Ads Top

LAGU POPULAR THAILAND TAHUN 2024

GALAKSI VIRAL - Pernah dengar lagu Thailand ? Jika nak tahu, di Asia Tenggara hanya dua negara sahaja yang mempunyai Carta Billboard  Hot 100 Songs iaitu Thailand & Vietnam. Manakala negara Asia Tenggara yang lain seperti Malaysia, Singapura, Indonesia & Filipina hanya mempunyai Carta Billboard Hot 25 Songs sahaja buat masa ini. Ini adalah kerana industri muzik Thailand & Vietnam sangat aktif, mempunyai daya saing tinggi, muzik  berkualiti dan pasaran muzik yang sangat kukuh sehingga ia mampu mengeluarkan beratus-ratus lagu sepanjang tahun untuk peminat muzik tempatan. Oleh yang demikian, mari kita lihat lagu manakah yang paling popular di Thailand ketika ini.



LAGU THAILAND POPULAR TAHUN 2024


01.I LIKE YOU/BACK TIME

Artis : PtrpStudio @ Phattharaphon Sueabunmi

Genre : Thai Pop

Tahun Terbitan : 2022

Catatan :

Lagu ini sangat popular bukan sahaja di Thailand, malah di seluruh negara Asia Tenggara termasuk di Malaysia. Kalau selalu tengok sosial media terutamanya Tik Tok pasti sangat familiar dengan lagu ini. Lagu sempoi tapi comel ini juga menunjukkan lagu Thailand sangat mementingkan identiti muzik mereka  yang tersendiri walau semoden mana pun lagu mereka. Sebab itu kita mudah kenal lagu Thai apabila kita mendengarnya.

Video Muzik I Like You/Back Time



02. CHARM

Artis : LYKN @ Lycan feat Joong & Pond

Genre : Dance/Hip Hop

Tahun Terbitan : 2024

Catatan :

Lagu ini tengah meletop di Thailand kerana ia menampilkan kolaborasi hebat daripada kumpulan BTS versi Thailand bersama dua aktor Thai muda yang semakin meningkat naik ketika ini. Kumpulan LYKN ini juga kerap trending di sosial media Asia Tenggara kerana lagu, bakat, rupa dan nilai komersial yang dimiliki mereka cukup diminati ramai. Video muzik lagu ini juga pastinya akan mengingatkan kita kepada video muzik Dolla Damelo kerana terdapat adegan menari di padang pasir dan  kawasan berair. Koreografi tarian mereka di dalam video muzik Charm ini juga sangat menarik. 

Video Muzik Charm




03. GHOST

Artis : Jeff Satur

Genre : Modern Ballad

Tahun Terbitan : 2024

Catatan :

Jeff Satur boleh dikatakan antara Putera Pop Thai yang sangat popular ketika ini. Lagu Ghost ini pernah menjadi juara Carta Billboard Hot 100 Thailand pada tahun 2024 dan juga sangat popular ketika ini. Beliau mempunyai kualiti vokal yang sangat bagus dan produk muzik yang dihasilkannya juga sentiasa berkualiti tinggi. Jika anda ingin sesuatu yang berbeza daripada muzik Thai yang tipikal, mungkin lagu Ghost boleh menjadi kegemaran anda. 

Video Muzik Ghost




04. HEY HEY

Artis : Milli feat Hi Apaporn

Genre : Thai Hip Hop/Thai Folk

Tahun Terbitan : 2024

Catatan :

Intro lagu ini sudah cukup mengambarkan betapa uniknya lagu Hip Hop Thailand ini. Milli yang juga dikenali sebagai Nicki Minaj Thailand sememangnya cukup hebat dalam mengeluarkan produk lagu Hip Hop yang berbeza dan unik. Jika anda pernah baca berita hiburan Thailand sebelum ini, Milli pernah membawa pulut mangga atas pentas ketika persembahan di Amerika Syarikat sehingga trending di seluruh dunia. Lagu Hey Hey ini menampilkan penghibur legenda Thailand Hi Apaporn dan ia cukup menambahkan lagi keistimewaan dan keunikan lagu ini lagi. Video muzik lagu ini juga penuh adegan komedi dan kelakar. 

Video Muzik Hey Hey




05. CHEERS

Artis : Bear Knuckles

Genre : Thai Hip Hop/Thai Folk

Tahun Terbitan : 2023

Catatan :

Kumpulan vokal Bear Knuckles adalah antara kumpulan yang cukup popular ketika ini. Di Thailand ada satu trend di mana lazimnya kumpulan vokal di Thailand mesti ada sekurang-kurangnya seorang penyanyi/rapper lelaki dan dua wanita atau sebaliknya di dalam kumpulan itu. Majoriti kumpulan ini membawakan muzik lagu Dance Music/House Music/EDM/Rap/Hip Hop. Namun trend itu mula beransur kurang apabila muncul kumpulan vokal Thailand yang kesemua ahlinya adalah lelaki seperti kumpulan LYKN dan ahli wanita 4EVE. Apa yang menarik mengenai lagu ini ialah lagu ini sangat energetik, fun dan intro lagu ini pastinya akan mengingatkan kita kepada lagu drama komedi Singapura Phua Chu Kang. Pasti anda akan turut ikut menyanyi dan menari bila dengar lagu ini nanti.

Video Muzik Cheers




06. NONG 

Artis : Three Man Down feat URBOYTJ

Genre : Modern Rock/Rap.Hip Hop

Tahun Terbitan : 2022

Catatan :

Kumpulan Modern Rock Thailand, Three Man Down antara kumpulan muzik Thai yang konsisten menghasilkan lagu super hits era ini. Lagu Nong ini sangat menarik kerana mengingatkan kepada konsep muzik Linkin Park awal era 2000 an dahulu. Jika anda tidak pernah dengar lagu Modern Rock Thailand, jadi anda bolehlah cuba mendengar lagu ini. 


Video Muzik Nong



GALAKSIVIRAL
Arkib Hiburan Malaysia
Sumber Rujukan :

Google Image, You Tube


1 comment:

Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

Powered by Blogger.