Ads Top

REVIEW FILEM : THUNDERBOLTS atau MALAYSIA MARVEL SUPERHERO ?

GALAKSIVIRAL - Filem terbaru Marvel iaitu Thunderbolts AKA New Avengers telah berjaya mengegarkan kutipan filem box office apabila berjaya mendapat kutipan lebih $200 juta untuk minggu pertama tayangan seluruh dunia. Dan paling best banyak kali nama Malaysia disebut di dalam filem ini. Jom baca trivia dan review filem ini. Opsss, sebelum itu, kalau nak tahu siapa FIRST MALAYSIAN MARVEL SUPERHERO, jangan skip baca artikel ini ya. 


Poster Filem Thunderbolts AKA New Avengers

TRIVIA FILEM  
Tarikh Tayangan :
2 Mei 2025
Pengarah :
Jake Reirer
Pelakon Utama :
Florence Pugh - Yelena Belova 
Sebastian Stan - Bucky Barnes / Winter Soldier
Wyatt Russell - John Walker / U.S Agent
Lewis Pullman - Bob Reynolds / Sentry / Void
David Harbour - Alexei Shostakov / Red Guardian
Hannah John-Kamen - Ava Starr / Ghost
Julia Loius Drey-fus - Valentina Allegra De Fontaine
Geraldine Viswanathan - Mel
Olga Kurylenko - Antonia Dreykov / Taskmaster
Kutipan Filem :
$ 272.2 juta (12 Mei 2025)
Negara :
Amerika Syarikat
Sinopsis :
KECOH! Projek Rahsia CIA Terbongkar di Malaysia – Yelena Belova & Thunderbolts Lawan Adiwira Psiko?! 🔥

Apa jadi bila bekas ejen Black Widow, tentera upahan, dan penjenayah super berkumpul untuk selamatkan dunia? Nah, inilah kisah penuh kecoh dan gempak pasukan Thunderbolts!

Semuanya bermula di Malaysia, bila Yelena Belova diarahkan oleh pengarah CIA, Valentina de Fontaine, untuk musnahkan makmal rahsia. Tujuannya? Nak hapuskan bukti penglibatan dalam projek adiwira eksperimen “Sentry” oleh kumpulan O.X.E.

Tapi twist dia – bila Yelena, John Walker, Ava Starr dan Taskmaster dihantar ke fasiliti O.X.E., rupa-rupanya mereka dijadikan umpan untuk dimusnahkan bersama bukti! Dalam kekecohan, Ava bunuh Taskmaster dan mereka terlepas dari perangkap maut. Dalam bilik yang sama, mereka bebaskan seorang lelaki misteri bernama Bob.

Siapa Bob ni? Rupa-rupanya dia subjek eksperimen Sentry yang dianggap dah mati. Tapi bila dibawa ke Menara Avengers yang kini dinamakan “Watchtower” di New York, Bob tunjuk kuasa luar biasa – kebal, boleh terbang, tapi tak stabil. Valentina nak jadikan dia sebagai ikon baru macam Avengers – tapi semuanya bertukar jadi mimpi ngeri bila Bob hilang kawalan dan berubah jadi makhluk gelap bernama Void!

Void ni bukan biasa-biasa geng... dia sedut seluruh New York ke dalam dimensi gelap berdasarkan kenangan paling ngeri setiap orang. Yelena dan pasukannya — yang diberi nama “Thunderbolts” oleh Alexei Shostakov — masuk ke dalam minda Bob untuk lawan trauma dia sendiri. Dengan semangat setiakawan dan kepercayaan, Bob akhirnya berjaya lawan sisi gelap dalam dirinya.

Lepas selamatkan bandar, Thunderbolts bersedia untuk tangkap Valentina. Tapi Valentina  bijak menggunakan situasi itu dan memperkenalkan Thunderbolts sebagai “Avengers Baharu”!  di hadapan media. Terpaksalah mereka setuju demi elak kekecohan politik.

💥 Tapi cerita tak habis kat situ geng... Dalam post-credit scene, pasukan ni terima isyarat kecemasan dari kapal angkasa extradimensi dengan simbol besar angka “4”... Adakah ini petanda kemunculan Fantastic Four

Gambar : Merdeka 118 & Letupan Makmal di Malaysia 

GALAKSIVIRAL
Arkib Hiburan Malaysia
https://galaksiviral.blogspot.com/

REVIEW :
GV dapat rasakan filem ini akan capai kutipan $1 billion dalam masa terdekat kerana formula Marvel  menggunakan konsep filem  villians becoming heroes dan ditambah pula jalan cerita yang  diselami dengan penyampaian isu sosial dan emosi sejagat iaitu kesunyian dan hubungan kekeluargaan ini sangat berjaya dan diterima baik peminat. Ia juga jelas menjadikan filem ini bukan sekadar filem superhero semata-mata tetapi juga merupakan medium menyampaikan hiburan yang berkualiti dan kesedaran kesihatan kepada para peminat hiburan global. Selain itu,aksi berlawan yang sangat hebat, kuasa yang penuh kejutan dan plot twist yang mantap juga menjadikan filem ini sangat menghiburkan dan terbaik. 

Kesemua watak utama cerita ini mempunyai masalah kehidupan yang sama iaitu sunyi dan tiada hala tuju hidup. Yelena atau Black Widow The Second telah kehilangan kakaknya iaitu Natasha Black Widow dan beranggapan dipinggirkan oleh ayahnya iaitu Red Guardian. Red Guardian pula kehilangan keluarganya satu persatu dan beranggapan Yelena tidak mahukannya lagi. U.S Agent atau Captain Amerika versi keempat ini pula dipinggirkan oleh keluarganya sendiri kerana berpunca sifat pentingkan diri sendirinya. Ava atau Ghost daripada filem Ant Man pula terpaksa jadi villian atas dasar kelangsungan hidup kerana sebelum ini beliau mempunyai masalah untuk mengawal kuasanya sendiri dan terpaksa menghadapi pelbagai kesulitan dalam hidupnya. Manakala Bob The Sentry /Void pula menjadi mangsa bahan kajian projek rahsia dan  mempunyai sejarah masalah keluarga yang serius. Disebabkan masalah hidup dan rasa kesunyian di dalam diri Bob, secara tidak sedar dia telah mewujudkan entiti baru dalam diri beliau yang mempunyai kuasa tahap dewa iaitu The Void. Walaupun Buck aka Winter Soldier juga mempunyai kisah sedih, tapi beliau sudah redeem dengan  berjuang bersama ahli Avengers lain di dalam peperangan sebelum ini dan juga menjadi ahli kongress Amerika Syarikat.


Gambar Yelena

Yelena @ Florence berjaya menjadi tunjang utama filem ini dengan gaya lakonan yang sangat bersahaja dan mantap. Yelena inilah yang melompat dari puncak menara Merdeka 118 di Kuala Lumpur Malaysia. Florence adalah bakal Primadona Baru Hollywood era 2020 an. Kehebatan Yelena adalah sama hebat dengan kehebatan Natasha. 

Gambar Winter Soldier

Buck atau Winter Soldier sebenarnya paling beruntung kerana satu-satunya watak asal daripada filem Avengers yang muncul dalam filem ini. Beliau dilihat sebagai paling matang dan mempunyai sifat kepimpinan yang sangat tinggi. 

Gambar U.S Agent
U.S Agent @ Captain America the copycat ini mempunyai perwatakan tipikal lelaki Amerika Syarikat dan kelakar.  Cara beliau berlawan juga sangat mirip dengan Captain America. 

Gambar Ghost
Ava @ Ghost nampak dingin tetapi sebenarnya sangat setia dan penyayang. Kuasa dia mirip Kitty Pryde dalam X-Men iaitu boleh menembus objek. Cuma bezanya Ava boleh jadi halimunan dan mangsa projek kajian sains. Manakala Kitty pula adalah mutant, tidak boleh halimuna dan mempunyai kuasa secara semulajadi. 

Gambar Red Guardian
Red Guardian adalah penceria suasana untuk pasukan ini. Beliau ialah Captain America versi Rusia.  Idea beliau untuk jadikan nama New Avengerz sebenarnya ditujukan pada Geng Z zaman kini yang suka buat kelainan yang kadang Yay or kadang Nay.

Gambar Taskmaster
Watak Taskmaster pula adalah satu watak yang tidak perlu ada pun di dalam filem ini kerana dia mati dibunuh oleh Ghost di awal filem ini. Sedangkan di dalam komik watak ini antara watak paling sukar dikalahkan kerana Taskmaster mempunyai kuasa  untuk copycat semua pergerakan pihak lawan. Yang anehnya watak ini wujud pula untuk filem Marvel Doomsday nanti. 


Gambar Valentina
Valentina pula adalah watak Nick McFurry versi jahat. Mel pula pembantu beliau yang sangat cekap dan pantas membuat kerja. Valentina dan Mel, walaupun kedua-dua mereka ini tidak mempunyai kemampuan berlawan atau kuasa, tetapi kedua-dua mereka ini mempunyai tahap mental yang sangat kuat. 

Gambar Bob Reynolds
Dan akhir sekali Bob The Sentry aka The Void. Bob mempunyai kuasa tahap dewa. Beliau dikatakan Superman versi Marvel. Tetapi kalau tgk kuasa dia ada, rasanya dia ini lebih kuat daripada Superman.  Di dalam badan beliau ada dua entiti berbeza iaitu satu baik dan satu lagi jahat. Ini jelas mengingatkan kita kepada anime Naruto dan Bleach di mana kedua-dua watak utama filem ini mempunyai dua sisi berbeza di dalam diri memasing dan hanya muncul jika satu sisi itu lemah dan sebaliknya. Kemunculan Bob di dalam Thunderbolts sebenarnya satu kejutan kerana tidak sangka akan wujud watak baru yang mempunyai kuasa menyamai kuasa Scarlet Witch atau mungkin lebih. Dan paling mengejutkan, kuasa hebat Bob itu diperolehi selepas beliau dijadikan bahan ujikaji makmal di Malaysia dan makmal itu diletupkan oleh Yelena. Adegan letupan ini sangat epik kerana jelas kelihatan ramai rakyat Malaysia turut berlakon di dalam adegan ini. 

Gambar Bob The Sentry

Gambar Bob The Sentry


Gambar Bob The Void

Kesimpulannya, kesemua mereka ini sangat serasi bersama dan sesuai menjadi New Avengers. Kita dapat rasakan setiap watak dalam filem ini sebenarnya kesunyian dan jauh di sudut hati mereka gembira apabila berjumpa sekumpulan yang senasib dengan mereka yang saling memahami keperitan hidup masing-masing. Mereka tidak perlu menjelaskan dengan panjang lebar apa yang mereka alami dan hanya dengan sedikit penjelasan, sesama mereka dapat merasai kesedihan dan kerumitan hidup masing-masing. Inilah dipanggil empati. Semasa Valentina umumkan mereka sebagai New Avengers, kita sebagai penonton rasa gembira dan bangga kerana ini adalah detik bersejarah di dalam permulaan baru New Avengers untuk dekad 2020 an. Diharap ia akan bawa fenomena sama seperti era 2010 an. 

Logo Fantastic Four

Yes, logo Fantastic Four muncul di post credit scene filem ini. Sejujurnya GV suka pelakon asal filem  F4 iaitu Jessica Alba dan Chris Evan. Macam mana pun, di platform reddit dan Marvel fans sudah kecoh yang Galactucs akan muncul dalam filem F4 ini. Isteri Silver Surfer  pun dah munculkan dalam trailer terbaru F4 iaitu Shalla Bal. Tak sabar pula nak tgk perlawanan hebat tahap dewa ini. 

Walau bagaimanapun, flem New Avengers ini akan diingati sebagai satu-satunya filem Marvel yang paling banyak sebut nama Malaysia. Ini adalah satu permulaan yang sangat bagus untuk Malaysia dan berharap watak Superhero Marvel Malaysia akan muncul suatu hari nanti di dalam filem Marvel akan datang. Info lanjut boleh dibaca di bawah. 


GV METER  : 90/100 
💖💖💖💖💖
(TERBAIK)


FIRST MALAYSIAN MARVEL SUPERHERO
SUN BIRD
BURUNG MATAHARI

Info Lanjut Malaysia Marvel Superhero boleh dibaca di link ini >>> Sun Bird 1st Malaysia Marvel Superhero





GALAKSIVIRAL
Arkib Hiburan Malaysia
https://galaksiviral.blogspot.com/

Sumber : 
Google Images, ChatGPT






Tiada ulasan:

Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

Dikuasakan oleh Blogger.
FE