Ads Top

REVIEW FILEM : FANTASTIC FOUR FIRST STEPS 2025

GALAKSIVIRAL - Filem terbaru Marvel iaitu Fantastic Four First Steps telah berjaya mengegarkan kutipan filem box office apabila berjaya mendapat kutipan lebih $469 juta untuk tayangan seluruh dunia. Filem ini sangat menarik kerana jalan cerita tidak sama seperti siri filem Fantastic Four sebelum ini. Boleh dikatakan filem ini adalah salah satu siri filem Fantastic Four paling terbaik pernah dihasilkan. Jom baca trivia dan review filem ini. 




TRIVIA FILEM  
Tarikh Tayangan :
21 Julai 2025
Pengarah :
Matt Shakman
Pelakon Utama :
Pedro Pascal - Reed Richard / Mister Fantastic
Vanessa Kirby - Sue Storm / Invincible Woman
Ebon Moss Bachrach - Ben Grimm / The Thing
Joseph Quinn - Johnny Storm / Human Torch
Julia Garner - Shalla Bal / Silver Surfer
Ralph Ineson - Galactucs
Kutipan Filem :
$ 469.5 juta (19 Ogos 2025)
Negara :
Amerika Syarikat
Sinopsis :
Pada tahun 1964 di Bumi-828, dunia meraikan ulang tahun keempat pasukan adiwira Fantastic Four – Reed Richards, Sue Storm, Ben Grimm, dan Johnny Storm – yang mendapat kuasa selepas terdedah kepada sinaran kosmik. Kehidupan mereka berubah apabila Sue hamil, namun ancaman muncul apabila Silver Surfer datang memberi amaran bahawa Bumi bakal dimusnahkan oleh Galactus, makhluk kosmik pemakan planet.

Kuasa yang dimiliki oleh mereka ialah Reed Richards (tubuh badan kenyal, fleksibel dan mudah dilentur), Sue Storm (halimunan dan kuasa sekatan), Ben Grimm (seluruh badan menjadi batu dan mempunyai kekuatan luarbiasa) dan Johnny Storm (manusia kuasa api).

Fantastic Four berjuang mempertahankan Bumi sambil berdepan dilema apabila Galactus mahu menjadikan anak Sue, Franklin, sebagai pengganti untuk menampung kelaparannya. Walaupun dunia menentang keputusan mereka, Reed dan Sue berikrar melindungi anak mereka dan manusia sejagat. Dengan bantuan teknologi dan semangat perpaduan, mereka cuba memindahkan Bumi keluar dari jangkauan Galactus.

Akhirnya, dengan pengorbanan besar dan campur tangan Silver Surfer yang sebenar bernama Shalla-Bal, Galactus dihantar ke dimensi lain. Sue hampir terkorban tetapi dihidupkan semula oleh Franklin. Fantastic Four terus menjadi harapan dunia, namun bayangan ancaman baharu muncul apabila seorang lelaki berjubah hijau dengan topeng logam mendekati Franklin.

Fantastic Four & Shalla-Bal


GALAKSIVIRAL
Arkib Hiburan Malaysia
https://galaksiviral.blogspot.com/

REVIEW :
Masih ingat credit scene filem Thunderbolt di mana lambang F4 muncul di angkasa ? Ya itulah petanda filem Marvel seterusnya ialah Fantastic Four. GV ingatkan edisi filem pertama F4 era 2005 & 2007 adalah terbaik tapi rupanya edisi filem kali ini lagi hebat dan hampir menyamai suasana jalan cerita dalam komik. Banyak kejutan ditampilkan di dalam filem terbaru Marvel ini. 

Antara kejutannya ialah Alam Bumi untuk Fantastic Four ialah era 60 an di mana ia memang sangat segar dan berbeza dengan semua alam Bumi Marvel yang lain. Selain itu, Sue Storm mengandung dan anak beliau akan menjadi salah satu manusia atau entiti yang mempunyai kuasa luar biasa tahap dewa di alam semesta. Anak Sue dan Richard yang dinamakan Franklin ini mempunyai tahap kuasa seperti Phoenix dalam cite X Men tapi mungkin lebih kuat lagi kerana Franklin boleh mencipta realiti baru dan mudah mengalahkan entiti raksasa alam semesta yang lain seperti Galactus. Dan sudah lama ditunggu-tunggu, akhirnya Galactus muncul juga di planet Bumi dan siap berlawan dengan Fantastic Four lagi. Satu kejutan lagi ialah Sue Storm mempunyai kuasa di luar jangkaan apabila boleh mengalahkan Galactus. GV suka filem ini kerana filem ini bukan filem recycle F4 seperti edisi filem tahun 2015. Cuma karakter The Thing mengingatkan kita kepada The Hulk dan dah macam The Hulk 2.0 je. Credit scene tu rasa semua dah tahu yang Dr Doom pegang Franklin. New Avengers movie is coming guys. 

Kesimpulannya, reboot semula filem Fantastic Four ini sangat best, menarik dan tidak klise. Tak sabar nak tunggu siri  Fantastic Four yang seterusnya. 


Gambar : Galactus

Gambar : Richard Reed


Gambar : Sue Storm


Gambar : Human Torch


Gambar : The Thing

GV METER  : 90/100 
💖💖💖💖💖
(TERBAIK)


REVIEW 
FILEM MARVEL THUNDERBOLT @ NEW AVENGERS 
Info lanjut boleh dibaca di link ini >>> Thunderbolts




GALAKSIVIRAL
Arkib Hiburan Malaysia
https://galaksiviral.blogspot.com/

Sumber : 
Google Images, ChatGPT

















Tiada ulasan:

Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

Dikuasakan oleh Blogger.
FE