Ads Top

ASIA'S NEXT TOP MODEL CYCLE 5 (2017) :Episode 5 - Filipina Juara, Malaysia No.2 Minggu Ini

Maureen Filipina
Asia's Next Top Model

SINOPSIS EPISOD 5 :
Di permulaan episod 5, Tu Vietnam berasa sangat sedih kerana kawan baik beliau Layla Singapura telah tersingkir minggu lepas. Dorothy Thailand pula rasa bersyukur kerana tidak tersingkir pada episod lalu. Untuk tema minggu ini pula adalah berkaitan produk kosmestik antarabangsa Maybelline. Ada dua cabaran yang perlu dilalui oleh para peserta. 
Cabaran pertama ialah Maybelline Social Media Challenge di mana terdapat dua mentor akan membantu peserta untuk cabaran ini iaitu Cara G & Social Media Makeup Superstar Indonesia Cindercella. Cara G membahagikan  kesemua  peserta  kepada  tiga kumpulan iaitu Kumpulan Pertama - Shikin Malaysia/Veronika Indonesia/Tu Vietnam ; Kumpulan Kedua - Alicia Malaysia/Nametha Singapura/Valerie Indonesia ; dan Kumpulan Ketiga - Maureen Filipina/Dorothy Thailand/Cindy Taiwan/Clara Indonesia. Ketika proses cabaran dijalankan, Maureen Filipina ditegur kerana makeup terlalu lama oleh ahli kumpulannya. Manakala, Clara Indonesia pula secara tidak sengaja memanggil Maureen Filipina dengan perkataan yang kurang sesuai didengar dan menyebabkan Maureen  Filipina rasa down seketika. Pemenang untuk cabaran pertama ini ialah Kumpulan Ketiga tetapi Shikin Malaysia daripada Kumpulan Pertama yang mendapat markah tertinggi untuk markah individu. Nametha terkejut mendapat markah paling rendah. Veronika Indonesia dipuji oleh Shikin Malaysia dan Tu Vietnam kerana berjaya mengambil gambar mereka dengan sangat cantik dan menarik. 
Cabaran kedua pula ialah photoshoot Maybelline It Girl. Setiap model diberikan tema tertentu untuk menonjolkan solekan kosmetik Maybelline. Clara Indonesia kurang suka dengan baju beliau pakai untuk photoshoot kerana baju beliau agak besar. Cara G menasihati Clara Indonesia supaya menerima pakaian fesyen itu seadanya dan cuba buat yang terbaik. Dorothy Thailand pula nyaris terjatuh dari tangga kerana kasut tumit tinggi beliau kurang stabil. Akhirnya, Maureen Filipina mendapat gambar terbaik dan Alicia Malaysia terkeluar untuk episod kali ini.
Buat julung-julung kalinya juga peserta Malaysia mendapat sokongan hebat daripada peminat negara Asia lain seperti Filipina, Vietnam, Thailand, Singapura dan Indonesia. Jika dilihat pada komen-komen di sosial media, ramai terkejut Alicia Malaysia terkeluar minggu ini kerana bagi mereka gambar Alicia Malaysia adalah lebih baik daripada sesetengah peserta yang lain. Malah, Alicia Malaysia & Shikin Gomez Malaysia juga disukai ramai peminat negara lain kerana mereka sangat baik dan friendly dengan semua peserta negara lain di dalam pertandingan ini. Banyak spoiler mengatakan Shikin Gomez Malaysia menjadi juara untuk musim ini dan GV berharap ia akan menjadi kenyataan. #teamshikin #teamalicia #teamMalaysia

Tema : The Girl Who Made "It" Happen
Episode : 5
Tarikh : 3 Mei 2017 / Hari : Rabu / Jam : 09.05 PM - 10.05 PM
Saluran : Starworld Asia 711/722 (HD)

Untuk Episod Keempat Ini Melibatkan Dua Cabaran
Cabaran 1 : Maybelline Social Media Challenge
Kumpulan Pemenang : Kumpulan Ketiga (Maureen,Clara,Cindy & Dorothy)
Pemenang Individu : Shikin Malaysia
Mentor Undangan: Cara G & Cindercella (Social Media Makeup Superstar Indonesia)

Cabaran 2 : Maybelline "It"Girl
Pemenang : Maureen Filipina
Mentor Undangan : Cara G, Madi Ross (Model Asia) & Nigel Stanislaus (Makeup Director)
Jurufoto : Shavonne Wong (Jurugambar Singapura)


JURI TETAP
Dari Kiri - Cindy Bishop (Hos/Ketua Juri), Cara G (Mentor Model/Juri), 
Yu Tsai (Pengarah Kreatif/Juri)

JURI UNDANGAN 
NIGEL STANISLAUS (SINGAPORE)
MAKEUP  DIRECTOR  FOR MAYBELLINE NEWYORK

KEDUDUKAN PESERTA MENGIKUT MARKAH TERTINGGI
(MUSIM 5 EPISOD 5)
01. MAUREEN FILIPINA 
GAMBAR TERBAIK EPISOD 5

02. SHIKIN MALAYSIA

03. VALERIE INDONESIA

04. DOROTHY THAILAND

05. TU VIETNAM

06. NAMETHA SINGAPURA

07. CINDY TAIWAN

08. VERONIKA INDONESIA

09. CLARA INDONESIA

10. ALICIA MALAYSIA 
TERKELUAR EPISOD 5


Anda Boleh Tonton Episod 5 Penuh Di Bawah 
Credit To AsNTM YouTube Channel


Maureen Filipina
Asia's Next Top Model



Sumber Rujukan : ASNTM Facebook/Website & Google Images.



No comments:

Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

Powered by Blogger.