surayya dan diterbitkan pada tahun 1968. Lagu yang mengingatkan kita bahawa kematian itu adalah pasti telah menjadi sangat popular dan fenomena di kalangan penggemar Nasyid Nusantara. Lagu ini juga pernah dirakamkan semula oleh kumpulan Nasyid legenda Malaysia Orkes Sinar Murni (1988)  dan Biduanita Negara Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini (1998). Ada sesetengah peminat mengatakan lagu ini agak mengerunkan. Namun, mesej lagu ini sebenarnya adalah amat bagus untuk kita hayati agar kita sentiasa beringat dan mengamalkan amal kebaikan dalam kehidupan kita sebelum kita dijemput ke alam yang seterusnya. Orkes El-Surayya ini sebenarnya amat popular di Malaysia di era 70 an kerana mereka kerap dijemput membuat persembahan di serata tempat di Malaysia di zaman itu.
VIDEO MUZIK ORKES SINAR MURNI - SELIMUT PUTIH


03. JUNJUNGAN MULIA - AL-MIZAN
CATATAN : 
Lagu ini menceritakan mengenai sejarah ringkas kelahiran Rasullulah SAW. Oleh itu, tidak hairanlah jika lagu ini selalu dimainkan ketika Sambutan Maulidur Rasul setiap tahun. Kumpulan Nasyid Al-Mizan boleh dikatakan kumpulan Nasyid wanita paling popular di era 70 an dan 80 an. Kumpulan yang berasal daripada Singapura ini cukup popular di Malaysia kerana banyak lagu mereka hits dan menjadi sebutan para peminat Nasyid ketika itu. Lagu ini pernah dirakamkan oleh penyanyi popular lain seperti Rabbani. Raihan, Hijjaz, Saujana, Nowseeheart dan In Team.
VIDEO MUZIK  AL-MIZAN - JUNJUNGAN MULIA


04. ALHAMDULLILAH - AL-MIZAN / KURNIA
CATATAN : 
Lagu ini adalah lagu kegemaran kanak-kanak  di era 80 dan 90 an. Lagu ini mengajar kita supaya bersyukur kepada Allah SWT atas segala nikmat kita perolehi. Lagu ini adalah nyanyian asal Biduanita Negara Allahyarhamha Normadiah di dalam filem Ali Baba Bujang Lapok tahun 1961. Dalam filem itu, Seniwati Legenda Datuk Sarimah meminjam suara arwah Normadiah untuk dinyanyikan di dalam filem berkenaan. Lagu ini pernah dirakamkan semula oleh kumpulan Nasyid  Al- Mizan dan Kurnia. 


VIDEO MUZIK LAGU ALHAMDULLILAH

05. DOA PERPISAHAN - AN-NAURAH / BROTHERS
CATATAN : 
Lagu ini mengisahkan sebuah perpisahan di antara dua atau lebih sahabat yang sangat menghargai persabahatan mereka yang sejati, tulus dan ikhlas itu. Kelazimannya lagu ini kerap dijadikan lagu tema perpisahan bagi budak sekolah asrama dan juga budak insitut pengajian tinggi era 90 an. Ada info mengatakan lagu ini adalah nyanyian asal Kumpulan Nasyid wanita bernama An-Naurah. Selepas itu, Kumpulan Brothers pula merakamkan semula lagu ini di dalam album kedua mereka pada tahun 1998 dan meneruskan legasi populariti lagu ini sehingga kini. 
(P/S: GV pernah menyanyikan lagu ini  bersama rakan-rakan di dalam Kelas Fardhu Ain (KAFA) di Dungun Terengganu di antara tahun 1991-1995. Memori sungguh.huhu.)
VIDEO MUZIK BROTHERS - DOA PERPISAHAN

06. DI PONDOK KECIL - NADAMURNI (1987)
CATATAN :
Lagu yang mengisahkan kisah pengorbanan seorang ayah terhadap keluarga dan kasih sayang seorang anak kepada ayahnya sememangnya amat shahdu dan popular di kalangan peminat Nasyid. Lagu ini juga boleh dikatakan lagu wajib tahu jika anda adalah pendengar muzik Nasyid yang sejati kerana impak lagu ini juga sehebat lagu Nasyid Klasik popular yang lain. 
VIDEO MUZIK NADAMURNI - DI PONDOK KECIL


07. RASULULLAH - THE ZIKR  (1990) / HIJJAZ (1997)
CATATAN : 
Sebelum kumpulan Hijjaz mempopularkan lagu Rasullulah pada tahun 1997, lagu ini sebenarnya terlebih dahulu dirakamkan oleh kumpulan Nasyid The Zikr pada tahun 1990. Yang menariknya penyanyi utama kumpulan The Zikr ini adalah Nazrey daripada kumpulan Raihan dan lebih menarik lagi apabila pencipta lagu ini sebenarnya adalah Munif iaitu penyanyi utama kumpulan Hijjaz. 

VIDEO MUZIK THE ZIKR - RASULLULLAH


08. SOLLATULLAH - AL-MIZAN
VIDEO MUZIK  AL-MIZAN - SOLLATULLAH

09. KAWAN - SUARA FIRDAUS / U.N.I.C
CATATAN : 
Lagu ini  menceritakan kisah sebuah persahabatan sejati di mana seorang sahabat itu menasihati rakannya agar tabah menghadapi kehidupan. Lagu ini adalah nyanyian asal kumpulan Nasyid Suara Firdaus (thumbnail video kat bawah bukan gambar sebenar kumpulan Suara Firdaus) dan dipopularkan kembali oleh kumpulan U.N.I.C. Lagu ini antara lagu yang kurang diketahui oleh peminat muzik arus perdana tetapi sangat popular di kalangan pengemar irama Nasyid.
VIDEO MUZIK SUARA FIRDAUS - KAWAN 

10. IBU MITHALI - ORKES SINAR MURNI
CATATAN : 
Lagu ini menceritakan kisah seorang ibu yang dipuji kerana menjadi ibu yang mithali dan ikon kepada anak-anaknya. Kumpulan Rabbani pernah menyanyikan semula lagu ini di dalam album mereka. 
VIDEO MUZIK ORKES SINAR MURNI - IBU MITHALI

11. KESEDARAN - HIDAYAH
CATATAN : 
Lagu ini mengisahkan kesedaran mengenai kebesaran Allah SWT dan bersyukur atas segala nikmat yang dikurniakan kepada kita. Kumpulan Hidayah adalah kumpulan Nasyid yang berasal daripada Malaysia dan juga seangkatan dengan kumpulan Nasyid wanita popular yang lain seperti Al-Mizan dan Al-Jawaher. 
VIDEO MUZIK HIDAYAH - KESEDARAN


12. YA RASULULLAH SALAMUN ALAIKA - NADAMURNI / RAIHAN
VIDEO MUZIK NADAMURNI - YA RASULULLAH SALAMUN ALAIKA

Lagu Nasyid Klasik

Rujukan :
Semua Video Daripada YouTube Channel




29 comments:

  1. pergh..memang best giler dengan lagu nasyid

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah, rasa tenang jiwa bila dengar lagu nasyid. hihi. :D

      Delete
  2. Kebanyakkannya lagu ni mama tau. Mmg best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju ngan kak Mamapp. hihi. best best kan lagu ni. :D

      Delete
  3. lagu Sepohon Kaya tu entah kenapa sampai sekarang semua orang tahu. Mana mana budak sekolah dahulu dan sekarang mesti tahu lagu tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya sebab lirik dan melodi lagu dia yang mudah diingati dan memberi impak yg besar tidak kira tua atau muda. best kan lagu ni. :)

      Delete
  4. Ayat GV psal lagu nasyid Sepohon Kayu..... "Lagu ini betul-betul mencapai kemuncak popularitinya apabila lagu ini mula dimainkan di stesen televisyen RTM TV1 & TV2 seawal tahun 1986 terutamanya ketika sebelum waktu azan berkemundang di televisyen dan radio"...yaaa baru sy teringat waktu sy kecik mmg ada kat tv pun, selalu tengok waktu nak masuk waktu maghrib, tp tahun 1986 tu sy belum lahir..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh lagu Selimut Putih tu asal dr indonesia dan dirakamkan semula oleh penasyid mlysia..tak tahu pun

      Delete
    2. Junjungan mulia - nyanyian kumpulan nasyid wanita (Al-mizan), muzik dia agak sedih, ditambah lirik tntg kehidupan Rasulullah, lagu ni dah lama xbermain dlm kepala sy

      Delete
    3. Alhamdulillah-al mizan, doa perpisahan-brothers, dan byk lg yg GV post tu..kesimpulannya lagu2 nasyid ni mengingatkan sy pada sekolah rendah Sri Al-Huda!..allahu rindunya....

      Delete
    4. huhu. GV pun ingat masa zaman kecik era 90 an sebab bila nk masuk azan, selalu ada lagu nasyid antaranya sepohon kayu. Mr Cahaya ni mesti generasi Y kan. hihi. Aah selimut putih asal daripada Indonesia tapi dirakam semula oleh kumpulan nasyid Malaysia. Lagu sepohon kayu pula asalnya daripada Malaysia tetapi dirakam semula di Indonesia dengan ada sedikit pertukaran bahasa. Junjungan mulia Al mizan mmg lagu nasyid legend, sama juga alhamdullilah dan doa perpisahan brothers. semuanya mengimbau kenangan kita di zaman kecil. huhu. Best kan lagu nasyid ni kan Mr Cahaya. :D

      Delete
    5. Ntah, sy ni sipi2 generasi Y..agaknya..

      Delete
    6. Sy sambung dengar...lagu Kawan-UNIC tu ya sy dah xberapa ingat pun lagu ni, tapi mcm familiar..GV post ni baru teringat kembali.. Ibu mithali, kesedaran-hidayah tu pulak xtau langsung..menurut mak sy, lagu ibu mithali tu rasanya waktu mak sy muda mudi tahun 70an dulu..

      Delete
    7. Lagu Kawan mmg best sangat Mr Cahaya. hihi. Ibu mithali mmg sudah popular sejak era 70 an lagi. Lagu nasyid legend tu. Zaman mak Mr Cahaya muda mudi lagi tu. huhu. Lagu kesedaran hidayah mungkin kurang diputarkan di TV tetapi banyak dimainkan di radio rasanya, maybe sebab tu ramai kurang tahu lagu ini. huhu.

      Delete
  5. Kredit bagi lagu Alhamdulillah seeloknya diberikan kepada pengkarya asal, P Ramlee (lirik mungkin daripada S.Sudarmadji).Dipopularkan seawal 1961 dalam cerita Ali Baba Bujang Lapok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mr Jehama dan terima kasih sudi singgah blog GV. Baiklah GV akan betulkan info lagu di atas. Terima kasih sekali lagi di atas keprihatinan Mr Jemaha untuk membaca artikel ini. GV sangat menghargainya. :D

      Delete
  6. Subhanallah...sungguh mendamaikan jiwa yang gundah...bila dgr lagu2 nasyid terutamanya Selawat ke asat Nabi Junjungan kita Nabi Muhammad saw.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kak Lembaga Siang. Terima kasih sudi singgah blog GV. Aah, mmg sangat mendamaikan apabila kita dengar lagu Nasyid ini. Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW mmg terbaik. :D

      Delete
  7. Rindunyaa. Dula kak fatin wajib masuk pertandingan nasyid, dari menengah rendah sampai atas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Fatin nyanyi lagu pertandingan lagu Nasyid. Mesti best kan kak Fatin. Memori zaman sekolah tu. Huhu. :)

      Delete
  8. lagu-lahu Nasyid terkenal di Indonesia

    ReplyDelete
  9. Tuhan menciptakan makhluk. Jadi melantunkan lagu untuk Pemilik segala makhluk, pasti ada hati-hati yang terkesan walaupun dia seorang pendosa yang liar. Dan pencipta-pencipta lagu ini juga mencipta lagu dengan ikhlas untuk Tuhan. Impaknya berkemandang disetiap sudut. Terima kasih kepada Galaksi Viral. Moga dirahmati..

    ReplyDelete
  10. siapa yang tahu nasyid lama yang punga lerik 500 Miles

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

Powered by Blogger.