SENARAI MEDIA SOSIAL PALING POPULAR DI MALAYSIA TAHUN 2017 DAN 2018
GALAKSI VIRAL - Platform media sosial atas talian kini telah menjadi salah satu sumber utama untuk penyebaran maklumat, pemasaran perniagaan, dan juga tempat luahan pendapat terhadap pelbagai isu/perkara yang cukup popular di kalangan masyarakat dunia. Dengan penggunaan internet yang semakin meluas kini, ianya secara tidak langsung menggalakkan lagi penggunaan platform media sosial atas talian kerana ianya boleh diakses dengan mudah, cepat dan pantas. Bagaimana pula di Malaysia ? Sosial media manakah paling popular di Malaysia ketika ini ? Jawapannya ada di bawah.
Berdasarkan info daripada Reuteurs Institute Digital News Report 2017, terdapat lima jenis aplikasi platform sosial media paling popular di kalangan rakyat Malaysia untuk mendapatkan maklumat dan pelbagai info berita.
APLIKASI PLATFORM SOSIAL MEDIA
PALING POPULAR DI MALAYSIA
01. FACEBOOK
Tempat pertama jatuh kepada Facebook (58%). Ianya tidak menghairankan jika Facebook mendapat pertama kerana sememangnya majoriti rakyat Malaysia gemar melayari Facebook tidak kira waktu, masa dan tempat. Selain itu, majoriti info atau video viral di Malaysia pun lazimnya bermula daripada Facebook dan kemudiannya baru tular ke platform media sosial yang lain.
02. WHATSAPP
Tempat kedua pula jatuh kepada WhatsApp. Dengan peratusan 51%, ianya secara rasminya menjadikan Malaysia adalah pengguna terbesar aplikasi platform ini di dunia ketika ini. Saingan Malaysia untuk WhatsApp ini ialah Brazil dengan 46% dan Chile 39%.
03. YOUTUBE
Tempat ketiga pula dimiliki oleh YouTube dengan 26%. YouTube menjadi platform paling popular di kalangan artis professional/amatur dan pengamal sosial media dalam menyampaikan pelbagai info meliputi isu hiburan, hal semasa dan sebagainya.
04. WECHAT
Tempat keempat adalah milik WeChat dengan 13 %. Untuk zaman kini, boleh dikatakan budak generasi Z gemar memggunakan WeChat sehingga wujudnya geng budak Wicet. Ini adalah berdasarkan pendapat umum kerana kebanyakan yang viral berkaitan penggunaan WeChat ini adalah di kalangan budak baru hendak akil baligh. Mungkin disebabkan itu wujudnya nama Geng Budak Wicet.
05. INSTAGRAM
Tempat kelima dan terakhir jatuh kepada Instagram dengan peratusan sama dengan WeChat iaitu 13%. Boleh dikatakan majoriti artis di Malaysia mempunyai akaun Instagram kerana Instagram kini boleh dikatakan menjadi salah satu penentu populariti seseorang artis itu samada popular atau tidak. Ini adalah disebabkan majoriti peminat seni hiburan Malaysia ini gemar melihat gambar-gambar terkini artis pujaan mereka dan IG adalah platform terbaik untuk mereka memenuhi kehendak mereka itu. Semakin banyak followers mereka ada, maka semakin popularlah seseorang artis itu. Contohnya seperti Siti Nordiana. Sebelum menang Gegar Vaganza, followers Siti Nordiana hanya ratus ribu sahaja. Tetapi selepas beliau menang Gegar Vaganza, followers naik sampai 2.3 juta followers. Ianya jelas menunjukkan populariti Siti Nordiana semakin memuncak dengan pertambahan followers itu. Malah, ada ura-ura mengatakan ada orang industri seni yang mahu tengok berapa jumlah followers di IG kerana mahukan hanya artis popular sahaja mendapat kerja di produksi mereka. Tidak dapat disahkan benar atau tidak, namun, ianya secara tidak langsung jelas menunjukkan yang IG kini semakin mendapat tempat di Malaysia.
Kesimpulannya, boleh dikatakan Top 5 aplikasi platform media sosial di atas berkemungkinan besar akan terus popular sehingga tahun 2018 kerana kebanyakan hanya platform media yang sama sahaja berada di kedudukan teratas. Walaupun begitu, tidak dapat dipastikan kenapa aplikasi Twitter tidak tersenarai dalam kedudukan lima terbaik di atas. Mungkin Twitter kini sudah semakin tidak popular di kalangan generasi muda. Lagipun Twitter sekarang hanya popular secara bermusim sahaja. Contohnya seperti jika ada drama popular atau pertandingan seperti Gegar Vaganza, baru ianya aktif mendapat reaksi daripada pengguna kerana ramai menggunakan simbol hashtag # dan ianya akan trending di Twitter. Namun, itu hanyalah pendapat umum sahaja.
Credit Picture to Reuters Institute Digital News Report 2017
GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/
Mungkin suatu masa nanti orang tak akan beli dan baca akhbar2 lagi.
ReplyDeleteAda kemungkinan juga Mr WP. Jika kemudahan dan kelajuan dipertingkatkan dengan lebih baik lagi, kemungkinan besar akhbar bercetak boleh pupus. huhu.
DeleteSegala info terkini hanya di hujung jadi . Ada kebaikkan juga setiap laman sosial media ni . Cuma gunakan dengan cara yang betul
ReplyDeleteSetuju kak Cik Cappucino. Kita kena verified dulu samada info tu betul atau sebaliknya. Terbaik kak. huhu.
DeletePeredaran zaman yang seiringnya waktu majoriti mahukan kepantasan..namun setiap kita yang menjadi pengguna atau pengamalnya mesti bijak menapis setiap maklumat yang diterima atau yang mahu dikongsikan.
ReplyDeleteSetuju kak PC. Penyebaran informasi zaman kini semakin berkembang laju dengan kewujudan sosial media ini. Kita sememangnya perlu meneliti segala bentuk info yang kita baca dan terima serta analisanya samada ia baik atau sebaliknya. Terbaik kak. Huhu.
Deletewe chat je dah uninstall...yang lain memang layannnnn..haha
ReplyDeleteHahahaha. GV pun baru uninstall wechat gak kak. Hihi. Yang lain GV layan juga. hihi. :D
Deletememang medan sosial FB sesak hari-hari GV. Blog agak kurang di klik hanya bloggers yang faham berbelog..
ReplyDeleteSetuju Mr Etuza. Skang ramai duk fokus pada FB dan terbaru WhatsApp. Blog lazimnya akan diklik bila ada info tertentu berkaitan dengan pencarian tertentu di internet. huhu.
Deletefb,whatsapp, twitter, blog yng guna hihihihi.. wechet dah unistall hahahha
ReplyDeleteSama la kak Cik Ash. huhu. GV pun baru uninstall we chat juga. huhu.
DeleteI love insta very much. Ada insta x GV? follow me @fatinshahrizam , hahaha tetiba promote :P
ReplyDeleteAda kak Fatin. Nanti GV join insta akak ya. GV punya @galaksiviral . Tq so much kak Fatin .hihi. :D
DeleteDunia tanpa sempadan, informasi di hujung jari.. facebook masih mengekalkan kejuaraan hehee :)
ReplyDeleteBetul tu Mr Khir. Dunia tanpa sempadan. Hihi. Lama tu Facebook duk No.1. Tapi Whatsapp makin menghampiri untuk menjadi juara sebab peratusan dah dekat sama. huhu.
DeleteSemua platform social media di atas saya guna kecuali WeChat. Tak sangka pula Insta no. 5..
ReplyDeleteApa pun social media menjadi satu keperluan zaman ini.
Aah kak LZ. GV pun ingat IG no.1 sebab rasanya merata orang Malaysia skang suka IG. Huhu. Cmner pun, social media mmg dah jadi keperluan kepada generasi skang kan kak LZ. huhu.
Deletememang pun ...terbaik
ReplyDeleteSetuju kak Hasliynda. Hihi. :)
Deletetak sangka insta no 5, fb still no 1 kan.
ReplyDeletesocial media dah jadi keperluan bukan kehendak
Aah kak. GV pun ingat Insta no.1. Tapi nampaknya FB masih pegang takhta no.1. Saingan utama ialah Whatsapp. Setuju kak. Sosial media dah jadi keperluan ketika ini. huhu.
Deleteaikk twitter xde dalam senarai..tak per..twitter mmg fav akk sbb kat situ tempat nak lepaskan perasaan..hahaa
ReplyDeleteAah kak. Twitter tak termasuk top 5 kak. Ini kerana Wechat dan Insta atasi peratusan twitter untuk berada dalam top 5. Huhu. Oh, twitter jadi tempat akak lepaskan perasaan ya. huhu.
DeleteMedia social kalau pandai ambil manfaat memang bagi kebaikan, contohnya boleh connect balik dengan sedara or kawan lama ke, buat bisnes ke hehe. Dat's why bercambah-cambah seller kat fb ek? :D
ReplyDeleteBetul tu kak Jaja. Hihi. Seeloknya kita gunakan untuk kebaikan dan memberikan manfaat kepada kita. Hihi.
Deletesemua info kat hujung jari je ni, sekarang pun memang dah malas sangat-sangat beli newspaper hahahha...sebab boleh baca online je kan..mudah tak payah pepagi nak keluar start kereta..
ReplyDeleteAah kak Eita. Semua dihujung jari. Baca news pun baca online jew skang. Jimat duit minyak kak. Hihi.
DeleteHaloo. Tq so much Mr Lukhi. :)
ReplyDeleteTak semua media soc mendatangkan kebaikan. Tapi, apa pun sbnrnya ikut pengguna tu cmna. Ika dah uninstall wechat sebab ika tahu wechat banyak problem Huu.
ReplyDeleteIka singgah sini. https://ikashoid.blogspot.my/2017/12/cara-saya-susun-beg.html
Setuju kak Ika. Ianya bergantung bagaimana kita menggunakannya. GV pun dah uninstall wechat sebab makan space dalam smart phone. huhu.
DeleteWow.. FB no 1 ye.. Sian IG no5.. Kikiki..
ReplyDeleteAah kak Shahida. FB no.1. Huhu. IG masih mendaki ke tangga juara.huhu.
DeleteMemang dijangka jatuh mo 1. Saya dpt tau ada ibu2 buka akaun anal walau pun anak belum tahu membaca.
ReplyDeleteSetuju Mr Adam. Mungkin parents tu terlalu excited nak anak kecil dia belajar guna fb kut. huhu.
DeleteBudak generasi Z = Geng Budak Wicet..hahaha kesian makin hari makin popular gelaran ni..
ReplyDeleteWow mlysia pennguna terbesar whatsapp di dunia, hebat!
Geng budak wicet ni kan suka merepek bukan2x. Huhu. Aah, Malaysia pengguna terbesar Whatsapp di dunia. FB pun dah mula tergugat dengan kehadiran whatsapp ni. huhu.
DeleteWhatsapp & Instagram dh jadi milik Facebook.
DeleteJom ramai2 support Aplikasi media sosial dari Malaysia..(Yippi)
ReplyDeleteInstall Free di Playstore @ Appstore.
(Yippi)
The Unique Super Apps.
➡️ https://yippi.app.link/qtnz0MKokL
I think this is a real great blog post.
ReplyDeleteGood post, so i know social media popular in Malaysian
ReplyDeleteCOVID-19: Ya Tuhan kami, satukanlah hati-hati kami harungi pandemik ini kerana keperitannya semakin terasa. Sulaimansallehkuis2.blogspot.com
ReplyDeleteGood topics and informative shared. I have read and applaud such nice shared. Thank you. Image Editing
ReplyDeleteNeck Joint
Image Retouching
Clipping Path
Clipping Path Tutorial
Drop Shadow Helps
Background Remove
Photo Cut Out
Image Manipulation
eCommerce Photo Editing
Semoga covid 19 segera sirna dan keadaan kembali normal.
ReplyDeletePaket Wisata Bromo Midnight
Paket Wisata Air Terjun Tumpak Sewu
Paket Wisata Gunung Bromo 2 Hari 1 Malam
Paket Camping di Gunung Bromo
hope the situations will get soon.
ReplyDeletePackage Midnight Mount Bromo Indonesia
Package Mount Bromo Tour Indonesia
Surabaya Tumpak Sewu Waterfall
Package Bromo Stargazing
Package Mount Bromo Milky Way Tour
Package Mount Bromo Ijen Crater 3 Days 2 Nights