CARTA MINGGUAN MUZIK MUZIK TAHUN 1995

galaksiviral - Pernah lihat Carta Mingguan Muzik Muzik tahun 1995 yang disiarkan di laman surat khabar Utusan Malaysia dan Berita Harian ? Tahun 1995 adalah tahun kedua bermula era rancangan Muzik Muzik diadakan pada setiap hari Rabu pada jam 5.30 petang di saluran TV3. Sesuai dengan slogan galaksiviral yang merupakan Arkib Hiburan No.1 Malaysia, di bawah adalah salinan Carta Mingguan Muzik Muzik pada tarikh 4 Januari 1995 dan 11 Januari 1995 daripada surat khabar Utusan Malaysia yang pastinya menjadi bahan sejarah Muzik Muzik untuk rujukan peminat seni masa akan datang. 

TRIVIA MUZIK MUZIK

1)  Terdiri daripada Carta Mingguan Lagu Top 20 beserta 4 lagu pencalonan baru setiap minggu.

2) Terdapat tiga kategori lagu pencalonan iaitu Balada, Pop Rock dan Irama Malaysia

3) Undian Carta Muzik Muzik adalah melalui undian pos surat khabar Berita Harian/Utusan Malaysia dan juri awam di studio rancangan Muzik Muzik. 

4) Di borang undian, peminat perlu isi markah 1,2 atau 0 pada semua lagu dalam Carta Top 20 dan lagu baharu dicalonkan di bahagian A. Manakala di bahagian B, peminat perlu meneka lagu Top 5 Carta minggu seterusnya beserta slogan kreatif untuk memenangi hadiah istimewa daripada pihak penganjur. 

5) Carta Mingguan Muzik Muzik edisi 1994/1995 ini mempunyai 52 minggu di mana kiraan Carta musim ini bermula pada bulan November 1994  dan berakhir Oktober 1995. 

6)  Musim ini antara tahun paling banyak artis Mega Star era 90 an bertanding dalam Carta Muzik Muzik. Antara artis dan lagu yang pernah bertanding pada tahun musim ini 1994/1995 ialah seperti berikut :

Dato' Jamal Abdillah - Penghujung Rindu 

Datuk Nora - Di Persimpangan Dilema / Sandiwara

Dato' Awie - Tragedi Oktober / Di Bayang Awan / Ukiran Jiwa / Ratuku

Dato' Aishah - Cinta Beralih Arah / Panggilan Rindu / Kata dan Rupa

Datuk Ziana Zain - Bersama Akhirnya / Sangkar Cinta

Dato' M.Daud Kilau - Menumpang Kasih

Kumpulan Ukays / U.K's - Kau Satu-Satunya / Sebak / Pahit Manis Akhrinya / Rhythm Si Jantung Hati/ Kekasihku

Fauziah Latiff - Apa Sebenarnya / Enggan / Alam Ceria

Spring - Sepi Tanpa Cinta / Sejujur Mana Kata Kata

Amy Mastura - Jawapan Kasih / Warkah Biru / Meniti Hari

Kumpulan Iklim - Di Pintu Mahligai 

Kumpulan KRU - Negatif / Dua 

Kumpulan Feminin - Kini / Rindu

Kumpulan Nico - Kau dan Aku / Rindu

Aris Ariwatan - Lamunan Terhenti

Ning Baizura - Pasti / Kau dan Aku

Amelina - Yang Indah Yang Hangat / Andai Bintang Berkata / Biarlah Ku Sendiri

XPDC - Titian Perjalanan

Haida - Hajat / Manis Masa Bercinta 

Nurul - Cinta Azali / Impian / Kerana Terluka 

Slam - Kembali Terjalin / Nur Kasih / Tak Mungkin Berpaling

Casey - Seribu Impian / Di Persimpangan Kenangan

Jalil Hamid - Makan 

Shajiry - Orang Kita

Zaid - Menjulang Kasih

Maya - Matahari

Sheeda - Angkat Kaki

A To Z - Berdendang

Jaafar Onn - Joget Kuala Lumpur / Jangan Lepak (bersama Rohana Jalil)

Legacy - Dua Jiwa Satu Hati

Stings - Kepadamu Kekasih Hati

Ibnor Riza - Pening Kepala / Sesal

ND La La - Diari YB / Masa Bercinta

Siti Musliha - Hujan Airmata

Rosiah Chik - Zapin Senandung Dua

Ayati Tasrip - Cinta Dangdut

Res2 - Kiriman Rindu

Yantzen - Pesan Cakawari

Rio - Apa Sebabnya 

Joey - Beradu Suratan

Ramlah Ram - Keangkuhanmu

Mercury - Kamus Asmara

EYE - Merisik Janji

Shades - Malam

Slash - Taman Astakona

Carool Ormila - Bingkisan Desa

Hawa - Bisa Semalam

Zaleha Hamid - Hanyalah Satu 

Ayie - Retak

Ways - Pulanglah

Kasawari - Cinta Abadi

Kumpulan Mega - Kita

Febians - Eva Natasha





Sumber : Google Image

0 Comments

Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D