GALAKSIVIRAL- Penghibur Terulung. Biduanita Nusantara. Legenda Muzik Nusantara. Itulah Anita Sarawak. Satu nama yang cukup gah dan besar di dalam industri muzik Malaysia, Singapura dan juga Indonesia. Beliau cukup dikenali sebagai penghibur versatile dan kebijaksanaan beliau dalam menyanyikan pelbagai jenis lagu dengan gaya teknik vokal yang tersendiri dan mantap. Muzik dan lagu beliau juga selalu melangkaui trend muzik zaman tersebut dan dikagumi ramai. Beliau juga sentiasa melakukan inovasi dalam persembahan pentas, imej dan vokal agar sentiasa kekal relevan dan disukai ramai peminat. Oleh yang demikian, jom kita baca info ringkas dan lagu apakah yang paling popular daripada Biduanita Anita Sarawak.
BIODATA RINGKAS ANITA SARAWAK
Nama Penuh : Ithnaini binti Mohd Taib
Tarikh Lahir : 23 Mac 1952
Tempat Lahir : Singapura
Tahun Aktif : 1956 - kini
Album Solo Studio : 22
1972 - La La Lu Lu
1973 - Beautiful Sunday
1974 - Antara Aku Dan Dia
1975 - Live At Mandarin Singapore
1975 - Anita
1977 - Love Me 1976 - Sophiscated Lady
1976 - Berdendang Bersama Anita
1978 - Dancing In The City
1978 - The Way I Feel Tonight
1979 - Anita Sarawak
1979 - Gayamu Biar Sederhana
1981 - For The Love
1982 - Damai
1984 - Bawalah Daku Pergi
1985 - Dunia Oh Dunia
1985 - Aku Menyayangimu
1989 - Asmara
1990 - Cinta Nan Satu
1992 - Antara Yang Manis
2004 - Seksis
2005 - Another Dimension
Antara Pencapaian Utama :
2000 - Anugerah Khas Bintang Popular Anugerah Bintang Popular 2000
2002 - Anugerah Pencapaian Planet Muzik, APM 2002
2008 - Lifetime Achievement Award, The Oxford for Leadership Centre, International Conference 2008
2011 - Seri Temasek Achievement Award
2017 - Dewan Wanita Mashyur Singapura
ANITA SARAWAK
12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN
01. AKHIRNYA KINI PASTI
Komposer : Mazlan Hamzah Penulis Lirik : Johan Nawawi Album : Asmara Tahun : 1989
Catatan : Lagu ini adalah salah satu lagu wajib hampir kesemua pertandingan nyanyian di Malaysia sejak era 90 an sehinggalah kini. Lagu yang muziknya agak ke depan pada masa itu menjadikan lagu ini cepat menjadi perhatian peminat dan sangat popular dikalangan peminat seni tempatan. Ditambah pula vokal mantap nyanyian Biduanita Anita Sarawak yang penuh berkarakter dan berwarna, menjadikan lagu ini bertambah eksklusif dan mahal.
02. TRAGEDI BUAH APEL
Komposer : Ithnix Penulis Lirik : Ithnix Album : Bawalah Daku Pergi Tahun : 1984
Catatan : Lagu ini sangat popular di Nusantara sejak ia diterbitkan sehinggalah kini. Terdapat banyak versi nyanyian lagu ini baik di Malaysia mahupun di Indonesia. Lagu ini merupakan lagu signature Biduanita Anita Sarawak di Indonesia terutamanya.
03. SEKSIS
Komposer : Edry Abdul Halim
Penulis Lirik : Edry Abdul Halim Album : Seksis Tahun : 2004
Catatan : Ramai terkejut apabila Biduanita Anita Sarawak muncul dengan lagu genre Dance Pop yang lazimnya dibawakan oleh penyanyi remaja. Namun, kehebatan nyanyian dan persembahan pentas Biduanita untuk lagu ini jelas menunjukkan beliau adalah penghibur terbaik yang sangat versatile dan sentiasa kekal relevan dengan kemampuan menyanyikan pelbagai jenis muzik merentasi era dan zaman. Lagu ini sangat popular sepanjang era 2000 an dan video muzik lagu ini dipuji ramai kerana nampak sangat urban dan mengikuti peredaran semasa.
04. BAWALAH DAKU PERGI
Komposer : Harry Sabar Penulis Lirik : Harry Sabar Album : Bawalah Daku Pergi Tahun : 1984
Catatan : Lagu Pop Sentimental ini juga popular pada pertengahan 80 an. Lagu ini kerap dimainkan ketika segmen lagu retro di hampir semua radio tempatan yang mempunyai segmen lagu malar segar dan nostalgia.
05. BERCANDA DI PERSISIRAN PANTAI bersama DATO' SUDIRMAN Komposer : M.Nasir Penulis Lirik : Sudirman Album : Asia's No.1 Performer Tahun : 1989
Catatan : Lagu ini adalah salah satu karya terbaik Dato' M.Nasir sepanjang zaman. Lagu yang mempunyai pengaruh irama Pop Hong Kong ini sememangnya menampilkan muzik lagu yang segar pada masa itu dan paduan vokal mereka berdua yang bersahaja, berkarakter dan sangat menghiburkan.
06. JOGET SAYANG DISAYANG Komposer : A.Ali Penulis Lirik : Azura Album : Asmara Tahun : 1989
Catatan : Lagu Irama Malaysia ini telah membuktikan Biduanita Anita Sarawak adalah penghibur yang mampu membawakan semua genre dengan cara tersendiri dan unik. Lagu ini juga sangat popular dan merupakan antara lagu perintis kepada genre muzik Irama Malaysia moden.
07. AYAM DEN LAPEH
(ADUNAN SEMULA)
Komposer :Copyright Controlled Penulis Lirik :Copyright Controlled Album : Gayamu Biar Sederhana Tahun : 1979
Catatan : Lagu rakyat Minangkabau ini sememangnya sangat sinonim dengan Biduanita Anita Sarawak. Ini adalah kerana versi nyanyian beliau adalah antara yang paling awal dirakam untuk pasaran Malaysia dan Singapura dan ia juga sangat popular di kalangan peminat hiburan lagu rakyat.
08. CINTAMU MUZIK DIHATIKU Komposer : Adnan Abu Hassan Penulis Lirik : Seri Bayu Album : Asmara Tahun : 1989
Catatan : Lagu ini antara lagu Pop Balada yang menjadi perhatian peminat pada awal era 90 an dan hujung 80 an. Lagu ini jelas mempunyai identiti muzik lagu Allahyarham Dato' Adnan Abu Hassan dan Biduanita Anita Sarawak seperti biasa berjaya membawakan lagu dengan identiti vokal tersendiri.
09. ANTARA YANG MANIS Komposer : Fauzi Marzuki Penulis Lirik : Amran Omar Album : Antara Yang Manis Tahun : 1992
Catatan : Lagu ini juga kerap dimainkan di radio yang mempunyai segmen lagu-lagu lama di radio tempatan. Lagu ini antara karya terbaik daripada komposer Fauzi Marzuki.
10. BISIKKANLAH CINTA
Komposer : Deddy Dores Penulis Lirik : Deddy Dores Album : Antara Yang Manis Tahun : 1992
Catatan : Lagu ini juga berjaya mempopularkan nama Biduanita Anita Sarawak di awal era 90 an sehingga pertengahan era 90 an. Lagu Pop Balada inin walaupun dicipta oleh komposer Indonesia, namun irama dan melodi lagu ini sangat kuat kepada gaya lagu ala Balada Malaysia dan Singapura.
11. ULAR Komposer : Edry Abdul Halim
Penulis Lirik : Edry Abdul Halim Album : OST Cicakman 2 Tahun : 2008
Catatan : Biduanita Anita Sarawak terus membuktikan beliau juga mampu membawakan lagu Modern Rock dengan begitu baik sekali. Jika ada kategori Persembahan Vokal Wanita Kategori Rock, Penghibur Anita Sarawak pasti memenanginya.
12. SELAMAT PENGANTIN BARU
Komposer : S.Atan
Penulis Lirik : Kamali Hudi Album : Berdendang Bersama Tahun :1976
Catatan : Lagu ini adalah salah satu lagu Selamat Pengantin Baru paling popular sepanjang zaman di Malaysia dan Singapura. Lagu ini masih kekal relevan dan kerap dimainkan di majlis kahwin dan juga di dalam drama serta filem tempatan.
0 Comments
Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D