Ads Top

JUARA MASTERCHEF AUSTRALIA MASAK MEE GORENG MAMAK MALAYSIA


Mee Goreng Mamak

Pastinya kita akan bangga jika masakan Malaysia juga turut popular di negara lain. Malah lebih membanggakan lagi apabila ada pemenang Masterchef negara lain juga turut memasak masakan Malaysia di dalam rancangan masakan mereka sendiri. Ini jelas menunjukkan Malaysia juga mempunyai pelbagai resepi masakan tempatan bertaraf antarabangsa dan digemari ramai.  Sebagai contoh seperti Adam Liew yang merupakan Juara Masterchef Australia Musim Kedua telah memasak Mee Goreng Mamak Malaysia di dalam rancangan masakan beliau sendiri. Beliau menggunakan resepi Mee Goreng Mamak Malaysia yang unik dan mudah untuk disediakan. Sebenarnya, untuk pengetahuan semua, Adam Liew ini berasal daripada Penang Malaysia dan telah membesar di Australia. Maka, sebab itulah tidak menghairankan jika beliau mahir dalam masakan Malaysia ini kerana bagi beliau masakan Malaysia adalah unik, variasi dan terbaik. Jom tonton video masakan beliau di bawah.  :)


Video Adam Liew memasak Mee Goreng Mamak Malaysia
Credit To
everydaygourmettv YouTube Channel

 Mee Goreng Mamak 


4 comments:

  1. wah mesti sedap ni version masterchef

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak. cara masak dia pun simple.. hihi. :)

      Delete
  2. bangga betul saya makanan Malaysia mencapai tahap tertinggi begitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. GV pun turut bangga juga. anak Malaysia ni mmg ramai talented. hihi. :)

      Delete

Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

Powered by Blogger.