Ads Top

RAMLAH RAM : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN

GALAKSI VIRAL - Diva Pop Malaysia, Ramlah Ram adalah satu nama yang amat besar pengaruhnya di dalam bidang muzik Malaysia. Beliau pernah menjadi Penyanyi Wanita No.1 di hujung era 1980 an dan berjaya mempertahankan populariti beliau sehingga kini. Jumlah jualan keseluruhan album solo beliau yang melebihi 1.1 juta unit itu cukup membutikkan yang beliau adalah Artis Malaysia Gred A dan Ikon Muzik Malaysia yang tiada tandingannya. 


Beliau merupakan salah seorang Penyanyi Terbaik Malaysia kerana kekuatan vokal yang mantap dan kebolehan beliau menyanyikan pelbagai genre lagu lain dengan sangat baik. Malah, beliau juga pernah digelar Whitney Houston Malaysia kerana kemantapan vokal beliau yang boleh menyanyikan lagu bernada tinggi dengan cemerlang. Boleh dikatakan hampir semua rakyat Malaysia mengenali beliau kerana impak populariti beliau di dalam bidang seni suara Malaysia. 


Ramlah Ram juga merupakan antara segelintir artis Malaysia yang berjaya mempunyai lagu hits setiap dekad bermula era 80 an sehingga 2020 an. Antara trademark beliau yang menjadi ikutan dan perhatian para peminat muzik tanahair sehingga kini ialah hati berbentuk love di baju beliau ketika menyanyikan lagu Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu di peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 1988. Momen itu telah menjadi salah satu momen paling diingati di dalam sejarah Anugerah Juara Lagu sepanjang zaman. Ramlah juga merupakan antara artis Malaysia yang mempunyai peminat setia yang cukup ramai sehingga terlahirnya kelab peminat beliau yang dipanggil Ramlah Ram Group. Album beliau yang berjudul Aspirasi Hati merupakan album pertama di Malaysia yang diterbitkan oleh kelab peminat artis sendiri iaitu kelab peminat Ramlah Ram Group. Ini juga menunjukkan betapa hebatnya impak dan populariti Ramlah Ram di dalam bidang muzik Malaysia. Berikut adalah biodata ringkas legenda dan ikon muzik Malaysia ini :

BIODATA RINGKAS RAMLAH RAM
Nama : Ramlah Ram
Asal : Muar, Johor
Tarikh Lahir : 19 Februari 1965
Umur : 55 tahun
Tahun Aktif : 1985 - kini
Album Studio :11
1986 - Sabarlah Sayang
1988 - Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatiku  (500,000 unit)
1989 - Cintaku Hanyut Di Lautan Sepi (280,000 unit)
1990 - Duri Dalam Cinta (100,000 unit)
1991 - Kau Penawar Segala Duka (100,000 unit)
1993 - Di Ambang Pintu Kasih (50,000 unit)
1994 - Dangdut (120,000 unit)
1995 - Ramlah Ram
1998 - Sekeping Cinta Sehampar Janji
2009 - Ketentuan
2012 - Aspirasi Hati
Lain-Lain Album :
1990 - Lagu Hits Ahmad Nawab Nyanyian Ramlah Ram
1993 - Nadi Cinta
1996 - Cinta Di Musim Dangdut (bersama Nelly Augustine)
1999 - Koleksi Terbaik Ramlah Ram
2005 - The Best Of Me
Antara Anugerah Utama : 
1) Juara Bintang RTM 1985
2) Juara Anugerah Juara Lagu 1988 (Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu)
3) Penyanyi Wanita Popular 1988 & 1989
4) Album Melayu Pertama Mencatat Paling Tinggi Jualan Album (Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu - 500,000 unit)
5) Anugerah Golden Voice, Pesta Lagu ASEAN, Vietnam 1996
6) Lagu Terbaik Anugerah Hits 1 2008 (Ketentuan)
7) Anugerah Khas Media Hiburan 2010
8) Salah Seorang 30 Living Legends Media Hiburan 2015


RAMLAH RAM : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN

01. KAU KUNCI CINTAKU DI DALAM HATIMU
Komposer : Ahmad Nawab
Penulis Lirik : Wielid
Album : Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu
Tahun : 1988
Catatan : Lagu ini pastinya menjadi lagu Ramlah paling popular di dalam katalog lagu beliau. Tajuk, lirik, melodi dan persembahan Ramlah sendiri sudah cukup menjadikan lagu ini sebagai salah satu lagu terbaik  dan juga lagu popular Melayu sepanjang zaman. Lagu ini adalah pencetus fenomena Ramlah Ram di dalam bidang muzik tanahair sehingga menjadi Penyanyi Wanita No.1 Malaysia pada tahun 1988.

Video Lagu Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu





02. DIAM DIAM JATUH CINTA
Komposer : Ismail Ahmad Nawab
Penulis Lirik : Talha Tukimin
Album : Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu
Tahun : 1988
Catatan : Lagu ini merupakan antara lagu Ramlah paling kerap di bawa oleh peserta nyanyian di mana-mana pertandingan nyanyian dari era 80 an sehinggalah 2010 an. 

Video Lagu Diam Diam Jatuh Cinta



03. APA KHABARMU DI SANA
Komposer : Ahmad Nawab
Penulis Lirik : Juwie
Album : Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu
Tahun : 1988
Catatan : Lagu ini merupakan salah satu lagu paling popular di dalam karier Ramlah kerana melodi lagu yang unik dan menjadi siulan para peminatnya sehingga kini.

Video Lagu Apa Khabar Mu Di Sana



04. CINTAKU HANYUT DI LAUTAN SEPI
Komposer : Ahmad Nawab
Penulis Lirik : Juwie
Album : Cintaku Hanyut Di Dalam Lautan Sepi
Tahun : 1989
Catatan : Lagu Balada ini berjaya mempertahankan populariti Ramlah apabila berjaya menjadi Penyanyi Wanita Popular 1989 dan Tempat Ketiga Lagu Terbaik di Anugerah Juara Lagu 1989. 

Video Lagu Cintaku Hanyut Di Lautan Sepi



05. DURI DALAM CINTA
Komposer : Ahmad Nawab
Penulis Lirik : Juwie
Album : Duri Dalam Cinta
Tahun : 1990
Catatan : Lagu Balada ini meneruskan populariti beliau di awal era 90 an. Album lagu ini mencatat rekod sendiri apabila terjual lebih 60,000 unit di hari pertama jualan.

Video Lagu Duri Dalam Cinta



06. S.A.Y.A.N.G
Komposer : Ahmad Nawab
Penulis Lirik : Juwie
Album : Kau Penawar Segala Duka
Tahun : 1991
Catatan : Lagu ini sangat popular pada tahun 1991 kerana keunikannya lagu ini yang ada perkataan ejaan lirik SAYANG. Lagu ini bukan sahaja diminati oleh peminat dewasa, malah kanak-kanak juga  sangat meminati lagu ini kerana lagunya yang mudah diingati dan liriknya yang bertemakan nasihat.





07. SELAMAT JALAN ROMEO
Komposer : Toyak
Penulis Lirik : Toyak / Nabila
Album : Dangdut
Tahun : 1994
Catatan : Ramlah adalah pencetus fenomena kegemilangan Dangdut sebelum diteruskan oleh Amelina selepas itu. Lagu Selamat Jalan Romeo menjadi salah satu lagu Melayu paling popular sepanjang zaman dan hampir semua rakyat Malaysia mengetahui lagu ini.

Video Lagu Selamat Jalan Romeo




08. KEANGKUHANMU
Komposer : Salman
Penulis Lirik : Huzz
Album : Ramlah Ram
Tahun : 1995
Catatan : Selepas meletop dengan fenomena dangdut Selamat Jalan Romeo, Ramlah Ram muncul dengan buah tangan dengan lagu Power Ballad berjudul Keangkuhanmu. Lagu ini sangat popular pada tahun 1995 dan ramai memuji kemantapan vokal lantang Ramlah di dalam lagu ini.

Video Lagu Keangkuhanmu



09. ZAPIN YANG TINGGAL
Komposer : Herman Tino
Penulis Lirik : Herman Tino
Album : Sekeping Hati Sehampar Janji
Tahun : 1998
Catatan : Lagu ini merupakan salah satu lagu Irama Malaysia moden yang cukup popular di era 90 an. Melalui lagu ini juga telah membuktikan yang Ramlah juga boleh menyanyikan lagu Irama Malaysia dan Pop Etnik dengan sangat baik. Ramai memuji album ini kerana mempunyai irama etnik agak berbeza dengan album etnik  Dato' Siti dan Noraniza Idris ketika itu. 

Video Lagu Zapin Yang Tinggal


10. MAHARAJA
Komposer : Eddie Hamid
Penulis Lirik : Hairul Anuar Harun
Album : Pujaan Asli Pop
Tahun : 2006
Catatan : Lagu ini adalah lagu kemunculan semula Ramlah Ram di dalam bidang muzik tanahair setelah menyepi agak lama sebelum itu. Lagu ini menjadi sangat popular dan pernah dinyanyikan semula oleh Saleem Iklim di dalam beliau yang berjudul Dunia Etnik tahun 2010. 

Video Lagu Maharaja


11. KETENTUAN
Komposer : Azlan Abu Hassan
Penulis Lirik : Ad Samad
Album : Ketentuan
Tahun : 2007/2009
Catatan : Lagu ini berjaya menjuarai hampir semua carta radio di Malaysia ketika itu. Lagu ini menunjukkan Ramlah Ram tetap hebat dalam menyampaikan lagu Balada moden dan menjadi salah satu lagu Pop paling popular era 2000an. 

Video Lagu Ketentuan


12. SESAAT KAU DATANG feat SLEEQ
Komposer : ID Mifzal
Penulis Lirik : Zie Syafruddin
Album : Aspirasi Hati
Tahun : 2011/2012
Catatan : Ramai terkejut apabila Ramlah Ram menyanyikan lagu irama Hip Hop dan seterusnya menjadi salah satu lagu paling popular tahun 2011/2012. Ini juga menunjukkan beliau merupakan penyanyi yang versatile dan sentiasa mengikut peredaran muzik semasa. Itulah legenda dan ikon muzik tanahair Malaysia iaitu Diva Pop Malaysia, Ramlah Ram.


Video Lagu Sesaat Kau Datang


Koleksi Album Ramlah Ram 

Ramlah Ram

GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.com/

Sumber : 
Laman Web Ramlah RamRamlah Ram, Google Imej, Ramlah Ram Youtube Channel
Kemaskini : 2 September 2020









5 comments:

  1. tak sangka saya banyak juga lagu Ramlah Ram yang saya tahu. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Melah kita ni mmg lejen dan versatile. hihi. :)

      Delete
    2. Lagenda terbaik sepanjang zaman!🥰

      Delete
    3. betul tu. legend Malaysia terbaik. :)

      Delete
  2. Rasanya lagu Siapa Yang Bersalah lebih popular dari lagu S.A.Y.A.N.G....

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

Powered by Blogger.