Ads Top

REVIEW NETFLIX : MANUSIA SEBENAR LAWAN MANUSIA KLON BUATAN AI DI DALAM THE CIRCLE

GALAKSI VIRAL - Rancangan Realiti TV Popular Netflix iaitu The Circle telah menampilkan kejutan apabila buat pertama kali dalam sejarah dunia apabila menampilkan Manusia Buatan AI (Artificial Intelligence) masuk bertanding dalam rancangan realiti berlawan dengan manusia sebenar. Ia seperti kita sudah menuju ke zaman seperti filem Hollywood  tahun 2001 iaitu A.I Artifial Intelligence (lakonan Jude Law) dan filem Terminator (Arnold Schawzenegger). Di bawah ada trivia & review ringkas berkenaan Rancangan Realiti TV The Circle ini. 



TRIVIA

THE CIRCLE 

Negara Asal : United Kingdom

Tahun Siaran : 2020 - kini

Francais Rancangan : Amerika Syarikat, Brazil & Perancis (sehingga 2022)

Konsep Rancangan :  

- Antara rancangan realiti TV paling unik pernah diwujudkan kerana semua peserta akan menggunakan sepenuhnya platform sosial media yang direka khas untuk rancangan ini iaitu The Circle untuk bertanding. 

- Setiap musim akan ada antara dalam 6 hingga 10 peserta dan mereka akan ditempatkan di dalam apartment berbeza serta tidak mengenali antara satu sama lain untuk bertanding. Mereka cuma akan berinteraksi dengan hanya menggunakan aplikasi The Circle. 

- Aplikasi The Circle ini adalah seperti kombinasi Facebook, Aplikasi X dan Instagram dalam satu platform.


Logo platform sosial media The Circle

- Cara mereka bertanding ialah mereka perlu letak rating No.1 sehingga Terakhir di mana peserta yang mendapat kedudukan tertinggi akan menjadi "Influencer" di mana mereka akan ada kuasa untuk "blocked" atau singkirkan peserta yang mereka tidak gemari atau peserta yang menjadi saingan hebat mereka. 

- Semua peserta boleh mencipta profil akaun The Circle masing-masing dan terpulang pada mereka samada mereka letak gambar mereka sendiri atau menyamar menjadi orang lain (catfish). Di sini lah menjadikan rancangan ini semakin menarik kerana hampir semua episod ada plot twist samada peserta itu menyamar guna profil orang lain atau kedudukan rating mengejutkan atau permainan online yang boleh buat peserta tersentap atau terkedu. 

- Paling mengejutkan ialah musim keenam edisi Amerika Syarikat tahun 2024 apabila buat pertama kalinya Manusia Ciptaan AI (Buatan Cerdas) masuk bertanding dan menyamar menjadi manusia realiti. Teknologi terkini menunjukkan Manusia Buatan Cerdas ini sudah mencapai tahap boleh menganalisa sifat simpati dan empati manusia apabila berbicara dengan manusia sejati. Terminator era is coming guys.

Peserta The Circle edisi Amerika Syarikat Tahun 2024


- AI ini mencipta profil manusia bernama Max dan semua peserta yang bertanding dengannya tidak menjangkakan yang Max ini adalah manusia AI. Hadiah berbentuk wang berjumlah besar juga menanti pemenang rancangan ini. Anda boleh tonton rancangan di dalam Netflix. 

REVIEW :

YAY : 

- Rancangan ini sangat menarik kerana ia penuh kejutan dan sangat mencerminkan situasi realiti teknologi zaman kini iaitu penggunaan sosial media sebagai alat komunikasi utama. 

- GV suka tengok reaksi peserta terutamanya apabila mereka dapat tahu terdapat peserta lain tidak sama langsung seperti di dalam profil selepas mereka disingkirkan atau sewaktu finale di mana semua peserta akan berjumpa secara realiti. 

- Permainan online mereka yang banyak berkaitan budaya pop juga sangat menarik. Kedudukan rating yang menentukan siapa paling popular untuk menjadi Influencer juga sukar dijangka kerana ia sentiasa berubah-ubah. 

- Komentetar spontan oleh hos dalam rancangan ini juga kelakar dan sangat sesuai dengan situasi peserta ketika itu,.

- Ia juga boleh dikatakan refleksi cerminan kehidupan realiti Pempengaruh @ Influencer yang sebenar di dalam dunia realiti. 

- Kehadiran manusia AI iaitu Max di dalam pertandingan ini menunjukkan manusia klon/tiruan sudah boleh mempunyai emosi sendiri. Emosi ini diperolehi melalui analisa mesin buatan cerdas itu sendiri.. 

NAY :

- Kadang-kadang chit chat peserta di aplikasi The Circle agak bosan. 

- Agak luar biasa kerana hampir semua peserta finale  rancangan ini majoritinya adalah peserta lelaki tidak kira fraincais negara UK, US, Brazil atau Perancis walaupun ramai peserta wanita yang masuk bertanding. Walaupun begitu, pemenangnya adalah variasi. 

- Strategi asas dalam pertandingan ini jangan sekali-kali letak gambar yang kelihatan seperti super model dan super good looking kerana ia menjadikan mereka sasaran awal di mana profil mereka akan dipertikaikan oleh peserta lain samada gambar itu gambar benar atau sebaliknya. 

- Lebih baik letak gambar tanpa solekan atau kurang seksi bagi wanita. Manakala bagi lelaki pula letak gambar profil bersama keluarga atau haiwan kesayangan untuk meningkatkan tahap kepercayaan peserta lain dan seterusnya memberikan rating tinggi kepada diri mereka.

- Pakatan antara mereka juga perlu diwujudkan agar mereka boleh beri rating tinggi kepada ahli pakatan masing2x agar kekal dalam pertandingan. Jadi ia menyebabkan agak mudah meramal kedudukan rating peserta, namun ia jarang berlaku. 

Profil manusia ciptaan AI yang dicipta oleh AI 

Rupa bentuk AI yang mencipta profil Max di dalam platform sosial media The Circle




GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
Sumber Rujukan :
Google Image, Neflix

No comments:

Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

Powered by Blogger.