BLOG HIBURAN INFORMASI KABABOOM

  • Breaking News

    Sunday, April 9, 2017

    RAMLAH RAM : 10 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN

    Diva Pop Malaysia, Ramlah Ram adalah satu nama yang amat besar pengaruhnya di dalam bidang muzik Malaysia. Beliau pernah menjadi Penyanyi Wanita No.1 di hujung era 80 an dan berjaya mempertahankan populariti beliau sehingga kini. Beliau juga merupakan salah seorang Penyanyi Terbaik Malaysia kerana kekuatan vokal yang mantap dan kebolehan beliau menyanyikan pelbagai genre lagu lain dengan sangat baik. Malah, beliau juga pernah digelar Whitney Houston Malaysia kerana kemantapan vokal beliau yang boleh menyanyikan lagu bernada tinggi dengan cemerlang. Boleh dikatakan hampir semua rakyat Malaysia mengenali beliau kerana impak populariti beliau di dalam bidang seni suara Malaysia. 

    Ramlah Ram juga merupakan antara segelintir artis Malaysia yang berjaya mempunyai lagu hits setiap dekad bermula era 80 an sehingga 2010 an. Antara trademark beliau yang menjadi ikutan dan perhatian para peminat muzik tanahair sehingga kini ialah hati berbentuk love di baju beliau ketika menyanyikan lagu Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu di peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 1988. Momen itu telah menjadi salah satu momen paling diingati di dalam sejarah Anugerah Juara Lagu sepanjang zaman. Ramlah juga merupakan antara artis Malaysia yang mempunyai peminat setia yang cukup ramai sehingga terlahirnya kelab peminat beliau yang dipanggil Ramlah Ram Group. Album beliau yang berjudul Aspirasi Hati merupakan album pertama di Malaysia yang diterbitkan oleh kelab peminat artis sendiri iaitu kelab peminat Ramlah Ram Group. Ini juga menunjukkan betapa hebatnya impak dan populariti Ramlah Ram di dalam bidang muzik Malaysia. Berikut adalah biodata ringkas legenda dan ikon muzik Malaysia ini :

    Nama : Ramlah Ram
    Asal : Muar, Johor
    Tarikh Lahir : 19 Februari 1965
    Umur : 52 tahun
    Antara Anugerah Utama : 
    1) Juara Bintang RTM 1985
    2) Juara Anugerah Juara Lagu 1988 (Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu)
    3) Penyanyi Wanita Popular 1988 & 1989
    4) Album Melayu Pertama Mencatat Paling Tinggi Jualan Album (Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu - 450,000 unit)
    5) Anugerah Golden Voice, Pesta Lagu ASEAN, Vietnam 1996
    6) Lagu Terbaik Anugerah Hits 1 2008 (Ketentuan)
    7) Anugerah Khas Media Hiburan 2010
    8) Salah Seorang 30 Living Legends Media Hiburan 2015


    Berikut ialah 10 Lagu Ramlah Ram Paling Popular Di Sepanjang Karier Beliau. 

    01. KAU KUNCI CINTAKU DI DALAM HATIMU
    Komposer : Ahmad Nawab
    Penulis Lirik : Wielid
    Album : Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu
    Tahun : 1988
    Catatan : Lagu ini pastinya menjadi lagu Ramlah paling popular di dalam katalog lagu beliau. Tajuk, lirik, melodi dan persembahan Ramlah sendiri sudah cukup menjadikan lagu ini sebagai salah satu lagu terbaik  dan juga lagu popular Melayu sepanjang zaman. Lagu ini adalah pencetus fenomena Ramlah Ram di dalam bidang muzik tanahair sehingga menjadi Penyanyi Wanita No.1 Malaysia pada tahun 1988.

    02. DIAM DIAM JATUH CINTA
    Komposer : Ismail Ahmad Nawab
    Penulis Lirik : Talha Tukimin
    Album : Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu
    Tahun : 1988
    Catatan : Lagu ini merupakan antara lagu Ramlah paling kerap di bawa oleh peserta nyanyian di mana-mana pertandingan nyanyian dari era 80 an sehinggalah 2010 an. 

    03. APA KHABARMU DI SANA
    Komposer : Ahmad Nawab
    Penulis Lirik : Juwie
    Album : Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu
    Tahun : 1988
    Catatan : Lagu ini merupakan salah satu lagu paling popular di dalam karier Ramlah kerana melodi lagu yang unik dan menjadi siulan para peminatnya sehingga kini.

    04. CINTAKU HANYUT DI LAUTAN SEPI
    Komposer : Ahmad Nawab
    Penulis Lirik : Juwie
    Album : Cintaku Hanyut Di Dalam Lautan Sepi
    Tahun : 1989
    Catatan : Lagu Balada ini berjaya mempertahankan populariti Ramlah apabila berjaya menjadi Penyanyi Wanita Popular 1989 dan Tempat Ketiga Lagu Terbaik di Anugerah Juara Lagu 1989. 

    05. DURI DALAM CINTA
    Komposer : Ahmad Nawab
    Penulis Lirik : Juwie
    Album : Duri Dalam Cinta
    Tahun : 1990
    Catatan : Lagu Balada ini meneruskan populariti beliau di awal era 90 an. Album lagu ini mencatat rekod sendiri apabila terjual lebih 60,000 unit di hari pertama jualan.

    06. SELAMAT JALAN ROMEO
    Komposer : Toyak
    Penulis Lirik : Toyak / Nabila
    Album : Dangdut
    Tahun : 1994
    Catatan : Ramlah adalah pencetus fenomena kegemilangan Dangdut sebelum diteruskan oleh Amelina selepas itu. Lagu Selamat Jalan Romeo menjadi salah satu lagu Melayu paling popular sepanjang zaman dan hampir semua rakyat Malaysia mengetahui lagu ini.

    07. ZAPIN YANG TINGGAL
    Komposer : Herman Tino
    Penulis Lirik : Herman Tino
    Album : Sekeping Hati Sehampar Janji
    Tahun : 1998
    Catatan : Lagu ini merupakan salah satu lagu Irama Malaysia moden yang cukup popular di era 90 an. Melalui lagu ini juga telah membuktikan yang Ramlah juga boleh menyanyikan lagu Irama Malaysia dan Pop Etnik dengan sangat baik. Ramai memuji album ini kerana mempunyai irama etnik agak berbeza dengan album etnik  Dato' Siti dan Noraniza Idris ketika itu. 

    08. MAHARAJA
    Komposer : Eddie Hamid
    Penulis Lirik : Hairul Anuar Harun
    Album : Pujaan Asli Pop
    Tahun : 2006
    Catatan : Lagu ini adalah lagu kemunculan semula Ramlah Ram di dalam bidang muzik tanahair setelah menyepi agak lama sebelum itu. Lagu ini menjadi sangat popular dan pernah dinyanyikan semula oleh Saleem Iklim di dalam beliau yang berjudul Dunia Etnik tahun 2010. 

    09. KETENTUAN
    Komposer : Azlan Abu Hassan
    Penulis Lirik : Ad Samad
    Album : Ketentuan
    Tahun : 2007/2009
    Catatan : Lagu ini berjaya menjuarai hampir semua carta radio di Malaysia ketika itu. Lagu ini menunjukkan Ramlah Ram tetap hebat dalam menyampaikan lagu Balada moden dan menjadi salah satu lagu Pop paling popular era 2000an. 

    10. SESAAT KAU DATANG feat SLEEQ
    Komposer : ID Mifzal
    Penulis Lirik : Zie Syafruddin
    Album : Aspirasi Hati
    Tahun : 2011/2012
    Catatan : Ramai terkejut apabila Ramlah Ram menyanyikan lagu irama Hip Hop dan seterusnya menjadi salah satu lagu paling popular tahun 2011/2012. Ini juga menunjukkan beliau merupakan penyanyi yang versatile dan sentiasa mengikut peredaran muzik semasa. Itulah legenda dan ikon muzik tanahair Malaysia iaitu Diva Pop Malaysia, Ramlah Ram.



    Koleksi Album Ramlah Ram 

    Ramlah Ram


    Semua Imej Adalah Carian Google



    1 comment:

    1. tak sangka saya banyak juga lagu Ramlah Ram yang saya tahu. Hehehe

      ReplyDelete

    Terima Kasih Sudi Baca & Komen. Nanti Saya Akan Singgah Blog Anda Pula. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

    Iklan Nuffnang

    Waktu Solat

    Iklan Babab